9 Mei 2016

Selepas Huru-harakan PH Di Sarawak, Apa Pula Muslihat Azmin Kali Ini?

Azmin ajak PAS bersama Pakatan Harapan

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengajak PAS untuk kembali bersama DAP dan PKR sebagai satu pasukan bagi menghadapi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri atas kekalahan teruk pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak semalam, yang jelas menunjukkan rakyat negeri itu menolak pertelingkahan sesama mereka.

"Justeru, Amanah (Parti Amanah Negara) dan PAS haruslah terus mara bersama PKR dan DAP. Kita perlu bergerak ke hadapan secara bersama bagi menghadapi PRU-14 sebagai satu pasukan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Keputusan PRN Sarawak ke-11 menyaksikan Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dengan menguasai 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri termasuk dua kerusi yang dimenangi tanpa bertanding.

DAP yang sebelum ini menguasai 12 kerusi hanya menang di tujuh kerusi daripada 31 kerusi yang ditandinginya manakala PKR hanya menang tiga daripada 41 kerusi yang ditandingi. PAS dan Amanah tewas di semua kerusi yang ditandingi.

"Pencapaian kita mungkin lebih baik jika sejak awal lagi kita bersatu hati dan bekerjasama seperti kelaziman kita.

"Kita harus akur yang rakan-rakan sekutu kita akan terus berbeza pendapat dalam isu tertentu pada masa hadapan namun keyakinan yang didorong semangat kebersamaan selama ini akan terus membantu kita melangkaui perbezaan ini," kata Azmin.

PAS sebelum ini memutuskan untuk tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Beberapa bekas pemimpin kanan PAS turut menubuhkan Amanah dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, manakala PAS pula menubuhkan satu lagi pakatan pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). -Bernama

ULASAN GB

Kewujudan "Kartel Azmin" di dalam PKR menyebabkan seluruh Pakatan Harapan menjadi huru-hara. Akibat darinya, Azmin dan PKR menjadi sasaran maki hamun oleh rakyat Malaysia kerana mengkhianati Perjanjian Pakatan Harapan.

Sebelum ini Azmin menyatakan beliau melakukan apa sahaja untuk "mengelakkan" pertandingan tiga penjuru tetapi apa yang berlaku rupa-rupanya kartel Azmin inilah yang "menggalakkan" pertandingan tiga penjuru tersebut.

Azmin juga dilaporkan berkata bahawa beliau yang memberi kuasa PKR Sarawak bertanding di lima kerusi yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada DAP. GB sudah ulas sebelum ini:-

DAP turut melahirkan rasa kecewanya dengan sikap PKR yang tamak kerusi di PRN Sarawak kali ini. Dan melalui beberapa catatan di media sosial, pemimpin dan ahli-ahli DAP sudah bersiap sedia untuk bertindak-balas di Selangor nanti. Kartel Azmin akan menghadapi laluan sukar mempertahankan kerusi-kerusi di majoriti pengundi bukan-Melayu pada PRU14 akan datang.

Hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan hari ini menunjukkan PKR MEMANG BERSALAH. Buktinya, 2 kerusi DUN telah dimenangi tanpa bertanding oleh BN iaitu di Bukit Sari dan Bukit Kota.



"Orang tamak sentiasa rugi," tulis seorang penyokong PH difacebooknya.

"Kerana PKR gila sangat berebut kerusi, akhirnya Allah hukum dia awal-awal, dia peneyebab PH hilang dua kerusi. Macamana calon boleh tiba-tiba "hilang" dan bagaimana seorang muflis boleh dijadikan penyokong?," bentaknya lagi.

"Kalau dulu, PKR marah PAS kerana PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi miliknya, kini PKR pula meniru perangai PAS memberi watikah untuk bertanding di kerusi yang telah diperuntukkan kepada parti lain. 2x5 sahaja perangai PKR dan PAS," tweet seorang lagi penyokong PH.


"Bagitahu kepada Azmin, bagitahu Tian Chua, bagitahu kepada Shamsul, supaya jangan pertahankan kesalahan kamu, kita akan berusaha dan berdoa agar mereka ini akan kalah di dalam PRU akan datang kerana mengkhianati PH sama seperti PAS mengkhianati PR dahulu," tulis seorang lagi di dalam satu kumpulan Whatsapps.

Dan seperti yang GB jangkakan ia menjadi kenyataan. PKR telah "dihukum" di Sarawak.

TAHUN DAP PKR
2011 20.05& 17.41%
2016 18.21% 9.29%
BEZA -2.21% -7.85%

Berdasarkan jadual peratusan undi popular PRN Sarawak di atas, sekalipun PKR berjaya mengekalkan 3 kerusi PKR, tetapi hakikatnya undi popular PKR di Sarawak telah menjunam jatuh dari 17.41% pada PRN10 kepada hanya 9.29% pada PRN11 iaitu menurun sebanyak 7.85%.

Kerusi DAP walaupun merosot kepada 7 dari 12 kerusi angkara permainan kartel Azmin, namun undi popularnya hanya menurun 2.21% sahaja (20.05% pada PRN10 kepada 18.21% pada PRN11).

Walaupun sebelum ini PKR mendakwa mereka mendapat lebih sokongan rakyat Sarawak daripada DAP, jelas sekali keputusan menunjukkan di sebaliknya.

Lansung tiada pernyataan meminta maaf dari kartel Azmin atau mana-mana pemimpin PKR terhadap kecurangan mereka, yang ada ialah kenyataan Nurul Izzah beberapa hari sebelum pilihanraya berjalan "mempertahankan" Azmin.

Sejurus selepas keputusan diumumkan Azmin membuat kenyataannya untuk memujuk DAP, katanya kekalahan DAP adalah kekalahan PKR juga sedangkan beliaulah akitek yang menyebabkan DAP kecundang semata-mata inginkan PKR merampas Sarawak dari DAP dengan menjadikan orangnya sebagai Ketua Menteri, demikian GB dimaklumkan.

Kemudian timbul pula beliau mengajak PAS bersama PH walaupun ianya lansung tidak dibincangkan oleh Majlis presiden PH apatah lagi dimuafakatkan bersama parti-parti komponen PH iaitu DAP dan AMANAH.

Setelah mengkhianati DAP, kni beliau cuba mengkhianati AMANAH.

Azmin terlupa akan jasa-jasa AMANAH kepadanya kerana dengan sebab tindakan 2 orang ADUN AMANAHlah, Shaari Sungip dan Hasnul Baharuddin yang dicop dan difitnahkan sebagai "barua" dan "broker" oleh Presiden PAS yang telah menyebabkan beliau berjaya menjadi Menteri Besar Selangor. TETAPI kuasa Allah menetapkan kedua-dua YB ini akhirnya mendapat sokongan rakyat apabila tertubuhnya Parti Amanah Negara!

Malah seluruh kerajaan Selangor sepatutnya "berterima kasih" kepada kedua-dua ADUN Amanah itu kerana dengan tindakan merekalah kerajaan PR terselamat di Selangor. Jika tidak PKR sudah tercampak keluar apabila PAS dan UMNO ketika itu sudah merancang untuk wujudkan kerajaan perpaduan di Selangor.


Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. DAP dan Amanah yang dikhianati akan tetap mendapat pembelaan dari hukum Allah berkenaan.

25 ulasan:

  1. Azmin melangkaui kuasa " MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN ".

    BalasPadam



  2. Sosok ini ddlm hatinya hanya ada wang atau harta kuasa nobat dan glamor

    Sosok ini ddlm mindanya hanya ada khianat samar tipu dan kelirukan rkyat

    Sosok ini prasan berlagak pandai, tp hakikatnya sprt budak HINGUSAN

    Sosok ini sgt digemari lebai siku lutot dan mamak dr kerala

    Smoga sosok spesis ini kita humban jauh2 slps pru14 nnti




    BalasPadam
  3. PH kena berhati hati dengan saki baki gunting dalam lipatan. Azmin ialah salah seorang. PRK kali ini akan ada jugak permainan puak puak ni. Kena bersedia.

    BalasPadam
  4. Pada pendapat saya, Azmin cuma nak memastikan bahawa dia tetap berkuasa.

    BalasPadam
  5. azmin adalah hadi versi pkr.. full stop.

    BalasPadam
  6. Azmin ni terlebih sudu dari kuah..rakyat semakin menyampah dgnnya dan kalau tak percaya,tunggulah pru14 nanti azmin pasti kalah...

    BalasPadam
  7. aku harap rani kulop bertanding di parlimen Gombak. boleh aku undi dia...

    dlm pas, presiden amat berkuasa; dlm pkr, presideng tak ada kuasa.

    apa tindakan pkr keatas malaun2 yg beri kerusi percuma kpd bn dan pertindihan calon2 dgn dap?

    BalasPadam
  8. Dah ckp dh azmin ni ank angkat mahathir mana prnh mrasa isa n penjara zaman reformasi....dia ni pandai ambil kesempatan...buang je dia .aman pkr n pakatan harapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju,Azmin merupakan liability kepada pkr skrg,jika lambat bertindak Maka toksah mimpi la pH nk tawan Putrajaya..xfhm,seolah olah president takut dgn Azmin

      Padam
  9. Dia rasa dia hebat sgt kut.tak ada idea yg bernas pun dari azmin..setakat ini..

    BalasPadam
  10. PH yang terdiri dari sekretariat di dalamya patut lebih kedepan..semua parti kena patuh dan akur setiap apa keputusan dalam PH, baharulah gabungan pembangkang tersusun, teratur dan kuat..bukan kena ikut kata-kata oleh pemimpin dari parti tertentu..kerana kata-kata itu hanya terpakai kepada ahli dan pendokong partinya sahaja...TETAPI setiap keputusan PH semua pihak pembangkang (tolak pasik) kena akur, baru betul.
    selagi PH tak berjalan seperti ini...jgn harap pembangkang menjadi kuat, yang menjadi mangsa adalah rakyat yang sangat mengharap PH dapat membuat perubahan.
    Jgn satu hari nanti rakyat akan bangkit membuat perubahan tanpa mengharapkan PH lagi...kalau kartel azmin + group hadi membuat onar, nyahkan saja...noktah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Sgt.jangan ulangi kesilapan keegoan disarawak,apa yg berlaku disarawak telah membusukkan nama PH.terimalah realiti Rakyat melihat PH skrg umpama melihat sampah, bersihkan imej semula,jgn next prk ni pun PH nk bergaduh lagi sudahla.malu aku sbg penyokong PH,fahamilah kehendak rakyat,Cuba bygkn cth mudah spt aku selalu berbicara mengenai pH secara langsung mempromosi pH,mengajak rkn2 saudara2 supaya menyokong pH wlupun aku org biasa je bkn Ahli berdaftar pun,xdpt apa2 upah Satu Sen pun, niat ikhlas supaya pH menang mampu membela Rakyat mcm aku.. tup tup prn sarawak pkr bertembung kerusi dgn dap saling bercakaran Salah menyalah..mana nk letak muka wahai pemimpin2 PH oi...malu muka tebal rs mcm nk p sokong umno je sbb bengang nye dgn kelaku PH ni.Aku yakin bukan aku sorg je mcmtu malah ribuan lagi mungkin jutaan yg lain merasa apa yg aku rasa.harap perbetulkan segera.sebelum rakyat berputus asa dgn PH.

      Padam
  11. Seandainya Amanah meletakkan calon di PRK Sungai Besar kelak, rakyat Selangor akan dapat melihat warna sebenar Azmin Ali. Jika Azmin menyokong Pas bermakna Timbalan Presiden PKR ini membelakangkan Pakatan Harapan. PKR , Dap dan Amanah telah memetri perjanjian menubuhkan Pakatan Harapan(PH) menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang berkubur disebabkan sikap hipokrit Pas. Jika menyokong Amanah pula, pasti "bapa tiri" Azmin, Hadi Awang akan melenting. Azmin sebenarnya terhutang budi kerana Presiden Paslah yang mencalonkan nama Azmin menjadi Menteri Besar Selangor apabila "Langkah Kajang" suatu ketika dahulu menemui jalan buntu.

    Semua orang tahu, kegagalan membentuk Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor boleh diletakkan sepenuhnya kesalahan di pundak Azmin. Azmin masih mahu bersengkokol dengan tiga orang exco Pas, di samping ingin meneruskan khidmat menantu Hadi Awang di Kumpulan Perangsang Selangor. Adat orang terhutang budi, prinsip perjuangan boleh dikesampingkan. Hakikatnya, PRK Sungai Besar akan menentukan hala tuju politik Azmin yang sebenar. Kalau salah percaturan, Azmin akan mengekori Mukhriz kehilangan kerusi MB. Harap-harap Amanah bertanding, agar terserlahlah watak dan prinsip sebenar Azmin.

    BalasPadam
  12. Aku pun keliru...siapa presiden pkr skrg? Kenapa azmin nampak besar kepala sgt skrg? PH perlu lakukan sesuatu sebelum tibanya PRU akan datang...

    BalasPadam

  13. Mengapa tiba-tiba apabila hendak di ada kan dua PRK, Azmin mengajak PAS bersama-sama dengan PH? Adakah Azmin cuba menghalang AMANAH dari bertanding di situ? Bagaimana sekiranya kejadian helikopter tersebut tidak berlaku...?

    Kesalahan atau kesilapan yang telah menyebabkan kekalahan di Sarawak sudah dijangka kan. Ia telah di rencanakan sebegitu rupa oleh orang yang tamak. Sebab itu kekalahan tersebut tidak boleh dijadikan pengajaran. Ia nya akan berulang selagi ada pemimpin yang tamak kuasa.

    Kerana kekalahan kah atau kerana kesilapan kah yang menyebabkan Azmin mengajak PAS ?

    Kalau kerana kekalahan, tidak perlu lah ajak sebab jika PAS tidak bertanding di Sarawak pun dan Azmin membuat tindakan yang sama ( 5 kerusi ) keputusan PRN Sarawak macam itu juga.

    Jika atas faktor kesilapan pula, lalu Azmin menyuarakan nya sekarang, itu yang menjadi persoalan kerana kesilapan ini terjadi semasa isu MB Selangor lagi. Dimanakah kebijaksanaan pemimpin PKR ? Buta ke? Pekak ke?

    Azmin dengan orang-orang nya yang perlu menunjukkan komitmen dan keyakinan tinggi untuk membawa PH maju kehadapan, biarkan PAS. Dengan menunjukkan komitmen dan keyakinan tinggi dan sikap Azmin yang tidak mementingkan kuasa semata-mata akan menyebabkan PAS lama kelamaan akan sedar akan kesilapannya dan kembali bersama-sama dengan DAP PKR dan juga AMANAH.

    Tetapi realiti nya hari ini, di antara PKR, DAP-AMANAH berlaku politiking 'melemahkan' dan 'menyukarkan' pihak satu lagi. Ini berlaku di Selangor. Dan PAS pula ingin berkuasa bersama UMNO bukan dengan PKR. Kenyataan Zuhdi tidak dapat memulihkan kepercayaan DAP-AMANAH begitu sahaja.

    Azmin jangan guna PAS untuk masa depan politiknya dan Azmin jangan berpura-pura bersama rakyat kerana nampak bermesra dengan AMANAH-DAP. Hadi guna UMNO dan Hadi juga guna perjuangan Islam untuk kedudukannya dalam parti. Tidak ada bezanya antara kedua-dua mereka dan itulah menyebabkan masa hadapan Pakatan Harapan gelap seperti mana yang terjadi pada Pakatan Rakyat yang telah terkubur.

    BalasPadam
  14. Kerana keangkuhannya sendiri azmin semakin mengelabah dan menggelupur.

    BalasPadam
  15. Sejahtera semua.
    Selagi ada Azmin dan Hadi tak mungkin pembangkang dapat bersatu,
    Inilah hakikatnya..
    Kalau kita amati semula ..
    PEMBANGKANG HANCUR DENGAN KETIADAAN SRD ANUAR DAN TUAN GURU NIK AZIZ.
    Tapinya..
    KALAU ADA SDR ANUAR DI GELANGGANG PASTI.
    HADI DAN AZMIN BERKATA " ANUARLAH PUNCA PERPECAHAN."

    NAMUN BEGITU MEREKA TAK AKAN MENERIMA HAKIKAT INI.
    Oleh itu kalau nak tentang BN dengan jayanya keluarkan Azmin dan Hadi.

    Kita akan terus melihat kehancuran demi kehancuran Malaysia..

    BalasPadam
  16. Pergi mampos dgn pakatan! Tak akan menang punya! Asyik bergaduh mcm sial. Bangga dgn slogan ´ Hidup Rakyat´ hakikatnya hal rakyat dicampak ke laut.Dasar pukimak! Rakyat tiada tempat pembelaan. Membazir! Hukum Pakatan! Seperti kami rakyat Sarawak menghukum Pakatan sebenarnya kerana sering berebut untuk menunjukkan siapa lebih besar/hebat!

    ps : Dulu Pakatan kini BN

    BalasPadam
  17. Ramai ahli pkr menyampah dengan
    azmin.tamak bertabding banyak dun
    di sarawak tapi lebih banyak dun kalah.
    perasan hebat tapi madih tunduk dengan
    hj hadi yang jadi pengjhianat pakatan
    rakyat.buang azmin baru pakatan harapan
    selamat.

    BalasPadam
  18. Kita pilih pr kerana nak jatuhkan bn,tapi sedihlah apa yg berlaku d sarawak,harap d 2 pilihanraya kecil ini x berlaku d sarawak,kita tunjukkan kpd bn,bahawa rakyat x menyokong mereka lagi.

    BalasPadam
  19. PRK had mati helikopter ni,aku tak mahu PKR bertanding, bagi saja pada amanah ataupuyn dap. Aku tak percaya keadialan dah.

    BalasPadam
  20. tolong la ikhlas berjuang utk rakyat yg semakin tersepit...

    BalasPadam
  21. Tindakan Azmin adalah betul
    Demi memperluaskan empayarnya
    PAS punyai lebihan penyokong dari PKR
    Kalau lawan, PKR yang mati

    DAP parti cina sesudu dua rojak
    PAS parti Melayu 100% nak Melayu
    Amanah pun parti Melayu tetapi boleh rojak
    PKR parti rojak asli

    Azmin takut bukan PAS tetapi Amanah
    Yang mampu mengugat kerusi PKR adalah Amanah bukan PAS
    Oleh itu didepan Amanah, Azmin terpaksa senyum
    Dibelakang dia meludah-ludah

    Bagi meraih sokongan Melayu
    Azmin licik hulur tali pancing PAS
    Amanah akan dibelok apabila tiba masanya

    PAS adalah gundek simpanan BN
    Bertanding bukan untuk menang
    Hadi nak letak calon di semua kerusi DAP
    DAP balas menyokong Amanah

    Itulah politik
    Lagi kotor lagi gagah
    Lagi licik lagi panjang umur

    Amanah tidak akan disokong Azmin
    bagi kerusi Sungai Besar maupun Kuala Kangsar
    Itulah maksud Azmin ajak PAS bersama Pakatan Harapan

    Kerana Hadi dengan Amanah
    Bagai ulat dimata
    Kalau Hadi mati mengejut
    Ia pasti angkara Azmin Ali

    BalasPadam
  22. Tu strategi dia
    Nak bagitau secara langsung sebab bagitau cara lisan PAS tak masuk kepala, kepala besau, ikut cakap sebahagian tolak yg sebahagian, pemilihan pun main susun belakang
    Azmin nak bahitau sapa pun akan gagal kalau bersendirian budus, lagipun sarawak dia dah baca takkan boleh menang, kalau menang pun berapa kerusi aje
    Dia bagi contoh tu sebelum pru supaya semua guna kepala otak yg tuhan dah bagi, pakat sama2 jangan main tolak cucuk belakang, depan kata kawan minta sokong dan kerja keras belakang tikam bagi mampos, ambik la pulak bahagian korang,
    Jangan asyik nak menyalahkan orang lain aje
    Nama islamik tapi kelaku tak menggambarkan islam dah akhir2 ni

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.