12 Nov 2015

PAS Halau Husam Lepas Tu Akan Tuduh Husam Pengkhianat!

Dewan Ulama saran Husam tinggalkan PAS, sertai Amanah

Susulan kelantangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan beliau meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Mencadangkan Husam lebih sesuai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfodz melontarkan soalan adakah tindakan Husam itu berkait dengan kegagalannya dalam pemilihan muktamar sebelum ini.



Ini kerana, katanya, kelantangan Husam mengkritik PAS secara langsung itu tidak mendukung kepimpinan presiden dan menunjukkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu tiada hati dengan parti itu lagi.
“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

“Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam Amanah,” katanya merujuk parti serpihan PAS yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Sambil mendakwa Husam merupakan salah seorang ahli G18 yang ditubuhkan golongan progresif itu selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu, Sinar Harian melaporkan Mahfodz mempertikaikan agenda Husam.

“Mereka itu bekas pemimpin yang kalah pada pemilihan. Dan hari ini, mereka menubuhkan parti.

“Saya tidak tahu mengapa Husam tidak sertai rakannya dalam Amanah dan tidak tahu strateginya terus berada dalam PAS,” katanya.

Mahfodz dilaporkan mendakwa, Husam sengaja melakukan huru-hara dalam parti itu dengan harapan PAS akan mengambil tindakan terhadapnya.

Katanya, kenyataan terbuka dan gesaan supaya Hadi melepaskan jawatan, seperti yang dibuat Husam, tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, katanya, jika dakwaan Husam terhadap Hadi itu berasas, termasuk mengatakan Hadi pernah mencadangkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Selangor, beliau sewajarnya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangannya.

“Jika sekarang ini beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti, beri sokongan kepada tuan presiden untuk mentadbir parti. Bukan dengan cara meminta supaya (presiden) melepaskan jawatan,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan, bukan dengan membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti. – 11 November, 2015.


Guna saluran betul tegur pimpinan, kata timbalan presiden PAS

PAS hari ini mengingatkan ahli parti, termasuk pimpinan tertingginya, agar mengelak daripada membuat kenyataan terbuka mengenai sesuatu yang boleh mengundang fitnah dan salah faham di kalangan ahli dan masyarakat luar.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mereka seharusnya menggunakan saluran parti menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati, termasuk dalam membuat teguran terhadap pucuk pimpinan.

"PAS tidak menyekat sebarang kritikan atau komentar kepada pimpinan parti, namun ia mestilah mengikut saluran dan disiplin parti.

"Ahli parti yang melafazkan dirinya akan beristiqamah, bersama perjuangan parti sehingga mati dan menyayangi parti tidak wajar melukakan imej parti.

"Kenyataan berupa tuduhan hanya akan mengundang pelbagai persepsi yang tidak tepat akan membawa kesan dan dosa yang berpanjangan.

"Lebih bahaya bilamana ia akan mengundang pelbagai tulisan yang hanya menyambung benih fitnah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, parti mempunyai disiplin tersedia yang mesti difahami dan dipatuhi ahli, sambil menambah, masa, tenaga dan kewangan mereka lebih baik digunakan bagi membantu parti.

"Tumpukan gerak kerja melihat ke hadapan daripada melihat ke belakang, atau ibarat pemain bola yang sibuk mencabut kemuncup dan memerhati gelagat penonton, ketika permainan sedang berjalan," katanya.

Baru-baru ini, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa, presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno di Selangor tahun lalu ketika krisis pertukaran menteri besar yang baharu.

Beliau juga mendakwa, tiba masanya Hadi berundur dan menyerahkan kepimpinan parti kepada mereka yang lebih sesuai dan mencadangkan nama Tuan Ibrahim sebagai pengganti.

Berikutan kelantangan itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan Husam, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Salor, meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan, bukan dengan membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti.
-TMI


ULASAN GB

Begitulah sikap kepimpinan PAS yang ada kini, halau orang keluar dari PAS, lepas tu tuduh mereka sebagai "pengkhianat".

Itu sikap yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar "ulamak" di dalam PAS.

Kemudian ada pula suara dari pemimpin PAS, yang apabila mendapati dakwaan Husam itu ada kebenarannya, maka dikatanya Husam tidak menggunakan saluran yang betul untuk mengkritik pemimpin parti.

Sedang Islam mengajar kita bahawa kritikan terhadap pemimpin Islam adalah terbuka dan telus. Telah masyhur di dalam sejarah Islam, terutamanya sejarah para Khulafaur Rasyiddin bahawa Saidina Umar al-Khattab ada berkata ketika perlantikannya sebagai Khalifah menggantikan Abu Bakar as Siddiq radhiallahu anhu, sekira-kira beginilah maksudnya: “Jika aku betul, ikutlah aku. Jika aku salah, perbetulkanlah aku…”

Lantas ada sahabat yang menjawab; “Wahai Umar, jika engkau tidak betul nescaya aku akan betulkan engkau dengan pedang-pedang ku!”

Lalu Umar pula menjawab: “Alhamdulillah kerana ada dikalangan umat Muhammad yang hendak membetulkan kesalahan Umar dengan pedangnya…”

Jauh sangat bezanya akhlak, mentaliti dan tindakan pemimpin PAS dengan Saidina Umar tersebut. Saidina Umar tidak berkata "kamu perlu gunakan saluran yang betul untuk mengkritik aku".

Jauh sekali menghalau orang yang mengkritiknya itu dari jemaah.

Justeru itu rakyat dapat menilai sendiri akhlak, mentaliti dan tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang ada kini dan dapat menilai benarkah PAS masih sebuah jemaah Islam sedangkan tindak-tanduk pemimpinnya tidak mencerminkan akhlak Islamiah.

32 ulasan:

  1. 2 x 5 je dgn UMNO PAS ni!

    BalasPadam
  2. pelikkan? dah tua tp masih tak dpt bezakan yg haq dah yg bathil; jujur dan khianat.

    selama kamu hidup, dlm solat, tentu dah ribuan kali dibaca 'tunjukkan aku jalan yg lurus' tp masih Allah swt tak tunjukkan jln itu. diikut juga jln yg bengkang bengkok dan byk u turn! knp Allah swt masih tak tunjukkan kamu jln yg lurus itu?

    kalau solat seseorg itu tidak dpt menghalang dia dr berbuat zalim, maka ia hanya akan menjauhkan dia dr Allah swt. solat tsb akan dilemparkan kemuka dia kembali. kalau org bpuasa hanya dpt lapar dan dahaga, maka dia hanya penat berdiri saja.

    wahai orang tua! sedarlah. mati itu bila2 masa saja. jgnlah krn nak ampu org zalim 2 3 bulan, kamu duduk dlm api ribuan tahun!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau zikir pun tak belajar macam mana nak solat yang baik . mendirikan solat itu untok zikir kepada allah . bukan untok tunjuk kepada maknusia yang aku solat . solat dan zikir tak dapat dipisahkan

      Padam
  3. Husam bijak.Dia tau apa dia buat,dia tau risiko kena halau tu.Nasihat aku si husang ni jangan keluar pas dulu...Dedahkan semua salahgunakuasa pas, bongkarkan semua nya agar rakyat khususnya pengundi2 pas tahu apa yg sebenarnya mrk patut tahu.Selama ni mrk tak dpt maklumat yg betul.Husam berani membongkar semuanya agar rakyat dpt menilai sendiri baik buruknye. INSYLH. Support Husangggggg

    BalasPadam
  4. Salam:
    Typical cara umno yg PAS tiru" Shoot the messenger" bukan menilai "Quality Berita yg dibawa"..hapuskan sipembawa berita.Tektik biasa yg polis umno buat,huru-harakan sipengadu "Wistle blower" dan buat "DEK" dgn aduannya.

    Ulamak sepatutnya meniru cara khalifah terdahulu,siasat berita itu dulu samada betul atau salah.Adakan mesyuarat disiplin parti,buat sessi soal-jawab,panggil saksi yg releven,adakan perbicaraan yg ADIL.Bukan terus menghukum.

    Bagaimana nak jalankan hukum hudud,jika kena batang hidung sendiri tak tahu nak buat apa.Betul juga kata rakan2 netzin sekelian,PAS usahlah bicara tentang ISLAM,kalau issue YIK,BALAK,Menantu Hadi masih lagi tunggang-langgang.Hanya merendahkan KESUCIAN agama islam itu sendiri.

    Wallahualam.

    BalasPadam
  5. Kita semua ingat pertelingkahan parti MIC. Aku rasa kaum india tu bertelingkah... takde nak kecuh2 yg sampai apa dlm dlm mic org tahu. Seorg guna ROS.. seorg lagi guna mahkamah.. bak kata org ombak dlm cawan.. kalau di fikirkan kekecohan MIC lagi bersopan.. kena parti pas ni... husan buka cerita seorg.. yang menjawab.. sampai org kat malaysia ni tak kenal nama dan jawatan dlm parti.. berebut2 menjawab bg pehak tuang presiden.. patut yg menjawab seorg dua je..agaknya puak2 serban takde nak fikir kesan bila ramai nak menjawab bg pehak tuan presiden. Kita jadi menyampah parti pas. Seolah2 parti pas ni takde peraturan.. skg kita boleh lah menilaikan antara kaum india dgn puak2 serban mana yang lebih bersopan bila sesuatu terjadi dlm parti...

    BalasPadam
  6. Bukan Husam yang kena keluar. Sepatutnya Aji Adi dan semua orang dalam Dewan Ulamak berhenti menjadi ahli PAS dan tubuhkan parti ulamak Se Malaysia!!

    BalasPadam
  7. Isu balak kelantan masih belum selesai.Husam jangan menyerah kalah.Pastikan pesalah2 balak kelantan yg merosakkan hutan kelantan hingga malapetaka banjir maha hebat melanda malaysia tahun lepas menerima hukuman sewajarnya.Husam perlu teruskan perjuangan, rakyat lebih percaya husam berbanding walaon2 pas yg lain. Kajian pun menunjukkan Husam lebih dipercayai. Menggelupur pas skrg, sendiri salah tanggung lah akibatnya.jangan menjadikan hudud sbg alasan menutup kesalahan2 mrk.Dasar ulamak2 pas perosak Agama.phuiii

    BalasPadam
  8. Kesiaaan PAS .... kerana telah menjadi sampai begini. Mana Islamnya tuan-tuan semua ?

    Husam hanya mengunakan hak nya sebagai ahli. Jika suara ahli pun di pekak kan telinga, apa lagi suara bukan ahli PAS.

    Jika mengikut saluran yang betul seperti yang di katakan, PAS mesti siasat aduan Husam dan setelah selesai baru lah ambil tindakan ke atas Husam sekiranya cara Husam melanggar disiplin parti.

    Husam lah yang berdiam diri semasa kempen muktamar dan tidak menyuara rasa tidak puas hati dengan perjalanan muktamar. Sehingga ada penyokong bertanya mengapa Husam tidak bersama kumpulan Amanah.

    Apa susah sangat Hj Hadi menafikan sahaja yang dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang PAS berkerjasama untuk merampas Selangor.

    Maaf ya... pernahkan Husam minta Hj Hadi letak jawatan. Yang sering Husam sebut Presiden saya...

    BalasPadam
  9. Kini Pas selayaknya mendapat jolokan sebagai parti pak angguk. Parti yes man. Parti para walaun yang dipimpin oleh barisan al-maksum. Pimpinan tidak boleh dikritik secara terbuka dan tertutup. Pelbagai helah bela diri digunakan untuk menghalang ahli-ahli mengkritik barisan kepimpinan. Para pemimpin pembodek tuan presiden menyatakan bahawa "pemimpin boleh dikritik tetapi dengan cara berhikmah". Ironi pula, para pimpinan tertinggi Pas mengkritik barisan kepimpinan Amanah dengan cara yang paling biadab dengan menggelarkan mereka dengan label-label yang tidak terjangkau oleh akal.

    Berhikmahkah pemimpin Pas bila menuduh pimpinan Amanah sebagai munafik, anti ulama, proxy Yahudi, sesat, kafir harbi, boneka DAP, dan banyak lagi. Pas dilihat seakan-akan mendapat tauliah tunggal dari Allah sebagai penjaga pintu syurga. Para pemimpin Pas seakan-akan telah ditauliahkan oleh Allah dengan autoriti "takfiri" untuk memberi hukuman kepada golongan yang tidak sehaluan dengan mereka. Layakkah seseorang pemimpin Amanah itu digelar pengkhianat setelah mereka dihalau keluar oleh pimpinan tertinggi Pas? Pas telah menentang fitrah kemanusiaan. Pas seharusnya memujuk orang luar untuk menjadi ahli, dan bukannya menghalau ahli yang sedia ada. Datuk Husam seharusnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti sebelum beliau dipecat. Sebaliknya Husam dihina bertubi-tubi diadili. Buktikan sama ada Husamkah atau Pas yang berubah? Pas, kamu ini bagaimana?

    BalasPadam
  10. Penjaga agama dah marahhhhh. Serban besar tak semestinya tak tahu guna ringgit dan dollar hahaha.

    Masuk bab duit, serban letak tepi, semua kerana Allah, terus jadi halal.

    Kesian puak2 yg berumah dlm khemah, nak buat guane doh mu pakoh parti PAH.

    BalasPadam
  11. Kini Perjalanan PAS sudah agak kucar kacir, yang tersenyum puas sudah pasti Si Mokhtar a/l Sneak kerana cadangan nya di Muktamar PAS yang baru lalu untuk "MENYEKAP" DAP di terima dengan sebulat suara. Dendam Hadi yang masih membara kerana isu MB Selangor dan berUG dengan UMNO/BN tidak kesampaian kerana "BANTUAN UNTUK MENGAGALKAN" di lakukan oleh dua orang ADUN PAS juga menyadi penyebab nya.

    Buat Y.B Datuk Husam, jangan layan suara suara sumbang "LEBAI MALANG" PAS tu. Terus kan lah usaha kamu untuk memetul kan ketempangan perjalan PAS Kelantan dan Pusat. Dalam pada itu hendak lah berwaspada setelah isteri Y.B menerima ugutan untuk di bunuh.

    Selain dari menerima ugutan "BUNUH" melalui S.M.S dan tyre kenderaan saudara Salahudin Ayub di tikam mengambarkan bahawa PAS bukan sahaja kucar kacir tetapi budaya "SAMSENG" sudah mula bertapak. Belum lagi UG dengan UMNO di meterai, budaya nya sudah mendapat tempat di dalam PAS. Mengaku memperjuangkan "ISLAM" tetapi peranggai macam "SETAN"

    BalasPadam
  12. Begini cara seorang ulamak apabila menghadapi satu2 isu ? ajaran islam begini kah .Apahkah hulamk ini tidak brna erdepan dengan Husam ,atau tak layak Husam berdepan dengan kau disebabkan kau Ulamak? Jemput Husam .sediakan minum ,bincang .tanya .cari yang benar,nasihatkan dengan lembut.bukan menghalau .sebab tindakan kita kan terkena muka kita sendiri atau keluarga kita suatu hari nanti .Allah tak suka kita meninggi suara dan sombong.bagaiman orang hendak menghormati kau sebagai ullamak tetapi kau sendiri tidak menunjuk caontoh yang baik ,begitu jugalah dengan Hj Hadi.Heran kita .mengapa ulamk Pas tidak mengmbil sedikit pun cara.tektik.teknik dan saikoloji yang diguna pakai oleh TGNA.Bolih dikatan semua ulamak Pas kini sambong dan bodoh mempertahan kesilapan yang Hj hadi lakukan.Mula dari Haron Din .Kini Mahfoz.TMTI .Nik abdoh.Idris ahmed.Tantawi.Nik tak Amar.dan banayak lagi.

    BalasPadam
  13. Kenyataan Husam adalah untuk membuktikan bahawa setiap apa yang Hadi katakan adalah bukan keptusan mmesyurah dan itu kenyataan individu dan kamu ni mahfoz cubalah bijak dalam membuat kenyataan balas ,Husam hanya mnerenagkan peritiwa bahawa terjadi perkara mungkar kerana cuba mengkhinati Pakatan yang Hj Hadi sendiri melakaukanya.Kau minta Hadi sendiri yang jawabnaya .bukan pengampu2 ,pembodek2.penjilat2 .malulah pada orang kafir kalau sikap kau begibi berterusan.

    BalasPadam
  14. Mahfoz.kau tak sedar ke atau buat tak tahu tentang kekalahan G18 dalam muktamar dulu?bukakah cara pemilihan Pas yang lepas telah mendapat anugeran antarabangsa.Cara CAI .sebab orang dalam dua dan dalam hutan pun tak guna cara begitu .dahlah cara CAI ,diarahkan pula dengan cara wala! maaf ,islam tak ajar cara begitu .kitab mana kamu gunakan.? title ketua ulamak tetapi pemikiran lebih rendah dari oarang biasa.bukan minda .baca setiap komen orang agar dapat muhasabah diri .adakah aku ni betul atau aku ni silap.

    BalasPadam
  15. Kalau dilihat dari segi.zahirnya cara berpakaian dengan jubah, serban/ketayap/songkok semuanya berwarna putih. Tambah pula ada janģgut yang dijaga rapi. Ikut sunnahlah katakan Tapi sayang seribu kali sayang! Hati masih terpalit dengan warna mazmumah...

    BalasPadam
  16. Ulamak jadian semua nih...duit staff YIK pun kau tibai..duit haram..

    BalasPadam
  17. Dlm pas ada gunting dlm lipatan ......org tu tak lain tak bukan TUANG PRESIDENG sendiri. Layak kah dia kita panggil Tuang Guru?????

    BalasPadam
  18. Dlm pas ada gunting dlm lipatan ......org tu tak lain tak bukan TUANG PRESIDENG sendiri. Layak kah dia kita panggil Tuang Guru?????

    BalasPadam
  19. yaa... ambo sokongg Dato Huse... patut nye apabila huse bongkar perkara begini tubuhlah jawatankuasa siasat betul atau tidak... kalu betul ambik tindakan ps presiden ... kalu huse salah baru ambik tindakan pada huse... itu pun payoh ker PAS... masih nak menegak benang yg basah...

    BalasPadam
  20. Sekarang ni kat Mesia ada dua golongan yang mempunyai pandangan atau terjemahan yang berlainan mengenai Islam. Yang pertama, mereka menitikberatkan aspek hukum atau yang lebih ringkas, mereka melihat islam itu hanyalah sebagai agama yang berlegar pada hukum hakam iaitu dosa dan pahala merupakan tiang asas dan matlamat segala2nya dan hal2 lain seperti hikmah, kesesuaian, kebijaksanaan tindakan dan keadilan adalah hal2 remeh temeh. Maka Islam dilihat sebagai agama yang berkisar pada Haram dan Halal sahaja.

    Manakala satu golongan lagi melihat Islam sebagai wadah untuk kesejahteraan insan. Konsep hukum hakam dilihat sebagai batasan dan bukan tiang utama dalam penghayatan Islam. Maka mereka melihat Islam itu adalah penjelmaan cara hidup yang sejahtera dan berdisiplin melalui penghayatan bukan melalui hukuman dan kekerasan. Satu pihak berkeras mengatakan Islam itu "keras" dan tiada tolak ansur manakala satu pihak lagi menyatakan Islam itu agama yang perlu difahami dan setelah mendapat kefahaman maka keperluan untuk hukum hakam menjadi "akademic" sahaja iaitu hanya ilmu yang wajib di ketahui oleh umat. Islam yang terhasil adalah dari ikhlas dan bukan sebab hukum dan penguatkuasaan undang2.

    Fahaman atau terjemahan manakah yang rasanya bersesuaian denga apa yang disabdakan oleh Rasullullah SAW bahawa "baginda di utuskan untuk menyempurnakan ahlak yang baik"? Hukum hakam yang mengikat dan menentukan cara hidup atau kefahamn mendalam tentang Islam sehingga insan patuh dan taat dengan rela dan berserah diri? Fikir2kanlah!

    Nick.
    Cape Tiger.
    P.s-adakah kita ingin menjadi seperti rakyat Singapura yang amat patuh undang2 jalanraya di negara mereka tetapi apabila memandu di Malaysia mereka langsung tidak menghiraukan undang2 tempatan. Atau kita ingin menjadi rakyat Norway atau Sweden, yang amat patuh kepada undang2 walau dimanapun mereka berada? Islam kerana takut dihukum atau Islam kerana yakin ianya adalah sesuai dengan sifat diri dan kemanusiaan?

    BalasPadam
  21. Ni yg susah PAS, tegur yg tak betul marah, halau. Ditegur dlm keadaan tertutup tak nak dengar ditegur terbuka meroyan tak tentu pasal. Bagi kami pengundi PR sangat bersetuju kalau didedah secara terbuka kerana kami juga akan tahu keadaan sebenar. Apa kamu ingat kamu boleh sembunyi apa rancangan kamu kepada kami sebagai pengundi. Patutlah sebelum ini ada suara-suara yg menyatakan kalau ada geng2 progresif dalam AJK Pas pusat payah nak buat kerja, kerja macam ni rupanya.

    BalasPadam
  22. Hadi ni sama mcm najib, merosakkan parti sendiri.Elok sgt plan UG tu bior same2 tumbangkan parti masing-masing.....

    BalasPadam
  23. inilah yg terjadi bila ketaksuban, pangkat dan jawatan melilit akal dan iman supaya bercakap benda yg jauh dari ajaran Islam sebenar. Yg duk cakap ni bukannya org tak reti agama. apakah husam tu bodo sangat sampai beliau menegur secara terbuka. sudah terang lagi bersuluh, surat2 beliau tidak dijawab. dan jika dijawab, bukan dari tuan punya diri yg ditujukan surat tersebut. kemudian dalam banyak hal parti dan kerajaan kelantan, husam diketepikan dan sengaja tidak dilibatkan didalam perbincangan tersebut. dalam nak putuskan hal2 penting pun nampaknya mcm sengaja dibuat ketika husam tiada dlm dewan. sikap ini apa yg saya lihat adalah kerana, pemimpin2 pas lain tak berani nak berlawan hujah dgn husam. hujah2 husam hampir semua tidak dapat dipatahkan. kita semua boleh lihat di youtube sidang dun kelantan. kita boleh lihat di youtube ceramah2 husam yg tarikh sudah lama lagi sebelum tertubuhnya PH juga sebelum muktamar lagi. kesabaran manusia pun ada hadnya. bila kita dah sayang akan sesuatu. takkan kita nak biarkan benda yg kita paling sayang itu rosak begitu saja.

    kini mereka2 yg baru meniti tangga kepimpinan, dan baru2 saja berjuang di barisan hadapan. sudah berani mendabik dada dan buat sesuka hati mereka akan parti pas ini. sudahlah keluar pas dikatakan seperti keluar jemaah islam. bila org keluar, dihambur mcm2 seperti berpaling dari perjuangan la, dan mcm2 kata2 yg menyakitkan hati. kini bila ada yg istiqamah tidak mahu keluar pas dan berjuang dari dlm nak betulkan pas. dihalau pula suruh keluar dari pas. jika keluar nanti. dilabel dan dituduh mcm2 pula. Jika inilah ciri2 dan sikap org2 yg memakai topeng agama, jubah, kopiah dan serban. memang patutlah Islam itu tidak subur dan hanya hak eksklusif org pas saja. tiada siapa yg layak cakap pasal islam melainkan pas saja. islam bawaan pas saja yg betul. yg lain semua tak betul. ulamak pas saja betul. ulamak lain tak betul. fatwa pas saja betul, fatwa lain tak betul. jemaah pas saja betul. jemaah lain tak betul. hanya pas yg boleh jatuhkan hukum, munafik ke, kafir ke, pengkhianat ke, org lain tak boleh jatuh hukum. hanya pas saja yg boleh ambik komisen, dan lantik kroni, lantik kaum kerabat. org lain tak boleh buat. jika dulu. presiden dipandu oleh majlis syura dan jk pas pusat. tapi kini semuanya tunduk pada presiden. jangan salahkan org lain bila pas ditolak dan ditinggalkan oleh rakyat. kerana pas kini sudah lari dari tujuan asal dan perjuangan asal mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik,mesti disebarkan pd ahli2 pas

      Padam
  24. komen dan ulasan anon 10.53 begitu jitu ,Cuma kita hairan mengapa tiba2 kebanyakan ulamk pas dihina.dari presiden ,Mursdol am Pas dan ketua ulamk pas negeri,Mufti ada juga yang ada ilmu islam tetapi bolih dikatanan kuang pandai berdakwah pada penganut agama lain untuk mendekai islam.Kita lihat dan baca setiap hari dan hari2 mendatang apa yang telah berlaku dan akan berlaku pada peminpin Pas .kita tungu gabungan yang diinginkan ,Pas+Umno (BN) = MIC.MCA.Gerakan,parti2 di sabah dan Serawak dan apa2 lagi yang ada di daam hutan.

    BalasPadam
  25. menyingkir husam sama mcm kencing kt kubur TGNA

    kerana husam dididik TGNA utk bina kelantan

    begitu bencinya puak pasug kt TGNA sebenarnya

    BalasPadam
  26. SALURAN BETUL APA YG U CAKAP NI NIK ABDUH. LU INGAT,MCM GANTI SALURAN AIR PAIPKAH? LOGIKKAH LU GANTI SALURAN KALAU SOURCE AIR (PEMIMPIN) SUDAH TIDAK BETUL. SEBAB ITU SEBELUM NAK SALUR PANDANGAN KE SALURAN SOURCE DIA TU MESTI DIGANTI. TAK GANTI MAKA RESULT TETAP SAMA BIARPUN U SALURKAN WHICH U END UP FOR SALURKAN PANDANGAN DAN KRITIKA. ORG KEDLM TONG SAMPAH. DO U THINK PROFESIONAL PPL IS IDIOT?

    BalasPadam


  27. Lamaaa aku pandang gambar Mahfodz...........

    Sekarang masih lagi boleh pandang. Tapi kalau Hj Hadi dah tak boleh pandang dan tenguk lama-lama.......

    Kembali lah kepada Islam wahai Mahfodz....

    BalasPadam
  28. Lu sapa mau halau orang bro?
    Tanding PRU pun tak pernah menang.
    Ularmak la lu bro.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.