12 Mei 2014

Pengakuan Palsu Sebagai Ahli PAS, Nabi Bux Bakal Hadapi Tindakan Undang-undang


Nabi Bux mengaku ahli, PAS rujuk peguam

KUALA LUMPUR: PAS akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Satar yang mengaku sebagai ahli parti itu.

Mohamed Nabi Bux yang mendakwa dirinya bekas Setiausaha PAS Cawangan Kampung Banjar telah menawarkan diri untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi Harakahdaily berkata, pencarian telah dilakukan dan mendapati nama Mohamed Nabi Bux tidak terkandung di dalam sistem keahlian PAS.

"Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno.

"Kita akan mendapat nasihat dari peguam untuk tindakan undang-undang berhubung pengakuan palsu yang menjejaskan imej PAS," jelas beliau.

Carian turut mendapati, Mohamed Nabi Bux yang memegang nombor ahli 2700360 merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Banjar.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan PAS memandang serius kesalahan tersebut yang merupakan kesalahan jenayah.

"Pengakuan palsu itu bertujuan untuk memecah belah PAS di dalam Pakatan Rakyat dan ia merupakan satu kesalahan jenayah.

"Tindakan itu bukan sahaja menjatuhkan maruah PAS tetapi turut mengelirukan ahli-ahli PAS dan juga rakan kita dalam Pakatan Rakyat," sambung beliau.

Mahfuz turut memberitahu perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat esok untuk tindakan selanjutnya. -HD

IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


11 ulasan:

  1. Tengok muka pun sdh tahu bahawa makhluk ini adalah Umat Perkasa.Najib sdh mengaku bahawa BN akan menaja calun Bebas yg berkiblatkan BN.Bos BN cuba mencipta sejarah kedua samada tidak masuk bertanding @ BN hilang deposit di Bkt Gelugur.Sejarah pertama sdh dicipta dalam PRU lepas.Belek sejarah kalau nak tahu lebih lanjut.Yg pasti BN hilang kemaluan dlm prk ini.

    BalasPadam
  2. sejarah juga dah buktikan yg puak2 kasta rendah keling mamak ni suka porak perandakan negara org lain. sebab di india diorang ni kasta pariah. di malaysia, bila dah peluk islam, terus jadi MELAYU!?

    BalasPadam
  3. mamak memang masalah negara..

    BalasPadam
  4. Sebelum lu bawa dia ke mahkahmah bawa dulu manusia tersebut ke sini untuk ditampar sebelum dibawa ke mahkahmah. Lain kali jangan pakai nama parti lain ikut selera lu sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari mengundi nanti pegi jumpa sendiri mamak keling tu dan tampar berapa banyak nak tampar. Cakap saja tak guna , buktikan.

      Padam
  5. Ini wayang UMNO,jangan tak faham.Nak letak calun tak mampu dan tak terdaya hagi gunakan proxy.Calun ni bukan tak tau dia akan kalah sebab bukan mamak Penang pun tapi sama ada kalah atau menang dia tetap masuuuuk.


    BalasPadam
  6. Taktik parti lawan..'smoke screen'..ada agenda tersembunyi....

    BalasPadam
  7. Nasib baik nama dia bukan Nabi Mohamad ...

    BalasPadam
  8. Taroh nama Nabi konon....
    Nabi kepala bapa hang...Nabi dah tamat...tak ada lagi Nabi lepas nabi Muhammad SAW..


    BalasPadam
  9. Ni jenis keling biasa mkn keliling.semua parti dia ahli.jgn2 ahli mic juga.

    BalasPadam
  10. DKK....Darah Keturunan Keling...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.