Sep 15, 2016

Muktamad. Utusan Diperintah Bayar RM250K Kepada Nizar

Selepas TV3, Nizar bakal terima RM200,000 lagi dari Utusan

Genap 2 bulan selepas berjaya menerima ganti rugi RM200,000 dari TV3, Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Utusan Malaysia menangguhkan pembayaran ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyaman akhbar itu pada 2012.

Mahkamah dipengerusikan Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan itu tanpa mengarahkan peguam Nizar, Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni menjawab persoalan perundangan peguam Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd Hafarizam Harun.


Pada Disember 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan ganti rugi RM250,000 dibayar kepada Nizar selepas menolak permohonan Utusan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati laporannya berbaur fitnah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim berkata hujah Utusan yang laporan itu merupakan komen adil dan hak kewartawanan tidak boleh diterima.

Nizar memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan dan TV3 atas laporan berunsur fitnah memetik komen di Twitter berhubung pembelian nombor plat kenderaan “WWW 1” yang dibida pada harga RM520,000 dan dianugerahkan kepada Sultan Johor.

Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Amanah mendakwa laporan kedua-dua media yang dikaitkan dengan Umno itu antara lain membawa maksud beliau seorang penderhaka kepada sultan, anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat membenci Sultan Johor.

Nizar dalam komen Twitter pada 28 Mei, 2012 berkata jumlah RM520,000 boleh digunakan membina 20 buah rumah untuk rakyat miskin. -FMT

ULASAN GB

Tahniah Datuk Seri Nizar.

Sebelum ini DS Nizar memperolehi ganti rugi RM200,000 dari TV3, kini RM250,000 dari Utusan, dah hampir 1/2 juta.

"Fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui.”



FEATURED ADS


15 comments:

  1. Ini br betul.kes jelas fitnah dan Nizar bertindak menyaman media yg fitnah...manakala srwk report dikatakan menfitnah hadi tp semalam genap sebulan tempoh hadi kata nk saman. Mana samannya???Bila takut bererti benar lah kes pas terima 90juta dr umno.Gb perlu kupas topik ni dptkan bukti jelas utk dijelaskan pada rakyat.GB kan terer jg mcm rafizi.support gb

    ReplyDelete
  2. Jika ikut hukum PAS, Nizar bersalah kerana sesiapa yang mempersoalkan Ketua boleh di anggap fitnah atau menghasut. Ini kerana pemimpin hendak lah di taati dan di patuhi.

    Husam di pecat kerana membangkitkan isu dan meminta Presiden menyatakan pendirian nya berbaik dengan UMNO.

    ReplyDelete
  3. Mana takiyuddin kata nak saman wsj... Dah sebulan oiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pas saman SR terbarai la kemaluan dia orang. Bukan setakat terima dedak 90 juta tu betul, SR siap boleh senaraikan sorang2 tu dapat berapa. SUA pas ada berani? Presideng dah warning, TITM dah membisu seribu bahasa bab nak saman SR.

      Delete
    2. Masih bertakiyyah

      Delete
    3. Takut nama2 walaun yg dpt dedak tu terbarai kott..

      Delete
  4. tahniah, berani kerana benar dan lakukan demi kebenaran dan keadilan.

    ReplyDelete
  5. Utk makluman, pada 12/10/2016 Mahkamah Persekutuan akan membuat pendengaran bagi semakan kehakiman kes liwat Anwar Ibrahim...jom ramai2 kita turun sama2...mana tau dgn kuasa Allah, Anwar akan dpt pembebasan awal...

    ReplyDelete
  6. Kalau plat kenderaan dan setakat komen Twitter, Nizar boleh menang kes, tentu-tentu PAS akan menang saman fitnah RM90 juta.

    Yang utusan tak fitnah ialah kenyataan pemimpin PAS berusaha untuk bersama dengan UMNO walaupun dalam masa yang sama menafikan ujudnya kerjasama dengan UMNO oleh pemimpin yang lain.

    ReplyDelete
  7. Apa ada kat seremban
    Dalam Seremban ada penduduk
    Apa ada dalam serban
    Dalam serban ada tanduk

    90 juta kita beri
    90 juta kita kongsi
    90 juta tiada berbaki
    90 juta tak saman lagi

    Dalam khemah makan budu
    Mintak rumah dapat tugu


    ReplyDelete
  8. Bagi aku nizar ni aku tabik bukan sbb dia menang saman kes ni.. masa mula2 kes ini kecoh dia sanggup utk mengadap sultan johor... tp sultan johor tak sudi...skg nizar sudah tahu.. kedudukan dia...dia di pehak yg benar.. yg sedihnya masa tu.. di kumpul org2 kampung menyokong pemerintan sultan johor.. agak nya org melayu yg ikut berhimpun tu pun tak tahu nape dia berhimpun.. kalau org kg tu sedar skg nizar dpt rm 250.. mahu menangis..sedangkan dia berhimpun tak dpt apa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi nizar berani saman.
      Pass tak berani saman wsj knapa?
      Takut nama walaon2 terlibat terbarai ker???

      Jgn takut la...
      90 j je..

      Delete

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.