11 Nov 2016

Perlu Apa PKR & PPBM Sertai Program PAS?

Menjelang Konvensyen PH: Kehadiran Muhyiddin dalam program Pas cetus persoalan

Menjelang Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini, kehadiran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam program Ceramah Umum anjuran Pas di Sijangkang, Selangor malam tadi mencetuskan persoalan banyak pihak.

Turut dilihat hadir dalam program itu Adun Kota Anggerik, Yaakob Sapari dari PKR selain pemimpin Pas Selangor Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.


Bagi bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew, kehadiran Muhyiddin dan Yaakob dilihat seolah-olah menguji kesabaran Amanah dan DAP.

“Tidak ada wakil Amanah dan DAP. Apa yang Muhyiddin dan Yaakop Sapari cuba sampaikan dengan menyertai ceramah bersama wakil rakyat Pas di Selangor?


“Adakah anda semua sedang menguji kesabaran kami (DAP dan Amanah)?” soalnya dipetik dari status Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, netizen Fuad Othman berpendapat kebanyakan pemimpin PKR masih mahu Pas menyertai Pakatan Harapan dan keadaan ini memerlukan tindakan kepemimpinan parti itu.

“Jika tidak Pakatan Harapan juga menjadi Pakatan Rakyat (berpecah). Tiada guna kita bekerjasama dengan parti ‘flip flop (Pas). Tolong bergerak maju. Rakyat tahu dan melihat semuanya YB (Yang Berhormat),” ujarnya lagi.

Konvensyen Pakatan Harapan di Ideal Convention Centre (IDCC), Sham Alam Sabtu ini bakal menyaksikan Muhyiddin memeterai perjanjian kerjasama antara Amanah, PKR dan DAP dengan Bersatu.

Dalam perkembangan berkaitan, serentak dengan tarikh konvensyen tersebut, satu demonstrasi aman membantah penyertaan Pas dalam Pakatan Harapan dijadualkan berlangsung pukul 7.45 pagi.



Program anjuran Sekretariat NGO Pro-Pakatan Harapan itu mengalu-alukan semua pihak hadir dengan memakai pakaian yang mewakili NGO masing-masing.
-MD

VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Sebenarnya di dalam konteks Selangor, PKR nampaknya masih terlalu mengharapkan PAS sekalipun PAS telah mengkhinati mereka berkali-kali. GB lihat sebagai sebuah parti baharu PPBM (Bersatu) hanya mengikuti program berkenaan. PPBM belum mengetahui siapa sebenarnya PAS.

Sebagai parti serpihan pembangkang, PAS memang cuba menangguk di air keruh. Ia kini bersendirian dan untuk menang dalam pilihanraya samada di peringkat DUN dan Parlimen, memang jauh panggang dari api.

PKR pula masih berpegang kepada prinsip "1 x 1" untuk PH menang. Keputusan PRK Sungai Besar dijadikan alasan untuk itu.

Tetapi PKR terlupa dengan menggabungkan dirinya dengan PAS, mereka akan hilang kawan dan pengundi yang lebih ramai dari DAP dan AMANAH.

DAP dan AMANAH boleh menggunakan Konvensyen Pakatan Harapan sabtu ini untuk menyatakan kepada PKR bahawa tindakan PKR itu telah jelas membelakangkan melanggar Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani bersama sebelum ini.



FEATURED ADS



18 ulasan:

  1. Pkr masih tak yakin dgn undi melayu

    Dok tumpang keldai pas selama ini

    Pas dah sokong bajet Najib dan segala rentak kerajaan bn

    Pkr tunggu apa lagi ? Takut undi Gombak merudum?,ellooo dah 2017 masih azmin mamgkok ali tak mampu raih undi melayu

    Pribumi ada pun masih takut?

    Elloooo. NAJIB DAH TAMBAT ISLAM MELLAUI PAS DAN TAMBAT CINAPEK DGN KONTRAK CHINA KOMUNIS

    HAHAHAHA. HABISLAH PAKATAN...

    NAJIB JUGAAAK AKAN MENANG...

    P.S RINGGIT MENJUNAM 4.30 DAH.. TARGET RM5.20

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak Baru semalam Ana cakap ringgit 4.30

      Tadi pagi cecah rm4.37

      JAHANAM JAHANAM

      THANK YOU TRUMP JUST AS HOW WE EXPECTED . TODAY ASEAN TOMOROW CHINA!!

      Padam
  2. Dude there is not way u blh buat 1 vs 1 by invite pas to ph. The best way ialah suruh pas,join umno. That is the right way to go. WE DON NOT ACCEPT THE WAY CARING ISLAM HANYA BAWA HUDUD SHJ. AND WAT U DO NOW IS NOT DIFFRENT PEMERINTAHAN ISLAM IRAN DO AND NEVER EVR ALLOW THAT TYPE OF PEMERINTAHAN OCCUR IN M,SIA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara, ada lebih baik saudara sampaikan komen saudara dalam BM sepenuhnya because your English sounds terrible. Better polish your English first before putting your post in English, or else people will be confused of what exactly you're trying to say.

      Padam
  3. Buat lah apa kau orang suka. Harapan untuk Pakatan Harapan sudah tak ada.

    Makin teruk bila BERSATU di tubuhkan. Ingat bertambah kuat Pakatan Harapan.

    Semasa BERSIH nanti minta AMANAH dan DAP jauh kan diri dari PKR dan BERSATU. Jangan tepuk tangan bila nampak Muhyiddin atau mana-mana pemimpin yang berkomplot dengan PAS.

    PAS berkecuali dalam pembentangan bajet dan PAS memperlekeh kan tindakan Muhyiddin keluar dewan. Dah tak tahu siapa yang bangsat dan siapa yang pemimpin.

    BalasPadam
  4. YA!! Saya senada dgn GB. Minta tolong seorang wakil utk bangkitkan perkara ini dlm Konvensyen Pakatan Harapan. Kalau dibiarkan jadi barah. PH kena tegas dlm beberapa hal, jgn sampai pengundi menyampah!

    BalasPadam
  5. PKR dn PPBM, jikalau beginilah cara anda utk meraih undi dr PAS, percayalah anda akan ditolak oleh rakyat yg benci umno. Pegi jahanam lah dgn PAS tu, dia dh tikam rakan dr belakang, makan kawan tp anda masih nk berkawan dn memujuk PAS, kelak pengundi yg benci PAS dn umno turut menolak anda pd pru14 nanti.

    BalasPadam
  6. Sebenarnya kekdg PKR dan PPBM ngok juga..pas skg dah main tarik tali.. bila dah main tarik tali bererti tali dah kendur.. dr ilmu psikologi di seakan nak jilat ludahnya balik. Kalau PH dan bersatu tunjuk ketegasan.. sah2 pas akan jilat ludah dia balik..sbb utama dia nak jilat ludahnya balik sbb kena kencing dgn umno.. sbb kedua di bibir pimpinan pas dr dulu sampai skg dia menyebut kebencian dgn pada AMANAH dan DAP..maksudnya keseluruhan parti tu di bencinya. sbb kalau nak buat uturn memang memalukan..sbb ianya tidak sama kesah dulu.. kita benci tun m tapi tidak benci umno sepenuhnya.. apa2 pun rakyat bawahan tgk sikap pkr dgn ppbm memang ngok...

    BalasPadam
  7. Ha..ha..ha..

    Mencampuri urusan parti lain, itu budaya kita.

    BalasPadam
  8. Tindakan PAS tidak tentu arah. Tindakan PKR dan BERSATU mengelirukan. Bila buat orang pening lebih baik jangan disokong. Penting rakyat membuat keputusan sekarang dan bukan semasa kempen pilihanraya ketika hendak mengundi. Tunjukkan parti yang berpolitik bagaimana yang kita mahu hidupkan.

    Kata lah akhir nya se belum pilihanraya, PKR dan BERSATU berubah dan membuat keputusan tidak bersama PAS, jangan beri undi tetapi beri hukuman sebagai teladan pada yang lain.

    Kemenangan Trump di protes dengan demo bukan kerana sistem tetapi kerana tidak puas hati cara Trump berkempen.

    Sebab itu cara politik yang di amal kan oleh PAS, PKR dan BERSATU atau sesiapa pun perlu di noktah kan.

    Jangan di berikan kuasa memimpin kepada orang yang telah melakukan kesilapan walaupun sekali.

    BalasPadam
  9. Bukankah PAS sekarang sudah ada Gagasan Sejahtera bersama parti Ikatan... mengapa tidak mereka menjumpa wakil2 dari Ikatan sahaja yang memberi ceramah ??/ kompius.

    BalasPadam
  10. Pong pang pong pang akhirnya Najib jugak yang menang..puiiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju2..politik Malaysia mengarut..yg zalim terus menzalim.yg pembangkang xpernah nk bersatu menumbangkan umno.yg satu lagi x abis2 hudud2 padahal dlm masa yg sama menyamun balak.yang melayu yg takut nk undi lain takut cina memerintah..rakyat juga tersiksa..kesian Kan sapa jd rakyat Malaysia.. Redha je la umno memerintah walau seribu tahun lg..

      Padam
  11. Sabar tuan2..sebenarnya pimpinan pas kws ini x ingin mengikut telunjuk presiden yg taksub dgn umno..mereka ingin tunjukkan keinginan pimpinan bawahan bersama2 PH..inilah perubahan yg diinginkan rakyat..Allahuakbar..

    BalasPadam

  12. Kawasan ini gang harum manis. Hijau diluar oren didalam.

    Sini tiada walaun. Tiada wala'.

    BalasPadam



  13. Siratol MUSTAQIM...Jalan yg LURUS
    Siratol MUSTAQIM...Terang Ber CAHAYA
    Siratol MUSTAQIM...Telus dan KUDUS
    Tiada yg SAMAR...Keliru dan DUSTA
    Tiada Ber NIAT..."busuk" yg HALUS
    "busuk" yg HALUS...Punca Pra-SANGKA


    "busuk" yg HALUS...Punca SENGKETA
    Ibarat Pilkuda...Direka di CIPTA
    Bertindih KERUSI...Sengaja Di JANA
    Setelah "BANGKAI"...Di Umpan Ber JUTA
    Oh! Alangkah "busuk"nya...Niat Di DADA
    Rakyat ter-FITNAH...Derita SENGSARA
    Polemik Hudud Ruu...Agenda SANDIWARA
    Ter KELIRU Di Tipu...Semahu MAHU Nya
    Penyamun dan LEBAI pun...Sedondon GUMBIRA




    Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
    Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
    Siratol MUSTAQIM...Ber Cahaya Di DADA
    Menerangi MINDA...Menerangi SanuBARI


    Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber BAKTI
    Lurus dan KUDUS...Kaseh Mem-BERI
    Kaseh Mem-BERI...Kan Ber Ganda Di LIMPAHI
    Krn Kaseh Mem-BERI itu...Unlimited INFINITY
    Krn Kaseh Mem-BERI itu...Sifat"MU Yaa RABBI

    AR-RAHMAN AR-RAHIM itu...Yg Maha7 Mem-BERI
    AR-RAHMAN AR-RAHIM itu...Yg Maha7 Me-NYAYANGI

    DAN..

    Kaseh Mem-BERI itulah...FITRAH Syurgawi










    BalasPadam
  14. 11 57
    12 15

    Bila perhatikan nama yang terlibat sudah di jangkakan seperti yang tuan katakan.

    Adalah kurang baiknya kerana mereka yang hadir mengunakan nama parti. Kedudukan mereka ialah sebagai adun.

    Jika benar mereka ingin sampai kan mesej untuk bersama PH, tidak ada dengar langsung sesiapa di antara penceramah yang buat kenyataan tersebut. Ia nya tidak di siarkan atau di angkat menjadi isu. Apakah ceramah tersebut tidak ada wartawan yang hadir ? Tak mungkin ceramah yang dihadiri oleh Muhyiddin cehkai ?

    Muhyiddin dan Yaakob Sapari sepatutnya swkasar menerima jemputan majlis minum petang sekiranya tujuan mereka untuk menyampaikan mesej PAS bergabung dengan PH. Dan Adun Meru dan Sijangkang pulak penakut. Masih nak lengang lenggok nak bagitahu pada Tuan Presiden. Tajuk ceramah pun tak ada kaitan dengan kerjasama dengan PH.

    Jadi lah melayu baru !

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.