Siapakah 'Malaysian Official 1' dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika?
Firma pelaburan negara 1MDB, berkata ia tidak mendapat sebarang manfaat dari mana-mana transaksi yang disenaraikan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan dana yang didakwa disalurkan dari 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang itu di Los Angeles semalam untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion daripada AS$3 bilion yang mana penyiasat AS percaya telah "ditipu" daripada rakyat Malaysia.
"1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak dalam saman sivil itu, tidak mempunyai sebarang aset di Amerika Syarikat, atau ia mendapat manfaat dari pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu.
"Tambahan pula, 1MDB tidak dihubungi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau mana-mana agensi asing lain yang berkaitan dengan siasatan mereka.
"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, 1MDB akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak kuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara-perkara tersebut dan nasihat dari pihak berkuasa tempatan berkaitan yang sah," katanya dalam satu kenyataan seperti dilapor Malaysiakini hari ini.
Semalam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, secara lansung dalam saman mereka memohon untuk merampas harta yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, jabatan itu hanya merujuk ‘pegawai atasan Malaysia’ sebagai ‘individu berkaitan’.
Saman yang difailkan di Los Angeles menyebut ‘Malaysian Official 1’ yang juga memegang satu jawatan yang berkuasa di dalam 1MDB seperti dilapor The Wall Street Journal.
Najib yang juga Menteri Kewangan adalah Penasihat Eksekutif 1MDB yang berkuasa membuat keputusan berkaitan komitmen kewangan syarikat itu.
1MDB kini menanggung beban hutang sehingga RM50 bilion, tetapi kerajaan telah membuat keputusan untuk mengambil alih syarikat itu dan tanggungjawabnya.
Isu itu menjadi panas apabila RM2.6 bilion dikesan masuk ke akaun peribadi Najib yang didakwa sebagai ‘derma’ dari keluarga diraja Arab Saudi.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib ialah orang yang terbabit secara langsung dalam penyelewengan 1MDB sehingga menyebabkan syarikat ini menanggung beban hutang yang besar dan kerajaan terdedah kepada risiko hutang.
Sementara itu, Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta E Lynch pada sidang medianya semalam ditanya sama ada wujud pengaturan untuk tidak menamakan Najib di dalam saman itu.
“Perjanjian kami hanya ke atas draf aduan sebagaimana kami lakukan dalam urusan berkaitan pelucutan hak.
“Saya tidak mempunyai komen terhadap mana-mana individu yang tidak dinamakan setakat ini,” katanya pada sidang media Jabatan Kehakiman di Washington DC seperti dipetik dari portal berita tempatan.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, Najib yang terbabit secara langsung dengan 1MDB, perlu dikenakan tindakan kerana beliau juga adalah penasihat agensi itu.
Katanya, Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan menjadi penasihat kepada 1MDB telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap berbilion-bilion ringgit wang kerajaan.
“Najib tidak menjalankan tanggungan fiduciary dengan bertanggungjawab. Ini adalah satu kesalahan besar walaupun laporan PAC menuding jari ke arah bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Hilmi sepenuhnya.
“Sementara tindakan terhadap Shahrol perlu diambil, tindakan terhadap penasihat 1MDB yang mewakili kerajaan tidak boleh diketepikan,” katanya.
ULASAN GB
Sepertimana yang GB selalu ungkapkan, hukumkebenaran dan keadilan akan tetap terus berjalan.
Najib boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada pada untuk mengelak dan menutup skandal 1MDB. Banyak orang telah dipecatnya. Dan ada berita menyatakan yang telah ada berlakunya "kematian" dengan skandal ini. Kita tidak menuduh sesiapa, tetapi ia berlaku di dalam masa yang serentak sewaktu siasatan 1MDB sedang rancak dilakukan.
Hukum Allah bukan sekadar hudud kerana ada hukum Allah yang tak perlu di bawa di Parlimen - iaitu hukum sunnatullah - yang berjalan sendiri sesuai dengan qudrat, iradat dan ilmu Allah.
Ia terbentang luas di seluruh alam sepanjang zaman. Ia adalah ayat manzurah yang bukan untuk dibaca dengan lidah tetapi dilihat dengan mata hati yang mengenal Allah.
Pusing dan belok macamana pun sesuatu kejahatan dan kemungkaran, tetapi ia tidak boleh terlepas dari hukum Allah tersebut. Golden Rules kata ahli filsafat, "sunnatullah" kata umat Islam, "hukum karma" kata penganut Hindu dan secara umumnya GB namakan ia "hukum kebenaran dan keadilan".
Sebagai penutup GB tertarik ulasan Din Merican ini:
FEATURED ADS
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad
Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html

NAJIB KIAN TERKEPUNG DENGAN TINDAKAN PENYITAAN AMERIKA
SAH DAN SAHIH - Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah memfailkan tindakan undang-undang untuk menyita berpuluh-puluh hartanah yang dikaitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dana 1MDB.
Nilai hartanah yang akan disita bernilai kira-kira AS$1 bilion atau lebih RM4,000 juta, manakala dana 1MDB yang dipercayai diselewengkan dalam penyiasatan AS adalah berjumlah AS$3.5 bilion atau kira-kira RM14,000 juta.
Tindakan undang-undang yang difailkan menyebut, kesalahan itu didakwa berlaku dalam tempoh empat tahun dan melibatkan beberapa individu, termasuk dari Malaysia dan rakan sekutunya yang berkomplot untuk menipu bagi memindahkan berbilion ringgit wang kepunyaaan 1MDB.
Antara nama yang disebut dalam penyitaan hartanah itu ialah anak tiri Najib, Riza Aziz, tangan penting dalam menguruskan pelaburan 1MDB, Jho Low dan Khadem Al-Qubaishi serta Mohamed Badawy Al-Husseiny daripada Abu Dhabi.
Bagaimanapun, tiada nama Najib disebut dalam tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan itu.
Meskipun tiada nama Najib disebut atau dikaitkan dalam tindakan undang-undang oleh Jabatan Kehakiman AS itu, tetapi dengan adanya nama Jho Low dan anak tirinya, Riza Aziz terpampang nyata, bagaimanakah Najib mahu memisahkan dirinya daripada semua skandal itu?
Jho Low, melalui pengesahan oleh Bank Negara adalah pemilik Good Star Ltd yang melalui syarikat itu telah dipindahkan wang 1MDB sebanyak AS$1.03 bilion atau lebih RM4,000 juta.
Riza pula, anak Rosmah daripada perkahwinan terdahulu, secara tiba-tiba mampu menerbitkan filem dengan kos ratusan juta di Hollywood serta membeli dua hartanah mewah di AS dan satu lagi di London.
Tidak sekadar merupakan pencatur dalam pelaburan 1MDB sejak ditubuhkan, Jho Low juga pernah bercuti di atas kapal mewah yang turut disertai Najib dan keluarganya.
Jho Low dan Riza juga difahamkan telah berkawan lama sejak mereka sama-sama belajar di universiti di AS lagi.
Sekurang-kurangnya dari segi moral dan logik akal, Najib sedang "terkepung" dengan adanya nama Jho Low dan Riza Aziz disebut dalam tindakan undang-undang oleh Jabatan Keadilan AS itu.
Terlalu sukar dan hampir tidak mungkin untuk Najib membebaskan dirinya daripada apa yang sedang berlaku sekarang ini.
Dan ini baru permulaan, mungkin lebih banyak tindakan lain akan menyusul selepas ini.
Begitu juga dengan tujuh negara lain yang turut sama sedang menyiasat 1MDB, beberapa kejutan lagi pasti akan terus "mempopularkan" Malaysia di mata dunia. -shahbuddindotcom.
ULASAN GB
Sepertimana yang GB selalu ungkapkan, hukumkebenaran dan keadilan akan tetap terus berjalan.
Najib boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada pada untuk mengelak dan menutup skandal 1MDB. Banyak orang telah dipecatnya. Dan ada berita menyatakan yang telah ada berlakunya "kematian" dengan skandal ini. Kita tidak menuduh sesiapa, tetapi ia berlaku di dalam masa yang serentak sewaktu siasatan 1MDB sedang rancak dilakukan.
Hukum Allah bukan sekadar hudud kerana ada hukum Allah yang tak perlu di bawa di Parlimen - iaitu hukum sunnatullah - yang berjalan sendiri sesuai dengan qudrat, iradat dan ilmu Allah.
Ia terbentang luas di seluruh alam sepanjang zaman. Ia adalah ayat manzurah yang bukan untuk dibaca dengan lidah tetapi dilihat dengan mata hati yang mengenal Allah.
Pusing dan belok macamana pun sesuatu kejahatan dan kemungkaran, tetapi ia tidak boleh terlepas dari hukum Allah tersebut. Golden Rules kata ahli filsafat, "sunnatullah" kata umat Islam, "hukum karma" kata penganut Hindu dan secara umumnya GB namakan ia "hukum kebenaran dan keadilan".
Sebagai penutup GB tertarik ulasan Din Merican ini:
You are so desperate that you must seek the endorsement of PAS newly minted spiritual leader Dato Harun Din (and hadi Awang -GB) in an attempt to regain your credibility and win back our trust. It is too late in the day for that. Your payback time has come and you must now bear the consequences of your devious schemes. You can fool some people (the ulul albabs) some of the time, but not all people (Malaysians) all the time.
IKLANKAN PRODUK PERKHIDMATAN ANDA DI SINI
Tempat terhad
Sila rujuk https://greenboc.blogspot.com/p/iklan.html
merosakan islam di mata dunia planet bumi
BalasPadamManakala
Anak rosmah bt mansor dan najib razak telah melarikan diri setelah terlibat dlm skandal terbesar Amerika..
Di mana haramjadah ni sembunyi atau lari masuk tandas ... Rakyat Malaysia tahu..
Hanya Allah Najib dan pIS saja tahu
Harun din kata tak logik. Sbb Amerika nak rosakan pemimpin islam di rahmati Allah
YaHADI kata di haruskan makan komisyen hasil 1mdb
Mana satu betul ni?
Haji Hadi kata perlu 4 saksi
PadamAnwar masuk dalam Lim Guan eng masuk rafizi masuk takde pulak 4 saksi?
PadamArul Keling abu dbabi UAE khianati Najib bagi Amerika bukti? Ehh washit omar bekas ceo gaybank dan husni jaafar pun tukam Najib bklg?
Ehh bukankah saudee wahabee gilababee yg bg duit 2.6b tuh? Sempena penubuhan is.is di dunia Arab dan Malaysia?
Nak pecaya mana satu? Naib ketua olarrmak dunia atau Amerika atau najibullah laknatullah
yaHadi? mak oii, nama baru tuang punai sehat ke nih?
BalasPadamtak logik, tak logik...kato haruan jeans levis
Dah jumpa 4 saksi tak..sblum dakwa nih..
BalasPadamPadan muka rakyat malaysia yg masih dok harapkan dedak..duit nkau dia guna buat byr htg judi..kongsilah sikit dosa tu..bodohh
BalasPadamSunnatullah = Hukum Karma = Hukum Kebenaran + Keadilan..
BalasPadam__________________________
Sumer boleh tulih apa saja yg kita mau.. apa yg kita rasa..boleh tempel kluarkan saja dari mana2 kitab sekalipun..
Politik malaysia hmm.. dah blh baca dah.. mustahil najib akan kena ape2.. nk dakwa.. nk turun takhta.. xkan ada punye.. kita tengok je le nanti.. sebulan dua citer ni pun lenyap.. amerika ke mana.. sita ke mana.. amerika nk sita tu saje je nk buat citer sensasi.. penyudahnya hampeh.. hiduplah kau najib dgn duit yg bnyk tu.. umur kau pun bkn muda lg.. enjoy le puas2.. tp ingat janji allah itu pasti..renung2kan lah dan selamat beramal...
Hello harun jin dan lebai hadi ahli parlimen mereng. Apa kabar. Kua kua kua. Ptuihhh....
BalasPadamALHAMDULILAH
BalasPadamSYUKUR PADA ALLAH SWT SELAMAT KAN RAKYAT
bila nak umum CUTI
1Malaysia DiBodohkan
BalasPadamNajib akan Guna Ayat Ajaib nye.You Help Me I Help You.I Bagi/Jual segala Harta Malaysia Yang Ada.Janji kau Bior kan Aku Berkuasa.Rakyat Malaysia Pi Mampus La Luuu
BalasPadamSelalunya US lebih berminat dengan zon keselamatan untuk menyekat kuasa China.
PadamMalaysia akan di jajah dengan mengadai kedaulatan negara.
Apa yang di kata oleh 1 15 PTG juga berkesudahan dengan I help you .. you help me.
Apa jadi pada anak cucu kita. Tanah di pijak sudah jadi milik orang.
Macamana Amerika jumpa bukti dan Malaysia tak jumpa apa-apa bukti?
PadamSekiranya PAS bersama-sama dengan PH dan Mahathir dah lama Malaysia jumpa bukti. Apabila sama-sama memberi tekanan kepada Najib, demi keadilan kepada semha, dah lama dah Malaysia jumpa bukti. Buat-buat tak reti sebab nak korner lah tu..
Apa pulak bukti HJ Hadi dan Harun Din yang memyokong, mempertahan dan bersekongkol dengan Najib ?
Dalam isu ini sepatutnya PAS bersama PH dan Mahathir, ini tidak habis semua isu dan fakta di tolak PAS, dengan berkecuali.
PAS juga ada kesalahan yang perlu di pertanggungjawabkan.
RUU hj Hadi ...nmpk nyer tertangguh ag
BalasPadamJin Air Jampi .... Bila pula nak jampi? Bertanding 3 kali pun kalah. Air jampi tak jadi kok? Sakit pi hospital cari perubatan barat. Air jampi tak jadi ke? 1MDB pula apa pula Jin akan cakap? Tentu ungkapan BODOH akan keluar dari mulut si jahil ini.
BalasPadamSi Bawang pula? Bodoh dan JAHIL macam petola... cukup-cukup jahil dan BODOH. keldai lagi cerdik... nak cari 4 saksi. Langit boleh runtuh..... Puteri Gunung Ledang mahu hati kuman .... samalah macam mahukan 4 saksi....
Cukuplah puak2 jahil ini nak kelentong rakyat.... semua ni kaki putar alam. Kaki auta...
apakah ini semua x cukup lg sbb kenapa kerajaan umno bn pimpinan najib dijatuhkan?.. apakah 2 ekor syaitan bisu akan terus membisukan diri walaupun begitu byk skandal umno bn didedahkan.. syaitan2 bisu ini bukan main cepat2 lg meminta LGE bercuti dlm isu pembelian banglo, tp membisu seribu bahasa apabila najib yg melakukan kemungkaran tersebut..
BalasPadamSalam:
BalasPadamCONGRATULATE! Najib,buat Malaysia TERKENAL seantaro Planet.for the wrong reason.Pecah record mengikut USDoJ,Belom pernah lagi jabatan itu mendakwa pesalah untuk menyita asset >1Billion USD.
Kenapa dulu kau tinggalkan isteri kesayangan kau puteri kerabat di raja kelantan.Sekarang kau dah susah,kerana anak tiri kau bersama bikmama yg buat HAL.
pINTU taubat masih terbuka,sebagai hamba allah,kau patut "BEBASKAN DSAI" yg tak bersalahtu!! kau dapat penasihat yg salah,TAKUT NAK MENASIHATKAN KAU,DSAI tiada 4 orang saksi,sepatutnya ia di bicarakan dimahkamah syariah.
Allah beri masa panjang pada kau,kau nak harap penjilat-penjilat kau bantu kau!!!sorry bro!!Zahid..nak bantu kau!!Hisyamuddinaww nak bantu kau!!Tekiu Nan nak bantu kau!!The kruak geng nak bantu kau!!! Mereka semuanya tunggu masa nak "NGAP kau",NAK harap Hadi/Haron bantu kau!!hari ini TITM timbalan hadi belasah kau!!
DO THE RIGHT THING NOW,"repent" ,"FREE ANWAR"
sekian.
BalasPadamAik mengata kat Dr harun Din dan Tn Haji hadi pula.....Ingat bole dapat ke undi daripada kami (ORANG PAS).....Kami dah lama lawan UMNO dan geng2 bersekutu dengannya......Kami ada strategi tersendiri untuk menjatuhkan UMNO.......Kamu ingat dengan isu ini NAJIB boleh jatuh camtu je ke......Kamu fikir ahli UMNO (PEMAKAN DEDAK) akan menjatuhkan UMNO camtu jeeee....
Realiti politik Orang Kita(MELAYU) kamu kenalah faham......Kena ade strategi skit.....TAK PERLU MAKI HAMUN CAMTUU.....Semua orang tahu NAJIB bermasalah.....tapi strategi politik kita menawan hati orang Melayu GAGAL....
FIRASAT SAYA....NAJIB STILL JADI PM MALAYSIA AFTER PRU 14...SEBABNYA PERANGAI KITA JUGA....Harap kawan-kawan kat sini faham..........
DRP:- PENGUNDI MUDA PENGUNDI PAS
FIRASAT SAYA....NAJIB STILL JADI PM MALAYSIA AFTER PRU 14...SEBABNYA PERANGAI KITA JUGA....Harap kawan-kawan kat sini faham..........
Padamperangai kita tu.. adalah perangai PAS.. sanggup berpecah tatkala semua rakyat nak tgk pembangkang bersatu..
bersandiwara nak hudud.. bila tiba masa utk bentang.. tangguh.. or lari ke jepun.
Firasat aku pulak.. Hudud takkan berjaya dibentangkan.. kalau sekadar nak bersandiwara..
Pikir2 kan..
3 55.. itu bukan politik cerdik nama nya.. baru keluar dari perigi buta ke ? ..
Padam" .. Kami ada strategi tersendiri untuk menjatuhkan UMNO...' Lepas itu guna pulak firasat " ..NAJIB STILL JADI PM MALAYSIA AFTER PRU 14..." makna nya strategik kau tu dengan firasat kau tu menunjukkan kebagangan kau ..
Ini.. Sekarang ni bukan ahli UMNO yang jatuhkan Najib. Langsung tidak ada kena mengena dengan UMNO. Ini kat Amerika. Pihak pembangkang hanya mengambil kesempatan sebab dah memang pun Najib yang di sokong oleh PAS memang banyak menjahanamkan negara.
Strategik PAS yang kau kata tu pun sebenarnya strategik UMNO dah pakai. Senang-senang UMNO nak gagalkan.
Orang sibuk pasal kes ini, Nik Amar sibuk pasal pilihanraya Pulau Pinang..
Sedih nya daya pemikiran pemuda paspispusss...berapa lama kamu dlm paspispusss wahai saudara???APA yg kamu tahu tentang politik tanah air???sedarkah kamu dgn APA yg kamu biarkan???kamu hanya seorang pemuda dan pengundi paspispusss...tapi Malang nasib mu takkan terbela wahai pemuda...syg sekali...kata2 mu cukup hebat didengar...namun kosong sudah nya...biar kita diam Dari berkata2...jika kata2 kita tiada erti buat semua...kamu sebagai anak muda yg sudah jauh ditinggalkan ilmu...sebelum nk jadi pengundi paspispusss...baca sejarah dulu...klu dulu yaaa...namun sekarang paspispusss sudah terbelah menunggu karam...maaf kan saya wahai pemuda paspispusss...saya menulis kerna sedih insan seperti kamu tak celik Lagi...
Padam
BalasPadamAR-RAHMAN AR-RAHIM...Pemurah Penyayang
Siratol MUSTAQIM...Lurus dan SUCI
Yg Kaseh Mem-BERI...Indah Terbayang
Bak Udara-OKSIGEN...Yg TAK Henti Mem_BERI
Yg Kaseh Mem-BERI...Ter Pahat Ter Kenang
Bak "Lilin" Merbakar...TAK Mementingkan DIRI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Penyayang Pem-BERI
Siratol MUSTAQIM...Lurus Ber CAHAYA
Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Mementingkan DIRI
Se Indah Mentari...Yg Menerangi SEMUA
Yg Kaseh Mem-BERI...TAK Perlukan PUJI
TAK Ter-Umpan-SYIRIK...Dek HARTA dan Kuasa
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Maha7 Mem-BERI
Siratol MUSTAQIM...Yg LURUS dan Terang
Yg Kaseh Mem-BERI...Kan Di Gandakan Lagi
Yg Kaseh Mem-BERI...Kan Bertambah,TAK-Kurang
Yg Fitnah MenCURI...Ibarat Menikam DAGING Sendiri
Yg Fitnah MenCURI...Sentiasa Tegang RESAH & Bimbang
Yg Fitnah MenCURI...Negara Tinggal "Tulang" MUFLIS Menanti
Yg Fitnah MenCURI...MURTAD=Tunggang Terbalik jijik & Keji
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Pem-BERI Penyayang
Yg Kaseh Mem-BERI-NYA...Sejagat-UNIVERSAL Azali
Yg Kaseh Mem-BERI-NYA..."Infinity"-TAK Terbayang
Yg Kaseh Mem-BERI-NYA...Ber NYANYI DiLangit & Bumi
Yg Kaseh Mem-BERI-NYA...Menjemput "kau" TERBANG
TERBANG Ke Pangkuan...Kedakapan "FITRAH" Syuurgawi
Oh!Alangkah Indahnya...Adakah yg Lebih INDAH lg selain ini?
Anwar dan keluarga di aibkan dan di malukan dengan fitnah yang di restui oleh ulamak PAS, melangkah dengan semangat yang kental dan jiwa yang besar.
BalasPadamNajib yang telah memalukan nama keluarga Razak serata dunia menyebabkan anak-anak yang berayah kan Razak dan cucu-cucu yang berdatuk kan Razak tidak angkat muka lagi. Di kalangan orang ternama, keluarga Razak jadi tercorot.
Najib telah hilang segala-gala nya walaupun dakwaan belum berjalan lagi. Pemimpin Jepun tahu apa yang patut di buat kerana ini bukan hanya memalukan keluarga tetapi negara. Najib tidak perlu ikut cara begitu sebaliknya memberi jawatan tersebut kepada Muhyiddin kerana Zaid dan pemimpin UMNO yang lain pun bersubahat dan cuai demi menyelamatkan keadaan dengan menyokong Najib selama ini.
Untuk mengelakkan lebih malu, segala darjat dan kebesaran yang di anugerahkan kepada Najib perlu di tarik supaya dia di hadapkan di muka pengadilan sebagai orang biasa.
Setelah didapati bersih dan tidak disabitkan dengan isu tersebut, pingat-pingat tersebut akan di kembalikan. Tunggu apa..?
Peguam Negara dan Ketua Polis Negara perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk menentukan mereka berdua mampu meneruskan tugas mereka.
Akhirnya Najib adalah Perdana Menteri yang paling teruk .. sepatutnya sudah berada di rumah besan di Kazakhstan dan tidak layak di kebumikan di tanah ibu pertiwi tercinta ini...
Wassalam.
Orang miskin tak boleh jadi Menteri Kewangan takut bawa lari duit... itulah kata2 Tun Razak yang tok aku ceritakan pada ayah aku bila Tunku nak lantik seseorang dari Pulau Pinang yang mengumpul wang utk bina bangunan umno jadi Menteri Kewangan.
BalasPadamSekarang terbukti bukan miskin atau kaya yang menyebabkan duit rakyat disalahguna dan hilang, tapi ketiadaan hati yang ikhlas dan berintegriti yang menyebabkannya berlaku. Karma kata2 terkena pada anak kamu wahai Tun Razak sedangkan dia tak pernah mengenal apa itu miskin.
KITA PATUT SOKONG AMERIKA DISEBABKAN PENGKHIANAT PENGKHIANAT RAKYAT MALAYSIA INI TELAH MENJUAL BELI PENGUASA NEGARA.ALHAMDULLILAH MOGA PARTI PAS YANG DIKETUAI OLEH HADI YANG INGIN MENASIHAT NAJIB AKAN BERSAMA DGN HARUN DIN YANG TERANG TERANG MENYOKONG NAJIB AKAN DITANGKAP JUGA OLEH FBI.SESIPA YANG ADA LINK DGN FBI SEKARANG HARAP SAMPAIKAN 2 ORANG TELAH BERSENGTONGKOL DGN NAJIB
BalasPadamGB dah rujuk Ke ulama pas suci mulia belum?
BalasPadamKan ulama pas suci mulia kata perlu 4 Saksi?
Kita manunia Biasa langsung tiada hak nak Lawan ulama pas suci mulia, especially saya Cina kapir supaya tidak di label kapir harbi.
Kat Amerika dah riuh rendah macam nak terbalik dah...tak kan kat Malaysia sunyi sepi, macam angin sepoi-sepoi bahasa je......
BalasPadamAda dua ekor setan bisu. Siapakah dia?....luu pikirlah sendiri.
BalasPadamTak ape, sebut agama dan bangsa semua boleh settle
PadamNajib sila isi borang, jadi ahli PIS, pi mengadap 2 lebai tua, mohon ampun dan cuci dosa. Mudah2an masuk sorgaa. Duit rakyat yg lesap tu perkara kecik, lagipun rakyat malaysia akan lupa masa dapat sekampit beras dan kain pelikat masa PRU nanti. InsyaAllah gabungan UMNOPIS akan terus memerintah. Takbir!!!
BalasPadamNajib dan Menterinya kata kes sivil bukan jenayah. Kepala otak dia..
BalasPadamSamada sivil atau jenayah, kesan nya pada Malaysia sama. Kalau sivil pun pasal tipu dan duit. Kalau jenayah pun pasal tipu dan duit. Cuma bezanya ialah pendakwaan saja.
Kalau tak berat atau tak serious sebab kes tersebut kes sivil, kenapa DoJ buat kenyataan akhbar.
Mereka yang di tuduh semua ada kaitan dengan Najib dan Rosmah.
Berapa lama pemimpin UMNO yang lain nak diam ? Sanggup kah hidup dengan menanggung dosa yang begini ?
Assalamualaikum..jangan cepat menghukum kerana maklumat & tuduhan dari USA negara kuffar ...jom kita selidik dulu sebelum menghukum.
BalasPadamPihak kerajaan & 1MDB pula harap jujur menjawab kepada rakyat ... Yang Jelas penubuhan 1MDB terbukti kesilapan besar dan telah membebankan negara dan utk menjaga integriti PM Malaysia., PM sekarang perlu berundur macam CEO takata airbag walaupun kerosakan airbag bukanlah secara langsung hasil kerja tangannya tetapi kerana kesilapan engineer2 nya.
"Najib Sudah Tak Boleh Lari"
BalasPadamDia nak lagi ker?
Dah setuhu bocor dia Tak pernah Cuba lari. Siapa berani ambil tindakan ?
Siapa?
Ulama pas suci mulia???
Don't make me laugh lah bro