1 Jul 2015

Pegawai KIAS Yang Nik Amar Pecat Dapat Gantirugi RM200,000

Bekas Kadi Kelantan, Che Ibrahim Mohamed yang dipecat oleh anak syarikat kerajaan negeri Kelantan hari ini mendapat gantirugi sebanyak RM200,000, demikian keputusan di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur di dalam satu pendengaran kes di Kota Bharu pagi ini.

Di dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Che Ibrahim, beliau menyatakan:

" .....Tanpa pengakuan liabiliti, Pihak KIAS hendaklah membayar kepada Che Ibrahim Bin Mohamed sebanyak RM200,000.00 sebagai penyelesaian muktamad kpd kes ini dlm tempoh 14 hari dari keputusan mahkamah bersama satu testimonial dari pihak KIASl yang memperakukan bahawa Che Ibrahim Bin Mohamed, Timbalan Pendaftar KIAS yang telah berkhidmat di KIAS mulai 1 Januari 2000 hingga 1 Febuari 2014, sepanjang perkhidmatannya di KIAS, adalah seorang pegawai yang berkebolehan dalam menjalankan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh pengurusan Kolej. Pihak KIAS mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan beliau di sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut."

Pada 1 Februari lalu, Che Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Pendaftar Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS), sebuah kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan.

Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.

Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.

Pada 6 Februari tahun lalu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya telah menyerahkan kembali cek pampasan tiga bulan gaji yang diberikan kepada beliau sebagai tanda penentangan ke atas pemecatan itu.

Di dalam kenyataan akhbarnya juga Che Ibrahim menyatakan beliau merasakan pemecatan itu telah menjejaskan nama baiknya, dan telah menyusahkan dirinya, serta telah menyebabkan wujudnya pandangan negatif masyarakat sekeliling terhadapnya dan juga keluarganya. Maka dengan sebab itu beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk menfailkan satu saman sivil di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dalam masa yang terdekat.

Beliau juga mengumumkan bahawa beliau telah hilang kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin Pas yang dilantik untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan hari ini dan juga pemimpin-pemimpin Pas peringkat Pusat dan beliau mengisytiharkan diri untuk bersama parti baharu yang akan ditubuhkan selepas hari raya ini sebagai wadah baru perjuangan Islam dalam politik Negara.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, Che Ibrahim pernah menjawat beberapa jawatan lain termasuk kadi, Setiausaha Majlis Syura Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan (Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah II).

Che Ibrahim adalah Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan, DUN Pasir Pekan, Tumpat dan Timbalan Pengerusi Pasma Negeri Kelantan, Jawatan-jawatan yang pernah disandang dalam Pas termasuklah 1. Ahli J/Kuasa Pas Kawasan Tumpat, Exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan, Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan, Setiausaha Kerja Dewan Ulama Pas Negeri Kelantan, Timbalan Pengerusi, Unit Latihan Dan Perkaderan Pas Negeri Kelantan, Ahli Majlis Tindakan Dun Pasir Pekan, Setiausaha dan Pemangku Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Nilam Purbi (skrg Ketereh/Kubang Kerian) -GB

22 ulasan:

  1. A l h a m d u l i l a h

    REZEKI MILIK ALLAH SWT

    Nik Amar akan terim balasan nya di dunia lagi akibat aniaya kebenaran

    Percaya pada kuasa ALLAH SWT

    BalasPadam
  2. Jom Join Parti Baru, abang mat sabu jadi presiden

    BalasPadam
  3. Teringat aku akan Almarhum TG Nik Aziz ... Dalam kerajaan Kelantan sekarang, ada tak lagi manusia yang sebegini ????? MB Kelantan pun tak sampai separuh daripada TGNA. Nik Amar ... lagi jauh. Apa lagi yang Kelantan boleh mengharapkan? UMNO teruk dan PAS pun makin hari makin teruk macam UMNO?

    BalasPadam
  4. semuga Allah segera membalas dan menjatuhkan dgn hina pemimpin2 yg zalim tk kira yg berkot atau berjubah. who cares.

    ammmiininn sempena ramadhan ini makbullah hendaknya.

    BalasPadam
  5. Nik Amar hanya bergaya dengan land rovernya sahaja..pemimpin duniawi..

    Saya pun sama, selepas raya..In Shaa Allah

    BalasPadam
  6. nik amar ni ulamak ke? perangai macam set... tak bole tulis penuh nanti mufti kata fasik

    BalasPadam
  7. Apa bila perasaan "BENCI" dan "IRI HATI" menguasai diri se seorang itu maka tak hairan lah mengapa para pengikut Y.B Husam Musa di cantas seorang demi seorang. Ketahui lah bahawa si pemilik "HATI" yang sedemikian terlupa bahawa diri nya lebih "HINA" dari mereka yang di cantas. Berlagak "ALIM" tanpa menyedari bahawa dia merupa kan ulamak "TEROMPAH".

    Selain dari itu "PEMILIK HATI" tersebut merasa cemburu dengan pencapaian Y.B Husam dalam hal siasah. Contoh nya, siapa yang terkehadapan dalam menandanggi peri hal mereka yang terlibat dengan banjir besar di Kelantan pada akhir tahun lepas? Apa pula peranan si "PEMILIK HATI" yang "BUSUK" dalam perkara ini!!!. Wal hal banjir tersebut berpunca dari tangan tangan beliau and his gang. Yang menjadi keutamaan nya ada lah untuk membentang RUU pindaan yang sehingga hari ini masih belum mendapat "GREEN LIGHT" dari parlimen. Senang cakap, telah di permainkan oleh UMNO-BARU/BN.

    Kepada mereka yang tersingkir, jalan keluarnya ada lah agar di percepatkan penubuhan parti baru serpehan dan PAS itu. Ramai di luar sana masih menanti dengan hati penuh debaran akan kemunculan nya.

    Buat Y.B Husam and the gang, cekalkan lah hati mu di dalam mengharunggi jalan "SIASAH" yang berliku dan di penuhi duri dan onak di sepanjang laluan tersebut.

    "Ya ALLAH KU musnah kan lah mereka yang berhati demikian demi kelangsungan agama MU(ISLAM)dan yang suka mengeluar kan perkataan "BARUA" "TOLOL" dan yang terbaru "ANJING DAN SERIGALA" kerana pada pandangan ku mereka bukan orang Islam yang benar benar mengamal agama MU. Serban dan jubah perhiasan cuma.

    BalasPadam
  8. Telah banyak kerja2 jahat yg dibuat oleh DNA di Kelantan. DAY seolah2 dayus.Apa peranan PAS pusat?

    BalasPadam
  9. Dia timb pengerusi Pasma Kelantan.

    Wah dah 1-0 pasma .....

    Mampuih pas dan umno Kelantan yg tak mampu bina masjid di gua Musang mcm Dap

    BalasPadam
  10. Cakap terus terang ajelah. Kalau haron din haji hadi ularrnak serban bertanduk dengan geng dia duduk atas. Faham faham ajelah...nak lingkup dah la tu. Makin ramai dah orang yang cerdik nampak.

    BalasPadam

  11. Azmin tak nampakkah kamu!!! geng (ug) belasah geng dia sendiri di Kelantan, nak bagi lagi muka puak (ug) kat Selangor, mereka itu seperti anai-anai yg merosakkan,semalam min kau meeting dgn DAP tapi kau tak boleh bagi keputusan,ok DAP masih sabar lepas raya nanti,Tapi ingat Min, bila geng-geng pro dah buat parti baru, PR14 bungkus PKR Nanti, sebab orng2 china dah tak percaya dgn PKR/PAS...HATI-HATI Min umno tengok PAS sekarang ni takada selera.nanti apa pun kau tak dapat, dikejar tak dapat, dikendong berciciran.

    BalasPadam
  12. Firaun

    Firaun tuu dah sah2 kafir harbi

    Firaun dah terang2 lawan nabi Musa as

    Firaun tak pernah prtahankan kalimah ALLAH

    Firaun takde BELIT tipu PUTAR & FITNAH

    So..

    Firaun memang zalim BUT his brutal straight to d point


    TAPI


    Sebaliknya..

    YANG

    Yg SORBAN

    Yg songkok tggi

    Yg lagi jahat BEJAT & lagi sgt2 ZALIM

    Yg mengaku ISLAM

    Yg mengaku mnjd saksi-mnCINTAI ksucian-ALLAH

    Yg mengaku CINTA n sayangkan RasuluLLAH

    Yg mati2an prtahankan kalimah ALLAH

    Yg berTOPENGkan jubah brtopengkan SORBAN

    Yg brTOPENGkan "selawat" mega Ya-Ha-Na x3

    Dgn TOPENG

    Dgn TOPENG2tu buat smahu2nya khianat-RASUAH

    Dgn topeng-SORBAN..auta-ONAR-makar-FITNAH

    Dgn jubah-SORBAN-songlap putarBELIT hadis n ayat2 Quran

    Dgn TOPENG2 itu samun-LANUN-rasuah-FITNAH menipu & bnar7KELIRU kan ummah


    JADI

    Jd sama2 saksikanlah..

    Sape?

    sape??

    sapekah??? yg lebih jahat serta lebih BEJAT drp siFiraun itu disisi ALLAH????!


    AWAS!!!

    Nota:

    KELIRU = TOPENG= sjahat7TIPU didisi ALLAH

    KELIRU = TOPENG = sbejat7FITNAH disisi ALLAH

    KELIRU = slicik7TABIAT-akidah-MURTAD-Yahudi mmrangkap-mngHAMBAkan ssama umat mnusia

    KELIRU = sbejat7FITNAH-songsang-sesat-MURTAD dsisi ALLAH




    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.
    Kita sudah ada seorang yang layak jugak di gelar ulama yang akan menyertai parti baharu.

    Bagaiamana se orang yang telah berkhidmat dari 2000 ke 2014 boleh di pecat begitu saja? Apa kata jika Azmin pun ikut cara Amar dengan memecat Din Ayam?

    Kepada Allah kita kembalikan.

    BalasPadam
  14. Tanpa sebab Ibrahim di pecat. Ini semua sebab alasan politik.
    PAS Pulau Pinang sepatutnya bijak dan tahu politik.
    LGE dan Mat Sabu telah membuat keputusan yang tepat kerana hubungan politik PAS dengan DAP telah terputus.

    BalasPadam


  15. Kes pil kuda mengesahkan fitnah !!
    Kes di pecat mengesahkan kezaliman !!


    Tak cukup ke alasan ini untuk tinggalkan PAS !

    BalasPadam
  16. keturunan siak kecik1 Julai 2015 pada 6:04 PTG

    duit nik amar ke guna bayar atau duit rakyat kelantan,banyak tu rm200,000....sape nak ganti balik duit rakyat tu....apakah duit itu duit zakat baitulmal

    BalasPadam
  17. PAS ni parti mengarut..; Dulu, Kini dan Selamanya.

    BalasPadam
  18. Label melabel, pecat memecat dan chai siku lutut stail pasikulutoot.yang ini tak dapat main cai maka main cat iaitu pecat...Asalkan bukan PASNO

    BalasPadam
  19. Confirmed...joint parti progresif Islam yg baru ala2 AKP Turki....

    BalasPadam
  20. Bayangkan kalau mamat ni dapat jadi menteri dalam UG. Kalau jadi menteri pendidikan alamat ramai guru kena berhenti. Kalau jadi menteri KDN, ramai orang kena penjara dan dipukul, kalau jadi menteri Wanita...korang fikirla sendiri. Sebelum dia jadi menteri tentukan kita tamatkan riwayat politik dia. Sokong PAS untuk besarkan jubah dan serban ulamak buat apa. Hello mamat bengap kau tak kesian ke kat sedara kita tinggal dalam khemah. Raya dah dekat!!!

    BalasPadam
  21. Cukup la untk penggal ini...next pru bagi orng lain jangan bagipada amar yang tidak ada jasa kepada rakyat ni buang masa dan membazir harta kerajaan sahaja

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.