19 Feb 2013

Kenyataan "PM Secara Rasminya Meletak Jawatan" Kerja Orang Dalam?


Sumber : FB

Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.

Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan ‘kenyataan palsu’.

Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.


Kenyataan itu bertajuk ‘Memo permohonan rakyat Malaysia’ dan ‘Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan’.

Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.

Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.

Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.

“Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.

“Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib,”
katanya ketika dihubungi.

“Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon.

4 ulasan:

  1. Sindiran halus supaya Najib meletak jawatan secara terhormat dan digantikan dengan muhyidin yasin.

    2 x 5 saja perangai.

    BalasPadam
  2. apa2 pun org ramai x mau lg org2 umno sebagai menteri2 lg..jd meluat sgt perangai2 org2 umno dr atas sampai kebawah, dia org jadikan Malaysia ni mcm kepuanyaan kepala bapak dia

    BalasPadam
  3. Najib ingat ada orang menangis meraung supaya jangan letak jawatan?

    BalasPadam
  4. Jangan nak perbodoh rakyat, kalau nak letak jawatan letak sahajalah.......

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.