Dewan Rakyat lulus Pota lepas lebih 12 jam dibahas
Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi tadi, selepas dibahaskan lebih 12 jam.
Pota diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).
Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan ahli Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.
Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir semua 35 Fasal, memaksa 8 undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu. Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul pindaan dibawa pembangkang.
Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada superintenden, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.
Ahli Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.
Katanya, Pota harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca).
Terdahulu, Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan Pota.
Zahid berkata, ini kerana Pota tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.
"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90% berjaya dipulihkan," katanya.
Zahid juga memberi jaminan Pota tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu. – Bernama
ULASAN GB
79 sokong (BN) 60 menentang (PR)
Seramai 22 Ahli Parlimen PR tidak hadir. 10 PAS 10 PKR dan 2 DAP.
GB tidak mahu megulas tentang MP-MP PKR dan DAP, tetapi mahu menyentuh tentang ketidak-hadiran Mp-MP PAS yang sepuluh orang itu.
Telah acapkali berlaku dimana di dalam pengundian belah-bahagi, PR tewas kerana ramai ahli parlimen PR tidak hadir semasa pengundian dijalankan.
Sebelum ini pada tahun 2011 lagi GB telah mengulas:
GB tertanya-tanya kemana perginya ahli-ahli parlimen PR yang lain yang kesemuanya berjumlah 75 orang?
Banyak kali kejadian di dalam undi belah-bagi, PR kalah di dalam Dewan Rakyat yang sepatutnya tidak berlaku jika kesemua ahli parlimen PR komited dan tidak ponteng.
Contoh yang nyata ialah kelulusan Akta DNA, penggantungan Gobind dari Dewan Rakyat, penolakan Bajet 2010 dan kini Akta Kg. Baru.
Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap mediocre. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!
Rakyat pilih kamu sebagai wakilnya untuk bekerja melawan BN di Parlimen, bukan untuk ponteng atau tidur. Diberi gaji dan elaun beribu-ribu, buat kerja kamu tak mahu. Teruk punya ahli parlimen. Ramai YB yang ponteng ini yang kena maki dengan rakyat sebab kamu-kamu telah menghampakan rakyat yang memilih dan mengundi kamu, para blogger yang tak dikenang oleh PR juga hampa dan kecewa kerana bersusah payah para blogger PR berkempen dan "berjuang" setiap hari setiap malam sepanjang tahun melawan BN untuk memenangkan kamu.
Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka dan bertanggungjawab kepada Allah sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang dan dihukum oleh Allah swt kerana khianat. GB ingin memberi amaran: jangan main-main dengan amanah rakyat!
Firman Allah s.w.t.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَخُونُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُواْ أَمَانَاتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Al-Anfal :27
TAMBAHAN
Hadith Nabi bermaksud:
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu : Dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Tanda orang munafik itu ada tiga perkara iaitu jika ia berbicara sentiasa berdusta, dan apabila berjanji sentiasa mungkir janji, dan apabila diberi kepercayaan ia mengkhianatinya. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Bagi YB yang tidak ada alasan kukoh dan tidak ada uzur syari'e maka ke atas kamu hukuman yang berupa laknat Allah nanti kerana telah mengkhianati amanah yang telah diletakkan ke atas kamu oleh rakyat.
Berikut ialah komen pengunjung pengunjung yang rata-ratanya meluahkan rasa marah mereka dengan sikap dan perangai YB-YB Pakatan Rakyat tersebut:
ahmad said...
Senaraikan nama MP MP tersebut sebagai panduan rakyat semua. Mereka ini memang tidak lagi perlu diletakkan di Parlimen semasa PRU 13 nanti.
October 6, 2011 3:54 PM
------------------------------
Anonymous said...
kita marah ibrahim ali tidur di parlimen, tapi bila masa undi belah bagi beliau terjaga dan boleh mengundi
sedangkan mp pakatan tidur kat rumah. apa nak mengundinya? gentel karipap tak sudah2.... khinzir betol!
October 6, 2011 4:05 PM
------------------------------
Tokan said...
Saya turut kecewa...
October 6, 2011 4:06 PM
------------------------------
nina said...
setuju dengan ahmad ...nama lagi wakil rakyat bukan wakil diri sendiri .. kerjalah untuk rakyat
October 6, 2011 4:07 PM
------------------------------
Anonymous said...
blacklist semua yang suka ponteng tu .... tak amanah ....
October 6, 2011 4:09 PM
------------------------------
Anonymous said...
yang ponteng tanpa alasan kukuh patut disingkirkan dam PRU13. MP kena ambil berat dalam perbahasan.
October 6, 2011 4:26 PM
------------------------------
Anonymous said...
setuju ulasan gb.
Walaupun pedas, x patut yb PR hampakan rakyat yg memilih mereka.
Allah akan balas perbuatn mrk yg tiada alasan. Mati atas katil atau mati suul-khatimah sbb khianat.
October 6, 2011 4:28 PM
------------------------------
Anonymous said...
belum memerintah lagi, dah tiru perangai Bn. mampos rakyat macam ni. bn salah, pr pun sama.
pakatan rakyat perlu ada badan disiplin pantau kehadiran yb-yb di parlimen.
geram betul dgn mereka ni.
October 6, 2011 4:44 PM
------------------------------
dimble said...
melihat kepada senarai MP yg hadir, nampak sangat hanya PAS sahaja yg berminat memperjuangkan nasib orang Melayu.. bukan Kampung Baru saja, banyak kes lain dah.. mintak sangat lah pimpinan PAS jangan terlalu berlembut dengan DAP dan PKR..
October 6, 2011 4:55 PM
------------------------------
Anonymous said...
malang....amat malang sekali...kalaulah mentalliti ahli parlimen pakatan rakyat macam ni macammna nak tawan PUTRAJAYA...silap haribulan tangga PUTRAJAYA pun tak sempat pijak....tunggu belanjawan yg akan dibentangkan nanti....tak betul cara rakyat boleh turnning over memihak pada BN...
October 6, 2011 5:04 PM
------------------------------
Amuraria said...
CONTOH YANG DITIRU DARI BARUA BARUA BARISAN ! KINI PR PULAK NAK JADI MACAM BARUA BARUA PARTI PANDI KUTTY ,SETUJU GB NAMAKAN WAKIL YANG TIDAK HADIR DAN KITA MAKI SIANG MALAM SELAMA 40 HARI ! MUNGKIN AKAN JADI BAIK DARI AL KATAKI YANG WALAU TIDO BANGUN JUGA UNTUK UNDI PARTI PANDI KUTTY !
October 6, 2011 5:04 PM
------------------------------
Anonymous said...
suruh dia org pulang balik gaji dan elaun kpd rakyat. Haram makan gaji buta.
October 6, 2011 5:07 PM
------------------------------
Anonymous said...
Dewan rakyat bersidang bukan setaip hari...Dah memang kamu wakil rakyat...Datanglah ke dewan...Haramjadah punya YB..Cakap berdegar degar..Amanat rakyat buat main2 saja...Ko jawap la sendiri dengan Allah nanti...bagi ler alasan yang musabahhhh...
October 6, 2011 5:14 PM
------------------------------
tanda soal said...
saya 100% sokong cadangan ahmad, biar rakyat semua kenal satu persatu MP tersebut....
October 6, 2011 5:27 PM
------------------------------
Anonymous said...
Ramai MP Pakatan Rakyat ni memang pandai cakap aje.Waktu sessi Parlimen ramai yang keluar negeri,tak tau buat apa.Tugas asasi mereka diParlimen diabaikan.Ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat baik ambil tindakan atas MP-MP yang ponteng ni.Cakap berdegar-degar nak kePutrajaya tapi tak ada komitmen yang mantap.
October 6, 2011 5:48 PM
------------------------------
Anonymous said...
bagus pendedahan GB ni sekarang supaya PR berhati-hati menamakan calon-calon nanti.
October 6, 2011 6:03 PM
------------------------------
Anonymous said...
Korang baru tau MP Pakatan Rakyat ni mcmana yaaa...dia org tau cakap je sana sini..buat PC sana sini..duk hentam sana sini..semua tk betul dia tau ckp..tp bila sampai masa mcm ni...lubang hidung tk nampak..
pahni yg mana tk mengundi tu ..akan cakap la..ada urusan sana sini..urusan keluarga sana sini..urusan itu ini..ketua parti masing..tk leh buat apa..tk panggil pun bawa surat tunjuk sebab..
Ntah2 ketua pun sama saja...
October 6, 2011 6:25 PM
Itu duly, 2011. SEkARANG BERULANG LAGI!!