Setiausaha Agung PKR, YB Rafizi Ramli dilaporkan telah dihantar ke lokap Balai Polis Jinjang setelah pejabat dan rumahnya digelidah malam tadi oleh anggota polis. Kenyataannya akan diambil pagi ini dan akan ditentukan samada beliau dibebaskan atau ditahan reman.
Sebelumnya, lapan orang pegawai polis telah mengiringinya ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan naik ke tingkat dua bangunan itu yang menempatkan pejabat Rafizi dipercayai bagi tujuan penggeledahan, lapor Malaysia Dateline.
Turut berada di situ adalah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan juga Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.
Rafizi kelihatan ceria dan masih memakai kot iaitu pakaian lengkap di Dewan Rakyat ketika di bawa ke situ kira-kira jam 10.30 malam dan keluar dari situ kira-kira setengah jam kemudian.
Saifudin ketika dihubungi mengesahkan Rafizi dibawa keluar semula oleh polis dari pejabat itu kira-kira jam 11 malam tadi.
Selepas pejabat, Rafizi dibawa pula ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pandan pula. Selepas itu dia dibawa ke rumahnya dipercayai untuk tujuan yang sama.
Rafizi ditahan oleh polis di luar pagar bangunan Parlimen petang tadi dan dibawa naik ke kereta polis yang menunggu.
Ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah yang melihat kejadian itu telah mengekori Rafizi dan cuba untuk bercakap dengannya namun tidak dibenarkan oleh polis.
Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi (OSA) selepas beliau mendedahkan satu dokumen yang dikatakan disenaraikan sebagai Rahsia Rasmi.
Wan Azizah dalam kenyataannya mengecam sekeras-kerasnya tangkapan terhadap Rafizi ini yang dibuat "dengan cara ala Gestapo".
"YB Rafizi telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah YB Rafizi seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri," kata Wan Azizah dalam kenyataan itu.
Beliau berkata, PKR percaya tangkapan ini berkemungkinan besar berkaitan dokumen yang ditunjuk YB Rafizi di dalam satu sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen pada Khamis ini.
"Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap YB Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan," katanya.

KEADILAN kecam penangkapan Rafizi
Kita dikejutkan dengan penangkapan YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN di hadapan pintu keluar Parlimen petang tadi.
Saya difahamkan beliau ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi berkaitan sebuah dokumen yang berada di bawah akta tersebut.
KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tangkapan YB Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi dengan cara ala Gestapo ini, YB Rafizi telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah YB Rafizi seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.
KEADILAN percaya tangkapan ini berkemungkinan besar berkaitan dokumen yang ditunjuk YB Rafizi di dalam satu sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen pada Khamis ini.
Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap YB Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan.
Pendirian KEADILAN mengenai Akta Rahsia Rasmi adalah konsisten dan jelas: KEADILAN menentang penggunaan akta kuku besi ini untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan musuh-musuh politik rejim UMNO-Barisan Nasional.
Tatkala negara dilanda pelbagai masalah integriti seperti urus tadbir 1MDB dan skandal “RM2.6 bilion”, ahli-ahli politik seperti YB Rafizi, yang cukup dikenali rakyat sebagai seorang yang berani melawan kebobrokan dan salah guna kuasa pemerintah untuk selamatkan Malaysia, sepatutnya bukan ditangkap tetapi dirai kerana bangkit mempertahan integriti demokrasi negara kita.
Oleh itu, KEADILAN menggesa agar YB Rafizi Ramli dibebaskan pada kadar segera.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
19 ulasan:
Rakyat xder kesah pun. Hukum kezaliman terus berjalan. Hukum keadilan sukar diperolehi. 10 tahun zalim berjalan, 1 hari adil yg dapat. Penipuan adalah amalan wajib yg diamalkan seluruh rakyat. Tiada siapa yg tidak menipu. Jadi si penipu yg berjuta2 ini tidak akan bangun melawan untuk sesuatu kebenaran.
Rakyat sudah biasa menipu sesama sendiri. Menipu adalah satu ibadah. GB tak mungkin dapat sangkal hal ini. Rakyat sudah selesa dgn penipuan. Tak mungkin hidup kita akan seaman zaman kedatangan Nabi Isa kelak. Tak mungkin.
Hidup melayu,
Polis melayu, rafizi melayu
Melayu tangkap melayu kerana mempertahankan india
Sama-samalah kita berdoa bersama orang yang dizalim agar Allah s.w.t. meruntuhkan kesatuan penguasa yang zalim, agar Allah s.w.tc memporakporandakan hidup mereka dan menggantikan mereka dengan suatu kaum yang adil. Amin.
Tak sisla sia kami kesekukan di luar pagar...
Bebaskan rafizi...
Lahanat!
Bebaskan rafizi
Lahanat ! Tangkap majib lahanat tangkap arul lahanat tangkap tan sri anuar lahanat lahanat ko!!!
Dear yb rafizi, you are the real Malaysia hero especially comparing with ulama pas suci mulia yang jadi penasihat kepad a penerima derma billion
Cepat laa mampos perdana menteri malaysia bersama kuncu kuncunya.... Yg menzalimi rakyat.
Banggakah anda menangkap orang cuba menyelamat kan negara dari dilingkupkan oleh seseorang yg tudak bertanghungjawap?
Banggakah anda menahan seseorang yg berani dan banyak mendedahkan kepincangan pemerintah utk kepentingam rakyat?
Sukakah anda melihat beliau dipenjarakan kerana membela rakyat?
Utk YB semoga Allah merahmati kamu. Kamulah pejuang rakyat.
Mengapa Rafizi mendedahkan dokumen yang akan dibentang pada hari Khamis ini sedangkan selepas hari Khamis dokumen tersebut tidak diklasifikasi lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Rafizi telah mengambil langkah bijak kerana lapuran akhir mengenai 1MDB tidak tulus dan tidak tepat apabila ianya dibentangkan di Parlimen, sekiranya tidak didedahkan sebelum hari Khamis ini.
Jika pembentangan lapuran 1MDB dibuat tanpa melindungi orang-orang tertentu, pendedahan tersebut cuma kesalahan kecil kerana bukan lagi dibawah akta rahsia.
Melainkan dokumen tersebut terus diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi selepas ianya dibentang, kesalahan Rafizi menjadi kesalahan besar.
Langkah Rafizi ialah mengagalkan cubaan tersebut dan menyebabkan terserlah nya nanti penipuan semasa pembentangan lapuran 1MDB.
Lapuran 1MDB yang dibuat oleh Khairudin sepatutnya mengikut SOP yang sama.
Penyiasat sepatutnya pergi gelidah pejabat dan semua komputer 1MDB.
Khalid sepatutnya letak jawatan apabila berbohong mengatakan ada parang didalam kereta mangsa seorang remaja yang mati ditembak.
Harap-harap pihak penyiasat tidak menemui bukti dan melepaskan Rafizi dan pihak yang perlu saman Rafizi ialah 1MDB kerana menfitnah.
Sayang, kes besar macam 1MDB ini hanya orang seperti Rafizi sahaja yang mampu ketengahkan.
Kerja bang cari makan nak buat cam mana?? Suruh tangkap, tangkap ajalahhhh sapa peduli betul ker salah ker? Cash is king bang!!! Tak buat engkar perintah. Gaji tahan so no cash. Lembu tak apa tak ada cash boleh gasak rumput jet bang.
Ni semua salah dap Cina kapir yang hina agama.
Tak percaya boleh rujuk kepada ulama pas suci mulia yang ilmu tinggi sampai dilantik sebagai penasihat kepada penerima derma billion!!!
Aku setuju dgn kata kata diatas. Almaklumlah rakyat yg bodo bin bahalol lbh ramai dari yg bijak bin pandai di melesia ni
salam
Buatlah apa yg kamu suka buat Najib!! selagi kamu berkuasa,selama mana kamu nak menongkat langit,sedangkan Madey yg berkuasa selama 22 tahun sekarang ini,terhengeh-hengeh mencari rakyat juga,hukum kebenaran akan berjalan,cuma masa akan menentukannya,Allah panjangkan umur kamu supaya kamu bertaubat,tapi kamu pilih jalan "BERBOHONG" dan berbohong,terus melakukan kejazaliman yg tak berkesudahan.pada yg menasihat Najib,takutkanlah azab Allah,selama mana Najib boleh taburkan dedak pada tuan2.
sekian.
Apabila pemimpin berjiwa besar, YB.Rafizi Ramli mengbongkar kesalahan pemimpin2 UMNO laknatullah..apa pertolongan,jasa kita sebagai rakyat ni kepada beliau?
Adakah kita masih mahu berpeluk tubuh atau lawan tetap lawan?
Sebagai seorang islam, aku akan terus berniat untuk mati syahid suatu hari nanti..
Mari lah lepas solat kita berdoa pada yg maha esa.. semoga rafizi di bebas tanpa di kenakan dakwaan dan keluarga beliau tabah menghadpi peristiwa ini..
terbaik YB Rafizi anda adalah pejuang rakyat sejati.
Bersabar, tak banyak yg boleh kita lakukan. Mereka berkuasa sekarang. PRU14 nanti kita ajar mereka cukup-cukup.
DEŅGAN INI DAH PUN JADI MCM MEXICO DAH DIPERINTAH OLEH MAFIA. WAT TO DO NAK TUNGGU SAMPAI PILIHAN RAYA BARU NAK TUMBANGKAN PM ANAK KITA, AYAH KITA KENA TANGKAP ATAS SBB TIDAK MUNASABAH BARU NAK BERTINDAK. I SAID BEFORE IF WE NEED MCM RAKYAT THAILAND BERDEMO SAMPAI CEROBOH BANGUNAN PARLIMEN CARI PM SAMPAI KE LUBANG CACING GO AHEAD. NAK TUNGGU PRU ALWAYS REMEMBER I DAH COMMENT DULU ADA AGENDA PROJEK IC DUE INCIDENT BAWA BANGLA MASUK YG MANA KEMENTERIAN LUAR BANGLA HINGGA TAK PERCAYA TPM CKP BEKU KEMASUKKAN BANGLA AND USA WILL INTERFACE PRU UTK ENSURE PM NAJIB UTK TERUSKAN AGENDA TPPA. WITH 2 HIGHLY POSSIBLE OUTCOME DO U THINK WE CAN WAIT UNTIL PRU? SO PLEASE THINK AGAIN MCM RAKYAT 1ST CLASS BUKAN 4TH CLASS MCM ULAMA PAS STYLE.
Agreed.
Catat Ulasan