13 Jul 2017

[VIDEO] Netizen Bidas ADUN Pulai Chondong Kerana Lemah Cangok...

...sedutan dari blog msomelayu

Apa yang berlaku semalam ialah, hanya suara-suara untuk mempertahankan projek berkenaan dengan penuh emosi dan rasa jengkil dan benci kepada Husam. Tidak ada rasa tanggungjawab langsung jauh sekali bersikap tasamuh. Seperti mana dilakukan wakil Pulai Chodong, (Zulkifili Mamat) dalam mempertahankan projek berkenaan, bukan menjawab apa dibangkitkan Husam, tetapi lebih kepada mempersenda-sendakan Husam dan memberi gambaran Adun Salor itu berniat jahat dan sebelum ini telah melaku berbagai kesalahan dan gagal.

Sepatutnya pihak kerajaan kalau tidak terus mahu menjawab persoalan dibangkit Husam sepatutnya memberi notis untuk menjawab pada sidang akan datang atau sebagainya. Tanpa memberi reaksi langsung dan hanya memperolok-olok adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan memualkan. Tindakan begitu juga memberi gambaran betapa kemetotnya otak anggota di pihak kerajaan.


Ia sangat bertentangan sama sekali dengan konsep kerajaan Kelantan yang berteraskan Islam. Wakil-wakil Pas sering kali mengutip ayat-ayat Quran yang dihafalnya sebelum turun ke Dewan tetapi tanpa mengerti apa yang dibacanya. Sebagai contohnya seorang wakil (kalau tidak silap Kemuning) membaca ayat Quran menyarankan sebelum sesuatu tuduhan dibuat perlukan "tabayun."

Wakil itu menuju kepada apa yang dilakukan Husam. Tuduhan hingusan itu menyebabkan Husam bersoal balik apakah kerajaan "bertabayun" sebelum menanda tangani perjanjian projek karbon kredit itu yang menimbulkan pelbagai masalah itu. Pertanyaan itu menjadikan wakil itu terdiam dan mungkin menyedari dia hanya mengahafal ayat Quran tetapi tidak mengetahui apa yang dibuatnya dan juga kerajaan yang didukungnya. Cis.

Sikap Zulkifli Mamat juga tidak lebih tidak kurang dengan sikap wakil tersebut dalam percubaan menjawab persoalan Husam untuk membela kerajaan. Kalau Zulkifi Mamat bertindak sebagai Exco atau bagi pihak MB untuk menjawab, beliau harus bersedia mempertahankan dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang kemas dan menjawab dengan fakta tergenggam dalam tangan. Beliau tidak seharusnya memperlikan Husam sebagai seorang bijak dalam segala hal sedang dirinya sendiri bertindak sebagai MB de factor dalam dewan, suatu perbuatan dan aksi memalukan.

Jika diteliti kepada soalan dibangkitkan Husam semuanya memerlukan jawaban berupa fakta dan bukan sekadar bangun untuk mengejek-ejek dan mempersendakan Husam dengan pembongkaran itu sebagai mahu menjadi Menteri Besar Kelantan dan sebagainya. Apa lagi persoalan dibangkitkan terkena langsung ke atas batang tegkuknya, seperti pengambilan wang RM50,000 dari sebuah syarikat untuk ke luar negara perlu dijawab secara berfakta bukannya menafikan dengan meminta bukti di samping cuba memberi gambaran tuduhan itu sebagai tuduhan lawak daripada Husam.

Husam mengatakan dia bersedia untuk menunjukkan bukti apa yang disebutkan. Apabila Menteri Besar Ahmad Yakob bangun mencelah mengatakan apa dibangkitkan Husam itu dalam penelitiannya, sepatut Zulkifili menyedari diri dan tahu akan nasib dirinya. Mengenai pengambilan wang RM50,000 sudah tentu dalam pengetahuan Ahmad Yakob kerana kalau menurut Husam ia ada disebut dalam Audit SUK yang sampai sekarang ini tidak berani dibentang kepada wakil-wakil rakyat.

Zulkifli patut mempertahankan dirinya bukan dengan cuba memulangkan paku buah keras kepada Husam dengan menceritakan beberapa projek di zaman Husam jadi Exco gagal dan terbengkalai. gagal.

Perlu disebut di sini beberapa projek dikenalikan Husam sebelum ini seperti kambing Japnapari, Debu, Padi Organik dan sebagainya ia tidak melibatkan penyelewengan dan diuruskan dengan tidak telus. Semua dilaksanakan oleh kerajaan bukan bersendirian. Tidak ada skandal kewangan berlaku dalam projek-projek berkenaan. Kegagalan projek berkenaan kerana kelemahan pihak yang diberi tanggungjawab menjalankannya. Husam hanya memberi idea. Ia berbeza dengan apa yang berlaku dalam Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) dan juga projek terbaharu Karbon Kredit ini.

Demikian juga perbahasan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindusterian, Perdagangan dan Perpaduan, Tan Teng Loon atau nama Islamnya Anuar Tan Abdullah, tidak menjelaskan persoalan dibangkitkan Husam tetapi bercerita tentang manfaat mengenai projek mellenium itu. Beliau "terbang" jauh ke luar negara, dan memetik beberapa deklerasi mengenai alam sekitar termasuk di Kyoto dan juga turut menyebut ada tiga orang Melayu memegang saham besar dalam syarikat Climate Protectors Sdn Bhd. Manakala untuk memaskum projek itu beliau mengatakan salah seorang pemegang saham itu kaki masjid -- kuat sembahyang. Dia tidak menyebut seorang pemegang saham lagi peminum arak?

Sepatutnya Teng Loon menjawab persoalan pokok ditimbul oleh Husam menerusi 20 soalan seperti mana yang disebut dalam Dewan itu. Exco berkenaan mengaku dia bercakap benar tetapi dihujung cakap bersimpul dengan pembohongan dan sikap pengecut bila mana tidak memberi laluan kepada Husam untuk mencelah.

Kesimpulannya saya ingin menarik perhatian yang disebut oleh wakil Pasir Pekan yang juga MB Ahmad Yakob yang bersetuju untuk mengadakan forum bertaraf antarabangsa untuk menjelaskan projek berkenaan kepada umum. Sesungguhnya forum itu sudah tidak perlu sebelum menjawab persoalan dibangkit Husam. Menyelesaikan persoalan itu lebih penting. Kerana seperti kata Husam, setelah kecacatan dan penyelewengan itu didedahkan, kerajaan Kelantan kini terdedak melakukan jenayah dimana ia boleh didakwa.

Rakyat Kelantan yang tahu dan celik mengenai undang-undang sedang meneliti penuh cermat berkaitan projek Karbin Kredit dan aktiviti dijalankan oleh orang bernama TS Tang yang juga ada kaitan dengan syarikat Climate Protectors itu. Sekiranya kerajaan Kelantan tidak dibawa ke mahkamah bersabit isu ini pasti mereka akan menggunakan Piraum ke-14 nanti sebagai mahkamah mengadilkan kelemahan, penyelewengan dan kesilapan kerajaan dalam memilih syarikat untuk melaksanakan projek karbin kredit itu.

ULASAN GB

Rata-rata orangramai merasa terkejut dengan cara ADUN Pulai Chondong itu berbahas di sidang DUN Kelantan yang memaparkan rendahnya tahap dirinya untuk berada sebagai seorang wakil rakyat.

Berikut ialah sebagahgian dari komen-komen yang tersiar di channel youtube dan yang tersebar di media sosial. (klik imej untuk membaca dengan lebih jelas)







RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS





12 ulasan:

  1. Tapi kalu tanya walaun mesti dia bagi markah 110% pada adun pas ni... kihkihkihhh...

    BalasPadam
  2. Bila masanya lebai dilatih berhujah? Bg kuliah/ceramah agama pun hampir tak pernah berhujah. Bg khutbah lg tak ada hujah. Sebab itu lantang aje dia belasah org. Semuanya one-way communication. Bila kena berhujah di DUN atau parlimen, lebai semua mati akal. Memalukan Islam sj

    BalasPadam
  3. Berbanding dengan Pulai Condong, Lebai Pak Pandir pun boleh memberi jawapan yang logik dan terus kepada kehendak soalan.

    BalasPadam
  4. MasyaAllah.. memang mengejutkan.. kenapalah org2 pulai chondong pilih adun ini..kalau adun2 tu matang..bg lah jawapan berfakta.. yg heran..dua2 pasangan dun.. libas tanah.. dgn ambik duit rm 50 berpadu suara.. sindir2 husam pasal nak jadi MB. Aku dpt rasa kalau video ni dpt di edarkan.. memang AMANAH dpt menakluki kelantan..kalau adun ni wakil rakyat kawasan aku... sah2 aku jumpa aku baling selipar kat muka dia..dulu byk walaun2 ketawakan husam.. HUSAM GANDA 10.. skg yg di ketawakan tu.. memang jadi kenyataan..tabik betul kat husam..aku dpt rasa dlm fikiran MB kelantan ni..setiap hendak sidang dun..mesti pening kepala.. jiwa kacau sejak husam masuk AMANAH.. bengang betul MB kelantan pd pimpinan pas.. pecat husam.. malapetakanya utk kelantan.. sedang pimpinan pas..rehat2 je..

    BalasPadam
  5. Kalau puak-puak sekapal dengan Pulai Chondong ini mentadbir negara, habis punah jahanam negara dibuatnya. Oleh itu semasa PRU nanti elok ditolak terus parti PAS dan juga UMNO/BN, demi kebaikan rakyat dan negara.

    BalasPadam
  6. Rasanya exco agama pun lagu tu juga. Tengok video yang dulu kain ditanya lain yang dihujah. Bebelit2 macam belit serban. Last2 tak jawab soalan. Wajah2 agamawan akhir zaman septimana hadi Nabi SAW. Nauzubillah. Agaknya waris2 malu tak tengok tahap exco ni jawab soalan. Low class.

    BalasPadam
  7. Alahai Pulau Chondong ...
    Sedih melihat cara exco ni berhujah ...
    Kosong ... kosong ... kosong
    Malang bagi rakyat Kelantan kerana mempunyai exco Chondong ni ...
    Satu perkataan shj ... MERAPU mcm orang tgh sasau

    BalasPadam
  8. Elok tukor namo tu...buke pulau chondong, patut lebai chondong... ore hujah fakta dio chondong ke lain... kesian walaunn... hehehee...

    BalasPadam
  9. Yg kat parlimen pun sama....samada berkecuali....org tanye lain jawab lain...org cerita lain...dia tanye lain...hampeh.....mcm kate prof agus...buat malu ore kelate...yg jadi calon tak de quality...sedangkan di kelantan byk sungguh ore pandai2

    BalasPadam
  10. Kalau mcm nipunya jawapan dr adun pas terhadap soalan dr husam.haa tunggu pru 14 nanti bungkus adun2 pas..naik muak aku..org tanya soalan jwble..bkn suh buat lawak yg memualkan..

    BalasPadam
  11. Kalau mcm nipunya jawapan dr adun pas terhadap soalan dr husam.haa tunggu pru 14 nanti bungkus adun2 pas..naik muak aku..org tanya soalan jwble..bkn suh buat lawak yg memualkan..

    BalasPadam
  12. tanda2 pembohong ialah mengelak dpd menjawab soalan tapi berlegar2 dgn perkara tk berkaitan dan bodoh.

    itulah dia pulai condong yg memang condong kepada kebodohan.

    amat malang diberi amanah utk mentadbir dgn baik tapi bertindak seperti org bodoh. mengabai amanah yg diberi rakyat. tidak pula rasa berdosa. sebab belum mati dan belum terima hukuman Tuhan.

    ini bukan tahap pemimpin tapi tahap org sasau merapu. dan org ini perlu disingkirkan dalam pru nanti. klu mcm dia ni kat bawah jambatan pun ramai.. mat dadah yg sedang stim

    memalukan islam, memalukan bangsa dan menjatuh maruah parti sendiri yg berlabel islam.

    sgt hina lah.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.