24 Nov 2016

[VIDEO & GAMBAR] Ramainya Geng Jamal Berarak Ke Bangunan SUK Selangor

Sidang media baju merah depan SUK lawak jenaka Jamal

Tindakan berterusan Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos mencetuskan pelbagai provokasi melampau memperlihatkan ‘ketidakmatangan’ pemimpin Umno Sungai Besar itu.

Selepas dibebaskan daripada tahanan polis semalam, Jamal hari ini mengadakan sidang media di hadapan bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.


Jamal pada sidang medianya mendakwa bakal menganjurkan himpunan besar-besaran di 700 lokasi di Selangor kononnya dalam isu semsa Selangor.

Permulaannya, himpunan tersebut diadakan di Sekinchan, kerana ‘minatnya’ kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan itu, Ng Suee Lim.

“Saya minat dengan Sue Lim, jadi kami pilih Sekinchan dahulu,” ringkasnya menjawab pertanyaan media.

Penganjuran himpunan tersebut katanya turut memfokuskan kepada tujuh tuntutan supaya wujudnya pentadbiran kerajaan telus dan bersih.

Bagaimanapun tuntutan tersebut dilihat tidak signifikan memandangkan kejayaan pentadbiran negeri memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang diakui sendiri Ketua Audit Negara, dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 siri kedua yang dibentangkan di Parlimen, semalam.

Ketika ditanya media sekiranya Jamal bercadang mengadakan himpunan sama di Putrajaya ekoran pendedahan penyelewengan Kerajaan Persekutuan, beliau gagal memberikan pendirian khusus mengenainya.

Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kononnya tidak terlibat dengan sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Kamu (pemberita) tidak faham, tumpuan kami ini di Selangor dan bukannya di Putrajaya kerana pentadbiran Putrajaya itu telus di bawah pimpinan Perdana Menteri,” dakwanya tanpa memberikan butiran terperinci.

Namun umum mengetahui, skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus mendedahkan penglibatan Perdana Menteri berkait dana RM2.6 bilion dan pengambilalihan dana awam untuk tujuan peribadi.

Tidak mengejutkan, selesai sidang medianya, Jamal sekali lagi menyanyikan lagu ‘Bersih 5 gagal’ yang membangkitkan rasa geli hati dalam kalangan petugas media, di sini. -selngorkini




VIDEO BERKAITAN

ULASAN GB

"Ribuan" nampaknya yang menyertai kumpulan baju merah ke bangunan SUK negeri Selangor. Dia mendakwa 700 orang berarak nak selamatkan Selangor, yang kelihatan cuma dalam anggaran 30 rang. Lepas tu siap menyanyi lagi ala budak-budak tadika... BERSIH 5 Gagal....

Hello Najib, takder apek lempang lainkah yang lebih baik selain dari Jamal ni... perhabiskan dedak kamu saja nampaknya.... kahkahkah...



FEATURED ADS



18 ulasan:

  1. Jamban tetap jamban ! Gerombolan mangkuk tandas tanpa pendirian hanya suapan dedak & najis !

    BalasPadam
  2. Mana nak ramai bro, dedak yang dijanjikan masa Himpunan Bersih 5 itu hari pun tak settle lagi. Cakap tak pakai otak! Muka-muka itu jugalah nanti akan berarak di 699 tempat yang lain. Muka-muka Melayu tak tau malu!

    BalasPadam
  3. Polis tumbuk aku. 3X
    Aku nak keluar. 3X
    Suara pula mcm pondan! Nak jd gangster hancus......
    Sudah2 la jamban. Cuma sampah yg ikut kau. Satu malaysia dok gelak kat lu

    BalasPadam
  4. Macam sekumpulan budak kecik yang kalah dengan satu kumpulan yang lain.. main ejek-ejek pulak.

    Bersilat, kena pukul dengan kayu .. wah ! hebat sungguh... tapi Hihihi.. main ejek-ejek pulak.. dah.

    BalasPadam
  5. secara tak lansung enunjukkan berapa punya bangang orang yg berkumpul untuk bersih 7 dan dabel bangang hagi yg menaja yg bg makan dedak kat depa ni..
    ngabeh kan dedak je..bg makan ayam pun bagus...jadi gemuk..bagi dedak kat depa ni...jadi bahan lawak satu malaysia..

    BalasPadam
  6. kah, kah kah, lawak siot! Nyanyian macam budak2 tadika dan mereka ni konon2nya pejuang melayu??? Apa yang aku nampak, kesemua bangang2 yg berbaju merah tu seakan2 bebudak nakal yang ponteng kelas tadika kemas pastu dok bermain dan mandi manda kat longkang kumbahan. Amat malang sekali apabila warna merah telah menjadi sinonim kepada "orang2 dungu dan perosak bangsa". Sampai sekarang aku pun phobia nak pakai baju merah, geli aku kalau dikaitkan dengan orang2 "bodoh dan takde akal ".

    Nick.
    Cape Tiger.

    BalasPadam
  7. diharap mereka2 ini akan buat demo sampai PR14 nanti,PH tak payah nak susah payah nak ceramah dekat orang2 tionghua dan bukan melayu,disamping middle clss melayu dgn sendirinya umno/bn tertolak.

    yg penting sekarang PH/Bersatu tanpa pas, kena kuatkan jentera parti,kumpulkan balik taiko2 reormis lama,dan orang2 atas pagar yg menyokong kita dulu.Perkuatkan Manefesto buku jingga dulu,dan beri tawaran2 yg menarik salah satu tawaran adalah ,jika PH/Bersatu memerintah,selepas 100 hari memerintah persekutuan,GST DIHAPUSKAN,dan mengembalikan BIASISWA UNTUK PELAJAR YG BERKELAYAKKAN,sedikit demi sedikit tol dihapuskan,disamping HARGA barang diturunkan sedikit demi sedikit.

    PM hanya 2 penggal sahaja.kerabat PM dan isteri,tiada dibenarkan menyewa jet peribadi,hanya guna penerbangan negara sahaja.Mcam pm singapore.ekonomi di perbaiki,menambah pelaburan asing,tiada pembaziran.RASUAH di ketatkan tiada,keistimewaan pada pm dan menteri2.

    banyak kebaikkan untuk rakyat.insyallah dgn adanya maneesto rakyat dan satu lambang pembangkang.dan di ceritakan pada rakyat,lama2 majority rakyat akan aham,buat tawaran jika ekonomi BAIK,rakyat tak payah tunggu setahun BR1M,tiap2 bulan boleh dapat paling minima rm300 sebulan,pada rakyat kategory miskin.

    selaat maju jaya PH/BERSATU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lupa humbankan najib, rosmah, igp dan apandi ke dalam resort sg buloh

      Padam
    2. Sgt3 bersetuju..tawaran 100 hari pertama dh ada dlm buku JINGGA, NGO JINGGA13 yg diketuai cikgu fariz jgk ada utk propaganda berterusan, selain usaha YB Rafizi terangkan justifikasi turun harga kereta, pendidikan percuma dll semasa PRU13

      Cuma PH yg baru ni kenalah lebih kerja keras. Sekretariat PH dh diwujudkan, konvensyen dh buat minggu lps tapi masih x nmpk sebarang perancangan yg tersusun..

      Cubalah bawak tawaran/manifesto yg bakal dibuat selepas ambik alih putrajaya, bagi RAKYAT semua nampak dan yakin. Dalam masa yg sama teruskan isu2 bebal yg ada sekarang 1MDB, salah guna akta keselamatan. Tlg lah pemimpin sekalian, PRU dh x lama..

      Padam
  8. Jamal Jamban akan beraksi seperti ini sampai PRU 14.ini adalah strateji Najibtuya and the Gang .Paling Ketara bila Hampir2 PRU 14 ingat tak MKN yang Umngok buat.mungkin bila PRU 14 nanti BN/Umngok nk Kalah maka Jamal Jamban akan main Peranan penting untuk Buat Huru Hara.Polis dan Askarakan masuk
    Campur.ini lah Pelan Celaka Najibtuya untuk huru hara kan Malaysia.

    BalasPadam
  9. Lepas bersilat..
    Lepas menyanyi..
    Apa lah pulak.. bahalol-bahalol ni nak buat ?

    Kalau banyak itu lah yang datang, jangan mimpi lah nak rampas Selangor.

    Jamal, kau jangan lupa ya, tolong ajar pemimpin PAS mendendangkan lagu itu ya.

    BalasPadam
  10. Inalilahiwainailahirajiuun..

    1 us Dollar : Rm4.448

    Dah sama taraf Filipina oii jamban oik.. 1us : Peso49.80

    Malaysia Filipina dan papua new guinie dalam kategori 4.5 +++

    Berbanding songapore/australia/newzealand dalam catehory 1.50

    Dan Turkey/thailand/ 3.30

    Haramjadah apa 4.50 weiii???

    Pariah punya malaysiaL najib

    BalasPadam
  11. ....
    us11b

    Adakah rakyat jamban tahu

    1. Aset TNB dimiliki china komunis us9b

    2. Kontrak pajak laut di pulau pinang dan johor 100b

    3. Projek keretapi 55b ke pantai timur

    4. Bandar Tun rojak mabuk bawah tanah us5b

    5. Semua komunis China xontrol.. Sehingga buat jalan pun pakai teknologi china yg mampu dagut 300 000 nyawa setahun kerana kokal berbanding jalanraya Eropah teknology yg hanya ragut 30000 nyawa setahun

    Kereta china komunis yg kokak asyik acidemt tapi murah

    Ron 97 dulu kita pakai Najib suruh turun standard pakai ron95

    Rakyat jamban adakah ini rakyat mahu?



    BalasPadam
  12. Setelah

    Komunis China control elektrik. Keretapi. Jalan raya . Dan tak lama lagi air dan makanan

    Maka permintaan terakhir komunis adalah

    Politik negara mahupun agama perlu condong kepada amalan komunis atheis dimana pemikiran tiada tuhan itu penting..

    Adakah Najib mahu gadaikan agama ketuhanan kepada atheis komunis ?

    Jika hutang terbayar... Suka atau tidak rakyat atau Najib perlu ikut amalan

    KOMUNISME!!!!

    BalasPadam
  13. Peliknya kenapa JAMAL JAMBAN ni guna perkataan BERSIH ? ... Bukan ke dia terlalu benci dgn penganjur himpunan BERSIH !! ... Guna lah nama lain ke spt KOTOR ke @ JAMBAN ke ... Baru lah lawak sikit !! ...

    BalasPadam
  14. dia berani sbb ada bekap kuat belakang dia
    klau stkt dia sorang.... haram...

    BalasPadam

  15. sedey la level2 macam nie nak merosakkan nama baik...

    wak2 jawa, pakcik2 banjar sungai besar... tak terdidik ke geng mamat jamal nie...

    saya pun tak suka cara demo2 nie, tp kesalahan kepimpinan hari nie, dah santak ke dinding...

    dah tak boleh diterima akal dah...

    perhimpunan kuning tak pukul sapa2, yg pukul orang geng merah je...



    BalasPadam
  16. Selagi najib jadi PM haram jadah malaysia terlepas dari kekalutan ini. Kalau MT2 umno ada berani sikit menisihat najib mengundur diri memimpin umno baru ekonomi malaysia akan kembali mantap. Apalah diharap dengan dedak, menambahkan dosa adalah. Najib kena pergì, tiada dua tiga. Jangan jadi penghayanat negara, seluroh dunia tahu MO1 selewing dana awam. Jika kita ikuti perbicaraan disingapura, memang duit masuk akaun peribadi dari 1MDB diurus oleh jlow. Kenapa KP tidak pangil dia untuk disiasat. Apa kah najib arahkan jangan siasat??????

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.