Jangan bawa DNA parti lama, tegas Khalid
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengingatkan ahli dan pimpinan parti berusia setahun itu supaya meninggalkan tabiat menyerang rakan dalam parti pembangkang.
"Kamu bantai begitu, ada (dapat) kukuhkan Pakatan Harapan? Kita jangan bawa DNA 'parti lama' (Pas).
"Bantai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), betulkah macam itu? Ini DNA parti lama," tegasnya pada ucapan penangguhan sempena Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya Amanah bekerja keras untuk membuktikan keupayaan parti kepada rakan-rakan parti pembangkang.
"Amanah parti yang paling sukar bertapak di Malaysia. (Penubuhan) Semangat 46 - Umno serang, Pas sambut; PKR - Umno serang, Pas sambut tapi Amanah Umno serang, Pas serang!
"Maknanya apa? Kalau nak jadikan Amanah sebagai parti yang kuat dan pilihan yang kita mesti lakukan adalah perkuatkan jati diri, ada kesungguhan bukan menunggu permaidani merah untuk kita," ujarnya lagi.
Terdahulu Perwakilan Amanah Selangor, Jamzuri Ardani mengingatkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Amanah tidak 'lapar' dengan jawatan dalam kerajaan negeri.
"Apa yang kami mahu adalah kami dirai sebagai anggota komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi kerajaan negeri.
"Ketua kampung Pas, Adun Pas, ahli majlis Pas, exco-exco Pas, itulah yang membantah dan menghalang kita dari kuliah di masjid. Ada ahli majlis yang halang Amanah dari menggunakan dewan-dewan.
"Sekiranya Amanah tak menang banyak kerusi, kita bimbang menteri besar lepas pilihan raya umum akan duduk dalam blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri perlu dibuang segera," kata Jamzuri yang juga Pengarah Komunikasi Amanah Selangor.
VIDEO
ULASAN GB
Yang mana ada bawa DNA parti sejarah tu, belajarlah untuk meninggalkannya.
AMANAH perlu bergerak ke hadapan. Perangai dan fe'el lama akan hanya mengundang kebencian rakyat.
Diantara perangai dan fe'el dari DNA parti lama ialah seperti tidak boleh/mahu menerima teguran dan kritikan dari ahli bawahan, mewujudkan "kasta" dalam parti, tidak menghargai jasa para amilin, perasan dirinya saja yang betul dan pandai yang lain salah dan bodoh, ujub dan angkuh dengan kedudukan, cakap tak serupa bikin, enggan untuk belajar dan menambahkan ilmu serta lain-lain.
Allah Maha Melihat apa yang kita lakukan. Beringatlah.
FEATURED ADS

Terbaiklah.harap keputusan menguatkan pakatan harapan sebelum akhir tahun ini dimuktamadkan segera dan merancanakan agenda pru 14 sebelum masuk 2017.bukan tugas mudah untuk menyakinkan rakyat ttg pertubuhan pakatan harapan tapi saya yakin setiap cabaran akan tetap dilalui juga.kami sebagai rakyat bawahan ni sentiada menantikan satu entiti pertubuhan yg dpt melawan umno dan kawannya.haruslah pakatan harapan tahu anda adalah sandaran kami sekarang utk melawan umno dan kawannya.jadi harapan kami cukup tinggi utk melihat malaysia dgn nafas baru yg akan kami wariskan utk anak cucu kami
BalasPadamDNA parti lama telah di sahkan mengandungi kandungan seperti berikut iaitu
BalasPadam- CAI .. 10%
- U-TURN .. 15%
- BELOT .. 15%
- SESUMPAH (HUDUD? RUU?) .. 5%
- BERKECUALI. .. 5%
- PONTENG .. 20%
- MEMBALAK .. 5%
- DEDAK. .. 25%
Kesemua unsur DNA tersebut menyamai unsur-unsur DNA pada kaum parti keris ..
Terima kasih.
MEMAKI HAMUN....HOBI
Padammengkafirkan... hobi number wahid
PadamTerbaik! Lupakan Pas....
PadamKalo dah biji benih bagus, balinglah kemana pun, akan tumbuh juga.
BalasPadamKalo biji benih cam hampeh, anak tok guru pun jadi mcm orang gila isim.
AMANAH perlu rebut jawatan-jawatan yang di pegang oleh PAS sekiranya di biarkan, AMANAH akan terus di sekat dan ditekan oleh Ketua kampung, Adun, ahli majlis dan exco-exco Pas.
BalasPadamIni arahan Hj Hadi.
PH terutama Azmin yang bukan calun MB pilihan Hj Hadi dan Azmin sendiri di pelawa mengkhianati perjuangan rakyat perlu banyak kan kerusi AMANAH untuk di tandingi.
Sebaik-baik nya kuasa yang di pegang oleh PAS hendak lah di kurangkan dengan sebahagian nya perlu kan campurtangan MB Selangor dengan lebih banyak menghadiri majlis AMANAH.
Untuk kali ini, di minta PKR dan PPBM tolak jemputan ceramah PAS yang akan di adakan di Paya Jaras Selangor. Pemimpin yang hadir samada berjawatan atau tidak akan di ambil tindakan walau pun atas kapasiti peribadi. Jangan nak bagi alasan keterbukaan dan alasan parti mengamalkan demokrasi. UNTUK KALI INI !
Ketidak kesesuaian Masa dan keadaan lebih memberi petunjuk PAS ingin memecah belahkan PKR PPBM dengan AMANAH dan DAP.
Menurut penganalisis politik, pada awal nya Mat Sabu mengatakan musuh AMANAH ialah BN iaitu UMNO. Tetapi diakhir konvensyen, di sebut pula AMANAH boleh memang di Kelantan dan Terenganu dimana mencabar kedudukan PAS di negeri tersebut.
BalasPadamIni menjadi punca kejatuhan AMANAH kerana terlalu ingin mengganti tempat PAS.
Saya kurang bersetuju dengan pandang tersebut kerana apabila PAS ingin mengadakan Ceramah Mega ketika konvensyen AMANAH sedang berjalan, PAS lah yang mencabar AMANAH.
AMANAH perlu menyatakan kekuatan parti nya berbanding dengan PAS yang telah banyak menyusahkan ahli dan rakyat. Apa lagi parti PAS keliru dan lebih condong kepada UMNO.
Jika PAS tidak kacau dengan menghebahkan Ceramah Mega dan hanya menjemput PKR dan PPBM, semasa konvensyen AMANAH berlangsung, tidak berlaku cabar-mencabar.
Tubuh Semangat 46 - Umno serang
Tubuh PKR - Umno serang
Tubuh PPBM - UMNO serang.
Tubuh Amanah - PAS yang serang di bantu pulak oleh UMNO.
UMNO serang sebab ketiga-tiga parti tersebut berasal dari parti UMNO dan kerana bersekutu dengan pembangkang ! Jika masih mesra UMNO atau pun 'berkecuali' UMNO tak kan serang.
Peliknya AMANAH masih bersama pembangkang dan langsung tidak ada kaitan atau sedondon dengan UMNO tetapi di serang oleh PAS.
Aku betul2 kecewa dgn ph yg masih terutama ppbm dan pkr masih mahukan pas.setelah kita lihat betapa busuk nya parti pas skrg pelbagai isu paling besar ni menghalalkan rompakan balak kelantan dah sebijik perangai umno tp masih lg nk bekerjasama?????aku harap mesyuarat 13 dec nt menetapkan kerjasama dlm ph dan tinggalkan terus pas.maju la kehadapan. Kalau masih mengharap ph aku rasa muak dh nk undi pembangkang. Baik aku dan seluruh keluarga aku xyah mengundi...-luahan kecewa rakyat marhaen
BalasPadamSaya nak maklumkan
BalasPadamHarga petrol akan cecah rm4 seliter pada bulan mendatang disebabkan tiada lagi subsidi kerjaan
Inflasi akan cecah 15% jika mekanisme kerajaan gagal menangani harga petrol..
- tambNg bas sekolah
- harga makanan
- uber / teksi
- hampir semua perkhidmatan dan jualan runcit akan naik 200% spt baju alat sukan elektronik ..
Inilah kerjaan ug tak pikir bila tarik subsidy... Jika kerajaan adakan subsidy hutang negara bakal tidak berbayar dan muflis.. Betul kata idris Jala Malaysia bakal bankrap..
Malaysia jadi venezuela...mampukah petromas bagi subaidy myk kod rakyat dan pada masa sama tak mudlis?
Rasanya pas yg terdesak skrg..sampai terpaksa berkawan dgn umno..mengapa ph terlalu mengharapkan parti islamik jadian ini..terlalu byk kepincangan..sila abaikan pas..ambo ore kelate..pas jadi sejarah lpas ni..
BalasPadamBodoh pulak Cina Batu Tian Chua masih lagi nak bersama dalam ceramah mega PAS.
BalasPadamDah lah PAS kelirukan rakyat. Ini dia pun sama nak kelirukan rakyat.
Pergaduhan PAS dengan AMANAH dan DAP tidak ada kena mengena dengan PKR. Apa jadi kalau dua Adun AMANAH yang tidak menyokong Hj Hadi semasa isu MB. Bukan PR sahaja yang berkubut. Dengan PKR pemimpin nya hilang hala tuju macam anak ayam hilang ibu ayam.
Kalau berbaik dengan PAS, boleh berceramah di majlis PAS, alang-alang baik terus berceramah dengan UMNO. Mengapa celaka PKR tak hadir perhimpunan Rohingya ?
Sepatutnya semua parti bergerak sebagai satu pakatan selepas 13 Dis. Kalau tak.. tak payah lah nak buat pakatan. Tang yang ini memang UMNO hebat. Walaupun dengan 1MDB nya semua mereka satu hati dan sama rentak.
Jika PKR berdegil link PKR dalam FB akan di removekan termasuk link Dato Sri Wan Azizah.
Dan minta PKR ajak PAS hadir kes keputusan Anwar Ibrahim sebab hati dah tawar nak ikut PKR. Lagi pun Anwar Ibrahim tidak ada mengena dengan AMANAH.
Dulu PKR sekarang AMANAH.