30 Apr 2016

[BERGAMBAR] AMANAH Berpotensi Menang 5 DUN

Sehingga kini, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak, demikian lapor Malaysia Dateline.

Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).

Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi.

Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).

Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).

Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah).

Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili.

Kesemua kerusi-kerusi dimana AMANAH bertanding hanya menyaksikan pertembungan dengan calon BN dan PAS. AMANAH mewakili Pakatan Harapan dan tiada komponen PH yang lain bertanding di kerusi-kerusi berkenaan.

N27 SEBUYAU







N58 BALINGIAN








N40 KABONG






N05 DAMAK LAUT







N29 BETING MARO











11 ulasan:

  1. Amat susah nak menang sarawak tp apapun kita kena berusaha. Insya-Allah bantuan dr Allah

    BalasPadam
  2. Salam:


    Saya sangat2 berharap Amanah terutamnya pehaK HQ,berhati-hati dgn pertugas PACA,KENA BUAT LAST MINUTE SCREENING,kerana sekarang ini ulat-ulat bulu BN sedang berkeliaran,untuk mengenal pasti pertugas Amanah untuk memberi tawaran yg cukup lumayan tertuma pertugas ketua PACA yg memegang borang 14.Tawaran2 yg akan dioffer anggaran 10k-100k berdasarkan tugas masing2.

    Semasa menjadi pengarah PACA PKR dulu-dulu,ada pengelaman 3 tempat dimana pertugas PKR dibeli.3 tempat itu sepatutnya menang,tapi tewas tipis.Kebanyakan pemimpin PKR selalunya buat sesuatu last-minute,mereka tiada mesra ahli,kebanyakkan pertugas2 PACA di sub-con pada orng2 yg tak dikenali.Bila tiba hari mengundi kebanyakkan pertugas-pertugas tak hadir,ada yg hadhir tapi MENIPU dalam BORANG 14.
    bILA DI SURUH BUAT POST-MORTEM selepas PR14,mereka tak buat,HASILNYA.Diserawak PKR Hilang 2 dun BUTA-BUTA JERR.Sorang ponteng ( saya agak ulat bulu BN dah hulur bayaran yg lumayan pada calon ini) dan (sorang lagi bancrupt-saya jangkakan ada orang lain yg dapat duit-yg sebgaja tidak check pada jabatan insolvensi).
    Moral of the story,Azmin sudah tak boleh diharapkan lagi memegang porfolio pengarah pilihanraya PKR.dIA 100% GAGAL.Satu pengajaran pada PH,KENA HIGHLIGHT PADA MEETING PH NANTI,benda yg kecik-kecik dia tak boleh control,bagaimana masa PR14 nanti.

    sEMOGA aMANAH berjaya, amanah diibarat sebagai baby lagi,jika tak hilang wang deposit itu dikira hebat.jika menang sebagai BONUS.

    TABIQ SPRING Pada pertugas-pertugas Amanah.

    BalasPadam
  3. SORRY , TERSILAP bukan PR14 , Tapi PR13.

    BalasPadam
  4. Ulasan Saudara Omar Daud mengingatkan kita dimana sahaja dalam dunia ini dan dalam apa keadaan sekali pun akan ada orang yang khianat, pembelot, boleh dibeli dan memang mencari untung. PKR sudah lama melalui proses ini dan masih ada lagi orang yang seumpama. Semoga PH berhati-hati dan berusaha menyinkirkan ulat-ulat dan anai-anai yang ada dalam kumpulan.

    BalasPadam
  5. Di tengah-tengah kemelut PKR-DAP, hati kembali sejuk dan bersemangat semula dengan berita dari AMANAH.

    Sekurang-kurangnya hilang rasa keciwa dan menyampah dengan PKR.

    Semuga AMANAH memang di kelima-lima kerusi dan dengan kemenngan ini Pakatan Harapan boleh di selamatkan.

    Semuga Allah memberi kemenangan kepada AMANAH.

    BalasPadam
  6. Semoga Amanah berjaya..In Sha Allah..
    Sokong Amanah sebagai penghanti Pas yg semakin x relevan.

    BalasPadam
  7. Semoga Amanah berjaya..In Sha Allah..
    Sokong Amanah sebagai penghanti Pas yg semakin x relevan.

    BalasPadam
  8. Somoga calun2 Parti Amanah berusaha tampa mengenal erti kegagalan dan berlajar dr pengalaman serta salingbntu membntu ,iklas n jujur dlm semua sudut in shaa Allah ade titik kemenangan dihadapan jgn lupe solat bg yg muslim.

    BalasPadam
  9. Somoga calun2 Parti Amanah berusaha tampa mengenal erti kegagalan dan berlajar dr pengalaman serta salingbntu membntu ,iklas n jujur dlm semua sudut in shaa Allah ade titik kemenangan dihadapan jgn lupe solat bg yg muslim.

    BalasPadam



  10. Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
    LURUS Ber CAHAYA...Menyuloh Ke HATI
    Yg Kaseh Mem-BERI...JIWA dan Raga
    Yg AMANAH Mem-BERI...Khidmat dan BAKTI
    Yg AMANAH Sentiasa..."Halus" WASPADA
    WASPADA Musuh...Yg MENYAMAR Diri
    Musuh "DALAMAN"...Yg Di JERUT Laba
    Musuh "DALAMAN"...Yg Hanyut Di BELI
    AMANAH pun Musnah...BOBROK dan Keji


    Bila Ada...Musuh "DALAMAN"
    Peperangan Se BENAR...Sudah Ber Akhir
    Bila Ada...Musuh "DALAMAN"
    Musuh Pun GAGAH...Mengkucar KACIR



    Wahai PEMIMPIN...AMANAH Budiman
    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    KENALI Lah Sbnr7...Musuh "DALAMAN"
    ANALISA Lah Se Dlm7nya...AKAL dan Budi
    Jgn Ter "KELIRU"...Dek MUSANG Bajingan
    Yg Menjual MARUAH...Rasuah Men CURI
    Kelak Kan HAMBAR...Arah dan TUJUAN
    Menyesal Ter LANJUR...Tak BERGUNA Lagi


    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    Kaseh Mem-BERI...Sematkan lah Di HATI
    Moga FIRASAT Mu...Kan TAJAM Teliti
    Moga Langkah Mu...Di Suloh Di TERANGI
    Moga USAHA Mu...Sentiasa Di BERKATI
    Sentiasa Di KASEH...Sentisa Di LINDUNGI
    Di KASEHI Di Langit...Di KASEHi Di Bumi
    Krn Kaseh Mem-BERI Itu...Sifat-NYA-ILAHI
    Dan Kaseh Mem-BERI Itulah..."Senjata" Yg SAKTI





    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.