9 Ogo 2012

[JOM TURUN] Lebih 20 NGO Anjur Himpunan Janji Bersih


Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 - susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said berkata, perhimpunan ini, yang diadakan pada jam 10 malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, dianjurkan bagi membawa mesej orang ramai memerlukan sebuah Malaysia yang bersih dan adil.

"Kami mahu lapan tuntutan itu ditunaikan," kata beliau pada sidang media yang diadakan di sini.

"Kami dengan terbuka hati menjemput semua rakyat Malaysia, anak semua bangsa untuk bersama-sama kami merayakan ketulenan Hari Kemerdekaan.

"Kita telah banyak mendengar janji-janji untuk perayaan sambutan merdeka tahun ini, kami tahu apa yang orang ramai mahu ialah Malaysia yang bersih dan adil sebagai sambutan Kemerdekaan yang ke-55," kata beliau lagi.

Beliau berkata, sebelum ini pelbagai janji yang dibuat oleh pihak kerajaan, tapi ia nya sekadar janji kosong semata-mata.

“Kami menjemput semua rakyat Malaysia, berkumpul di setiap pelosok negeri dengan memakai baju tema berwarna kuning tanda meraikan hari kemerdekaan nanti,” katanya.

Samad berkata, pihaknya tidak akan menghantar permohonan mendapatkan permit kebenaran perhimpunan.

“Tujuan perhimpunan ini, bukan untuk mengadakan demonstrasi, sambutan kemerdekaan harus diraikan oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

Katanya lagi, pada malam tersebut beliau akan mendeklamasikan sebuah puisi sempena Hari Kemerdekaan.

4 ulasan:

  1. Mampos berdirilah najib lepas ni. Lepas satu serangan ke satu serangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gua tk heran bro sbb najib kn sedara ngan kamal atartuk,,,,

      Padam
  2. moh kita beramai ramai ke dataran... najib dan menteri menteri kabinet yg lain pasti meroyan punya...Ayuh smua..JANJI BERSIH...

    BalasPadam
  3. BERSIH BERSIH BERSIH

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.