28 Jul 2012

Aiiik Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM Perlu Beri Penjelasan


Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan gambar yang tertera di pemukaan kertas itu mudah hilang.

Demikian persoalan yang timbul di beberapa laman facebook.

Bank Negara Malaysia sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa bertemakan ‘Keunikan Malaysia’, ciri-ciri yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara telah menjadi inspirasi dalam reka bentuk wang kertas terbaru itu.

Ia turut menampilkan teknologi wang kertas yang mengandungi ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air (watermark) dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Namun dengan bukti yang ada, menjelaskan bahawa ciri kualiti tidak diambil berat oleh BNM terhadap pengeluaran wang kertas baru berkenaan.

16 ulasan:

  1. macam ada kesan secara "forced" je kat duit tu,walaupun aku tak berkenan dengan duit baru ni tapi terdapat unsur2 sabotage dengan sengaja pada duit kertas ni.

    Boleh bagitau sebab apa duit tu sampai hilang imej dia dgn begitu teruk sekali?seolah2 digosok secara ganas dan fokus hanya pada gambar Agong.

    BalasPadam
  2. duit x de kualiti..hehe Otai tolong listkan blog ambe..budak baru belajar..www.kakisembang.com

    BalasPadam
  3. Salam Yob Greenboc
    Bior betui! Laku lagi ke duit takde gambor agong nih?

    BalasPadam
  4. duit nye xde la konyok mane pon..gmba nye yg ilang lebih2..ko bia betol..?

    BalasPadam
  5. Satu lagi yang ingin saya kongsi bersama... Ini saya sedar secara tidak sengaja, iaitu duit syiling terbaru kita mempunyai kandungan logam besi kerana syiling lama tidak melekat pada magnet/ besi berani tetapi syiling baru boleh melekat pada magnet. Nilai muka syiling baru sangat murah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xde modal nak buat duit yg lebih berkualiti.hampeh punya govt

      Padam
  6. Ibarat 'lagu dan irama' begitu juga 'umno dan rasuah' tidak dapat dipisahkan melainkan dihumban dalam PRU akan datang.

    BalasPadam
  7. kawe sokong kenyataan Ammy Hassan pasal siling bru kita ni..

    BalasPadam
  8. Hari tu mamat pegawai BNM ( rasanya sebab dia bela BNM ) buat kenyataan kat GB kata untuk menerbitkan duit ini, kajian dah dibuat sejak 2005, muhong kuat !
    Masalah duit syiling ni pulak kerana saiz dia kecik makan Batang Tiang Parking tak mau terima.... payah2, menyusahkan raktat !

    BalasPadam
  9. Mahu cetak dengan kos murah, akhirnya yang dapat hanya susah. Kajian sejak 2005 itu hanya syok sendiri, sebenarnya tidak megambil kira pendapat semua pihak. Kalau negara lain, setiap duit baru akan dibahaskan di parlimen.

    BalasPadam
  10. ini duit mampus untuk upacara kaum cina mati..nak dinafikan lagi...JANJI
    DITEPATI RAKYAT DIPERBODOHLEMBUKAN DULU...PENCAPAIAN KRONI DIUTAMAKAN

    BalasPadam
  11. Ni la mslh ye kalu yg pegang amanah rakyat kaki pecah amanah!!!

    BalasPadam
  12. Tapi duit satu sen lama memang melekat pada magnet kan...tapi takde unsur besi...

    BalasPadam
  13. untuk pendedahan juga,duit syiling baru kaler emas baru cuba digisok dgn jari lama ia akan jadi kelabu serta merta

    BalasPadam
  14. Terima kasih atas maklumbalas. Bagi tindakan yang sewajarnye boleh diambil, sila pergi ke pejabat LINK BNM di HQ BNM (http://www.bnm.gov.my/bnmlink/bm/c1.htm)atau call Bank Negara Malaysia LINK : +60(3) 2698 8044 sambungan 8950 / 8958

    Bring along the defect money nanti boleh dpt tukar duit yg baru with same value... No use complaining without action, so far BNM LINK terima maklumbalas dan pendapat pengguna kerana kami mahu sentiasa memperbaiki supaya yang terbaik dapat dinikmati bersama.

    Hope this info can be shared as well mr blog owner :)

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.