27 Dis 2009

NUJ Mahu Kerajaan Dengar Semua Pihak Sebelum Pinda ISA

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen bagi meraih input dari orang awam sebelum pindaan keatas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibahaskan di Parlimen.

Setiausaha Agung V Anbalagan berkata usaha pemindaan tidak sewajarnya ekslusif kepada segelintir pihak semata-mata kerana rakyat Malaysia seluruhnya terkesan dengan kewujudan akta ini.

Sebelum ini, seorang wartawan dibawah naungan NUJ pernah ditahan dibawah ISA selepas melaporkan ucapan berbaur perkauman seorang pemimpin Umno Pulau Pinang.

Khamis lepas, Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein berkata enam kumpulan berkepentingan yang ditemui kerajaan menyokong pindaan ISA ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, NUJ membidas kenyataan itu dan kesal kerajaan tidak menjemput kesatuan wartawan kebangsaan itu dalam perbincaan tersebut.

Anbalagan menambah NUJ tidak boleh menyokong mahupun menolak cadangan pindaan ini kerana tidak dimaklumkan kandungan usul yang dibuat. -TVS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.