30 Mei 2016

PAS Dikecam Kerana Angkuh Dengan Jentera Parti

JANGAN RIAK DAN TAKABBUR...
HJ HADI BONGKAK DENGAN JENTERA PAS


Menjawab apa yang disebut olah Hj Hadi bahawa beliau serik bekerjasama dengan KEADILAN kerana KEADILAN hanya hadir waktu pilihanraya, tetapi ahli2 Pas yang lebih banyak bekerja, sesungguhnya mmg ada kebenarannya walaupun tidak berlaku di semua tempat.

Hj Hadi selalu merujuk kepada jentera Pas semata2 untuk membandingkan kekuatan politik partinya dgn parti2 lain, dan ini menunjukkan betapa lemahnya hj hadi sbg pemimpin politik.


Adakah Hj Hadi juga mahu sebut bahawa kemenangan Dap di banyak kawasan yang ditandingi oleh parti berkenaan adalah kerana kekuatan jentera Pas?

Di Kelantan, sebuah negeri yang diperintah oleh Pas sejak lama, di dalam PRU13 yang lalu Pas hilang 6 Kerusi Dun yang dimenanginya sebelum itu. Kelantan adalah negeri yang hampir 100% Melayu Islam yang sepatutnya tiada masalah utk Pas, namun prestasi Pas merudum teruk. Adakah tiada jentera Pas di situ?

Dua lagi negeri Melayu yang gagal dikuasai oleh Pas adalah Terengganu dan Kedah. Pas hanya dapat perintah Terengganu dan Kedah sepenggal saja. Adakah tiada kekuatan jentera Pas di situ?

Di Pahang, dalam PRU13 yang lalu, jika melihat kepada kekuatan jentera dan meriahnya kempen Pas, kita tidak menyangka bahawa PJ Pas Pahang, Us Tuan Ibrahim boleh kalah di Jengka. Amat hebat jentera Pas di situ. Sebab apa tewas?

Ini membuktikan bahawa kekuatan jentera hanyalah sebagai penyumbang sahaja. Dap dilihat hampir tiada jentera, tiada markas merata2 bahkan sukar mahu melihat bendera Dap berkibar di mana2. Tapi Dap banyak menang di Kerusi yang ditandinginya.

KEADILAN memang diakui tidak sehebat jentera Pas. Namun KEADILAN berperanan menyumbang strategi dan propaganda di dalam membawa isu2 besar yang kebanyakannya dikorek oleh pimpinan2 KEADILAN. Dap pula mempunyai kekuatan kewangan.

Aku pernah memuji PR dulu kerana kita saling melengkapi untuk bina kekuatan bersama. KEADILAN hebat di dalam membawa isu, Pas miliki jentera yang kuat dan Dap miliki kewangan. Kesemua ini sudah cukup membuatkan dua penggal umno/bn hilang 2/3 majoriti dalam Parlimen.

Malangnya, apabila ada yang telah merasa kuat hanya melihat kepada jentera mereka maka dicari jalan utk bersendirian. Bersendirian lebih kuat katanya. Akhirnya,mereka akur mereka perlu kawan. Tiada pilihan lain, terpaksa berbaik dgn umno dan kutip parti IKATAN, parti yang ibarat hidup segan mati tidak mahu itu.

Di Sg Besar dan K.Kangsar nanti, apakah kekuatan jentera boleh menentukan kemenangan? Kita tunggu.

WFAUZDIN NS


Saya sudah serik kerjasama dengan PKR, kata presiden Pas

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui parti itu sudah serik untuk bekerjasama dengan parti pembangkang terutamanya PKR.

Ini kerana kata beliau, PAS berkerja sepanjang masa sedangkan parti pembangkang lain hanya hadir ketika musim pilihan raya sahaja.

“Terang-terang saya sebut, banyak pilihan raya kita beri kepada rakan kita ini (PKR). Masa pilihan raya, dia datang, lepas pilihan raya, dia tak datang, jadi orang PAS yang bekerja.

“Sudah berapa kali pilihan raya, orang PAS yang bekerja kuat kerana PAS bekerja sepanjang masa. (Tetapi) apabila tiba pilihan raya, dia datang, nak kawasan (bertanding).

“Ini bukan sahaja di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sahaja, kawasan lain pun begitu juga,”katanya kepada pemberita di pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada Jumaat lalu sebagaimana dilaporkan sebuah laman yang pro Pas, Tranungkite.net.

Ia juga turut dilaporkan oleh Buletin Utama TV3.

Kenyataan Abdul Hadi dipercayai kerana kesal dengan sikap PKR yang cuba merebut kawasan pilihan raya Sungai Besar untuk bertanding juga.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmi Ali mengaku beliau sedia terus berunding dengan Pas walaupun sudah beberapa kali gagal mencapai kata sepakat.

Sehingga kini mesyuarat Majlis Pakatan Harapan sudah tiga kali ditangguhkan dan antara puncanya perundingan dengan Pas masih belum dimuktamadkan.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu, Abdul Hadi telah membuat keputusan untuk meletakkan calon Pas di sekurang-kurangnya lima kerusi PKR walaupun kerusi itu telah diputuskan akan ditandingi oleh PKR dalam perundingan Pakatan Rakyat.

Ia termasuk tiga Dun di Terengganu dan Dun Kota Damansara di Selangor serta Dun Sungai Acheh di Pulau Pinang.

Alasan calon PKR menjadi agen pil kuda di Terengganu telah menyebabkan Abdul Hadi di saman oleh bekas calon PKR Bukit Besi, Terengganu.

Namun mahkamah telah menolak saman itu kerana Abdul Hadi tidak pernah menyebut secara jelas siapakah yang dimaksudkan oleh beliau walaupun ada unsur fitnah di situ.

Terkini, sikap ahli parlimen Marang ini selari dengan sikap Pas Terengganu dalam hubungan mereka dengan PKR.

Timbalan Pesurujaya Pas Terengganu, Yahaya Ali berkata, Pas patut bertanding di kerusi Dun Bandar, satu-satunya kerusi yang diwakili PKR di Terengganu sekarang. Ia dimenangi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dalam pilihan raya umum lalu.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri juga berkata, Pas akan bertanding kesemua 32 Dun di Terengganu dalam pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya negeri jika diadakan.

Kenyataan ini dibuat ketika Pas mempunyai tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PKR.
-MD


ULASAN GB

GB tak mahulah ulas panjang.

Cukuplah GB katakan kalau tak mahu bekerjasama dengan PKR lagi sangat elok dan baik jika PAS tarik diri dari menyertai kerajaan di Selangor yang diketuai oleh Azmin Ali.

Ada berani? Atau masih sayang kedudukan, pangkat dan harta di sana?

18 ulasan:

  1. Kesian Azmin dan padan muka azmin serta pkr.Amanah dan Dap jgnla layan karena pkr dan pas.mrk perosak parti.elok Amanah dan Dap fokus isue rakyat.Bykkn buat kerja drp berkata2...kata2 hadi mmg betul. Cuma Azmin serta pkr yg btl2 muka xmalu.org xnk tu sudahla.apa nk terkial2 lagi.blahla Azmin dr pkr.rakyat sudah menyampah dgn perangai kamu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah ambik kesempatan nk burukkn pkr lebih2 nmpknya.

      sebenarnya bukan isu jentera parti pas yg hadi marah... ada benda lain yg dia tgh fedup dgn pkr dan azmin.

      sbb azmin masih hormati pd anwar dan azmin masih berbaik dgn amanah dn dap.

      usaha hadi pengaruhi azmin belum berhasil sepenuhnya.

      takat isu jentera bekerja utk pr apalah sgt.

      mana blh pejuang islam merungut dan berkira sgt dlm perjuangan. bukan dh korban darah dn nyawapun.

      hilang pahala jihad jika asik ungkit dan merungut

      bila ajak bersemuka bincang dgn sesama pr.... hadilah orgnya yg pakar bab ponteng memonteng.

      sengaja hebah dlm media utk cetus keresahan bukn nk cr penyelesaian

      ok minta hadi kiralah taksir kerugian kerana jentera pas seorg saja yg bekerja.

      pkr blh bayar upahnya.

      Padam
  2. Walaun ni perkakas mesin jentera rupanya..
    Patut la tak ada otak..
    Hmm..baru aku tau

    BalasPadam

  3. Dendam dua kali nak UG dengan UMNO di Selangor di gagalkan. Umur PAS dah berapa tahun, PKR pula berapa tahun?

    Sebelum itu, jentera parti berkerja bertungkus-lumus untuk tumbangkan UMNO. Sekarang ...?

    Andaikata, memang betul PKR hanya memperguna PAS, ahli PAS perlu bertanya jika PKR yang setahun jagung boleh di tipu di permainkan apa jaminan PAS terutama nya pemimpinnya tidak di tipu oleh UMNO yang terkenal dengan bapak segala penipu.

    Kemampuan dan kebolehan Hj Hadi tidak dapat menandingi pemimpin pembangkang yang lain. Mereka yang didalam PAS pun di halau oleh Hj Hadi.

    Ucapkan lah selamat tinggal kepada PAS.

    BalasPadam
  4. Presiden lupa faktor anwar, tgna, geng amanah yg banyak mempengaruhi undi pd PRU lps.. pas boleh menang sepenggal di trgnu pun sbb kes anwar.. lps tu.. takbir diganti takbur dah..

    BalasPadam
  5. Pemuda parit kings30 Mei 2016 pada 1:53 PTG

    Disinilah aras ukur fikiran ularmak...nampak gah dgn jentera...nampak kuat dgn pejuang Islam yg tak mengira siang Dan malam berkerja...pengalaman mengajar kita...bibit kesatuan DLM pakatan jelas hancur disebabkan tiada kefahaman diantara petugas disetiap kawasan...sungguh pun bertahaluf...namun tak sedar kita sendiri yg menhancurkan...INI berlaku dimana2 kawasan...petugas2 pas seringkali lupa akan kesepakatan yg ada...yg petugas pas tahu...petugas pas shj yg lebih bekerja...Dan akhirnya merosakkan pakatan rakyat...yg atas hanya mengikut petunjuk org dibawah...yg bawah punya pimpinan bodoh lagi membengapkan malah tak sedar diri...byk juga program bersama PKR...PKR yg byk kluar Dana...pas hanya hantar petugas...INI jelas...duduk DLM satu jentera...mana yg kurang kita tambah...mana yg tak jelas...kita jelaskan...kenapa harus angkuh???kenapa harus berbunyi???itulah punca perpecahan pakatan rakyat.dek kerna kebodohan pimpinan kawasan yg tak mampu mendidik ahli petugas pas yg merosakkan segala...saya bercerita atas pengalaman saya sebagai petugas pas satu masa lalu...jgnlah harap pakatan rakyat atau pakatan harapan akan menang jika ahli bawahan atau petugas kurang arif DLM kerjasama politik...semua org tahu...PKR memang kurang petugas...sebb yg menyokong PKR ITU sendiri adalah ahli PAS juga...saya berani menyatakan...ramai yg membantu PKR adalah ahli PAS...namun harus sedar diri...PAS tak byk membantu Dari segi kewangan...bukan semua petugas mampu...bukan semua petugas senang duit...harap hadi marang sedar akan masalah akar umbi...jgn bongkak Dan sombong!!!saya sejak dulu memang tak suka dgn tok seperti kamu...tiada contoh yg harus saya ikuti...maaf walaun2 pascai...siapa yg bodoh harus ditinggalkan...wassallam...

    BalasPadam


  6. DAP-- jentera parti mcm takdak dan tak nampak, tetapi work-SMART

    DAP-- semua ahli2nya bijak dan pakar ddlm maths-HISAB-audit

    DAP-- psikologi senyap nampak 'bodoh' ttpi bagai Jauhari mngenal manikam.. ibarat skilas pandang ikan diair..



    PAS pulak..
    majoriti IQ lebai2 balik dr Mesir dan arab tue tahap IQ klas D E F kbawah
    dulu2 klu amik exam SRP/LCE pun tak lulus..maths-HISAB-audit sure gagal!

    PAS jugak..
    Kekuatan pd manusia yg waras letaknya pd IQ/minda tajam dan cekap brfikir
    Sbaliknya jentra2 walaun2 PAS kuatnya kat siku-LUTOT dan cakar rimau..

    PAS ramai..
    Sprt sabda nabi SAW w.pun ramai ibarat "BUIH"..senang hanyut senang dTIPU
    Semua "trick" licik dgn FITNAH u-turn ponteng Hadi tu, sgt2 mudah dibaca bak tahap licik minda budak2 tadika

    PAS kena cucuk idung..
    Dah mcm lembu, suruh pakai pink sedondon dia pun sedondon
    Suruh baca skrip drama 'hudud'..terkial2 terketar2 mcm lembu tadika


    Hanya org2 yg bebal dan bodoh serta IQ yg sgt2 rendah jer yg EGO serta bangga diri dgn jentera yg banyak ttpi menang nya paling "CIPUT" sekali!!

    Dan org yg IQ ciput jugak paling senang ditipu utk diajak sama2 brkongsi mnjd PENCURI!!?







    BalasPadam
  7. Salam Hormat para pendodong Amanah dan PH,

    1. Very interesting ulasan penulis WFAZUDDIN mengenai "ketololan" pandangan Tuang Presideng PAS ini. Ternyata kesebokan beliau dalam memimpin dan rumahtanga, dua bini dua rumah dua kesebokan, mana la sempat nak membaca, meneliti trend masakini dalam mengutip informasi kena lah banyak membaca. Nak tau kelemahan sendiri kena baca pandangan musuh dan umum, nak tau kelemahan musuh maka perlulah membaca jauh lebih banyak pandangan sekeliling.

    2. Ada dua kelemahan Haji Hadi mengikut apa yang saya teliti, pertama segala PUNAHSEHAT sekeliling gagal memberi info sebenar in realtime situational report pada Tuang Presideng dan kedua nya maina musuh yang sedia nya pingin melihat kehancuran "apa yang Sdr Wfzuddin sebut - 3 Kekuatan PR zaman dulu dengan PAS Jentera dan networking Melayu, PKR Intectual dan research, Info dan feedback dan DAP Strategi, Organisasi dan Kewangan" .

    3. Saya pernah mengulas apa yang Sdr DS Azmin nak bawa, keraguan saya terlalu tinggi pada YAB MB ini disebabkan dia adalah balaci Mahadhir sejak lama dulu.

    Sekian pandangan saya.

    BalasPadam
  8. Mengungkit "jasa" hanguslah pahala... buat penat jer!

    BalasPadam
  9. Klu mcm ni aku malu nk mengaku pengundi pas apa lg klu jd ahli pas. He....

    BalasPadam




  10. Klu Anwar Rafizi Mat Sabu Husam LKS LGE duduk dipersada kuasa negara ini, kita insy'Allah boleh dpt tahu brp juta lebai2 dah CURI

    Brp juta, puloh juta dan RATUS juta yg telah pak lebai sapu CURI sedondon!

    Krajaan ada kuasa periksa akaun pribadi proxy dan akaun2 luar negeri




    Sbb itu mrk memusuhi sgt2 Anwar Husam Mat Sabu LKS dan LGE-DAP

    Mrk memusuhi DAP Mat Sabu Husam dan Anwar bukan sbb hudud..tetapi mrk sgt2 takut nanti rahsia mrk sedondon mnjd PENCURI akan terbongkar!?

    System pemerintahan yg telus AMANAH berintegrity tak sesekali ambil pot kamu tu hulamak donia ke..murshiitol ke..majlis syorruu ular ke..Dato' Sri ke.. klu ada sabit "BUKTI" bhw kamu MENCURI, kamu wajib msuk ke "DALAM" sbg bukti pengajaran utk mnjd suri tauladan!


    Sbb tu lah lebai2 musang berjanggut penyamun tarbus yg sedondon itu sgt2 takut dgn Anwar Rafizi Mat Sabu dan DAP..termasuklah siBOBOY n d kartels yg cuba menyamar dgn pak angkatnya dari Kerala itu!?

    Hello kawan2, klu dah CURI juta2 biliyun2..mcm2 khianat u-turn maki FITNAH ponteng sume tu sggup dibuat sbb takut kena CEKUP!! yer tak?




    BalasPadam
  11. Presiden PAS ingat PAS kuat sekarang kerana sudah ada wang banyak. Kehidupan lebai-lebai pun dah naik taraf. PAS juga ada memilih isu besar seperti isu bahasa dan hudud. Isi 1MDB juga besar tapi PAS tidak memilih isu ini untuk disuarakan sebab PKR dah bawa isu ini. Sesekali saja ada suara dari Tuan Ibrahim dan biarlah PKR yang membawa isu 1MDB.

    PAS sudah tidak ada masalah kewangan. PAS ada jentera yang kuat (dulu...). Sekiranya pemimpin yang tubuh ANANAH masih bersama PAS, PAS cukup ketiga-tiganya dan mampu menjadi parti yang kuat.

    Kerana melihat kekuatan wang lebih dari strategik dan wang ada lah segala-galanya maka PAS rela sedondon denga0n UMNO. PAS akan tiru strategik Najib dan UMNO.

    Selesai masalah Hj Hadi.

    BalasPadam
  12. hadi dan kuncu2 punya pasal... bukan setakat non muslim nampak Islam mundur dan khianat pada tanggungjawab .. yg dh lama Islam ni pun jadi hilang kepercayaan pada yg mengaku ulama.. tolong la amanah dlm menyampaikan Islam.. biar nampak Islam tu rahmat bg seluruh alam.. rakyat tk bodoh hadi oii..

    BalasPadam
  13. Eloklah PAS bergerak sendiri lepas ni kalau rasa sudah cukup kuat. Boleh buktikan setinggi mana kekuatan depa. Sebelum kewujudan parti AMANAH, aku adalah penyokong PAS, tetapi sejak PAS mula diterajui oleh ulama UG serta tuang presideng tahun lepas, aku sudah HILANG rasa kasih pada parti ni lagi, apatah lagi utk menyokong & mengundi depa. Selamat tinggal, PAS!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama laa dgn aq.....dh terasa mcm sombong terlajak pula pas nie.

      Padam
    2. Sama laa dgn aq.....dh terasa mcm sombong terlajak pula pas nie.

      Padam
  14. SALAM SEMUA.
    SAYA ADALAH INSAN BIASA YG CUBA MEMAHAMI KEIKLASAN DAN HALAL
    DALAM SEMUA KEHIDUPAN.
    LANTAS DI TAHUN TAHUN YG LALU SAYA MENGANGGAP PAS DAN
    PEMIMPINNYA BOLEH DI PERCAYAI.
    MALANG DIAKHIR AKHIR INI LAIN JADINYA.
    ULAMAK HADI DAN PENGIKUT TAKSUBNYA AMAT BERLAINAN DARI
    APA YANG SAYA SANGKAKAN.
    TERLALU BERBEZA DARI APA YANG KITA SANGKAKAN.
    MEREKA MENGUNGKIT DAN MEMBANGKITKAN PERKARA YANG TAK SEBERAPA..
    MEREKA MEMPERSOALKAN PERKARA YANG REMEH TEMEH.
    MEREKA TAK PUASHATI WALAUPUN SEDIKIT
    YANG DILABURKAN ..TAPI TELAH BANYAK MEMBUAHKAN HASILNYA...MEREKA TAKSEBUT PUN.
    HADI DAN PAS SEKARANG ,BETUL BETUL KEHILANGAN ARAH.
    MASYAALLAH INI JADINYA ULAMAK YG SERING KALI MENTARBIAH ORANG LAIN
    SUPAYA IKLAS DGN SEGALA URUSAN.
    MALANG SUNGGUH ANDA YG BERSTATUS ULAMAK.
    KALAU TANGAN KANAN MEMBERI..TANGAN KIRI TAK TAHU???...BEGINIKAH CARANYA.??

    TAHUKAH KAUM PAS BERAPA BANYAK DERMA YG DIBERI SEMASA CERAMAH
    OLEH ORANG YG DULU MENYANGKA PAS OK TAPI SEKARANG ????...

    INI LEBIH HEBAT JIKA DIBANDING DGN APA YG KAMU UNGKITKAN...

    BalasPadam
  15. Hadi
    Presiden amanat sesat

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.