17 Mac 2016

Untuk Parti Lain Dia Jadi "Tukang Ramal", Untuk Partinya: "Hanya Tuhan Yang Tahu"

Hadi: Hanya tuhan saja tahu masa depan blok ketiga

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang yang memperlekehkan sekutu baru parti itu, Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dalam blok ketiga pembangkang, hari ini.

Mengulas kenyataan Lim bahawa “dalam politik, kosong campur kosong adalah tetap bersamaan dengan kosong”, Hadi berkata hanya tuhan sahaja yang tahu masa depan mereka.

“Yang tahu masa depan (PAS dan IKATAN) hanya tuhan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


"PASIK" - Menjadi Bahan Lucu Oleh Netizen

PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.