18 Jun 2015

[TERBONGKAR] Rahsia Suami Kahwin Lagi Diketahui Selepas Nahas


Ketahui suami nikah lagi selepas nahas

KOTA TINGGI - [DIKEMASKINI] Seorang isteri terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya, dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu.

Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi.

Kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir.

Pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Isteri pertama mangsa, Farah Fadila Faizal, 27, berkata, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis.

Dia yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan hamil empat bulan, terkejut menerima berita buruk itu.

“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

"Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.

Sementara itu, adik Abdullah Suhaime, Maizatul, 25, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian tersebut kira-kira jam 7 pagi daripada ibu saudaranya sebelum bergegas ke HKT bersama ayahnya, Abd Rahman Ali, 58.

Katanya, dia mengetahui ibu, abang dan kakak iparnya maut sebaik tiba di balai polis.

“Rohayu merupakan isteri kedua abang dan mereka baru melangsungkan pernikahan di Terengganu. Mereka ke Terengganu tiga hari lalu.

“Saya dan abang hanya dua beradik. Selepas abang tidak tinggal bersama, saya jarang berbual dengannya. Malah akhir-akhir ini, dia (nampak seperti) tidak seceria selalu,” katanya ditemui di unit forensik HKT, semalam.

Jenazah dibawa untuk dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, nahas dipercayai berlaku apabila Ford Fiesta dinaiki ketiga-tiga mangsa dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru, bertembung dengan lori yang datang dari arah Johor Bahru.

“Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan jalan lurus, jalan berkembar dua hala serta mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi jalan,” katanya. -SH

6 ulasan:




  1. Pada suami kalau nak kawin lagi satu please lah tolong lah bagitahu isteri yang ada. Isteri kalau dididik dengan betul, insya-allah isteri akan izinkan. Tapi jangan lah tipu isteri. Hati perempuan ini keras tapi boleh jadi lembut.

    Bagi perempuan, ketahui lah bukan semua suami yang mengatal. Kebanyakan kes seperti ini kasih datang tanpa di undang. Pandangan mata menikam kalbu, itu lah pengalaman kita sendiri. Kalau suami gatal, suami tersebut tak akan kawin lain kerana suami jenis ini tidak suka ada ikatan. Isteri yang nasibnya begini kira untung lah sikit cuma duit gaji suami habis kat perempuan bukan pada keluarga.

    Suami kalau nak kawin lain guna pakai modal Madu Tiga. Selalu cakap Kesian kat abang. Dari awal perkahwinan bagi indication yang kita suami teringin kawin lagi satu. Jangan lah nak nafikan. Adil? Anak-anak kita pun kata kita tak adil. Bukan adil tapi bertolak-ansur. Perempuan yang nak jadi isteri nombor dua akan kalah dengan sikap tolak-ansur isteri pertama.

    Cakap pada isteri, SY tu pun bukan hansem tapi dapat jugak kawin lebih dari tiga. Mengapa kita yang hansem ramai pulak perempuan yang mudah mendekati kita terlepas begitu saja? So masuk kan lah perkataan Kesian kat abang kat. Orang lain banyak harta, jadi izinkan lah suami tu beristeri lagi.

    Tapi paling kita menyampah bila ada lelaki cakap ada isteri dua dengan angkuh !

    Kalau Isteri tidak boleh terima padangan kita, ada satu cara untuk isteri yang mengandung menghalang suami buat perangai. Cara nya, bagitahu suami yang kita mengandung dan nak sangat makan ... cari lah benda yang susah nak dapat. Jangan ingat orang dulu-dulu tak cerdik.

    Kepada Allah kita kembalikan,





    BalasPadam
  2. dosa menipu isteri dibawa bersama hingga ke alam kubur......

    BalasPadam
  3. Dosa menipu? Dosa apa? Mana ada perlu minta izin utk poligami?

    BalasPadam
  4. Memang menipu bini....menipu tak berdosa ke?

    BalasPadam
  5. Komen ni umum, tak berkait dengan peristiwa di atas ; Memang nak kahwin lebih tak perlu minta izin. Tak bagitau tak pa tapi jangan tipu kata ada mesyuarat ka kursus ka.... sebenarnya pi kahwin, lagu ni muhong namanya. Ramai isteri tak boleh menerima erti sebenar perkongsian hidup walaupun isteri tu kuat solat,kuat baca Al-Quran dan sangat taat kpd suami.
    Yang si suami pun satu...yng sorang pun tak terjaga nak kahwin dua, perbelanjaan pun isteri yang tampung ! Pakat2 sedar diri la noooo.

    BalasPadam
  6. suami sy selalu pesan..saya tahu dia cuba nk fahamkan sy..poligami sensitif bg perempuan..tp awasi setiap perkataan dr mulut sbb takut tanpa sedar kita membangkang apa yg Allah dh tetapkan..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.