26 Sep 2016

[VIDEO] Sambutan Setahun AMANAH Meriah, AMANAH Melangkah Gagah Ke Hadapan

Syukur alhamdulillah. Sungguh Meriah! Demikian kata-kata yang diucapkan oleh para pengunjung terhadap Sambutan Setahun AMANAH di Muar Johor yang baru menutup tirainya malam tadi dengan program GEMA AMANAH.

Seawal jam 7.00 pagi semalam, para pengunjung telah tiba untuk bersama-sama di dalam Senamrobik kemudian berterusan sehingga ke malam dengan pelbagai aktiviti yang mengisi Karnival Sambutan Setahun AMKANAH.

Malam sebelumnya sudah diadakan "Countdown Pidato" yang menampilkan pidato-pidato dari pimpinan AMANAH yang terdiri daripada Sdra Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.


Yang menariknya, rakyat pelbagai kaum Melayu, Cina dan India telah datang untuk turut sama meraikan sambutan di sepanjang dua hari berkenaan.

Malam tadi pula orogram GEMA AMANAH mendapat sambutan yang luarbiasa. Dewan A yang malam kelmarin penuh sesak dengan 1,000 orang, pada malam semalam pula, dewan itu dibuka lebih luas dengan mencantumkannya dengan Dewan B, itu pun padat berisi sehingga ada yang terpaksa duduk bersimpuh di bahagian belakang.

Gerai-gerai minuman dan makan juga turut penuh sesak siang dan malam dengan para pengunjung yang datang dari jauh dan dekat.

Persembahan-persembahan dan aktiviti-aktiviti yang tidak meenjemukan pengunjung menjadikan suasana karnival begitu meriahh dan ceria walaupun ada aktiviti yang berlansung di bawah sinaran menteri yang begitu cerah dan panas memancar.

Kini AMANAH melangkah memasuki tahun kedua. Semuga Allah memberkati dan semuga AMANAH terus memegang dan mengibarkan panji-panji kebenaran dan keadilan... untuk untuk agama, bangsa, rakyat dan negara.

Syabas dan tahniah kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakan program Setahun AMANAH khususnya kepada tuanrumah, AMANAH Johor yang telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang.




DAP tolak syor persempadanan walaupun kawasannya makin selamat

DAP menolak syor persempadanan kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) walaupun diakui tidak banyak menjejaskan parti itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, kajian semula persempadanan berkenaan dilihat hanya membolehkan Umno menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Daripada analisa awal kita, DAP mungkin tidak terjejas besar kerana dia (SPR) memusatkan pengundi-pengundi Cina di kawasan yang dimenangi DAP sebelum ini tetapi DAP tetap membuat keputusan menolak cadangan persempadanan ini.

"DAP bukan sahaja melihat faktor kemenangan sendiri. Kita juga mahu PKR menang. Kita mahu Amanah menang. Kita hendak Pakatan Harapan menang," tegasnya pada Malam Gema Amanah sempena Sambutan Setahun Amanah di Muar, Johor malam tadi.

Beliau menyifatkan SPR sebagai "Umno Bahagian SPR" apabila meneruskan kesinambungan Umno melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya.

"Buat kali pertama dalam sejarah persempadanan semula kawasan pilihan raya Malaysia, parti komponen BN bantah. MCA bantah. Gerakan bantah.

"Dia (SPR) hendak memusatkan pengundi-pengundi Melayu supaya kawasan-kawasan yang kuat menyokong BN ditempatkan di kerusi-kerusi Umno yang marginal bagi memenangkan Umno," tegasnya.

Dalam hal berkaitan, Anthony berkata, DAP cukup yakin Amanah mendapat tempat dalam politik Malaysia kerana pendekatan yang inklusif dan sederhana.

"Saya lihat balik sejarah DAP apabila ditubuhkan pada 18 Mac 1966 kita kalah dalam semua pilihan raya kecil tetapi kali pertama masuk PRU tahun 1969, DAP menang 13 kerusi Parlimen.

"Saya yakin Amanah juga akan dapat mencapai kejayaan pada PRU14," ujarnya diikuti tepukan gemuruh lebih 1,000 ahli dan penyokong Amanah di Pusat Konvensyen Y-Square Connexion di Bakri.

Beliau turut menegaskan politik Malaysia mesti berlandaskan kepada sokongan semua kaum.

"Kita tidak mahu mana-mana kawasan hanya memusatkan majoriti satu-satu kaum. Bagi kita parti yang mengharapkan sokongan satu-satu kaum sahaja parti itu tiada masa depan dalam politik Malaysia.


"Itu sebab bagi saya penubuhan Amanah menyambung perjuangan kita yang belum selesai lagi," tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifuddin Nasution mengakui Amanah menghadapi banyak cabaran termasuk kononnya tidak kekal lama.

"Sama juga kami ditohmah, diejek dan diperlekeh oleh Umno ketika hendak menubuhkan parti selepas Anwar Ibrahim dipecat dengan meramalkan hayat kami tidak lebih daripada tiga bulan. Hari ini kami ada 30 ahli Parlimen.

"Oleh itu, saya optimis dan memberi sokongan kepada Amanah," ujar Saifuddin lagi.
-Arif Atan/MD







FEATURED ADS


5 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Alhamdulillah

Tanpa Nama berkata...

Amanah pusat perlu kmaskn media..contohi amanah melaka..respect...move...@pgundi parlimen marang....

Mat Safian berkata...

Amanah Melaka perlu turun bantu media Amanah negeri lain. Barulah disebut Progresif dan Peduli.

Tanpa Nama berkata...

Persempadanan semula bersifat perkauman. Orang melayu, wakil rakyat nya melayu. Orang cina, wakil rakyat nya cina. Yang kaum India sini sikit sana sikit. Tapi lebih pada kawasan melayu kerana India dengan Melayu tak jauh bezanya dalam berpolitik dan juga untuk cover jika pengundi melayu ada yang tidak sokong UMNO. Akan bertambah lah Taman Melayu untuk Melayu. Taman Cina untuk Cina. Apa guna usahakan sekolah untuk semua kaum@rakyat?



نور berkata...

selamat maju jaya Amanah