3 Okt 2016

[VIDEO] Baju Merah Berharaja Jela Kerana Polis Berminat Menangkap Pembangkang Saja...

"Polis perlu tegas, bukan setakat jadi jurugambar'

Pemuda AMANAH Perak meminta pihak polis bertindak tegas terhadap kumpulan Baju Merah yang diketuai Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos.

Ini susulan tindakan kumpulan berkenaan yang dilapor menghalang peserta Konvoi BERSIH dari Lumut ke Teluk Intan semalam sehingga menyebabkan kekecohan.

"Kumpulan Baju Merah ini bermaharaja lela dan seolah-olah menganggap diri mereka kebal daripada sebarang tindakan menyebabkan mereka berani untuk melakukan tindakan jenayah.

"Mereka seperti tidak takut untuk 'beraksi' biarpun dikelilingi pihak polis yang datang menjalankan tugas," kata Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Perak, Muhammad Faeez Azahar.

Katanya, polis gagal menjalankan tugas apabila tidak bertindak pantas terhadap kumpulan itu yang didakwa mengancam keselamatan peserta konvoi.

"Pihak polis dikatakan lebih bertindak sebagai jurugambar dan juruvideo, sedangkan tugas utama pihak polis pada ketika itu ialah melakukan tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan jenayah serta melanggar undang-undang," katanya.

Semalam, peserta BERSIH yang dalam perjalanan dari Lumut ke Teluk Intan disekat ketika tiba ke destinasi akhir mereka oleh kumpulan diketuai Jamal.

Kekecohan berlaku selepas Jamal dilapor cuba merampas kain rentang daripada kumpulan konvoi berkenaan.

Sebelum itu peserta konvoi berkenaan diganggu sekumpulan 30 hingga 40 peserta Baju Merah yang bermotosikal ketika mereka dalam perjalanan dari Lumut.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata ketua polis di setiap daerah yang dikunjungi peserta BERSIH perlu mengambil tindakan kepada kumpulan Baju Merah tanpa menunggu arahan ketua polis negara.

"Pihak polis mesti diperingatkan bahawa mereka mesti bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian tidak diingini sepanjang konvoi BERSIH 5 selama tujuh, sekiranya Jamal dan kumpulan samsengnya tidak diberkas," katanya.

"Samseng Umno berbaju merah akan terus membuat kacau sekiranya tindakan mereka tidak dibanteras dari awal," tambahnya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula berkata, selaku pemimpin Umno, parti itu perlu bertanggungjawab terhadap tindakan Jamal dan pengikutnya.

"Kegagalan parti pemerintah untuk berbuat demikian bermakna pemimpin Umno juga bersekongkol dengan Jamal dan kumpulannya yang dianggotai pembuli.

"Pihak polis juga perlu menyiasat tingkah laku samseng Jamal kerana mereka sentiasa cepat bertindak ke atas pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia," kata Santiago. -mk




ULASAN GB

Di Malaysia ini kertara polis tidak professional dan mengamalkan sikap dwi-standard.

Terhadap para pembangkang kesalahan yang begitu kecil pun akan dikenakan tindakan undang-undang, tetapi jika dari kalangang penyokong kerajaan, perlakuan jenayah pun mereka tidak bertindak seperti kes Jamal di atas.

Kita sering menyeru polis supaya kembali kepada melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya SECARA ADIL DAN SAKSAMA.

Sikap berat sebelah polis di dalam menjalankan tugas hanya akan menyebabkan rakyat tidak menghomati institusi polis dan akan tidak mendapat kerjasama dari rakyat.

Negara bakal hancur binasa jika polis terus dengan sikap yang sedia ada.


FEATURED ADS