16 Mei 2016

Ukur Baju Atau Warna Baju Biar Sedondon?

Sama-sama ukur baju, Amanah jawab Pas

Demi megembalikan keyakinan rakyat bahawa Pakatan Harapan satu-satunya saingan kepada BN, Parti Amanah Negara (Amanah) akan memastikan tiada pertembungan antara ketiga-tiga parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata, itu antara syor yang akan dikemukakan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berhubung PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


"Ini bertujuan mengukuhkan kedudukan Pakatan Harapan sebagai satu-satunya saingan yang serius terhadap BN yang bertujuan menggantikannya sebagai kerajaan dan bukan sekadar meletakkan Pakatan Harapan sebagai pembangkang kuat mahupun sekadar penasihat," katanya pada sidang media di Wisma Amanah semalam.

Mohamad berkata, Amanah belum memutuskan soal calon kerana sebarang keputusan berkenaan PRK ini hanya akan dimuktamadkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Bagaimanapun ujarnya, Amanah mempunyai senarai pendek calon-calon berkaliber yang sedia untuk di ketengahkan.

Ketika ditanya peluang Amanah jika berlaku pertembungan beberapa penjuru termasuk dengan Pas, Mohamad merujuk sejarah PRK Bukit Selambau pada 2009 di mana PKR yang mewakili Pakatan Rakyat ketika itu menang dengan cemerlang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Ditanya jika ada gesaan pemimpin tertentu agar Amanah tidak bertanding dan memberi laluan kepada Pas, Mohamad berkata ia akan dibincangkan di mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan.

"Parti dalam Pakatan Harapan hanya ada tiga, DAP, Amanah dan PKR. Tidak perlu dan jangan ada usaha mencari formula mahupun pendekatan yang lain," tegasnya.

Ketika diminta mengulas gesaan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar Amanah mengukur baju di badan sendiri, Mohamad dalam nada berseloroh mahu Pas juga berbuat parkara sama.

"Sama-sama la ukur baju, kalau kita nak buat warna pink, ukur la warna pink, tak ada masalah," kata Mohamad.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar berkenaan ditetapkan serentak, dengan hari penamaan calon pada 5 Jun, manakala hari pengundian ditetapkan pada 18 Jun.

Dua kerusi itu kosong selepas kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan MP Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sarawak. -MD


‘Pas tak ada hak’

SHAH ALAM – Pas tidak berhak menghalang mana-mana parti politik meletakkan calon mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Ir Izham Hashim berkata, tidak ada pihak yang boleh menghalang sesebuah parti yang mahu bertanding di mana-mana kerusi kerana negara mengamalkan prinsip demokrasi.

“Selagi parti itu berdaftar, sah di sisi undang-undang dan memenuhi syarat untuk bertanding, mereka boleh bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang dimahukan.

“Tak ada pihak yang boleh menentukan sesebuah parti itu boleh bertanding atau tak di sesebuah kerusi yang mereka mahukan,” katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan agar mana-mana parti yang mahu bertanding di Parlimen Sungai Besar supaya mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

Izham berkata, tidak timbul isu Parlimen Sungai Besar kerusi tradisi Pas kerana pilihan terletak di tangan pengundi.

“Kalau kata ukur baju di badan sendiri, dah tentu Pas juga tak akan bertanding di Sarawak kerana itu bukan tempat mereka.

“Dari situ pun kita tahu parti yang berusia 60 tahun itu pun kehilangan wang pertaruhan kerana tak ukur baju di badan sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Izham sempat menasihatkan presiden Pas itu supaya berhenti mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

“Biarlah mana-mana parti nak bertanding di mana-mana sahaja kerusi yang mereka mahu sekali pun kerana itu hak mereka walaupun terpaksa kehilangan wang pertaruhan,” katanya.
-SH


ULASAN GB

Macam dah kofiden sangat yang PAS akan menang. Sama macam PRN Sarawak baru lalu.


Last-last, PAS yang terkejut, Dah 60 tahun ditubuhkan, 7 daripada 11 calon PAS hilang wang deposit. Ketua Pemuda PAS pun boleh hilang depositnya. Bagus lagi ketua Pemuda AMANAH Sarawak yang walaupun parti AMANAH baru ditubuhkan tapi tak hilang deposit.


Sekarang, lagi hebat, siap suruh AMANAH ukur baju kalau nak bertanding pilihanraya sekarang ni.

Beliau terlupa nak ukur baju sendiri. Tak mengapalah ukur baju pun. Kot PAS ada formula lain, iaitu bukan baju, tapi tengok warna baju agar sedondon dengan parti kembarnya... kerana At-takiri dah buat kenyataan:





IKLAN BERBAYAR


12 ulasan:

  1. cantik. bang mat tidak goyang. terbaik.

    BalasPadam
  2. Nik memyamar dari pas semalam berkata

    Amanah ni ibarat penyamun yg mencuri dan bila di tangkap mahu kongsi barang curi bersama pas

    Ada video dari pengakalan chepa dirasmikan ayoh hadi Ping Marang semalam

    Maysllah ya rabbi inikah timb mb Kelantan yg warak dan wali???

    Betulker pas dah jadi mcm nih?

    BalasPadam
  3. Go AMANAH GO!
    PAS cuma tongkat UMNO-BN sahaja.

    BalasPadam
  4. Bau yang keluar melalui mulut sebenarnya adalah bau yang ada dalam perut.Kalau perut bercacing,toksid banyak,akan mudah dikesan melalui bau dimulut. Perut busuk mulut busuk. Tak kira sapa....

    BalasPadam

  5. Inilah masalah nya dengan PAS. Bila bercakap, kena balik kat muka sendiri.

    Kalau nak berkias ke, menyindir ke,... pilih lah perkataan yang sesuai.

    Guna 'ukuran baju' kena lah balik.. kenapa tak guna Kalau pancing panjang sejengkal ke ??

    BalasPadam
  6. Kemampuan Hj Hadi bertutur-kata dalam politik tidak sebaik mana. Biasa-biasa saja. Nak kata macam samseng seperti Nazri Aziz, bunyi cakap Hj Hadi lembik. Nak kata tegas macam TGNA, Hj Hadi dah lah tak tepat, macam nak tak nak.

    Jika Hj Hadi rasa tidak ada buat kesalahan, orang seperti Hj Hadi yang berilmu agama akan nampak lebih yakin dan lebih berani. Sepertimana para sahabat mempertahankan kebenaran. Para sahabat pun manusia yang tidak sempurna.

    Mungkin kah kerana mendapat habuan, Hj Hadi semakin goyah. Kalau betul, eluk lah. Mudah-mudahan Hj Hadi buang semua itu dan kembali menjadi orang yang baik-baik.


    Orang yang kuat agama dan betul-betul pernah menjaga niat nya tidak sama dengan orang yang kurang agamanya apabila melakukan kesalahan seperti menerima habuan. Malang nya kalau di biarkan lama-lama, sifat mulia ini akan hilang sedikit demi sedikit.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  7. Kita memang disuruh hormati ulamak atau pun hormati orang-orang tua. Tapi kalau mereka sudah nyanyok atau kaki belit atau kuat kelentong, kita ketepikan saja orang macam ni. Ramai lagi ulamak dinegara kita. Ramai lagi yang dihormati umum dan berwibawa. Kita pinggir sajalah yang sudah nyanyuk dan mereng. Kalau orang tanya kalau mereng mengapa ramai pengikut? Ramai kerana beberapa sebab. Ada yang kerana duit dan jawatan, ada yang kerana memang bebal dan tidak reti berfikir dan tak kurang juga yang suka bercakap atau mereka panggil kuliah. Cerita ugama sikit saja gromal yang lebih!! Oleh itu Amanah kena setia dengan kawan-kawan, berjuang dan bersabar.

    BalasPadam
  8. Pedulikan ape parti lain nak cakap.teruskan pendokong AMANAH menghancurkan regim UMNO yang tak bol

    BalasPadam
  9. Undi Pas umpama mengundi UBN juga. So jangan undi selain dari parti dlm Pakatan Harapan jer. Puak lebai auta Pis dah kenyang diberi makan dedak oleh Najib Rosmah. Para penyokong PH sudah tak percaya dgn puak lebai auta Pis..

    BalasPadam
  10. PAS perlu dijauhi..nanti penyakit mereka berjangkit kepada kita huhu .Parti politik guna agama..bahaya lagi dari BN

    BalasPadam


  11. Skrang dah makin jelas dan NAMPAK terang


    1. Imam imam sembahyang kaki pitnah yg mnjd penCURI

    2. Lebai2 tolol yg prasan sbg ularmak ttpi sbnr2nya perembat penCURI

    3. Sosok2 yg berkopiah jubah dan sorban yg mnjd penyamun dan penCURI

    4. Berbelit2 Quran dan hadis diputar utk menyamar mnjd penCURI

    5. Bersembur2 menyebut 'hudud' agar tak nampak niat mrk itu menCURI

    6. RASUAH @ dedak itu...itulah sbesar2 hasil samun rompak dan CURI!

    7. BALAK, projek dan komisyen...itulah kbejatan kaki rembat dan kaki CURI


    Adakah sesiapa didonia ini nak ber IMAM kan pempitnah dan penCURI?

    Adakah sesiapa yg TAK benci kpd penCURI??

    Adakah lg yg suka ber IMAM kan kpd sidondon penCURI yg 'suci'???

    DAN..

    Adakah merembat dan menCURI mnjd warisan nabi2..






    BalasPadam
  12. Hakikatnya PAS yg kata pemipinnya Ulamak..betul ke ulamsk..tinggi ke ilmu meteka...tak kan pakai jubsh serban dan ada janggut trus jadi ulamak..marah abu jahal orang tuduh dua ulsmak

    Kihkih

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.