17 Jul 2012

[BERGAMBAR] Jahil Dan Zalimnya Manusia Yang Tidak MensyukuriNya...


Subhanallah. Ini otak manusia yang masih lagi hidup.

Macam mana organ sekecil ini mampu berfikir dan mengawal segala pergerakan badan dan aktiviti seharian kita? Tidak lupa dari merakam peristiwa yang telah berlaku dan temu temujanji akan datang? dan macam macam dia fikirkan untuk kita...

Amatlah rugi jika kelebihan ini tidak digunakan dari MENGINGATI ALLAH dengan mengerjakan solat 5 waktu... apatah lagi jika kita menentang ayat-ayat dan suruhanNya..

Cuba fikirkan bagaimana jika urat-urat di dalam otak ini tidak berfungsi lagi?

Dan ini lagi:

Urat ditapak tangan

Urat di mata

Usus dalam perut

Jutaan urat di bahagian kepala


Betapa besar pemberian Allah kepada kita. Apakah kita mampu menandinginya dan sanggup menjadi penentangNya pula?

Firmanullah s.w.t

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan?" (Surah Az-Zariyat: Ayat 21)

"Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang amat nyata!" (Surah Yassin: Ayat 77)

"Dan berapa banyak tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pergi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya." (Surah Yusuf, ayat 105)

Jangan kamu berjalan di bumi ini dengan sombong, sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembusi bumi, dan tidak akan sampai setinggi gunung. (Surah Al-Israa :37)

"Dan sesungguhnya Kami (Allah) akan isikan neraka Jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia, mereka itu mempunyai hati, tetapi tidak mahu memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak mahu melihat tanda kekuasaan Allah. Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mahu mendengar (ayat dan suruhan Allah). Mereka itu tidak ubah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf, ayat 179)

8 ulasan:

  1. hadoiiiii.....

    ampun kami Ya Allah....

    BalasPadam
  2. Hantar gambar2 ni kat papagomo dan lain2 pencacai umngok yang suka memfitnah

    biar Allah putuskan urat kepala mereka, baru mereka tahu kekuasaan Allah swt.

    BalasPadam
  3. Kita yang Islam ni macamana rasanya bila melihat organ-organ berfungsi pada badan kita sendiri? Aku selalu berpesan pada anak-anak didik iaitu sentiasa berfikir kalaulah Allah swt mengambil sedikit nikmat kita seperti penglihatankah? pendengarankah? perasaankah? pemikiran waraskah? ... apa jadi dengan kita ni? OKUlah jawabnya.
    Kesyukuran kita seharusnya pada Allah swt sahaja dan bukan pada manusia terutama pada manusia yang korup, zalim, .... Awat kita masih nak pertahankan Melayu kita? atau pertahankan Islam kita? Yang zalim ialah Melayu, bukan Islam tapi oleh kerana bertopengkan Islam, maka terpalit pada Islam sama.
    Haramjadah punya manusia.
    Haramjadah punya manusia.
    Haramjadah punya manusia.

    BalasPadam
  4. ye betul....hantar pada papagomo dan lain2....ini juga dakwah

    BalasPadam
  5. ini otak manusia, Papagomo guna otak lembu

    BalasPadam
  6. papagomo ada otak ke...i wonder..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.