29 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] Edisi Malam - 20,000 Masih Di Dataran Merdeka

Keadaan di ibu negara dengan kehadiran ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 masih terkawal sekakat ini.

Tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Peserta yang mula berkumpul di beberapa lokasi sejak awal pagi, dilihat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Sehingga jam 4.20 petang, jumlah peserta BERSIH 4 kini dianggarkan melebihi 100,000 orang.

10.25pm Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Raja – Dianggarkan 10,000 orang masih cekal berhimpun sambil melaungkan slogan "Bersihkan negara" dengan dipimpin bekas pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga.

Para peserta yang keletihan dilihat berehat di perkarangan stesen LRT Masjid Jamek dan mengambil peluang untuk membeli makanan ringan dan minuman.

9.59pm: Ada peserta mula memasang khemah untuk bermalam di Jalan Raja, berhampiran Dataran Merdeka.

9.47pm: Kumpulan muzik BangsArt mula membuat persembahan.

9.40pm: Paluan gendang dengan sorakan Bersih mengalu-alukan ucapan daripada aktivis Adam Adli.

“Kami akan jaga negara ini untuk kamu semua. Untuk anak-anak kami, kami janjikan masa depan yang lebih baik daripada kami. Kita rakyat Malaysia tidak boleh berdiam diri. Kita hanya akan berhenti berjuang apabila berjaya capai kemenangan.”

9.37pm: Maria Chin ucap terima kasih kepada Dr Mahathir kerana datang ke Dataran Merdeka.

“Terima kasih kerana datang. Kami jemput semua dan harap lebih ramai orang daripada Umno menyertai kami kerana ini adalah desakan negara untuk perubahan.”

9.22pm: Simpang Jalan Raja-Jalan Parlimen - Pemimpin GHB, Mohammad Sabu dalam ucapannya menggambarkan Jho Low sebagai usahawan yang mencuri wang.

Beliau dengan berjenaka berkata, isteri PM, Rosmah Mansor akan "kurus" jika melihat jumlah hadirin pada malam ini.

Katanya, Najib juga kini lebih teruk dari Mahathir.

"Walapun dia (Mahathir) menghadapi beberapa isu, beliau berpendapat Najib lebih teruk dari dia," katanya yang disambut dengan ketawa oleh para hadirin.

9pm: Tian Chua memberitahu Malaysiakini, kedatangan Mahathir menunjukkan bekas PM itu sendiri memberi sokongan kepada BERSIH.

Ia juga menunjukkan Mahathir akur bahawa saluran paling berkesan untuk membetulkan keadaan dan buat perubahan ialah melalui kuasa rakyat, katanya.

"Ini bagi saya satu kemenangan rakyat Malaysia dalam menarik sokongan dari semua pihak.


"Mahathir terpaksa juga akur kuasa rakyat itu ialah saluran paling berkesan."

8.35pm: Jalan Raja - Mandeep Singh, aktivis BERSIH beri jaminan kepada polis bahawa para peserta tidak akan melepasi sekatan di Dataran Merdeka.

"Kami akan bekerjasama dengan polis untuk mengekalkan keamanan dan memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh 28 jam."

Terdahulu, Mandeep menemui ketua polis daerah Dang Wangi, DSP Gurbinder Singh.

8.10 pm: Kenyataan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH 4 menyuntik semangat baru kepada peserta.

Diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka sebentar tadi Siti Hasmah berkata, itu adalah kuasa rakyat.

"Ini kuasa rakyat," katanya.


Berjalan di belakang Mahathir, Siti Hasmah dikerumuni peserta BERSIH 4 yang ingin bersalaman dengan beliau.

Walaupun situasi agak sesak beliau kelihatan tenang berjalan dengan pakaian baju kurung berwarna biru muda breserta selendang yang dililit di leher.

6.43pm Persimpangan Jalan Raja Laut-Jalan Raja - Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memberi peringatan supaya orang ramai tidak merempuh halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa.

"Kita tak akan sokong sesiapa yang rempuh barricade. Kalau nampak orang nak rempuh, halang dia. Kita tak akan masuk dalam Dataran," katanya.

Beliau meminta orang ramai supaya bermalam di persimpangan jalan dan tidak masuk ke kawasan Dataran.

6.20pm Jalan Tun Perak -Pasukan berbasikal BERSIH menjadikan sebuah tempat di Jalan Tun Perak untuk mengumpulkan sampah-sampah.

Kelihatan puluhan bungkusan sampah dilonggokkan setempat di tepi jalan.


Salah seorang anggota pasukan itu Shuk Yi berkata mereka menyediakan seratus ribu beg sampah dan kini telah mengumpul lebih kurang 8,000 unit.

Terdapat 25 orang sukarelawan berbasikal BERSIH.

5.50pm: Dataran Merdeka - Pemimpin Jingga 13, Fariz Musa mengumumkan perhimpunan berehat seketika sebelum bersambung pada jam 9 malam ini

Peserta kelihatan mula bersurai ke pelbagai arah meninggalkan Dataran Merdeka.

5.45pm: Dataran Merdeka - Penganjur BERSIH 4 berkata jumlah kehadiran setakat ini ialah 200,000 orang.

"Ada 200,000 orang berkumpul secara aman di Kuala Lumpur untuk BERSIH 4. Tahniah kepada semua," kata kenyataan yang dibuat melalui platform Prime itu.

Sebelum ini Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa menganggarkan kehadiran - pada jam 3 petang tadi - adalah seramai 25,000 orang.

Anggaran Malaysiakini melalui wartawannya pula adalah 100,000 orang ketika kemuncaknya pada jam 4 petang.


Senator Australia, Nick Xenophon didakwa menghadiri sebuah perhimpunan Bersih 4.0 di Adelaide, hari ini.

Menerusi sebuah perkongsian di laman twitter @AmritaMalhi, Xenophon didakwa memberi ucapan dan mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

5.15pm: Dataran Merdeka - Polis Kuala Lumpur berkata mereka berpuas hati dengan cara perhimpunan hari ini dijalankan.

Ketuanya, Datuk Tajuddin Md Isa berkata polis berharap perhimpunan itu akan berlangsung aman hingga akhir.


Star Online melaporkan, polis menganggarkan jumlah kehadiran hari ini adalah 25,000 sehingga jam 3 petang tadi. (Tak apa ler 25,000 kata polis... walaupun sumber lain menyatakan lebih 100,000 -GB)

4.55pm: Pasir Gudang - Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih "memikirkan" sama ada akan turun menyertai perhimpunan BERSIH 4 atau tidak esok.

"Saya masih berfikir," katanya ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan menyertai himpunan aman itu Ahad ini atau sebaliknya.

Terdahulu Mahathir menghadiri program Bicara Negarawan bertajuk "Malaysia hari ini: Ke mana kita” di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor

Lebih 3,000 orang hadir

4.30 pm: Dataran Merdeka - Aktivis masyarakat dan bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata himpunan hari ini menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa suara rakyat tidak boleh diabaikan.

Beliau juga mendakwa perhimpunan hari ini adalah BERSIH terbesar pernah diadakan setakat ini.

Selepas ucapan itu, ketua Jingga 13, Fariz Musa meminta poeserta duduk dan memberi laluan kepada petugas perubatan kerana ada seseorang diserang sakit jantung.


4.18pm: Dataran Merdeka - Pengerusi BERSIH, Maria Chin dalam ucapannya berkata, semua peserta perhimpunan hari ini datang kerana mereka adalah "rakyat Malaysia" untuk menyampaikan mesej kepada kerajaan.

Kata Maria, perdana menteri tidak bertanggungjawab kerana amalan rasuah berlaku dalam negara ini.

"Oktober ini kita mesti usulkan undi tidak percara kepada perdana menteri," katanya.

4pm: Dataran Merdeka - Kumpulan dari Dataran Maybank yang turut ada di dalamnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba disambut dengan sorakan dan tepukan tangan peserta BERSIH 4.

3.48 Jalan Raja Laut -- Ribuan peserta demonstrasi duduk di atas jalan raya sambil menonton persembahan kumpulan pemuzik protes BangsArt. Vokalisnya Amir Hadi turut melaungkan Slogan “hidup rakyat” sambil diiringi ketukan dram. 'Awesome', kata lelaki Norway

3.3pm Jalan Raja Laut - kumpulan dari Sogo telah tiba di Dataran Merdeka. mereka semua membunyikan vuvuzela dan bersorak.

Seorang warganegara Norway yang telah menetap di negara ini selama setahun berkata, perhimpunan BERSIH bagus bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih demokrasi.

"Saya rasa ia awesome dan penting kerana Malaysia perlu menjadi sebuah negara yang antirasuah dan sebuah negara yang berdemokrasi," katanya yang mahu dikenali sebagai Cessile.

3.30pm Anggaran peserta: 80,000 orang dan makin bertambah.
,br> 3:10pm Sogo - Peserta di Sogo kini berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan reformasi.

3.05pm Sogo - Menteri Besar Selangor Azmin Ali kini berucap.

Beliau menggesa seluruh rakyat Malaysia bangkit untuk menyingkirkan Najib dari Putrajaya.

"Dengan kehadiran begini, saya yakin kita mampu singkirkan Najib dari Putrajaya," katanya.

3.06pm Dataran Merdeka - Seramai 20,000 berada dekat Dataran Merdeka. Seorang ulama PAS yang kini bersama Gerakan Harapan Baru (GHB) memberikan ucapan.

3pm Masjid Negara – Peserta bergerak dari Masjid Megara menuju ke arah Dataran Merdeka.

2.55 petang: Mat Sabu dengan Kit Siang mula bergerak ke Dataran Merdeka

Mat Sabu dalam ucapannya sebelum itu meminta "kita bergerak pelahan-lahan ada 33 jam tidak perlu berlumba-lumpa. Jalan macam ala mak inang Pulau Kapas.

"Bila ada tempat berhenti kita berhenti. kita terus ke Dataran Merdeka jangan masuk kawasan padang. Kerusi sudah diatur untuk sambut Merdeka.

Jangan kacau langsung. Ikut arahan.kita sudah buat banyak kali, kita disiplin. Elakkan provokasi. Ikut acara yang diatur Bersih. Sehingga 12 malam esok selepas doa dibaca baru kita bersurai," katanya.

2.40pm: Dataran Merdeka – Dipimpin seorang wanita daripada Batu Pahat, Jacqualine Neo, lebih 10,000 orang menyanyikan lagi Negaraku di Dataran Merdeka.

Keadaan sebelum itu hingar bingar dengan tiupan vuvuzela.

Kawasan padat. Beberapa orang peserta mengadu talian telefon bimbit mereka terputus.

2.30pm: Peserta dianggarkan 50,000 orang, berdasar pemerhatian Malaysiakini.

2.20pm Masjid Jamek – Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) dan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berucap.

Beliau berkata orang ramai pelbagai kaum hari ini berkumpul kerana tidak boleh lagi menerima amalan rasuah dalam negara.

Beliau mengingatkan akan berkumpul secara aman selama 34 jam seperti dirancang.

“Boleh tidur di tepi jalan atau atas rumput. Semuanya boleh. Dan kita akan berada dalam keadaan aman,” katanya.

2.06pm Masjid Negara – Di perkarangan masjid, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata orang ramai berkumpul kerana hendak menyelamatkan negara supaya tiada krisis politik dan ekonomi.

“Kita mahu ketelusan dalam kerajaan. Nampaknya ada orang takut dengan perkataan BERSIH, mereka mahu hapuskan perkataan itu.

“Kita mahu anak cucu dan negara aman damai dengan perkara BERSIH,” katanya.

2.03pm Selain di sekitar Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu perhimpunan itu juga turut berlangsung di luar negara.

Facebook Global Bersih melaporkan, 74 lokasi perhimpunan BERSIH 4 yang turut diadakan di seluruh dunia.

Di Melbourne, Australia, wakil KiniTV, Shanice See melaporkan hampir 5,000 orang menyertai perhimpunan tersebut.

2:00pm Sogo - Semua peserta menyanyikan lagu Negaraku sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Doa dibaca supaya perjalanan ke Dataran Merdeka serta seluruh rakyat Malaysia selamat.

Mereka turut melaungkan "bersih" sebelum berarak.

Ucapan turut disampaikan oleh wakil Bersih Wong Cheng Huat di atas sebuah kereta pacuan empat roda jenis Hilux.

Turut kelihatan ialah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bekas naib presiden PAS Salehuddin Ayub.

1.30pm: Sogo - Peserta beragama Islam solat berjemaah di pekarangan pusat beli-belah Sogo. Ia diimamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Putih, Dr Nik Mazian Nik Mohamad.

Selesai solat peserta bersiap sedia untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Jumlah kehadiran di Sogo kini mencecah kira-kira 2,000 orang.

Walaupun peserta semakin ramai, aliran lalu lintas tetap seperti biasa dan tiada sekatan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.

1.30pm: Brickfields - Ahli Jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Aruchelvan berada bersama kira-kira 600 peserta. Katanya, mereka akan berarak bersama Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah kira-kira jam 2 petang.

Aruchelvan juga menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh atau termakan umpan pencetus kekacauan jika ia berlaku.

"Ingat - senyum kepada polis. Jangan cabar mereka," katanya.

Kebanyakan peserta di sini terdiri daripada ahli PSM, Hindraf, komuniti India dan Orang Asal. Turut jelas kelihatan, bendera tuntutan royalti Kelantan dan anti-GST.

Turut berada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy. Faizal Fauzi dari Sungai Petani, Kedah. Katanya menjadi tanggungjawab untuk beliau turun menyertai BERSIH 4 bagi menamatkan amalan rasuah dan kerosakan negara.

"Tak ada rasuah, tak ada Najib," katanya ketika ditanya apa yang diharapkan daripada perhimpunan kali ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang, Tengku Zulpuri Shah bersama isteri Aida Ross tiba di Masjid Negara bersama sekurang-kurang 20 kereta lain.

Menurut Tengku Zulpuri, sebahagian daripada mereka berkumpul di Jalan Petaling dan Sogo, terutama golongan lebih muda. Pimpinan atasan DAP pula akan berada di Masjid Negara selepas solat Zuhur.

1.25pm: Jalan Tun Perak - Ketika kebanyakan peserta melaungkan "Bersih", sesetengah lagi menunjukkan rasa bangga dengan negeri masing-masing, terutama dari Johor.

Ada peserta membawa sepanduk memapakan gambar Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sambil melaungkan "Daulat Tuanku".

Satu kumpulan lain - majoritina Cina - membawa sepanduk bertulis Made in Muar (buatan Muar) serta bendera negeri dan Malaysia.

1pm: Dataran Merdeka - Kira-kira 20 peserta berdiri di tepi penghadang ke padang selepas tiba dari Jalan Parlimen, manakala yang lain berada kira-kira 50 meter dari situ.

Dua penghadang dipasang bagi mengelak orang ramai memasuki Dataran Merdeka dan ada lebih kurang 100 anggota polis berkawal. Hanya kenderaan tertentu dibenarkan masuk ke kawasan sekitar.

Keadaan kekal tenang dan terkawal.

12.51pm: Masjid Negara - Keadaan agak tenang. Dianggarkan kira-kira 1,000 orang berada di sini. Lebih 50 gerai menjual baju, makanan dan minuman di buka sejak 8 pagi. Lalu lintas dari Jalan Perdana ke Jalan Kinabalu bergerak lancar.

12.35pm Sogo - Ribuan peserta BERSIH 4 kini membanjiri pekarangan pusat membeli-belah Sogo. Keadaan kini seperti pesta apabila mereka membunyikan vuvuzela dan bersorak apabila kereta yang lalu-lalang membunyikan hon.

Terdapat juga poster yang bertulis "Bebaskan Anwar" dibentangkan. Di satu sudut di pekarangan pusat membeli-belah itu juga turut tersedia satu kempen kumpul tandatangan bagi menggesa bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

Lalu lintas di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi masih lagi bergerak lancar. Beberapa anggota polis trafik juga kelihatan bagi mengawal lalu lintas.

12.30pm: Pasar Seni - Kumpulan muzil The BangsArt membuat persembahan. Adam Adli adalah salah seorang anggota kumpulan ini. Mereka mengetuai perarakan kira-kira 300 orang dari Jalan Hang Kasturi ke Pasar Seni.

12.25pm: Sogo - Restoran Nandos turut mengambil kesempatan memberi air percuma kepada peserta BERSIH 4 di sekitar pusat membeli-belah.

12:04pm: SOGO - Naib Presiden PKR Rafizi Ramli tiba di pekarangan Sogo. Beliau kemudian dikerumuni orang ramai yang ingin bergambar dengannya sambil melaungkan "Bersih".

Kredit kepada pemilik-pemilik foto dan video berikut:



Anak muda cina bertindak menjaga rakan2 muslim mereka menunaikan solat di himpunan BERSIH @Dataran Merdeka, kami anak Malaysia!



Khidmat sukarelawan ARIF yang cemerlang



Indahnya suasana malam





















BERSIH 4.0 DI ALJAZEERA



LIVE VIDEO





















p/s Blog GB tak dapat nak buat LIVE STREAMING sendiri kerana ada masalah teknikal dan keselamatan.
Entri ini dikemaskini setiap 15 minit. Sila refresh.




ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR