21 Apr 2013

SAH: Tiada Calon Menang Tanpa Bertanding


Tiada calon menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Ini kerana kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan.

Pada pilihan raya umum 2008, empat calon bergelar “Yang Berhormat” pada hari penamaan calon apabila mereka menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Datuk Wahab Dolah (BN-Parlimen Igan, Sarawak), Datuk Zakaria Mohd Edris (BN-DUN Gum-Gum, Sabah), Datuk Abdul Raman Palil (BN-DUN Sementa, Selangor)dan Wan Ubaidah Omar (PAS-DUN Kijang, Kelantan). — Bernama


Semua kerusi Parlimen, DUN ditandingi, kata SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan ada pertandingan di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari pengundian 5 Mei ini.

Selepas hari penamaan calon ditutup, seramai 579 calon disahkan layak bertanding bagi kerusi Parlimen lapor The Star Online.

Mereka terdiri daripada 221 calon daripada Barisan Nasional (BN), PKR (99), PAS (73), DAP (51), Bebas (79), STAR (28), Berjasa (9), SAPP (8), SWP (6), Kita (2), PCM (2) dan Bersama (1).

Bagi kerusi DUN, SPR mengesahkan 1,320 calon layak bertanding.

Dengan calon BN seramai 505, PAS (236), PKR (172), DAP (102), Bebas (190), STAR (49), SAPP (41), Berjasa (5), Kita (11), Bersama (4), PCM (3) dan PSM (2).
-TMI

6 ulasan:

  1. mcm mane TPM bole kata yg BN dpt menang tanpa di Senggarang smlm.....???? Perasan ke....?????

    BalasPadam
  2. Berpunca drpd pemansuhan proses bantahan dan tarik diri selepas Kertas Penamaan Calun.be end takut kalah sebelum berjuang.
    Pertarungan sengit yang bakal menentukan masa depan Be end dan PR.
    Sandaran kita PR kpd pengundi baru dan pengundi muda.
    LAWAN TETAP LAWAN walau apa pun terjadi.Majoriti calun bebas adalah penyokong setia Be End.Terkedu najib terpaksa berlawan sesama sendiri.

    BalasPadam
  3. iyer,,,,ada dengar....dia kata BN dah dpt satu gol....pelik gak...mimpi ke dia tuh

    BalasPadam
  4. sya pun dengar..bn dah dapat satu gol...dia ckp...mimpi ke dia tuh??

    BalasPadam
  5. Ramai merungut ada pertandingan sesama PR.

    Sayugia diingatkan janganlah berperang sesama sendiri. KITA NAK KALAHKAN UMNO.

    Ingat sirah Saidina Umar memecat Khalid al-Walid, Khalid tetap setia pada Islam.

    Harap diselesaikan terus dengan decisive esok. Masa dah suntuk.

    BalasPadam
  6. mat sembab tu baru dengar kabar angin dah terus buat kenyataan. klu kata bodo kang marah. bn=barisan neraka. booooongoook.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.