27 Mei 2016

Najib Sendiri Kata Tiada Hudud Di Malaysia

Teka-teki Hudud

Secara tiba-tiba usul Hadi Awang untuk meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah yang gagal dilakukannya sebanyak empat kali sebelum ini iaitu sejak 1995, diluluskan oleh kerajaan untuk dibentangkan pada hari terakhir persidangan Parlimen, hari ini.

Usul Pas ini, jika diluluskan akan membolehkan Mahkamah Syariah di Kelantan menggunakan undang-undang syariah seperti yang ditetapkan oleh Enakmen Kanun Jenayah Syariah (11) Kelantan dan seterusnya memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud di negeri tersebut.


Bagaimanapun, sebaik diberi kelulusan untuk membentangkan usul tersebut, Hadi Awang memohon ia ditanggungkan sehingga ke sesi Parlimen pada 17 Oktober depan.

Mengapa kerajaan tiba-tiba memberi kebenaran dan mengapa pula Hadi Awang menangguhkannya?

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan pembentangan usul itu, Hadi Awang memberi alasan beliau menangguhkannya disebabkan kekangan masa berikutan hari ini adalah hari terakhir sesi Parlimen kali ini.

Benarkah ia semata-mata sebab itu?

Bukankah Hadi sepatutnya sudah bersedia dengan draf pembentangan sepanjang masa?

Selain itu, tidakkah juga usul boleh dibentangkan terlebih dahulu, cuma perbahasan saja yang ditangguhkan?


Dalam konteks Umno dan kerajaan, mengapa tiba-tiba bersetuju dengan pembentangan usul berkenaan sedangkan ia seolah-olah tidak dibenarkan untuk dibentang sebelum ini, bahkan Najib Razak sendiri pernah mengatakan hudud tidak akan dilaksanakan sama sekali di Malaysia?

Mengapa sepantas itu Umno tiba-tiba berubah?

Adakah kelulusan pembentangan ini bertujuan mengikat Pas untuk terus "kacau daun" bertanding dan menolak sebarang kompromi dengan PKR dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan datang?

Pas yang boleh dikatakan tiada harapan untuk mendapat undi bukan Melayu sekarang ini, maka dengan kerjasama melalui usul hudud itu akan membolehkan Pas memperolehi lebih sokongan daripada blok undi Melayu yang pro pembangkang berbanding calon Pakatan Harapan yang turut bertanding.

Natijahnya, hanya blok undi Melayu pro pembangkang yang akan berpecah, manakala yang pro kerajaan tetap tidak berubah dan terus terarah kepada BN.

Dengan sedikit sokongan pengundi bukan Melayu, maka kelebihan tentu saja akan memihak kepada BN berbanding Pakatan Harapan. C

alon Pakatan Harapan, walaupun mungkin mendapat lebih sokongan bukan Melayu, tetapi kemenangan mereka boleh dinafikan melalui undi Melayu yang lebih kecil dan berpecah dengan Pas.

Pas yang terpaksa berbahagi dua undi blok Melayu pro pembangkang dengan calon Pakatan Harapan, tetapi tidak mendapat sokongan bukan Melayu, hakikatnya tidak mungkin menang, baik di Sungai Besar mahupun di Kuala Kangsar.
Bagaimanapun, Pas mungkin boleh berpuas hati meskipun kalah kerana usul hudud mereka yang diberi pertimbangan oleh kerajaan sudah boleh dianggap sebagai kemenangan.

Dengan kebenaran yang diberi oleh kerajaan ini, sudah barang pasti kempen Pas di kedua-dua pilihanraya ini tidak lagi menyasarkan keburukan Umno, isu 1MDB, wang RM2,600 juta dan hal-hal berkaitan Najib dalam kempen-kempennya.

Penangguhan usul sehingga Oktober juga tidak terkecuali bertujuan memberi ruang kepada Umno yang dikelilingi oleh parti-parti kompenan dalam BN yang diketahui menolak hudud agar tidak terlalu terbelenggu dengan isu tersebut dalam menghadapi dua pilihanraya yang dianggap penting untuk menguji sokongan rakyat terhadap Najib.

UMNO mungkin boleh melembutkan hati rakan-rakan komponennya bahawa yang diberikan mereka setakat ini hanyalah kebenaran kepada Pas dalam membentangkan usul, bukannya sokongan terbuka kepada hudud.

Persoalannya ialah apa pendirian Umno dan BN selepas pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar atau ketika pengundian di Parlimen setelah usul dibentangkan Oktober nanti?

Atau lebih jauh, benarkah Najib dan Umno benar-benar mahukan hudud dilaksanakan? -shahbudindotcom

ULASAN GB

Bertempik sorak PAS sejak semalam. Cuma baca, bukan bentang jauh lagi nak berbahas, itu pun macam dah kena histeria.

Umum mengetahui UMNO bersandiwara, kerana selama ini Najib sendiri dan lain-lain pemimpin UMNO juga menolak hudud.



Tapi bagi PAS, tak apalah asal dapat bacakan RUU Persendirian, itu modal penting untuk PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Yang dibacakan oleh Haji Hadi hanyalah pindaan EKJS, bukan hudud. Di dalam media sosial pula, PAS memainkan isu "takfiri". mengkafirkan AMANAH kerana kononnya "menentang" hudud.

Kalau yang dibentang itu bukan hudud, mengapa pula serang orang lain dan memfitnah mereka kononnya mereka menentang hudud? Sungguh jahat perangai PAS ini. Sudah lah bodoh dan bangang ditipu UMNO berkali-kali, lepas tu nak fitnah orang lain pula dengan mengkafirkan mereka atau nak pertikaikan keislaman mereka.

Hukum kebenaran dan keadulan akan terus berjalan. Rakyat Malaysia rata-rata tahu episod semalam adalah sandirwara PAS-UMNO.


IKLAN BERBAYAR


16 ulasan:

  1. Hadi Awe cume bacakan usul bukan bentangkan untuk perbahasan sesama ahli Parlimen. Bagi alasan bodoh utk ditangguhkan hingga bulan October 2015.

    BalasPadam
  2. Salam:


    Hari ini president MCA bantah keras pasal hudud,termasok saorang exco MCA kedah letak jawatan.



    Kita tunggu,samada najib nak turutkan MCA atau hudud Hadi.

    Atau buat perundangan ISLAM yg BERPILIH2,Di depan orang cina/non muslim kata hudud tak sesuai,di depan orang melayu Najib/Hadi pakai jubah berlapis2 kata nak buat hudud.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saudara,

      Itu bukan petunjuk yang baik bagi AMANAH.

      MCA menjangkakan DAP akan senyap untuk mengelak orang melayu membenci orang cina. Jangan baca MCA tapi baca cina...Melayu Sungai Besar dan Kuala Kangsar akan marah bila orang cina beriya-iya menyuarakan bantahan.

      Sekarang hubungan AMANAH dengan DAP cukup baik. Apabila melihat DAP selalu bersama AMANAH, atau cina bersama AMANAH, UMNO dan PAS akan kasi panas lagi.

      Padam
  3. Pada firasat ku, ianya merupakan permainan silap mata untuk mengaburi mata para pengundi di Perlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Faham faham aja lah, kebanyakan pendirian Bani Melayu mudah di cair kan dan aka membaham apa sahaja jenis umpan walau pun ia nya di salut racun.

    BalasPadam
  4. Exco Kedah dari MCA isytihat kluar party kerana hudud

    Sabah Sarawak bakal bergegar

    Najib hadi tag team yg pondan dan pengecut guna jual islam demi survival politik d prk Selangor dan perak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti di katakan, tujuan BN sekarang ialah supaya melayu meluat dengan orang cina supaya undi melayu untuk AMANAH dapat dikurangkan.

      Mereka kena tunjukkan seolah-olah kalau dibiarkan, hudud yang dibentang akan diluluskan sedangkan penyokong PH tidak percaya usul tersebut akan dibentang.

      Permainan dalam permainan. Tipu dalam menipu.

      Padam
  5. Hadi hanya baca skrip sandiwara yg ditulis dan atur olih tomboy bagi pihak Najib.. Speaker cari makan hanya akan benar usul persendiriaan lompat usul kerajaan, pertama dlm sejarah Speaker ini yg begitu keras sekali dgn usul2 pembangkang lain tapi dgn syarat.. Pencadang usul persendirian RUU, Hadi hanya boleh sebut sahaja cadangan usul tapi tanpa baca dan mesti bawa usul lain tangguh baca, bahas dan undi kepada sessi Okt kerana kononya kekangan masa.

    Wah, wah.. cantik sekali sandiwara cinetron Umno-Pas rekaan dan hasil strategi dari time naik pentas sedondon pinky dulu.

    100% ugama dugunakan pakatan Umno dan Pas khusus utk pengundi Islam dlm kempen PRK SB n KK.

    Apakah nasibnya nanti bila ugama dimain2kan begitu rupa utk kekalkan kuasa politik parti dan keangkuhan individu.

    Paling malang Pas digunakan ala cipta smoking gun Hudud kononnya ingin menutup semua isu besar lain termasuk maslahat dan musibah penyelewengan 1MDB dan cerita dongeng derma 2.6B.

    BalasPadam
  6. Salam Tuan GB,

    Masa ini rakyat tengah mabuk dengan pelbagai kebejatan BN. Saya percaya isu hudud tidak akan mampu mengambus kebusukan Najib.

    Orang Melayu yang pro pembangkang tidak akan tergoda dengan gelagat Pas.

    Apa yang penting, sekarang sudah terang dan jelas PH mesti bertanding di kedua-dua kawasan.

    BalasPadam
  7. Kena kencing lagi PAS ni dgn Umno.
    Ini masalahnya bila "pemandu" PAS ni dah tua..nyanyok.

    Pengundi yg jadi mangsa.

    KITA TUKAR..

    BalasPadam
  8. Hj hadi sedar ditipu umno tapi masih
    percaya dengan umno.umno main
    sandiwara pun dia percaya.baru baca
    usul .masih jauh nak dibahaskan
    dan adakan pengundian.pas percaya
    akan betjaya tapi kesudahannya
    tak dapat dilaksanan akibat bantahan
    komponen bn bukan Islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa Hadi mesra Bn???

      Anak2 dan menantu dah dapat kontrak/lesen berniaga eklusif dari kerajaan (cuba siasat)

      Hadi ni jenis guna agama untuk kepentingan diri

      Padam
  9. Hudud bila nk bentang kat parlimen?dah la kena kencing lebih 50 tahun dengan umno,ni ada parti baru pulak nak kencing rakyat menggunapakai nama agama islam.sampai bila nk kena kencing wahai org melayu???sedarlah woiii.

    BalasPadam
  10. Kita kena buat penyokong PAS, histeria. Kita biarkan Hadi dan Abduh berbangga akhirnya PAS berjaya membentang hudud.

    Ini buat MCA cemas. Sebelum ini MCA berjaya memberi tekanan supaya hudud di tolak. Kira MCA pun terasa di tipu.

    Harap MCA akan menuduh PAS memang suka memecah-belahkan hubungan politik antara parti dan antara kaum.

    UMNO akan didesak tinggalkan PAS.

    PAS akan jadi unwanted.

    BalasPadam
  11. 2/3 sukar dicapai, ini hakikatnya.. Dan yang menyedihkan bila isu besar mungkin ditenggelamkan oleh isu hudud ini..

    BalasPadam
  12. umat islam wajib sokong pindaan sekusyen 2 kuasa mahkamah syriah bagi membolehkan perlaksanaan hukum hudud. bagilah kelantan laksanakan hudud untuk rahmat dari allah swt. bagi pan berusahalah untuk laksanakan hudud di malaysia. pedulikan dap jangan jagi kuda tungangan meteka ternyata mereka anti islam. umat islam msti betsatu tidak kira apa gahaman politik.

    BalasPadam
  13. Tok Lebai Auta Pis bukan kesah pun kalau Umno tak nak buat hudud..malah lebai auta Pis dah tau pun yg Umno tak akan buat.. Puak lebai auta Pis ni hanya menggunakan hudud sebagai bahan jualan dlm PRK & muktamar jer.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.