Insiden Low Yat: Ali Tinju ditahan
Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom di bawah Akta Hasutan berkaitan dengan insiden Low Yat.
Lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju', dia ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad, demikian menurut China Press.
Mohd Ali menjadi terkenal pada tahun 2012 apabila beliau menganjurkan "senaman punggung" di luar rumah bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.
Ia sebagai respons kepada peranan Ambiga dalam penganjuran perhimpunan BERSIH untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. -mk

Polis akan tahan ahli politik, Papagomo hari ini
Polis akan menahan seorang ahli politik dan blogger upahan Umno, Papagomo selepas gagal menyerahkan diri berikutan cuba mencetuskan ketegangan kaum di Plaza Low Yat pada Ahad lalu, lapor The Star Online.
Ahli politik berkenaan didakwa menyampaikan ucapan berbaur hasutan di luar Plaza Low Yat seperti disiarkan di laman sosial manakala Papagomo didakwa menyebarkan gambar kononnya "mangsa" kekecohan sehingga memburukkan lagi keadaan.
"Kita sudah arahkan mereka serah diri tetapi mereka tidak berbuat demikian.
"Hari ini, kita akan cari dan tahan mereka," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar seperti dilaporkan portal milik MCA itu.
Video ucapan perkauman ahli politik itu kemudiannya menjadi viral malah disiarkan di laman media sosial Facebook.
Khalid berkata, individu lain berucap di hadapan bangunan Plaza Low Yat mengajak orang ramai merusuh, juga perlu bersedia menghadapi nasib sama.
"Kita bagi mereka peluang serah diri tetapi mereka mensia-siakannnya.
"Sekarang ingat kata saya, kita akan datang tangkap mereka," katanya.
Khalid berkata, polis akan mengenal pasti individu lain yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu di media sosial dan medium lain.
"Walaupun saya dah beri amaran, masih ada pengguna media sosial yang menyiarkan gambar daripada insiden lain dan mendakwa ia berlaku di Low Yat.
"Jangan api-apikan situasi yang sudah diselesaikan," katanya.
Khalid semalam dilaporkan berkata, antara individu yang menyebarkan berita berniat jahat adalah Papagomo, dan memberi amaran kepada beliau: "Lebih baik Papagomo serah diri daripada ditahan polis."
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa juga mengesahkan polis sedang mencari pemimpin bahagian parti yang memiliki gambar rakaman video itu.
Menurut pengurusan Plaza Low Yat, suspek ditangkap pada Sabtu, 5.40 petang, selepas didakwa cuba mencuri telefon bimbit daripada sebuah kiosk di pusat beli belah tersebut.
Dikatakan selepas perkara itu terjadi, sekumpulan pemuda muncul dan memusnahkan kedai lain kerana mendakwa kakitangan kedai itu membantu menangkap suspek.
Ahad lalu, beberapa orang awam termasuk 3 wartawan cedera diserang dalam rusuhan itu selepas polis menyuraikan himpunan protes di pusat beli belah itu.
Saksi berkata, sekumpulan lelaki meluru masuk ke kedai makanan berdekatan plaza itu sekitar tengah malam dan mencederakan peronda dengan helmet motosikal.
Setakat ini, 19 orang ditahan kerana terlibat dalam kejadian itu. - TMI