27 Feb 2014

[EDISI SERAM] Bergambar - Jenazah Lengkap Dikafan Ditinggal Di Tepi Jalan


Mayat Dibungkus Dengan Cadar, Kepala Dan Kaki Diikat

BUKIT MERTAJAM: Mayat seorang lelaki dipercayai milik warg asing ditemui dibungkus dalam kain cadar di Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah berkata ia ditemui oleh seorang awam yang melalui kawasan itu kira-kira 8.45 pagi dengan kepala dan kaki mayat diikat.

"Keadaan mayat seperti sudah dikafan. Ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati ditempat lain sebelum mayatnya diletakkan di situ.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk mengenal pasti punca kematian mangsa, katanya.

"Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. - BERNAMA

8 ulasan:

  1. Malaysia sangat aman diperintah BN?

    BalasPadam
  2. pelik. takkan jenazah tertinggal atau pembunuh terlalu cerdik. bunuh dan kafan. memang pelik. pelik juga gambar kat bawah:

    pen buruk online ™: Gambar Bung Mokhtar main judi tersebar

    BalasPadam
  3. I tak caya mangsa mati mengejut beb. Lu better siasat betul - betul sebelum lu cakap PDRM.

    BalasPadam
  4. Malaysia tanah air ku yg aman damai.... Mmg pelik berbagai kisah pelik.m.. Kira ok jugak nasib tak di letupkannya

    BalasPadam
  5. Mungkin ada unsur2 tgh nak menyakat org tp tetiba jd mcm ni...

    BalasPadam
  6. Selalu kita jumpa orang buang bayi kat tong sampah lah,dalam tandas lah kali ini orang buang mayat terus kat tepi jalan. Ambil kow abang Polis buat kerja tentukan apa bangsa mayat mati pasai apa,agama apa. Kalau sah islamnya kena sembahyang dan tanam kalau tak islam bakar je habok buang ke laut. Kalau tak nak bakar letupkan guna C4

    BalasPadam
  7. ni bkn kes bunuh tp mati sendiri sbb sakit bila mati x da sapa nak urus, majikan tgglkan je la kat tepi jalan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.