16 Okt 2015

Timb Menteri Ajak PAS & UMNO Bersatu, PAS Usah Segan Silu...

'PAS tiada maruah ke? Tak malu?' - Tajuddin Rahman

KUALA LUMPUR: "PAS tiada maruah ke? Tiada prinsip? Tak malu? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong," itu kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman ketika diminta mengulas berkenaan persetujuan PAS untuk mengadakan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Tajuddin, PAS sepatutunya sedar bahawa PKR kini menjalin hubungan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mana DAP secara jelas 'menendang' PAS.




"Amanah yang kini dalam Pakatan Harapan, mereka memang tidak sebulu dengan PAS. DAP sudah tendang dia (PAS) keluar.

"Jadi boleh dikatakan ketiga-tiga komponen dalam Pakatan Harapan ini tidak menerima PAS," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Justeru, beliau berpandangan PAS tidak perlu menjalinkan kerjasama politik dengan parti pembangkang yang lain.

Katanya, persamaan hala tuju dan matlamat perjuangan UMNO dan PAS dilihat sebagai sinergi untuk kedua-dua parti itu bekerjasama.

"Saya menyeru kepada pihak PAS, lebih baik kita bekerjasama, kita bersatu, matlamat perjuangan kita sama dan kita akan lebih berjaya lagi.

"Lebih berkesan lagi perjuangan kita kalau kita bersama daripad dia (PAS) masih lagi nak bergantung harap pada PKR ataupun puak pakatan yang secara terang-terang menolak mereka," katanya.

Bagaimanapun, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan, kesediaan UMNO untuk bekerjasama dengan PAS tidak bermakna UMNO berada dalam keadaan terdesak.

"Saya rasa UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS. Bukan kata UMNO ini terdesak.

"Kita tidak terdesak, tapi kalau PAS mahu bekerjasama alangkah cantiknya, kerana ia akan wujudkan kesatuan orang Melayu, kesatuan orang Islam yang boleh menjayakan agenda perjuangan kedua-dua belah pihak," ujar Tajuddin.

Katanya, Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan dilihat semakin bercelaru tatkala PAS pula terpinga-pinga mencari rakan sinergi.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS kini hanya menjalin kerjasama politik dengan PKR dan tiada keperluan untuk menjalin kerjasama politik dengan Amanah dan DAP.

Kerjasama politik dengan PKR itu termasuk dari segi agihan kerusi agar tidak bertembung pada pilihan raya nanti.

"Kita dengan PKR masih meneruskan kerjasama termasuk dalam pengagihan kerusi, (tetapi) DAP dan Amanah kalau masuk kawasan PAS, kita akan lawan walaupun tiga atau empat penjuru," kata Mohd Amar.

ULASAN GB

Itu, timbalan menteri UMNO sudah mengajak PAS untuk bekerjasama.

PAS sepatutnya tidak tersipu-sipu malu untuk menyahut ajakannya. UMNO dilihat jujur dengan pelawaannya terhadap PAS.

Jika PAS sudah boleh bekerjasama (oops.. silap.. bersetuju... oooops silap lagi... dah tak ada di lamanweb PAS) dengan PERKASA yang selama ini terkenal dengan sikap rasis dan perkaumannya, maka tiada sebab untuk PAS menolak pelawaan UMNO itu. Tak tahu malu ker bekerjasama/bersetuju dengan "anak" UMNO, tapi tak bekerjasama/bersetuju dengan "bapak"nya?

Lagi pun sebelum ini PAS memang ada menjalinkan hubungan dengan UMNO, jika tidak masakan Presiden PAS sendiri membuat kenyataan kononnya ada pihak yang cemburu hubungan PAS-UMNO... INI BUKAN FITNAH, JIKA FITNAH PRESIDEN PAS DAH LAMA NAFI ATAU SAMAN AKHBAR INI...



Sebenarnya,

31 ulasan:

  1. Lari dari dimamah harimau nak mampos nak masuk mulut buaya pula.Hentikanlah ,usaha kuat sikit supaya Kelantan dan Terangganu dapat Pas perintah dimasa akan datang,bersukur jangan terlalu tamak.Umno hanya hendak cari sanggah supaya tak tumbang.Komponan mereka sekarang ini terumbang ambing.Banyak kelentong dari benar.

    BalasPadam
  2. Malu tapi mahu
    Gumbira gumbira

    BalasPadam
  3. bukan pasal cemburu hubungan pas umno tapi ahli pas rasa tertipu dgn sikap pimpinan pas,ngaku ulamak tapi telah selewengkan perjuangan asal pas,ulamak dah jadi ularsemak,ckp belit2,apakah ahli pas memang redha nak join ngan umno ke????????aku jadi ahli pas dah 32thn sebagai ahli seumur hayat...kini aku dah tinggalkan pas krn benci ngan sikap ulamak pas yg telah tipu ahli...ckp berbelit2...poraaaaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai pemimpin2 berlidah biawak..bila mati jadi bangkai biawak.

      Padam
  4. Salam


    Apa lagi PAS,orang dah surungkan bantal,oops (pinjam kat gb),Pemimpin-pemimpin PAS penin,apa kata ahli bawahan nanti??,apa kata PAS selangor pulak??.bagaimana pula amanat hadi 1981??,bagaimana dasar islam PAS??.buatlah kot mana pun,semuanya makan diri sendiri.

    Alhamdulillah,Amanah sudah melangkau jauh,nampak kematangannya seolah-olah parti sudah bertapak lama.

    cerita-cerita PAS ini sebagai senda-gurau/lawak semasa rakyat yg perit dgn kos kehidupan yg menhimpit, hari ka hari.

    go Amanah go.

    wassalam.

    BalasPadam
  5. Cemburu?? Tolong sikit. PAS tu ibarat janda miang buat huru hara satu kampung!! Kalau dia menikah, satu kampung aman damai. Dan terbuktilah bahawa gossip-gossip kat warong Pak Mat dn diberanda surau tepat dan betul. Gumbira, gumbira.

    BalasPadam
  6. sekrang ni pas dn umno kawin gantung dlu...dkat dgn pru nnti mereka besanding la tu

    BalasPadam
  7. Inilah halatuju Hj Hadi, Ustaz Nasharuddin dan Haron Din. Perancangan yg telah gagal di Perak dan Selangor. Kerjasama bersama UMNO dengan alasan mempertahankan ketuanan Melayu dan atas nama Kerajaan Perpaduan. Inilah niat Hj Hadi, Ustaz Nasha dan Haron Din yang sekian lama berjaya dibendung oleh Nik Aziz. Kerjasama sesama Islam dan demi Perpaduan Melayu akan menjadi lagu dendangan Hj Hadi dlm mewajarkan tindakan mereka. Percayalah wahai penyokong PAS, perancangan ini sedang giat dilaksanakan.

    BalasPadam
  8. I SUGGEST YOU BERSATU SHJ DGN SATU LAGI PARTI RASIS UMNO YG JUGA SAMA MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU THEN HAJAT U NAK BERGABUNG DAHPUN TERCAPAI. BOLEH PERJUANGKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU YG DIPERKENALKAN OLEH PENJAJAH, SEDANGKAN SEMUA TAMADUN ISLAM ALWAYS BERI HAK KEISTIMEWAAN UMAT ISLAM YG SEMESTINYA ADIL. IF STILL PERJUANGAN HAK KEISTIMEWAAN ORG MELAYU, ORG MELAYU YG MALAS PUN DPT ADVANTAGE. BUT IF HAK KEISTIMEWAAN ORANG ISLAM DIPERKENALKAN LU MELAYU MALAS MAKA U FOR SURE KETINGGALAN DGN MUALLAF SBB DIAORG PUN DPT HAK KEISTIMEWAAN. INGAT REZEKI ALLAH SWT TAKKAAN SESEKALI DIBERI KPD MEREKA YG MALAS TETAPI BALA ALLAH SWT FOR SURE AKAN DIBERIKAN KPD MEREKA YG MALAS. WALLAHUALAM.

    BalasPadam
  9. Agenda merembat harta rakyat akan lebih berjaya lg.

    BalasPadam
  10. Strategi paling berkesan ialah serap dulu perkasa ke dalam pas jadi PASKASA atau PERKAPAS lepas tu baru la senang sikit nak bergabung dengan umngok.. hehe..

    BalasPadam
  11. Cepat sikit Hadi ,ini peluang keemasan .ajak sekali Haron Din dan Mahfoz johor tu.Pas bergabung dengan akan menjadikan Pas akan dikenal seluruh dunia.dengan Perkasa dah terikat teruskan dengan lain2 parti seperti MCA.MIC danlain2 yang ada di sabah dan serawak .kita akan pasti kan Pas akan memerinath Malysia.

    BalasPadam
  12. Apa lagi Pas mahu?
    Tajuddin A.R. sudah pelawa.
    Berkawanlah dengan Umno.
    Selepas PRU14, silap-silap
    satu kerusi pun tarak terutama
    Selangor dan Pulau Pinang.
    Kelantan Bn/Umno akan ambilalih.
    Rakyat kini sedang menilai.
    Rakyat kini sudah meluat.
    Akan hantar Pas masuk kubur.
    Biarkan biarkan si Hadi@Pas
    terjun dengan labu-labunya.

    BalasPadam
  13. cerah masa depan hadi wang .angan2 nak nak PM dah terbayang2 kalu PAS gabung dgn UMNOO, melopong pulak si komidi lepas PRU 14 nanti.

    BalasPadam
  14. Mu ckp Sarawak????Porah dari dulu PAS melingkup di Sarawak. Ada hati nak bawa org Sarawak. Masa Alyrhm TG Nik Aziz undi di Sarawak meningkat sebab slogan PAS for All.... Sekarang porah....ajak Omakkau lagi baik....

    BalasPadam
  15. Yaaa...tunggu apa lagi Tok Hadi...ini peluang terbaik untuk jadi menteri. Elok sangat mulakan salam perpaduan dengan UMNO. Lepas ni pi peluk Najib pulak. Umum la cepat sikit PAS bersatu dengan UMNO. Kami dah tak sabar nak tengok perpaduan Melayu Islam. Ingat bila dah bersatu...hudud jangan lupa...tarbiah UMNO cukup-cukup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh jadi menteri dan boleh angkut anak beranak dan menantu jadi menteri sekali.wang wang wang adalah segala galanya.

      Padam


  16. PAS bersama UMNO? Itu satu hal lah. Tapi dalam banyak-banyak Timbalan Menteri , alahai apa lah yang spesis 'nangka busuk' jugak yang pelawa PAS bersama UMNO. Hina sangat ke PAS ini ?

    Selepas peluk Brahim, peluk pulak Samseng se orang lagi yang nak lempang tak jadi!!

    Hilang 'manis', PAS jadi hamPAS !!

    BalasPadam


  17. PAS yang bersungguh-sungguh untuk membentang hudud perlu cepat-cepat menyambut pelawaan UMNO. Hudud dah lama dan sudah tiba masanya di laksanakan tanpa sebarang alasan.

    Maka sekiranya PAS melengahkan atau menolak pelawaan UMNO se olah-olah PAS menolak peluang yang Allah bagi pada PAS untuk laksanakan hudud.

    Apa yang ada pada UMNO pun dah ada pada PAS kan?

    BalasPadam
  18. terima kasih bbyk dato'...

    BalasPadam

  19. Adakah semua pemimpin PAS bersetuju dengan tindak-tanduk Presiden yang menyebabkan orang seperti Brahim dan Taj berminat untuk berkerjasama?

    Yang jelas, Presiden PAS buat ikut kehendak sendiri. Brahim pun sama ikut cita-rasa sendiri. Taj pula bila masa jadi jurucakap UMNO. Ini berlakun ke pura-pura ? Biar lah dalam hal bekerjasama ini ada wakil dari semua pihak yang telah di lantik. Ini tidak dah berpeluk dan ambil bau, eh eh bukan bersetuju .. Lepas tu eh eh bukan kerjasama .. Kalau macam itu, cuma bersekedudukan lah nama nya. Masing-masing untuk nafsu sendiri.

    Pemimpin yang tidak bersetuju dan tidak mampu jaga maruah parti perlu selamatkan maruah sendiri. Berani perbetulkan kepimpinan parti dengan bersuara. Ini tidak.

    Entah-entah sejak pemilihan yang lepas, tiada kalangan pemimpin PAS peringkat negeri yang datang ke Ibu Pejabat tapi yang datang ialah Brahim yang di beri jemputan khas.

    Apa pun lantak kau lah PAS !!

    BalasPadam
  20. Baru lena aku tisur sebab sekarang dah hmpir terbukti Pas yang diterjaui oleh Presiden sekarang sudah melencung jauh dari Pas yang asal.selama ini kita hanya ercakap tanpa bukti .sekarang bila dah ibrohim ali dan Hadi berpelkuan apa nak dikatakn lagi .GUMBIRA

    BalasPadam
  21. KAH KAH KAH parti PAS sama dengan parti UMNO ! KAH KAH KAH ~

    BalasPadam
  22. Malu laa Jd ahli pas.... Jk umno nk masuk pas Ok.

    BalasPadam
  23. Tepat sekali. Lebih baik PAS bergabung dgn UMNO. Elakkan pertandingan 3 penjuru. Pertandingan UBNPAS dgn PH ( PKR,Amanah, DAP, PSM ) boleh dikatakan pertandingan antara Miketayson dgn George Formen - kita lihat siapa yang kena KO. PAS perlu sambutlah seruan bergabung dgn segera, kalau berseorang PAS akan kena KO dipusingan pertama lagi.

    BalasPadam
  24. Pakar tampar cina nk bganbung dgn parti pakar jentik2....jadi penampar jentik2... Bagus tu

    BalasPadam
  25. Atas jemputan Umno itu...

    "Kita amat Gumbira....Gumbira...tak risau....tak risau dahhh.."

    BalasPadam
  26. Dengan membina kerjasama dengan Umno, pimpinan tertinggi Pas berpeluang menjadi menteri kabinet. Sebagai contoh di Selangor, walaupun sudah taubat lahum tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah, Pas tetap mahu terus berkongsi kuasa dengan mentadbir Selangor. Dengan "perkongsian kuasa" itu maka dapatlah mereka mengekalkan jawatan exco, kuasa, gaji, elaun, layanan eksekutif, kereta besar dan ahli-ahli Pas yang berkepentingan dapat mengekalkan jawatan lantikan politik.

    Pas memang hebat berpolitik untuk mendapatkan jawatan eksklusif. Apa salahnya bekerjasama dengan Umno di pusat dan bekerjasama pula dengan PKR dengan Selangor. Pas memang licik untuk mendapatkan jawatan, tetapi tidak boleh dipercayai dengan prinsip. Persoalan hudud hanya untuk mengelabui mata penyokong bawahan sahaja. Penyokong bawahan Pas adalah orang-orang kampung yang tidak faham sepak-terajang dan kelicikan berpolitik pimpinan atasan mereka. Setiausaha Agung Pas, Datuk Taqiuddin telah menyatakan dengan jelas Pas tidak akan membawa usul Rang Undang-undang Hukum Hudud ke Parlimen. Sekumpulan empat orang rakyat Malaysia iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin memfailkan injunksi menghentikan rang undang-undang persendirian PAS mengenai hudud dibentangkan atas dasar perlembagaan, dan menghalang rang itu dibahaskan di Parlimen. Persoalannya kenapa Pas tidak kecoh dengan gelagat empat individu ini, sedangkan dengan DAP seakan-akan Pas hendak melakukan perang dunia apabila parti ini menendang hudud. Ada sumber menyatakan bahawa keempat-empat ini adalah ahli-ahli Umno. Memang licik, Pas boleh berlembut dengan Umno, demi fulus dan tahta.

    BalasPadam


  27. Ini trick nak cover Hadi supaya orang tidak ungkit-ungkit pasal persetujuan yang di capai oleh Hadi dengan Brahim.

    Hadi lagi rapat dengan Najib dari dia rapat dengan Tajuddin Pelempang. Apa hal Tajuddin Pelempang yang sibuk-sibuk ??

    Ahli-ahli yang masih bersama PAS, pandai-pandai lah kau orang lihat dan nilaikan sendiri tindak-tanduk Presiden kau orang ..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.