1 Mei 2016

[BERGAMBAR] Berduyun Warga Beting Maro Hadir Program AMANAH

Malam tadi, warga Beting Maro berpusu-pusu menghadiri program "Beting Maro Bersama Selebriti" yang diadakan di Kampung Pusa Tengah.

Penampilan Wan Aishah Wan Ariffin, Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Parlimen Batu, bersama-sama dengan Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak/Lawan) Pengerusi Amanah Sik di dalam program berkenaan berjaya memikat hati penduduk Beting Maro.


Rakyat berbilang bangsa, keturunan dan agama tidak melepaskan peluang untuk datang mendengar dan melihat kedua-dua selebriti berkenaan malah ada turut bersama-sama di dalam rancangan "Karaoke islamik" yang dianjurkan sempena kempen calon N29 Beting Maro, Sdra Hud Andri Zulkarnaen.

Aishah mendendangkan beberapa lagu diselang seli dengan kuiz hal-hal berkaitan Parti Amanah bersama hadirin.

Persembahan video sebelum majlis berkenaan juga menarik perhatian para hadirin yang datang dari segenap ceruk Beting Maro yang tercicir dari kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan air bersih di bawah pemerintahan dan pentadbiran Barisan Nasional di Sarawak.

Hud Andri akan mencabar penyandang Razaili Gapor dari Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan akan ditentang oleh calon PAS, Hamidah Mokhtar.

PRN lalu, Razaili menang di DUN N.29 Beting Maro dengan 3,069 undi.

Penolong Setiausaha AMANAH, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang bertanding atas tiket PAS ketika itu tewas, dengan memperoleh 2,678 undi.

BN menang dengan hanya majoriti 391 undi sahaja.















5 ulasan:

  1. Salam:


    TAHNIAH..Amanah kerana dapat mengumpulkan penduduk setempat sebegini ramainya,di Serawak pula tu!!!!SALUTE pada petugas-petugas Amanah yg begitu gigih walaupun Amanah masih BERTATIH.Pastikan semuanya in order.Ini menunjukkan jika pemimpin2 Amanah dan ahli parti SEKATA,TAK berkira sangat, saling memahami,Insyallah Amanah akan pergi lebih jauh lagi.Kurangkanlah polimik-polimik yg remeh dan terus ke depan.

    Anggaplah serawak sebagai TRAINING Ground,untuk PR14 nanti.Apa-apa RESULTS dari PRN Serawak sebagai satu UJIAN,dan sebagai BASE formula untuk PEMBAIKKAN dan seterusnya memperbaikki teknik/strategy yg lebih MANTAP.

    tahniah..tahniah..Amanah.

    BalasPadam

  2. Apa kurang nya layanan BN terhadap Kawasan Beting Maro? BN tentu menguna cara yang sama tetapi orang Beting Maro tidak mementingkan diri.

    Pengundi Beting Maro bukan memikirkan tentang Beting Maro atau Sarawak. Mereka mahu Malaysia di selamatkan.

    Semenanjung lebih membangun dari Beting Maro, tetapi tidak memperdulikan masa depan negara dan hanya melepaskan diri sendiri.

    Bagi mereka yang belum menanda-tangani deklarasi rakyat jangan lah bagi alasan untuk tidak menyokong..... anda hanya perlukan menurunkan tanda-tangan SAHAJA.

    BalasPadam
  3. Siratol MUSTAQIM...LURUS Di Hati
    AMANAH Ber Tahta...Dari ILAHI
    Ramah dan HIKMAH...Santun SIMPATI
    Kaseh Mem-BERI...Yg MESRA Di Dekati
    Kaseh Mem-BERI...Yg TAK Minta Di PUJI
    Kaseh Mem-BERI...Yg TAK Pentingkan DIRI
    Yg TAK Hingin Pangkat-NOBAT...HARTA Men CURI
    Yg TAK Makan-UMPAN..."Bangkai" BerJUTA-BerLori
    Yg TAK Khianat-FITNAH...MURTAD Yg Keji
    Yg Tunggang TERBALIK...Ponteng U-Turn BerKali2
    Yg Akhirnya Di LAKNAT...Ter Hina Dgn JIJIK Sekali



    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Siratol MUSTAQIM...Jd Kan lah PEDOMAN
    Kaseh Mem-BERI...Jd Kan lah AMALAN
    Kaseh Mem-BERI Itu..."Senjata" AJAIB yg Mapan
    Kaseh Mem-BERI Itu...SeMurni7-SeHening7-IMAN
    Krn Kau TAK PentingDIRI lg...Sbg BUKTI Kau Ada TUHAN
    "NAFAS" Mu Hanyalah Pentingkan...SeMutlak7-AMANAH-TUHAN
    NOBAT-Pangkat-HARTA...Dah TAK Lg Kau Hirau Kan
    Krn Kau Bnar7-DEWASA...Bukan siLebai Bak Budak HINGUSAN
    Krn JIWA Mu Halus SUCI...BerSayap Terbang KeAlam "KAYANGAN?"



    BalasPadam
  4. Yakin Amanah mampu menawan masyarakat beting maro

    BalasPadam
  5. masa inilah Amanah perlu berusaha utk mengenalpasti musuh2 dlm selimut dikalangan ahli2 Amanah. mrk akan melakukan perkara2 yg akan menimbulkan kebencian rakyat kpd Amanah.

    jgnlah apa yg terjadi pd pas dan pkr menular kpd Amanah. dlm pas, presiden terlalu berkuasa; tp dlm pkr, presiden spt tidak ada kuasa!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.