16 Mac 2015

[VIDEO] Waspada: Milo Tiruan Timbang Kilo Di Rumah...


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, melalui pemeriksaan yang dilakukan bersama wakil Nestle di Taman Mulia itu, terdapat beberapa bekas berisi Milo tiruan yang belum dibungkus dalam rumah tersebut.

"Hasil pemeriksaan kita dapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik.

"Kita percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran.

"Milo ini disahkan tiruan berdasarkan cara proses yang dilakukan adalah menyalahi proses sebenar yang dilakukan di kilang Nestle sahaja.

"Dengan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan Seksyen 8," katanya.



10 ulasan:

  1. GB post ni ada baju BN

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. tengok logo apa atas T-Shirt Biru tu...

    BalasPadam
  4. Tukang seal packing tu dari spesis gerombolan nampaknya.

    Tak habis2 kaup untung dan menipu rakyat

    BalasPadam
  5. Lahanat banyak sangat dalam negara kita sekarang ini.

    BalasPadam
  6. Milo tiruan ni kena GST ker tidak?

    BalasPadam
  7. Yang tak sama penutup bungkusan nya je Bila minum ada rasa cokelat dan lemak susu tepung je dah jadi milo

    Milo ini murah sikit dari harga biasa dan dijual di kedai makan dan restaurant sebagai barang reject

    Sekiranya permintaan banyak hasil jualan Nestle menurun mendadak dan bermakna rasa milo nya tetap rasa yang sebenar sehingga kita tidak dapat membezakan antara yang asli dengan yang tiruan

    BalasPadam
  8. kita orang masih boikot barangan keluaran zionis nesle. gasak la milo cetak rompak ke apa.

    BalasPadam
  9. Milo khas untuk kempen pilihanraya kot...

    BalasPadam
  10. Mungkin nj milo Baruah Negara

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.