30 Jul 2016

Mahu Tunjuk Lagak Di Pulau Pinang, Kena Cabar Di Kelantan

Kelantan pula mahu adakan pilihan raya mengejut?

Selepas desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang masih dalam peringkat rundingan, kerajaan negeri Kelantan pula disaran membubarkan dewan yang sama lebih awal.

Saranan tersebut dibuat berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan PAS di negeri tersebut, menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, memetik laporan Sinar Harian.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kemelut dan ketidak sepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat.


Justeru, ujarnya, kerajaan negeri Kelantan perlu mengikuti jejak Pulau Pinang untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal demi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Kesepakatan kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika pilihan raya negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri itu lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

“Bagi saya, kalau kerajaan Kelantan bersikap terbuka dalam soal ini, mereka perlu membubarkan DUN dan memberi semula mandat kepada rakyat.

“Sebelum ini rakyat telah beri kepercayaan berikutan kerjasama baik dalam kalangan pemimpin PAS, tetapi kini mereka telah berpecah, dilihat berpuak-puak dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang menambah, Umno Kelantan sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja.

“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya, kita tidak ada musim. Kalau pilihan raya datang awal sekalipun, kita siap sedia. Kalau lewat, kita akan teruskan persediaan dalam memantapkan keperluan untuk kepentingan parti,” katanya. -mk

ULASAN GB

Keangkuhan PAS akhirnya tercabar.

Ura-ura PRN akan diadakan di Pulau Pinang, Presiden PAS dengan angkuhnya menyatakan PAS akan meletakkan calonnya di setiap kerusi DUN Pulau Pinang sekiranya PRN di negeri itu diadakan.


Kini tiba-tiba Kelantan dicabar membubarkan DUN lebih awal.

Cabaran itu bukan dilakukan oleh DAP atau AMANAH yang sering menjadi sasaran serangan PAS, tetapi oleh rakan karib baharunya iaitu UMNO melalui Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Kata Ahmad Jazlan:
...kerajaan negeri Kelantan perlu mengikuti jejak Pulau Pinang untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal demi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Kesepakatan kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika pilihan raya negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri itu lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

Begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Apabila anda bersikap angkuh dan sombong maka ia akan segera mendapat sahutan dari langit untuk anda membuktikan keangkuhan dan kesombongan  anda itu. Ada berani PAS untuk bubarkan DUN Kelantan?

Psssst... karikatur Megat ni menarik...





FEATURED ADS


18 ulasan:

  1. PIS akan terkubur di Kelantan selamanya..ucap terima kasih kpd yaHaDi. Dan aBudoh.

    Nik.menyamar dan tahiyudin yg sentiasa terima arahan umno akan pastikan PIS tidak wujud lagi

    Jangan salahkan husam atau amanah

    Salahkan diri sendiri kerana amalan chai dan dedak...

    Serahlah Kelantan kpd umno seperti hadi serahkan perawan anaknya kpd bakal.menantuuuu...

    Kepupusan PIS adalah perlu demi memartabatkan kesucian agama.islam dari di politikkan dan disesatkan oleh ularrrrrmak palsu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ....setuju dan tepat skali. Ayat tbaik tuan " kepupusan pis adalah perlu demi memartaabatkan kesucian agama islam...". Saya dan kluarga ( orang kelantan tak akan undi pis lagi) . Bahkan kami malu kalau orang kata kami pis kerana akhlaq buruk dan perangai lebai2 pis skrg ini.
      - anak kelantan di perantauwan-

      Padam
    2. Kalau dulu memang amat terkilan mana2 ADUN dan MP yg kalah dlm PRU, untuk kali ini dan seterusnya memang tak terkilan dan memang sokong 100% kalau PAS kalah pun baik ADUN,MP atau Kelantan.
      Sebabnya kebongkakan presiden serta kepimpinan PAS sekarang ini seolah2 mereka betul, pengundi2 tak betul dan tak perlu ambil pusing.

      Padam
    3. Insyaalah pis akan terkubur..aku amat yakin 100 pis akan kalah teruk dikelantan dan tak akan satu kerusi pun di luar kelantan .

      Padam
  2. Salam:

    Inilah akibatnya,bila membuat sesuatu tanpa mengukur kemampuan diri sendiri.Akhirnya di kejar tak dapat,yg dikendung berciciran.


    Hadi dan Haron, mempunyai strategy politik yg amat lemah sekali.Mereka ini tak mengenal kawan atau lawan.Mereka "BEDAL SEMACAM" mengunakan jenama islam.
    Struktur PAS, dah jadi cerca-merba,Nak kata islam tulin tapi bekeris panjang,lebih pjg dari umno,nak kata DAP kafir harbi haram tapi makan sekawah dgn dap selangor,nak kata perjuangan hudud tapi dapat terengganu dulu tak buat apa-apapun,fitnah itu adalah dosa besar tapi pemimpinnya bedal semacam jerr,nak kata islam pas mesra rakyat tapi mangsa banjir masih lagi ada,rasuah itu haram tapi balak kelantan gondol-segondol-gondolnya,besama-sama dgn siperasuah dan mengambil faedah dari mereka haram tapi masih lagi mahu bersedondon.

    TAPI SURE,ONE THING in COMMON,pada semua pemimpin2 dan pengikut2 setia sejati mereka.Mereka menganggap islam mereka ,islam yg betul,tapi bila bab pilihan antara islam dan jawatan,kesenangan, FULUS,PERUT & BAWAH perut.1000 satu alasan akan dicari.INI FAKTA.

    sekian.

    BalasPadam
  3. Kalau dh umno suh wat PRN..mknanye..dia dh nmpak..Pas akn lingkup..sbb yg Tinggal cuma serban2 yg xdak akai...

    BalasPadam
  4. UBN Adalah musuh UTAMA yang pimpinan parti pembangkang MESTI jauhi perangkap
    yang DIPASANG UBN menjadi kenyataan........
    Parti pembangkang perlu mantapkan jenteranya dari sekarang, bagi menghapi
    PRU14.

    BalasPadam
  5. MP TERMELOH masih bercakap besar.... mahasabkan diri anda....

    BalasPadam
  6. ini kali titm bolh test tn presiden klu ada dua prn di penang dn di klntan stuju tk dia pas urus klantan dn amanah urus penang,untk win win atau klu tk mau untk zero zero.

    BalasPadam
  7. Apa-apa belaku pun 2 perkara for sure iaitu ulama pas tetap suci mulia, dan dap Cina kapir tetap menentang agama.

    Yang lain seperti duit 1mdb, gst, dan sebagainya semua tidak penting

    BalasPadam
  8. Tahniah lebai hadi dan haron jin. Pejuang asobiyyah. Dulu tak boleh asobiyah....sekarang dah boleh.

    BalasPadam
  9. PIS yg dipimpin lebai malang tak akan berjaya. Sudah la bodoh geopolitik lpstu berlagak dan sombong. Mana ada ciri2 ulama jika dibandingkan dgn Nik Aziz ibarat langit ngan bumi. Yang pastinya Hadi & Harun akan dikenang sebagai pelingkup legasi UFN & TGNA. Insya Allah kita sama2 tunggu sejarah sedang menuju ke arah itu.

    BalasPadam
  10. encik omar daud...

    hadi dan haron bukan mempunyai strategi politik yg lemah tp mrk sengaja berbuat begitu krn mrk memang trojan horse umno yg diserapkan dlm pas. mustahil org yg mimpikan Rasulullah saw dan boleh berbicara dgn jin mempunyai akal yg lemah.

    hadi tak pernah diusik oleh sb pdrm walhal pemimpim pas lain spt Mat Sabu pernah kena isa, lokap, penjara dsb. wlpn amanat hj hadi tlh menyebabkan org melayu berpecah dgn solat dua imam, isu memali, tak sah sembelihan umno, cerai berai sanak saudara tp hadi tak pernah soal siasat.

    dilaporkan diblog bhw haron din dpt projek rm130juta? dr PLUS utk tanam pokok jati?. ini bukan projek kecil klas f. kontraktor klas A yg pro pembangkang tak akan dpt projek dr PLUS. haron din satu2nya pempimpin pas yg boleh guna luxury van Mercedes vito dulu.

    dlm blog juga didakwa haron din dpt rumah teres percuma dr sykt amona yg ada projek di kg kerinchi.

    cuba fikirkan sejenak. knp negeri2 yg hadi ada kuasa terlepas ke umno setelah satu penggal? brp byk tanah hadi ditganu? knp org tganu boleh miliki ratusan ekar tanah dikelantan?

    hanya Kelantan dibwh arwah TGNA kekal ditangan pas hingga akhir hayat beliau. sbbnya ialah hadi tak ada kuasa veto keatas TGNA - mursyidul am PAS, kuasa tertinggi selepas muktamar.

    aku percaya kalau hadi ada kuasa veto keatas arwah TGNA, sudah tentu arwah kena tendang selepas sepenggal dikelantan agar hadi dpt kembalikan Kelantan kpd umno.

    setelah perginya ikon ulama yg zuhud, kita lihat perilaku hadi utk mengembalikan kelantan kpd umno agar duit royalti yg nilainya jauh lebih byk dr duit yg disonglap oleh sedondonnya akan dpt dinikmati oleh hadi.

    bygkan brp byk hasil akan masuk kekantung Kelantan jika umno menang - minyak, gas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anon 245

      YaHadi dah cuba byk kali nak serah kelate kpd umno. Tapi di halang Nik acis dgn amalan bidah sumpah baiah ... Terkubur cita yaHadi.. Kerana tikaman hadi maka wujudnya baiah..

      Minyak adalah milik persekutuan.. Dan tiada undang yg kata tganu serawak kelamtan dpt royalti.. Kes ni teganu kalah.. Royalti sebenarnya wang kesian kpd negeri.. Ia hanya satu convention not law! Tanya ku li yg draft akta petroleum..

      Tak guna perintah Kelantan yg selalu banjir panas terik kemarau rakyat laki yg malas pantai kotor dan perangai pengotor serambi mekah..mcm org hutan..jijik

      Perangai gedebe hooligan cah kering... Skim MLM cepat kaya oleh geng ostad .. Dan... Ajaran sesat.. Eeeeiii Kelantan yg penuh malapetaka... Sapa nak perintah Kelantan? .. Cina pun tak ingin menetap d Kelantan.. Tanah Kelantan cina tak boleh beli... Ape kejadah aku nak ke sana melabur???

      Jual lah Kelantan kpd siam jabis cerita..

      Padam
    2. Malaysiabaru...hati2 berkata2...tak salah klu benci dgn pis sekali pun...tapi harap dpt jaga kata2 tuan...

      Padam
  11. Kumpulan atas pas yang terdiri dari selori dua lebai berlagak lantakkanlah mereka sedang mabuk dedak. Sedang hayal. Sedang lupa diri . Lantak merekalah. Orang mabuk mana waras? Tapi yang peliknya lebai-lebai yang tidak berjawatan atau berkepentingan ni. Mereka sokong membabi buta apahal? (Maaf En Babi kerana melibatkan awak). Tak boleh berfikir ke?. Bukan semua orang digelar ulamak boleh dipercayai. Bukan semua orang yang mengaji ugama boleh dibuat ketua. Bukan semua ustaz berakhlak mulia. Takkan tak boleh beza yang baik dengan yang buruk. Itu pun tak boleh salahkan mereka juga. Mungkin mereka juga sedang mabuk seperti orang yang mereka puja. Akhir zaman. Lebai pun kuat mabuk!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org yg belajar agama sebenarnya ramai jadi mereng sbb belajar tidak ikhlas ada niat nk guna ilmu agama utk kelirukan org supaya mereka dpt hidup senang dan selalu dipuja oleh mat mat jahil bodoh keldai.

      Padam
  12. Inilah masaalahnya. Kalu kamu pernah merantau negara2 barat tahun 80an dulu, sudah tentu mcm2 pengalaman sudah kamu lalui. Kalu pasei tonton pornography jerman, itu sudah dikira tahi gigi je. Tonton pornography dikira mainan budak tadika je. Budak Pas ni mula2 lagi dah start pakai jubah tetiba baru tahu ada porno german. Hati muda sumer sama bro, pakai serban ke, pakai topi ke atau x pakai apa2. Bezanya, yg dah masak ngan porno atau apa2 bahan yg sewaktu dgnnya, hari nie dah melekat kopiah dikepala dan boleh senantiasa jumpa kat surau atau masjid. Yang pakai serban besar pula, baru berjumpa porno dan baru nak berjinak2 ngan perkara2 lazat. Orang mula nak gi masjid dia baru mula nak tengok porno jerman.....alahai

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.