12 Feb 2015

[VIDEO & GAMBAR] Laungan "REFORMASI" Bergema Di Solidariti Bersama Anwar


Beratus penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di pintu pagar Penjara Sungai Buloh malam tadi sebagai tanda solidariti dengan ketua pembangkang itu yang menjalani hukuman penjara di situ.

Mereka memegang kain rentang dan lilin sambil dengan penuh bersemangat melaungkan slogan seperti "Reformasi" dan "Bebas Anwar".

"Kuat lagi!" laung Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, apabila tiba giliran beliau untuk berucap, "supaya Anwar dapat mendengar suara anda."

Sekitar 300 penyokong mula tiba sejurus sebelum jam 9 malam, dan kira-kira 20 pengawal penjara yang lengkap dengan perisai dan cota, membentuk barisan di hadapan pintu penjara itu.

Manakala beberapa anggota polis turut memantau perhimpunan aman itu.

Perhimpunan ini berlangsung selama kira-kira dua jam tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, kecuali pokok di depan penjara itu terbakar akibat api lilin tetapi segera dipadamkan oleh peserta.

Anwar dihantar ke Penjara Sungai Buloh pada hari Selasa, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Saiful.

Namun, Anwar tetap bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan mendakwa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik.










6 ulasan:

  1. REFORMASI & UBAH untuk kesejahteraan rakyat marhaen Malaysia ! ABU jangan lupa , WASPADA kemungkinan akan ada ' agent provocateur' gerombolan yang akan memburukan para penyokong !

    BalasPadam
  2. Ini peluang peniaga peniaga yang mengunakan lori kecil yang menjual burger sup buah dan air Kasi meriah lagi

    Rosmah menabung dari kecil sampai boleh beli neg tangan beribu ringgit

    Pada para reformis 'sikit sikit lama lama jadi ramai !'

    BalasPadam
  3. Taniah dan syabas pada mereka yang hadir pada hari pertama

    Lawan tetap Lawan
    Kita lawan kezaliman !

    BalasPadam
  4. jika anwar dizalimi, semoga allah hancurkan pihak yang menzaliminya...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik... Kita tidak dapat nilai sama ada btl atau tidak sebab tidak nampak dengan mata kita sendiri.. Semoga Allah memberi petunjuk...

      Padam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.