21 Mei 2015

Projek UG: MSU Perlu Saman Nasharudin Mat Isa Jika UG Tak Wujud


Majlis Syura Ulamak dalam sidangnya ke-31 di Kolej Islam Zulkifli Mohamad pada 19 Mei 2015 mengambil perhatian serius dakwaan dan fitnah sesetengah pihak bahawa pihak Majlis Syura Ulamak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan Umno.

"Dengan ini, pihak Majlis Syura Ulamak menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan Umno," tegas Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Majlis Syura Ulamak juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli Majlis Syura Ulamak seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain ahli jawatankuasa Majlis Syura Ulamak.

"Majlis Syura Ulamak dengan ini menyeru supaya semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam," ujarnya. -HD

ULANGSIAR


Bekas timbalan presiden Pas beri bukti tentang projek UG oleh msomelayu

Malam tadi saya dikirimkan rakaman interview sebuah setesen televisyen berbayar dengan bekas Timbalan Presiden Pas, yang antara lain menyentuh mengenai masa depan Pas selepas ketiadaan Musryidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kembali ke Rahmatullah kelmarin. Lagi al Fatihah.

Tv itu mahu tahu dari bekas timbalan berkenaan apakah Pas akan menyemak balik cadangan kerjasama dengan Umno yang diusahakan sebelum ini yang sempat menimbulkan kontroversi dalam Pas dan terheret sampai kini.

Kita faham kenapa pertanyaan itu ditimbulkan dan ianya diajukan kepada bekas timbalan itu. Ini kerana bekas timbalan itu adalah salah seorang pemain utama (konsultan) untuk mewujudkan kerjasama Pas dengan Umno menerusi apa disebut UG - Unity Government. Beliau pernah mengakui sebagai orang diamanah untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jadi apabila Tokguru Nik Aziz sudah tiada menimbulkan persoalan apakah ia mungkin usaha yang terbantut itu disambung kembali.

Allahyarham Tokguru adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang tidak setuju projek berkenaan dan marah dengan usaha itu. Setengah qaul mengatakan kemarahan Tokguru itu disebabkan beliau tidak diberi tahu akan rundingan mengenai projek berkenaan. Manakala setengah qaul lain menuduh Tokguru tidak diberikan gambaran sebenar dalam erti kata lain memberi pemahaman yang terpesong mengenai kerjasama dengan Umno itu.

Kemarahan Allahyraham atas usaha ini sehinggakan Allahyarham meminta bekas timbalan itu keluar meninggalkan Pas. "Kalau nak bawa Pas masuk Umno, elok orang itu keluar tinggalkan Pas," demikian kira-kira begitulah ucapan Allahyarham.

Menarik dan bagus juga apa yang disoalkan oleh tv berkenaan dan jawaban diberikan oleh bekas timbalan itu. Menurutnya dia tidak dapat menjangka apakah cadangan itu akan disemak semula selepas ketiadaan Nik Aziz dan juga dengan terpenjaranya Anwar Ibrahim. Menurutnya ia bergantung kepada akar umbi dalam Pas dengan memberi semangat semoga muktamar Pas menjelang tiba akan membuat penentuan.

Cara dan nada percakapan bekas timbalan itu semacam menyeru ahli Pas membuat semakan dan meneruskan projek berkenaan. Boleh jadi tanpa ada apa-apa tindakan displin yang diambil ke atasnya oleh Pas beliau masih lagi valid sebagai konsultan prohek UG itu.


Sebenarnya saya tidak berminat untuk menghuraikan perkara yang sudah jelas bagi saya ini. Tetapi mungkin ada sesetengah ahli Pas atau orang ramai kabur mengenai projek UG ini. Bagi saya Pas bergabung atau tidak dengan Umno tidak ada masalah. Atas maslahat agama, ummah dan watan, no problem. Semua orang inginkan kebaikan dan kesejahtraan.

Seperti mana dijelas dan diakui sendiri oleh bekas timbalan itu, kerjasama Pas dengan Umno (UG) itu digerak sendiri oleh Majlis Syura Ulamak (MSU). Beliau yang bertindak sebagai mediator mengadakan pertemuan dan rundingan atas arahan MSU. Jadi orang bertanggungjawab memikul dosa usaha itu (kalau ia satu dosa besar) ialah anggota MSU.

Tidak patut kalau disalahkan kepada bekas timbalan itu seratus peratus mengenai idea projek UG ini kerana beliau hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sahaja dengan harapan manalah tahu ia kalau-kalau berjaya beliau akan memperolehi sedikit komisyen. Secara peribadi beliau pernah menyebut kepada saya kalau projek itu jadi beliau akan dilantik menjadi menteri kabinet.


Di sini apa yang hendak ditimbulkan, pengakuan cadangan kerjasama Pas - Umno itu memang wujud dan ia tidak boleh diragu sangsikan lagi. Penjelasan bekas presiden itu mengesahkan apa yang berlaku.

Jadi jawaban itu boleh menghuraikan pertanyaan sesetengah ahli Pas bawahan yang keliru dengan cadangan itu kerana ada yang menafikan sekeras-kerasnya dan menganggap ia fitnah kononnya untuk menjatuhkan kumpulan tertentu dengan menggunakan isu berkenaan.

Dalam konteks ini adalah munasbaah kalau Persatuan Sejahtera Ummah Malaysia (PasMa) ditubuhkan untuk menjadi benteng atau halangan kepada usaha berkenaan. Penubuhan PasMa itu tentulah kerana mengambil semangat konsensus Pas dalam muktamar di Ipoh yang menolak sebarang kerjasama dengan Umno. PasMa kini menjadi pemantau kepada usaha membaiki pulih projek terbangkalai itu. Projek UG bolehlah dianggap sebagai projek perdana yang terbangkalai.

Jadi mereka yang mempertikaikan tindakan Pasma sampai ada menggelarkan mereka dengan gelaran huduh dan buruk adalah tidak tepat dan jawaban atau penjelasan bekas timbalan itu menempelakkan si penuduh dan pembenci Pasma. Gelaran huduh itu patut dicampak ke atas muka mereka.

Satu perkara lagi apa disebut bekas timbalan itu, projek UG itu diadakan kerana melihat gelagat DAP yang kurang menyenangkan dan anti kepada agama dan bangsa. Kononnya DAP menjadi batu penghalang kepada aspirasi dan perjuangan Pas maka Pas harus bekejasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan agama dan menyalamatkan Melayu.

Memang sesiapa pun harus menerima situasi ini kalau ianya benar. DAP harus dilupakan sekiranya parti itu benar-benar menjadi batu penghalang. Tetapi soalnya apakah tanggapan dan alasan diberikan itu benar atau sekali lagi sengaja dijadikan alasan murahan untuk menghalalkan usaha bekerjasama dengan Umno.

Tahun 2008 semasa projek itu diletakkan batu asas dan setengah lubang tiang (pilling) digali, DAP tidak menimbul apa-apa masalah. Hubungan DAP bersama Pas menerusi Pakatan Rakyat masih elok dan berjalan secara maufakat bersama. Kedua pihak saling mengerti peranan dan matlamat perjuangan masing-masing. Kemenangan besar Pakatan Rakyat tahun 2013 adalah hasil kerajasama mantap DAP, PKR dan Pas.

Jadi apabila bekas timbalan itu menjelaskan projek itu bermula pada tahun itu, ertinya gelagat dan juga sikap DAP bukan menjadi faktor kepada perlunya Pas bergabung dengan Umno. Menjadikan DAP sebagai alasan kepada keperluan projek itu adalah satu penipuan besar.

Penjelasan bekas timbalan presiden itu perlu diteliti dan dikaji bagi memperbetulkan persepsi buruk serta fitnah yang dilempar sebelum ini. Benarlah bidalan kata, kebenaran itu tidak dapat disembunyikan.




ULASAN GB

Menelang pemilihan PAS 2015, nampaknya golongan pro-UG begitu tertetakn apabila mereka dikaitkan dengan pembentukan kerajaan perpaduan PAS-UMNO.

Mereka cuba untuk menafikan, kini MSU terus menyatakan ia adalah satu fitnah, dan di atas kami sertakan BUKTI VIDEO tentang kenyataan seorang bekas ahli MSU sendiri tentang kewujudan projek UG tersebut.

Jika tak benar, MSU perlu ambil tindakan ke atas bekas ahli MSU merangkap bekas Timbalan Presiden berkenaan.

Pekung sudah lama terdedah, sehingga kini sukar untuk dihapuskan bahawa memang projek UG itu wujud. Apatah lagi di dalam BICARA HARAKAH baru-baru ini Tuan Presiden sendiri mendedahkannya (walaupun PKR telah menafikan bahawa Anwar mempersetujuinya ide kerajaan Perpaduan yang disebutkan oleh Haji Hadi) secara terus terang. Nak nafi apa lagi?

[BERGAMBAR] Pendakwah Terkenal Ditetak Di Kepala Oleh Dua Penyamun


Kuala Lumpur : Pensyarah jabatan al-Quran dan al-Hadis, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Fauzi Deraman, menerima lapan jahitan di kepala selepas ditetak dua lelaki yang cuba menyamun isterinya di hadapan rumahnya di Jinjang, kira-kira 11 pagi tadi.

Dalam kejadian berkenaan, Fauzi yang juga penceramah bebas ditetak kumpulan terbabit selepas berusaha menyelamatkan isterinya yang diserang kumpulan itu.

Menurut sumber, dua penjenayah itu dilapor menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z sebelum menyerbu masuk ke rumah mangsa.


"Biarpun mangsa cuba untuk menutup pintu rumahnya namun dia gagal sebelum seorang daripada suspek cuba merampas gelang tangan milik isterinya.

"Fauzi yang cuba menyelamatkan isterinya itu bergelut dengan seorang penjenayah sebelum rakan suspek menetak kepalanya menggunakan parang.


"Dua suspek kemudian melarikan diri bersama gelang tangan itu sebelum Fauzi dibawa jirannya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya. -sukanstartv

[VIDEO & GAMBAR] 3 Hakim Ditambak Mati Selepas Jatuhkan Hukuman Ke Atas Mursi


Sekumpulan lelaki bersenjata tak dikenali menembak mati tiga hakim Mesir pada Sabtu (16/5/2015) di wilayah Semenanjung Sinai yang bergolak di mana pasukan junta Mesir memerangi pejuang Islam.

Tembakan tersebut menyebabkan tiga hakim lainnya cedera parah di ibukota wilayah El-Arish dan terjadi beberapa jam setelah penghakiman di Kaherah menjatuhkan hukuman mati terhadap presiden yang diguling Muhammad Mursi, lapor AFP.

Polis Mesir menyatakan tiga hakim berkenaan diserang ketika mereka menaiki dengan kereta dari kota Ismailiya menuju El Arish untuk menghadiri satu sidang penghakiman.

Setelah serangan, kementerian dalam negeri Mesir menempatkan polis di seluruh negeri di dalam keadaan bersiap sedia.

Tidak jelas apakah serangan tersebut berkaitan dengan kemarahan atas hukuman mati yang dijatuhkan terhadap Muhammad Mursi dan sejauh ini belum ada kelompok yang mengaku bertanggung jawab atas serangan itu.

Parti pendukung Mursi, Ikhwanul Muslimin, telah dilarang oleh pihak berkuasa tentera Mesir dan dinyatakan sebagai organisasi “pengganas”. Ratusan anggota dan para pendukungnya ditangkap dan dipenjara sejak pertengahan tahun 2013 di mana kudeta tentera dilancarkan dan menggulingkan Mursi dari kekuasaan