Menurut wartawan Harakahdaily polis sudah menggunakan kekerasan dan keganasan dengan membelasah peserta perhimpunan aman Mansuh ISA yang mula digerakkan dari kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik.
Keadaan dilihat semakin tidak terkawal dengan tindakan ganas polis itu. Laungan takbir dan reformasi bersahut-sahutan. Dianggarkan lebih 20,000 orang terbabit dengan perarakan berkenaan.
Kumpulan yang bersama dengan Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilihat menjadi sasaran pihak polis. Kelihatan juga beberapa insiden 'pertempuran' antara peserta himpunan dengan anggota polis yang semakin ganas bertindak.
Peserta demonstrasi menggunakan jalan lain menuju ke Dataran Merdeka untuk bertemu dengan kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.
Polis juga menggunakan anjing pengesan membantu operasi mereka. Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat dilihat mengetuai perarakan yang semakin ramai sambutan. Polis membelasah menggunakan belantan.
Sebelum itu, Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad dan aktivis Arutchelvan sedang berbincang dengan pihak polis bagi mendapatkan laluan ke Dataran Merdeka dan Masjid Jamik. Namun pihak polis bukan sahaja tidak membenarkan, malah memberi amaran akan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan himpunan.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Pertama disambut ribuan aktivis anti-ISA.
Kerajaan mengerahkan anggota-anggota polis untuk meleraikan dan mengejar aktivis yang berlindung di kompleks itu setelah diasak hujan lebat gas pemedih mata dan air kimia.
Sementara itu, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin tiba di Pasar Seni. Dan angka peserta anti-ISA melonjak mendadak kepada 20,000 orang yang kini sedang berhimpun di Jalan Kinabalu.
Sementara itu, aktivis di Masjid Negara turut bertambah kepada 5,000 orang. Mereka nampaknya sedang 'bermain' kejar-kejar dengan anggota polis.
TVA melaporkan dalam satu perkembangan terbaru, 10,000 orang telah mula berhimpun di Dang Wangi berhampiran Sogo.
Polis nekad menghalang perarakan dari Dang Wangi ini dari bertemu perarakan di Sogo. FRU sekali lagi menyemburkan air dan gas pemedih mata bagi meleraikan orang-ramai yang berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka.
Sementara itu, polis melepaskan gas kearah aktivis yang terperangkap Bank Rakyat dan Bank Negara. Kumpulan ini mahu bergerak ke Padang Merbok selepas polis menghalang laluan mereka ke Sogo.
Sebelum itu, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh mengadakan demonstrasi di antara kompleks Pertama dan Sogo. Syed memberi ucapan mendesak supaya ISA dimansuhkan dan semua tahanan akta zalim itu dibebaskan.
Kumpulan Pro ISA pula diganggu oleh pihak polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.