2 Jan 2015

[VIDEO & GAMBAR] 16 Mangsa Ditemui, Solat Ghaib Diadakan Selepas Solat Jumaat

AirAsia QZ8501: 16 mayat ditemui setakat ini

12.10pm: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Datuk Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun Twitter be;iau mengumumkan tiga kapal akan mengendalikan Underwater Marine Detection System (Side-scan Sonar dan Pinger Locator) untuk mencari rangka pesawat.

12.05pm: Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menghantar ucapan takziah kepada waris mangsa nahas.

12.00pm: Dua mayat tiba pagi ini - seorang lelaki dewasa dengan ketinggian kira-kira 164sm memakai baju-T berlengan pendek warna merah dengan tulisan "vintage radio", dan mayat seorang wanita dengan ketinggian kira-kira 155sm yang memakai cincin pada jari tengah, memakai seluar biru dan blaus putih tanpa lengan, lapor Channel NewsAsia.

11.45pm: Tiupan mengejut ke bawah angin yang dikenali sebagai 'microbursts' mungkin antara punca nahas pesawat QZ8501, demikian menurut pakar meteorologi yang dipetik di New Straits Times hari ini.

Menurut laporan itu, kelajuan angin dari tiupan itu boleh melebihi 270 kilometer sejam, dan Jabatan Metrologikal Malaysia telah mengesahkan kehadiran awan hujan (cmulonimbus) pada hari kejadian itu, yang seterusnya, boleh menyebabkan 'microbursts' itu.

Tekanan di sekitar kawasan itu akan berubah secara drastik kerana tiupan secara tiba-tiba angin kuat, menjadikannya amat sukar untuk juruterbang mengawal pesawat, kata penyelidik penerbangan Mohd Harridon Mohamed Suffian yang dipetik sebagai berkata, sambil menambah bahawa ia boleh menyebabkan sayap pesawat patah.

Satu lagi senario yang mungkin berlaku, menurut Mohd Harridon, kemungkinan sama dengan yang berlaku dalam nahas penerbangan 447 Air France pada 2009, di mana ais terbentuk dan menyumbat instrumen pesawat.

Ini mengakibatkan bacaan yang tidak betul disalurkan kepada autopilot dan anak kapal, dan membawa kepada kesilapan dalam membuat keputusan untuk mendaki sehingga pesawat terhenti.

Punca nahas QZ8501 masih tidak diketahui, tetapi pelbagai laporan media juga menyentuh senario seperti yang berlaku kepada AF447

11.10am: Enam mayat yang ditemui oleh USS Sampson akan diterbangkan ke Pangkalan Bun menggunakan helikopternya sendiri, lapor Metro TV.

Sepuluh mayat telah dibawa ke pantai.

Dengan enam mayat itu, jumlahnya menjadi 16 mayat yang telah ditemui, kata Pengarah SAR Pangkalan Bun, Supriyadi.

11am: Pihak forensik berkata mereka menghadapi masalah mengenal pasti salah seorang mangsa kerana cap jarinya tidak dapat disahkan, kerana terlama terdedah kepada air laut, laporan Channel NewsAsia.

Sejumlah 29 kapal dan 17 pesawat terlibat dalam operasi mencari kotak hitam dan rangka pesawat hari ini, kata Basarnas.

10.45am: 9news Australia hari ini melaporkan Dudi Sudibyo, seorang editor kanan majalah penerbangan Angkasa, membuat spekulasi bahawa QZ8501 mungkin membuat pendaratan kecemasan di atas air, yang menjelaskan mengapa pemancar pengesan kecemasan (ELT) tidak diaktifkan.

The ELT menghantar isyarat kecemasan apabila pesawat terhempas, dan Sudibyo menjelaskan pendaratan di permukaan laut tidak akan mengaktifkannya.

Beliau juga mengesyaki pesawat itu mungkin tenggelam selepas pendaratan itu ekoran laut yang bergelora.

Laporan itu juga memetik Chappy Hakim, seorang bekas komander tentera udara memberitahu AFP bahawa bukti-bukti setakat ini menunjukkan tiada tanda-tanda berlaku letupan.

Kesimpulannya setakat ini ialah pesawat itu tidak meletupkan di udara, dan ia tidak mengalami kesan impak apabila ia mencecah permukaan air berdasarkan kepada keadaan mayat.

Bekas menteri pengangkutan Jusman Syafii Djamal dilaporkan berkata, penemuan gelongsor penyelamat menyokong teori itu, kerana ia menunjukkan ada percubaan untuk keluar dari pesawat.

Djamal yakin penemuan gelongsor itu menunjukkan "seseorang telah membukanya" dan berkata, "para penumpang mungkin telah menunggu pramugari untuk mengembung rakit apabila gelombang besar menenggalamkan pesawat itu, lapor rangkaian media Australia itu.

16 mayat ditemui setakat ini

10.30am: Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa 16 mayat telah ditemui, lapor detik.com.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas), bagaimanapun, berkata beliau hanya bersedia untuk mengesahkan 10 mayat untuk mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata, apa yang telah disahkan kepadanya ialah 10 mayat.

10.05am: Keadaan laut dilaporkan lebih tenang hari ini dan operasi SAR diperhebatkan.

Tujuh lagi mayat ditemui, satu oleh tentera laut Diraja Malaysia.

9.54am: Menurut Channel News Asia, tujuh lagi mayat telah ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat di Laut Jawa.

Salah satu mayat ditemui oleh Tentera Laut Malaysia manakala enam yang lain oleh kalapa USS Sampson.


Hujan lebat iringi pengebumian mangsa nahas QZ8501


Hujan lebat mengiringi pengebumian jenazah pertama mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dikenal pasti sebagai Hayati Lutfiah Hamid, semalam.

Allahyarham Hayati, 39, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Desa Sawo Tratap di Sidoarjo dekat Surabaya pada 5.35 petang waktu tempatan, bersebelahan pusara bapa mentuanya.

Ratusan penduduk kampung memberi penghormatan terakhir kepada allahyarham, seorang daripada 162 penumpang dan anak kapal pesawat Airbus A320 yang terhempas di Laut Jawa ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura pada Ahad.

Identiti Hayati disahkan pada Khamis berdasarkan hasil bedah siasat, padanan cap jari dan barangan peribadinya seperti kad pengenalan dan rantai yang tertulis namanya.

Jasad Hayati merupakan antara enam jasad yang dibawa ke Hospital Bhayangkara di Surabaya, untuk bedah siasat dan proses identifikasi.

Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, F Henry Bambang Soelistyo memberitahu sidang media di Jakarta sehingga kini, 9 mayat ditemui.

Ia termasuk 6 yang dibawa ke Hospital Bhayangkara (termasuk satu yang dikebumi), 2 berada di Pangkalan Bun, Kalimantan dan 1 yang dijumpai KD Lekir milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam catatan di laman Twitternya berkata pihaknya mengeluarkan satu jasad lelaki tidak beridentiti di laut dan akan diserahkan kepada pihak Indonesia pada Jumaat.

Pesawat QZ8501 berlepas dari Surabaya pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada 8.30 pagi hari sama.

Kali terakhir pesawat itu berhubung dengan Menara Kawalan Trafik Udara pada 6.12 pagi waktu Indonesia (7.12 pagi waktu Malaysia).
-Bernama



"Kita Tidak Akan Pernah Tahu Bila Kematian Itu Datang..."


Doa terus-menerus mengalir dari keluarga, kerabat, hingga warga yang berada di sekitar posko antemortem di Mapolda Jawa Timur. Solat ghaib pun diadakan, Jumaat (2/1/2015), selepas solat Jumaat.

Ratusan orang melakukan solat ghaib bagi para korban pesawat AirAsia QZ8501 itu di masjid yang hanya berjarak sekitar 50 meter dari posko antemortem. Sebelumnya, khatib solat Jumaat mengingatkan semua jemaah untuk selalu bersiap menerima segala takdir.

"Kita tidak akan pernah tahu bila kematian itu datang. Maka dari itu, ada ayat yang meminta kita untuk selalu wudhu setiap keluar rumah supaya kita selalu dalam kondisi suci. Insyallah akan khusnul khotimah (meninggal dalam keadaan baik, red)," tutur khatib dalam khutbahnya.

Setelah berharap keluarga korban diberikan ketabahan menerima apa pun kenyataannya, khatib di akhir khutbahnya mengajak jemaah berdoa bagi korban pesawat AirAsia QZ8501 dan menyerukan ajakan solat ghaib.

Tampak di antaranya yang mengikuti solat ghaib ini adalah keluarga korban, wartawan, polisi, tim forensik, hingga warga sekitar kompleks Mapolda Jawa Timur dan RS Bhayangkara ini.

Selesai salat ghaib, Kapolda Jawa Timur Inspektur Jenderal Anas Yusuf mengungkapkan solat ghaib dilakukan agar semua pihak bisa berpasrah diri kepada Allah SWT.

"Tidak ada yang lebih kuasa daripada Allah SWT. Kami serahkan semua, karena upaya kita ini semua kuasa Allah. Maka solat ghaib untuk berpasrah diri supaya musibah ini jadi bagian kita untuk menguatkan," kata Anas yang berencana menggelar solat ghaib setiap Jumaat sampai pencarian dan identifikasi usai.

Pada Jumaat ini, solat ghaib juga digelar di sejumlah masjid di Surabaya, Jawa Timur. solat ghaib adalah solat jenazah tanpa kehadiran jenazah di tempat solat tersebut, mendoakan kebaikan bagi mereka yang sudah terlebih dahulu berpulang.

Adapun doa-doa lain yang dipanjatkan keluarga adalah hadirnya mukjizat, berharap anggota keluarga yang ada di pesawat masih punya kemungkinan selamat. Namun, banyak di antara keluarga yang sudah merelakan kepergian kerabat dan mendoakan tempat terbaik bagi mereka.

Hingga Jumaat (2/1/2015) siang, sudah ada delapan jenazah yang tiba dan menjalani identifikasi di RS Bhayangkara. Satu di antaranya, yakni Hayati Lutfiah Hamid, sudah teridentifikasi dan sudah dikebumikan keluarga di TPU Sawotaratap, Sidoarjo, Jawa Timur, pada Kamis
-kompas















[VIDEO & GAMBAR] PASCA BANJIR: Ramai Yang Hilang Tempat Berteduh....


Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan terus mencatat penurunan berbanding petang tadi manakala di Perak sedikit meningkat dan di Pahang tidak berubah.

Di KELANTAN, jumlah mangsa di 166 pusat pemindahan di tujuh jajahan berkurangan kepada 30,309 orang berbanding 42,163 petang tadi, demikian menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan.

Keadaan cuaca cerah dan tiada hujan sejak lima hari lalu membolehkan semakin ramai mangsa banjir di negeri ini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat malam ini, jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Tanah Merah ialah 14,184 orang, Kuala Krai (5,645 orang), Machang (3,850 orang), Gua Musang (3,006 orang), Kota Baharu (1,440 orang), Pasir Mas (1,208 orang) dan Tumpat (976 orang).

Di TERENGGANU keadaan banjir di negeri itu secara keseluruhannya semakin pulih dan jumlah mangsa banjir juga turun kepada 7,753 orang malam ini berbanding 8,664 orang petang tadi.

Menurut portal MKN Terengganu, mangsa yang berada di pusat pemindahan sekarang ialah 4,072 orang di Kemaman, Dungun (3,544 orang), dan Kuala Terengganu (137 orang).

Lapan pusat pemindahan masih beroperasi sehingga malam ini iaitu empat di Dungun, Kemaman (tiga) dan Kuala Terengganu (satu).

Berbeza di PERAK, jumlah mangsa banjir di kawasan Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian dan Manjung semakin meningkat kepada 7,428 mangsa daripada 2,024 keluarga berbanding 7,412 mangsa daripada 2,018 keluarga, petang tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, jumlah mangsa di Perak Tengah meningkat kepada seramai 5,252 mangsa daripada 1,438 keluarga yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan.

Di daerah Kuala Kangsar, jumlah mangsa meningkat kepada 1,210 orang daripada 321 keluarga manakala Hulu Perak (764 mangsa), Kerian (107 mangsa) dan Manjung (95 mangsa).

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kekal sebanyak 138 orang di dua daerah terjejas iaitu Segamat (93 orang) dan Batu Pahat (45 orang).

Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata jumlah mangsa banjir sehingga 9 malam ini kekal 45,366 orang sepertimana petang tadi.

Katanya kesemua mereka ditempatkan di 215 buah pusat pemindahan di lapan daerah dengan Temerloh mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang, Pekan (11,220 orang), Jerantut (4,563 orang), Bera (3,228 orang), Maran (2,562 orang), Lipis (1,641 orang), Kuantan (1,085 orang) dan Rompin (105 orang). - Bernama


Berjurai air mata lihat kesan bah di Manek Urai

KUALA KRAI: Pertama kali menjejak kaki ke Kampung Manek Urai Lama selepas menyeberangi jambatan merentangi Sungai Lebir, hati sesiapa sahaja menjadi luluh.

Malah ada yang tidak dapat menahan perasaan. Tiba-tiba berjurai titisan jernih di pipi melihat kekuasaan Yang Maha Pencipta.

Semuanya sudah bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Ketika melewati jambatan di Kampung Manek Urai Baru dari awal lagi sudah kelihatan kereta tertunggeng, terbalik dan terperusuk ke bawah lembah.

Pelbagai situasi yang tidak pernah disaksikan dapat dipertonton di kampung tersebut. Panoramanya hampir serupa dengan Acheh pada 2004. Cuma yang membezakan mangsa korban tidak ramai.

“Di Acheh tsunami ombak, di sini tsunami air sungai. Sama-sama kuat, sama-sama gagah. Biar apa pun kami bersyukur kerana tidak berlaku banyak kehilangan nyawa.

“Sepanjang tujuh malam kami berhempas pulas untuk menyelamatkan diri. Ada yang terpaksa dua kali berpindah selepas tempat pertama juga dinaiki air.

“Berteduh di tempat pemindahan dengan berhimpit-himpit dan berdepan dengan kekurangan makanan. Kami juga memasak nasi menggunakan air bah,” katanya seorang mangsa banjir di Kampung Manek Urai Lama.

Beliau berpindah ke Masjid Kampung Manek Urai Baru bersama keluarga dan penduduk lain. Hanya bukit di belakang masjid yang menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan lain semua tenggelam. Kampung Manek Urai Lama hanya tinggal Bukit Kajang. Dua kampung tenggelam sama sekali pada bah besar tersebut yang bermula 22 Disember.

Keadaan luar biasa yang berlaku di Manek Urai Lama mengundang ramai datang berbodong-bodong bagi melihat sendiri kesan tsunami air bah.

Kenderaan bertali arus biar pun terpaksa meredah selut yang agak tebal. Mereka tenggelam dalam kelu sambil merakam kesan bah besar yang tidak pernah disaksi sebelum ini.

“Orang tua yang meniti usia lebih 80 tahun di Kampung Chatang memberitahu tidak pernah melihat lagi bah besar seperti yang berlaku baru-baru ini.

“Bah merah yang dikatakan paling besar dalam sejarah pun tidak sebesar bah yang berlaku kali ini. Dahulu bah merah air lambat surut, sekarang banjir surut lebih cepat,” kata Zakaria Ibrahim, 57.

Menjejaki Kampung Manek Urai memperlihatkan suatu yang tidak pernah terlintas di fikiran manusia. Ada sisa-sisa rumah terletak di pokok, rumah menghimpit antara satu sama lain dan pokok tumbang merentangi jalan.

Masjid Urai Lama juga dihimpit sebuah rumah. Apa yang tinggal sekarang hanya tapak rumah, tiang dan simen konkrit. Banyak tiang elektrik juga menyembah bumi.

Ada juga besi rumah yang belum siap bengkok seperti dibelok seseorang menggunakan jentera. Ada dinding konkrit rumah pecah dan terhumbang ke bawah.

Masih banyak lagi jalan di kampung itu yang tidak boleh dilalui, kesan-kesan runtuhan rumah berserempak di sana sini.

Sementara itu Pengarah Bilik Operasi Bencana Banjir Kuala Krai, Hilmi Abdullah menafikan dakwaan bekalan bantuan banjir melimpah ruah di Kuala Krai.

Katanya, dakwaan itu mungkin dibuat mereka yang tidak berada di lapangan dan tidak terlibat samada sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir.

“Permintaan barang keperluan asas terutamanya beras, sardin, gula, biskut dan pampers amat tinggi dan belum mencukupi. Bekalan air mineral dan minuman masih dapat menampung permintaan setakat ini,” katanya di sini.
-HD