30 Apr 2015

[VIDEO] Mahathir Londehkan Ahmad Maslan, "Dia Tak Tahu Apa-apa Tentang Kewangan..."


Ahmad Maslan tidak tahu apa-apa tentang kewangan, kata Dr Mahathir

Selepas Datuk Ahmad Maslan menuduhnya tidak memahami cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritiknya kembali, mengatakan timbalan menteri kewangan itu tidak tahu apa-apa tentang kewangan, lapor Malaysiakini.

"Saya tak tahu apa yang dia cakap.

"Dia jaga kewangan tetapi dia tak tahu apa-apa tentang kewangan,"
katanya.

Ahmad sebelum ini mendakwa Dr Mahathir tidak faham GST dan ia merupakan punca bekas perdana menteri itu mencadangkan Putrajaya menghapuskan cukai yang membebankan rakyat itu.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penjelasan yang betul tentang GST.

"Peratusan GST lebih rendah berbanding SST (cukai jualan dan perkhidmatan). Jadi bagaimana dia boleh kata lebih baik kerajaan batalkan GST," kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian itu dipetik sebagai berkata sebelum ini.

Beliau juga menggesa pihak yang rapat dengan Dr Mahathir memberi penjelasan lebih lanjut tentang GST kepadanya ‘tanpa dipengaruhi komen negatif pembangkang’.




15 ulasan:

  1. Semua org tak betul.
    Antara yg terawal dikatakan tak betul, ialah DSAI.
    Masa tu dia ade kuasa.

    BalasPadam
  2. Mahathir juga ramalkan BN menang di permatang Pauh!

    Terima kasih pas

    Terima kasih yusni Jaafar (dulu di sg serai) skrg ko buat di permatang)

    Betul Yahudi perangai ko..betul kuda tunggangan umno .. Betul apco dah merasuk jiwa ustad muda pas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu nya Kata begitu jawapannya kalah.

      Padam
    2. Anon 6.28

      Kalau dah tau kalah knp pas tak ambik pelajaran

      Knp ostad muda pas bermaharajalrla... Hunus keris kpd semua?

      Padam
  3. Boss Mat maslan ialah najib. Bos bodoh org suruhan bodoh gak la

    BalasPadam
  4. Kita minta sangat2 supaya TDM lupakanlah semua itu ingatkan Allah (Hari Akhirat).

    BalasPadam
  5. Perahu dikayuh ke tengah tak boleh bersurut pulang

    Anak muda tak reti perumpamaan lama Yang baru ok macam ini

    Kapal selam kalau dah masuk ke laut
    Tak akan mengapung di permukaan

    Perahu kau sorang je yang sampai ke mudik Yang lain pergi mampos lah

    BalasPadam
  6. Pasal peratusan GST lebih rendah berbanding SST lah kita bantah Kita nak tolong kerajaan bayar hutang Sejak bila pulak UMNO tak nak untung Kita redha cukai SST

    Income kita tetap sama Perbelanjaan kita semakin meningkat dengan bayar GST Mana baiknya pada kita

    Kepada Allah kita kembalikan

    BalasPadam
  7. Mahathir tu se orang negarawan Dia tak akan berdiam dan biarkan orang lain menjahanam kan negara Bertahun dia telah meletakkan Malaysia dipersada dunia sehingga habis semua sistem dia langgar supaya Malysia setanding dengan negara maju

    Itu lah silap Mahathir Sedangkan Anwar berusaha supaya manaikkan taraf rakyat termasuk pendidikan ekonomi Supaya rakyat tidak di bodohkan dan mudah di tipu oleh Ahmad Maslan Najib Hasan Malik

    Sekaang Mahathir cakap lah sekalipun yang benar kita tahu respon dan daya pemikiran rakyat tak boleh menerima nya Cuma rakyat yang berpihak kepada PR sahaja yang terima sebab kita yang mendahului Mahathir dalam isu tersebut

    BalasPadam
  8. Ape2 le Tun.
    Manusia tak sempurna, ada yg dibuat ok, ade yg tak.

    Biasanya pemimpin2 ni, mula2 ok, lama memerintah jadi tak ok, ape lagi pengaruh2 org sekeliling spr Haman & Qarun & pasangan.

    Juga, anak2 kadang2 buat onak & susahkan ibu bapa, jadi kalau anak2 berlebih2 mewah, sedangkan ibu bapa ok, jgn le salahkan ibu bapa tu sepenuhnya.

    Quran & hadis menceritak semuanya dengan lengkap.

    Kita nak sokong pun, mesti ada ilmu, lepas tu mohon pada Allah.

    BalasPadam
  9. Dulu Mahathir dah ada menteri kewangan yang cerdik dia pecat sekarang dapat yang tak cerdik baru dia tau sekarang Allah nak tunjukkan pada Mahathir apa yang berlaku ini adalah hasil dari perbuatannya juga.

    BalasPadam
  10. makbul doa arwah ust fadzil noor nampaknya...supaya mahathir ni pnjg umur agar dpt melihat kerosakan2 yg telah dibuatnya...

    BalasPadam
  11. bagi mereka2 yg cuba nk meruntuhkan apa yg telah dibina oleh arwah ust fadzil noor plk...nnt kan lah keruntuhan hangpa pulak...belajar lah dr sejarah...jgn gila nk cipta sejarah....

    BalasPadam
  12. Madey kenalah insaf atas segala perbuatan nya. Kalau dia betul2 ikhlas nak selamatkan Malaysia dia kena ketepikan kepentingan peribadi nya dgn buat perkara yg betul. Kalau sbb nak ada agenda lain nak anak dia jd PM, nk jaga legasi dia anak beranak takut dakwa dakwi tak payahlah.. Allah maha mengetahui apa tersirat & tersurat. Hang gaduh lah dgn Najib yg sama korup dgn hang smpi tersungkur dgn sdrinya..

    BalasPadam
  13. mahdey : dia tktau apa pasal kewangan

    najib : memang aku nk org mcm tu, baru senang aku tipu rakyat.

    paklah : ada apa kecoh2 tu.. zzz

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.