25 Okt 2016

[VIDEO & GAMBAR] Hospital Sultanah Aminah Terbakar, 6 Terbunuh -updated

Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dekat sini, mengalami kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu mengakibatkan wad di tingkat dua bahagian selatan ICU terbakar.

Pesakit turun di bawa turun dan ditempatkan di tempat letak kenderaan (tapak berhimpun untuk kecemasan) di perkarangan HSA. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap, lapor BH Online.


Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan

Sementara itu, portal TheStar Online melaporkan sekurang-kurangnya enam orang telah terbunuh di dalam insiden kebakaran tersebut.

Pesakit-pesakit telah dibawa keluar dari bangunan dan ditempatkan di kemah-kemah sementara.

OCPD Johor Baharu (Selatan) ACP Sulaiman Salleh mangsa-mangsa kebakaran adalah terdiri dari pesakit di wad ICU, yang terletak di tingkat dua bangunan hospital berkenaan.


6 pesakit maut, wad ICU Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru terbakar

Polis dan Bomba mengesahkan, enam pesakit maut ekoran kebakaran di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Baru pagi ini.

Menurut saksi, Bomba menerima panggilan kecemasan jam 8.55 pagi tadi dan sampai ke lokasi kira-kira jam 9. 10 pagi.

Kebakaran dikatakan berlaku di tingkat 2 bangunan itu yang menempatkan wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Saksi yang melihat kejadian itu berkata, ramai pesakit di bawa keluar dari bangunan itu tetapi tidak diketahui nasib pesakit yang sedang menerima rawatan di wad ICU itu.

Ini kerana, ramai antara mereka yang memakai 'ventilation' yang bergantung kepada tangki oksigen dan tenaga elektrik.

Enam pesakit disahkan meninggal dunia

Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya.

Othman berkata bagaimanapun kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu.
-MD












FEATURED ADS




7 ulasan:

  1. Allahuakbar.

    Petanda apa kah ini ?

    Harap-harap kejadian begini bukan sebab dosa-dosa yang telah di lakukan.

    Dalam bajet untuk kesihatan di potong oleh Najib dan di sokong oleh PAS, berlaku pulak kebakaran yang memusnahkan bangunan hospital.

    Apalah nasib rakyat jelata?

    BalasPadam
  2. kiamat kecil.... nak tengok semua jabatan bertindak selayaknya tak
    baik dari pentadbir negeri... daerah..kawasan...
    jabatan2 yang terlibat... keselamatan..kecemasan... sekali Allah tarik nikmat itu...maka

    BalasPadam
  3. Lepas sesi persidangan perlimen yg ini. sesi akan dtg.. akan pembentangan peruntukkan tambahan.. apa nak susah.. modal air liur je..

    BalasPadam
  4. Kenapa rakyat jelata juga menjadi mangsa..apakah nasib rakyat jelata sememangnya begitu...ditindas dihina ditipu dan dizalimi...ada pembangkang pun sama je xpernah nk bersatu membela rakyat...kesian jadi rakyat Malaysia

    BalasPadam
  5. Penghargaan setinggi-tinggi nya dengan ucapan terima kasih kepada semua Pegawai Perubatan, Jururawat-jurutawat dan semua pekerja hospital termasuk mereka yang sama-sama menyelamatkan pesakit-pesakit.

    Mereka telah mengadai nyawa dengan membahayakan diri mereka. Mereka telah menjalankan tanggung jawab mereka.

    Tapi apa Najib buat ? Sebagai PM Najib langsung tidak bertanggung jawab pada negara.

    Malaysia pulak ada trend.. baik kapal terbang atau mineral.. akan diikuti kejadian yang sama.. Lepas ini hospital mana lah pulak ?

    Harap-harap tak berlaku lah..

    BalasPadam
  6. Baru ker gue jomen bajet hospital kn potong

    Dah terbakooor seketul

    Kat bangsa Johor pulak tuh...

    Kat bangsa Pahang belum???

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.