Presiden PAS Fail Permohonan Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR)bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini Khamis.
Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.
"Saya akan hantar salinan permohonan itu kepada peguam plaintif dalam masa terdekat, sementara itu jika ada apa-apa hujah mereka boleh failkan kalau ada peluang kita jawab terhadap dokumen yang mereka failkan.
"Sebenarnya kita baru ketahui kehadiran perintah ini Ahad lalu (23 Feb)walaupun perintah itu masuk pada Isnin (17 Feb) kerana plaintif tidak berkomunikasi dengan kami," katanya kepada pemberita di sini Khamis.
Ahad lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu.
Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan. - BERNAMA
Semalam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.
“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi.
“Kita sedang usahakan,” katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.
Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
“Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul,” katanya.
Sementara itu, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas sudah terlewat.
Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait ‘calon pil kuda’ dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.
Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.
“Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.
“Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu,” katanya ketika dihubungi dua hari lepas.
Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.
Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.
Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.
“Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak,” katanya. -petikan FMT
ULASAN GB
Akhirnya hari ini barulah permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu sekalipun sepatutnya dilakukan pada 24 Februari yang lalu sepertimana yang dijanjikan oleh LUHAM dan Asmuni Awi sendiri sepertimana yang dilaporkan oleh harakahdaily, 24 Februari 2014.
GB malas nak cakap hal kompetensi lagi. Biarlah masing-masing menilainya. Ia sudah berlalu.
Kini, sepertimana GB nukilkan di SINI, kita doakan situasi panas ini akan mengendur apabila kebenaran dipancarkan oleh Ilahi dan segala-galanya menjadi tenang semula demi untuk kebaikan Pakatan Rakyat umumnya dan jemaah PAS khususnya.
ye lah, GB betul apa hang kate, ada hikmah di sebaik peristiwa tu.
BalasPadamTak berlaku, kita tak tau apa hikmahnya & pengajarannya. Tu pun kalau nak amik pengajaran le.
Hadi Awang buat TAIK,
BalasPadamASMUNI AWI kene cuci..
HADI AWANG perlu mohon maaf atas fitnahnya.
HADI AWANG kini liabiliti kepada PAS...
Apb kita bnar2 ISLAMkan @ PASRAHkan @ SURRENDERkan sekujur jasad milikNYA ini semutlak2nya kpd "nilai2" merit-INTEGRITY NYA semata2..mk kita akan mnjd insan pilihan yg miracle..
BalasPadam-Insan paling tinggi dan TERTINGGI sekali dr segi quality MERIT dan INTEGRITY-"wa antumul'AKLAUNA' inkuntum mukminin"!
-Insan yg mnjd pusat RUJUKAN atau nuklius centralising-POINT demi sbnr2 KBNARAN & KEADILAN-"ummatan WASATA"..
-Insan paling pantas dan TERPANTAS sekali ddlm sgl aspek menyelesai kan MASALAH2-"..sabaqtum SABQAN BAIDAA"!
ISLAM itu..PASRAH..SURRENDER semutlak2nya hanya & hanya kpd "nilai2" ALLAH semata2,,dan apb bnar2 ISLAM @ PASRAH @ SURRENDER semutlak2nya kpd "nilai2" ALLAH itu, barulah cahaya-MIRACLE drp NYA itu,akan dianugrahi NYA kpd kita...
aku rasa nakhoda kuala yg kena bertaubat dulu kerana byk komen dia pakai hemtam saja tanpa dapat kesahihan berita tu dulu.
BalasPadamaku rasa bukan soal saman 2 juta tp skrg soal maruah seorang pemimpin...malu kena pulak pd presiden PAS....org akan kata ulamak pun ftnah org jugak...renung2lah
BalasPadamSetuju pandangan Anon 10.50pm.Kalau Presiden PAS kena saman akibat sertai demo atau buat bantahan atau menyelar SPR - itu kita tabik spring.Kalau buat fitnah tanpa usul-pereksa itu amat memalu dan mengaibkan party.Hj.Hadi sudah hilang kredibility akibat dengar nasihat menantu.Kata pepatah:Tiada beban batu digalas.Menantu tu jenis batu membawa mala-petaka.
BalasPadamDah buat salah minta maaf sj habis cerita.Yg dok ajak solat hajat ngan kutipan jihad tu mengarut sj kalau nawaitu nk subahat dgn pemfitnah.Islam pun tak suruh...
BalasPadamyang perlu difikirkan juga.., gerakan halus di dalam PAS bagi memecahkan Pakatan Rakyat..
BalasPadamMusuh akan menyerang dari luar.., dan musuh juga menyerap 'akal fikiran' diantara kepimpinan dalam PAS. Tak perlu ditaburkan dengan harta benda, cukup dengan diganggu fikiran mereka tentang terhakisnya agama, bangsa.
Dan satu hari nanti orang akan berkata, "kekalahan PAS bukan kerana kuatnya musuh, tapi lemahnya jati diri berpolitik kepimpinan PAS sendiri" pasca Tuk Guru Nik Aziz.