2 Okt 2015

PAS Arah Ahlinya Ke Tempat Lain Untuk Himpunan Al-Aqsa

Nampaknya Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa yang dijadualkan esok selepas Solat Jumaat telah dijadikan satu isu kontorversi oleh sebuah parti yang menuduh parti lain melakukan hijack terhadap program berkenaan.

Semalam, difahamkan telah diadakan sidang media oleh semua pihak yang terlibat dengan perhimpunan berkenaan termasuk ngo-ngo mengenai perhimpunan berkenaan dan telah dipersetujui semua umat Islam (samada parti politik, ngo atau orang perseorangan) supaya berkumpul di Masjid Tabung Haji dan kemudian berarak ke Kedutaan Amerika. Aqsa-Syarif telah bertindak selaku ketua/juurucakap kepada perhimpunan yang bakal diadakan esok.




Berdasarkan laman sosial Palestine Centre Of Excellence (PACE), sebuah poster juga telah turut dikeluarkan.


Tiba-tiba pada hari ini, PAS menuduh himpunan yang didakwa sebagai programnya telah dirampas oleh parti lain, dan mengarahkan ahli-ahlinya supaya mengubah lokasi berhimpun dari masjid Tabung Haji ke Masjid Jamek.

Banyak pihak yang terkejut dengan gelagat PAS berkenaan. PAS berandaian bahawa parti politik lain akan lebih mendapat political mileage daripada perhimpunan berkenaan.

Seperti di dalam BERSIH 4.0 yang lepas, PAS telah memboikot himpunan berkenaan kerana PAS tidak menjadi "ketua" di dalam perhimpunan berkenaan. (sila rujuk ruangan TAMABAHAN di bawah entri ini)

Begitu juga dengan Pakatan Harapan. PAS menolak untuk menyertainya kerana mereka tidak menjadi ketua.

Maka berlaku lagi di dalam himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa. PAS tidak menjadi ketuanya tetapi himpunan esok diketuai oleh pihak lain. Justeru itu PAS membuat keputusan untuk tidak bersama di Masjid Tabung Haji tetapi di Masjid Jamek.

Ramai yang mempersoalkan sikap dan tujuan PAS berkenaan. Apakah kerana hendak mencari political mileage atau benar-benar berjuang untuk mencari redha Allah di dalam perhimpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa?

Whatever....hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan.... niat sebenar PAS akan terus terdedah akhirnya nanti....

TAMBAHAN

GB pernah ulas mengenai isu pemboikotan PAS di dalam BERSIH 4.0 sebelum ini. Petikan.

Alasan Presiden PAS kali ini:

"Kita akan adakan himpunan yang lain yang dikepalai PAS dan kita akan ajak orang lain datang,"

Kita tak tahu siapa yang dimaksudkan "ajak orang lain datang" sedangkan DAP, PKR, GHB dan NGO-NGO lain sudah memutruskan untuk bersama di dalam BERSIH 4.0.

PAS tidak mahu sertai BERSIH 4.0 kononnya kerana ia dianjurkan "orang lain" bukan PAS. PAS mahu biar dia jadi kepala, bukan orang lain.

Sikap demikian ialah sikap kebudak-budakan dan tidak menampakkan kematangan berpolitik. Bagaimana anda hendak mengharapkan "orang lain" menyertai agenda anda seandainya anda sendiri tidak meraikan agenda orang lain?

Bagaimana anda hendak menjadi ketua sedangkan anda sendiri tidak boleh menjadi pengikut yang amanah dan setia seperti apa yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat dulu?

Alangkan Rasululullah saw sendiri tidak pernah mungkir dan curang kepada janjinya walaupun kepada kumpulan kkafir dan musyrik di Mekah. Tidakkah kisah Perjanjian Hudaibiyah sekalipun ia tidak memihak kepada Islam tetapi Rasulullah amat bertoleransi dan bertolak ansur yang akhirnya memberi kemenangan kepada umat Islam?

Demikianlah, Islam diperjuangkan bukan dengan nafsu dan emosi, tetapi dengan ilmu dan strategi.

Hukum kebenaran dan keadilan sentiasa berjalan.

Anda akan tuai apa yang anda tanam.

Tak lihatkah di dalam perhimpunan GST yang lalu? Siapa "orang lain" yang ada menyertai perhimpunan anti-GST anjuran PAS? Berapa ramai yang menyertainya? Bandingkan perhimpunan anti-GST bukan anjuran PAS:



Biarlah PAS dengan caranya.... dia nak jadi ketua.. biar dia jadi ketua kepada kumpulannya sahaja... dan mereka sepatutnya berhimpun di dalam gua...

31 ulasan:

Saiful berkata...

Jemu sungguh 2

Unknown berkata...

Apa kah benda lah ulamak2 pas... hukum alam dan logik akal 21 kerusi mp tolak 7 ( amanah )... 14 kerusi mp.. kerusi paling sikit hendak jadi ketua.. bila dap bersuara bising... dap nak kawal.. PR... dah logik akal kerusi mp paling banyak dia lah kuat... nasib Allah bg pas kerusi paling sikit... agak kalau paling byk...mahu serban warna warni...bila org tanya.. sukahati aku lah...

Tanpa Nama berkata...

Isma pun perangai macam tu...kalau bukan jadi ketua, dia tak kan join...buat perhimpunan sejuta umat kononnya ada 3000 ngo turut serts, yang datang 6,000 orang, 90% ahli isma...last2 kawannya Jati, perkasa, pekida...tu pun akhirnya gaduh dgn jati sbb masing nak jadi ketua

bunbinban berkata...

bersatu utk menentang rejim zionis tapi bab nak berdemo pun x leh nak bersatu. Gelak dek zionis je la. Aku rasa gini je la, bagi je PAS lead demo sok. Yg lain2 dok blakang. Mungkin ngidam kot PAS ni.

Unknown berkata...

Kemarok biawak sungguh pimpinan paspispus nih !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bismillahirrahmanirrahim....

Aku x pernah terfikir parti yg prnh aku sertai satu waktu dahulu mnjd sebegini BANGANG

diulangi BANGANG

sekali lg diulangi BANGANG

cpt2 la berUG dgn umno spya bole Ahmad maslan

Jebonesta Reports berkata...

PAS semakin hari semakin pelik tindakan dan kerjabuat. Sudah semakin jauh dari fitrah. Nauzubillah.

Tanpa Nama berkata...

PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI
....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

JAKA berkata...

pas ni hanyalah parti memperjuangkan perangai hadi

hadi memang perasan dia ayatollah yg mest iikut semua arahan dia

punca pas keluar PR bukan kerana dap atau hudud

tp kerana HADI DENGKI SGT2 DGN ANWAR IBRAHIM sebb hadi ingat dia lebih
layak jadi ketua PR.

geng progresfi pun disingkirkan kerana mereka lebih byk ide dan berfikiran
matang dlm politik.. yg mana hadi tkde ide tu.. tp hadi takkan terima ide
mereka walaupun bernas.. sebb kata2 dia saja yg harus semua patuh

HADI INI SEDANG DIJANGKITI PENYAKIT MAZMUMAH EGO SOMBONG BONGKAK

ini mewarisi sifat iblis laknatullah yg ego sombong bongkak tknk homat
kpd Adam as. sanggup masuk neraka

hadi rasa dia sajalah yg betul2 berjuang seperti Nabi saw.

malangnya sifat utama Nabi saw pun hadi takde.. iaitu sgt merendah diri...tinggi budi pekerti

ketika Nabi saw dibaling batu meleleh darah ke kaki, malaikat yg tkde perasaan pun tiba2 timbul perasaan marah kerana Nabi saw sangat teruk dizalimi... lalu offer diri utk binasakan org Taif. Nabi saw menolak dn berkata.. dr mereka itu akan lahir pejuang2 Islam

sedangkan hadi.. dgn sebb lemah dlm mengurus Pivate Bill yg digelar hudud itu hingga dap keliru dan tolak, maka terus diangkat pedang memusuhi dap, maka menjauhlah bukan islam dpd islam dgn sebb hadi

walhal mana tau dpd sulbi2 dap itulah bakal lahirnya pejuang islam dimasa akan dtg. berkat kelembutan dan rahmatnya islam yg kita tunjukkan. kalau tidak LGE mungkin cucu cicit dia nanti akan bersyahadah dan mengikut sedikit sebanyak Umar Abd Aziz

Wahai PAS,

kalau kamu nk jadi ketua sgt, sebenarnya kamu memang ada tugas yg memang kamu sgt sesuai dn layak menjadi ketua....PERLAKSANAAN HUDUD

kamu ketua dlm perjuangan hudud... KENAPA TAK BUAT? KENAPA LEMBAB DAN BYK ALASAN DAN SALAHKAN ORG LAIN?

seluruh rakyat malaysia belum bersedia (bukan tolak) menegakkan hudud, kamu mampu dan sgt bersedia maka rakyat malaysia semua sokong kamu jadi ketua utk tegakkan hudud.

SILA JADI KETUA DALAM MENEGAKKAN HUDUD.

kerja2 kecil demonstrasi begini biarlah kami yg tak berapa islam ni buat.

wahai ulamak2 pasug... malulah kamu pada AsSyahid Ust Lotfi yg dlm senyap2 membuat perdagangan dgn Allah swt dan diterima jual beli beliau. Beliau membela umat islam yg dizalimi syiah bashar... yg mana hadi masih pro iran dan hezbosyaitan

sekian wasalam

Tanpa Nama berkata...

elok bro mat sabu dan geng PAN pegi ikut pas ke masjid jamik. bila pas nampak abg mat n geng, mesti cabut pegi masjid Negara, ikut ajelah sampai tak cukup masjid, pas boleh himpun di batu caves...

Tanpa Nama berkata...

Ulama harus sopan dalam percakapan. PAS rosak kerana Hadi sebagai ketua. Anggota PAS harus menolak Hadi untuk melihat PAS masih relevan. Tuan Ibrahim boleh menggantikan Hadi. Di Kelantan pula, MB dan Timbalannya juga harus diketepikan secepat boleh. Mereka tiada karisma dan dilihat lemah dalam kepimpinan. PAS harus bertindak cepat jika mahu masih disokong dalam politik negara. Dengan pimpinan PAS yang ada sekarang Kelantan akan tumbang. PAS akan kehilangan banyak kerusi dan akan kembali ke era 60an. Ini sudah jelas.

Tanpa Nama berkata...

elok pas berhimpun kt padang merbuk aje la

ari tu kawan pas geng merah dh buat kt situ

ambik berkat mereka lah

atau kalau nk ramai lagi buat je
kat masjid rusila

Tanpa Nama berkata...



Kalau join nampak sangat PAS dah lesu dan parti baharu Amanah bertenaga. Progresif. Takut lah ahli-ahli tergoda dengan daya tarikan Amanah.

Kepada mereka yang berhimpun di Mesjid Jamek, himpunan tersebut ialah untuk SELAMATKAN PERSIDEN PAS.

Dari mana pun, penghujungnya depan kedutaan jugak. Orang dah mula balik dan wakil kedutaan pun dah tutup gate, baru lah kumpulan PAS sampai Pemimpin datang naik kereta sebab alasan dah tua,

Yang ahli jalan kaki dalam asap jerebu. Pandai lah tu.

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah. Maha suci Allah taala memudahkan tuan mendapat hujah2 yang bernas ini. Lalu tuan beri pencerahan kepada mereka yang mahu berfikir.

Saya sudah lupakan pas. Jadi tidak perlu sedikit pun ingin melontarkan apa2 komen pun tentangnya. Pas sudah jadi kenangan lalu pada saya.

Saya menerima teguran di blog ini melalui komen pembaca bahawa saya sombong. Maka saya beristifar dan tidak mahu lagi berbahasa kasar atau mewakili diri dengan kalimat aku.

Dalam soal perhimpunan mengecam israel esok di kedutaan amerika, saya tidak akan hadir. Pendirian saya adalah, mari kita memberi kejutan dengan tidak membuat apa2 kecaman kerana sebab2 berikut;

_ Walau seribu kali berdemo, walau 28 juta orang berkumpul dan 44 kajang surat bantahan, tiada apa yang boleh mengubah keinginan israel dari meneruskan agenda mereka.

- Tuan2 mesti menukar teknik atau berubah menjadi misteri. Maka orang2 terbaik kita kena senyap2 berkumpul lalu merancang satu agenda bertajuk ' Apa kita nak buat dengan yahudi ini' Mana tahu dengan takdir Allah disebabkan hikmah mesyuarat bukan mengutuk2 maka Allah bagi jawapan kepada tajuk perbincangan di atas.

- Lebih baik berkumpul beramai2 di masjid untuk bersolat subuh di mana jemaahnya sesak atau banjir melimpah2. Lalu bacakan qunut nazilah hingga menangis2. Inilah amalan yang amat ditakuti yahuni. Mereka percaya kebinasaan pasti terjadi kalau orang islam mula memenuhi masjid untuk bersolat subuh di mana ramainys adalah seramai bersolat jumaat.

-Kalau boleh seorang pun jangan ada bercokol di depan pintu kedutaan us esok tetapi ribuan ummat islam yang hadir datanglah ke masjid2 untuk memadati saf2 solat subuh. Selepas sarapan, panggil orang2 terbaik kita masuk bilik pak imam lalu bincangkan tajuk di atas tadi. Habis yang sisa beribu2 orang itu hendak buat apa? Pergilah berkeliaran menikmati keindahan ibu kota. Kalau lalu depan kedutaan, senyum2 saja. Elok tinggalkan beberapa orang untuk beriktikaf dan berzikir sepanjang2 menyuarat diadakan.

Tuan2. Program yang semacam inilah kaum yahudi paling takut. Mereka tidak takut kalau dikecam dan didemo oleh 100 juta orang sekali pun. Mereka takut kalau ada 2 orang duduk diam2 sambil berbincang apa nak dibuat kepada orang yahuni ini. Mereka takut kalau ada 100 juta orang bersolat subuh berjamaah dan membaca doa qunut nazilat.

Sila jangan emosi apabila membaca saranan saya ini. Tenung dan kaji dulu tiap2 kalimat saya itu. Jika tidak betul saya mohon ampun dan maaf. Jika betul, terpulang kepada keputusan tuan2. Demi Allah saya tidak berhak memaksa sesiapa pun.

Tanpa Nama berkata...

Pas parti yg mendakwa dirinya pejuang islam...tapi:-

1. Berakhlak buruk mengalahkan org yg bukan islam.

2. Lari bila diajak bersatu-memutus silatulrahim

3. Dalam hal membela saudara di Palestin yg dizalimi pun BERKIRA dan utamakan politik sempit.

4. Mempunyai pemimpin yg PENDENDAM SOMBONG dan BERAKHLAK BURUK...!!

5. Siang malam pagi petang sebut Islam...tapi tindakan lebih teruk dari yg bukan Islam.

Kini nyata dan jelas...tiada beza pas dpd parti sekular yg lain. Malah memiliki persamaan ciri yg setara dengan UMNO!!!

Ayat2 agama hanyalah mainan mulut untuk kepentingan politik!! Akhlak berpolitik langsung tk ada!!

Sayang sungguh kelebihan ilmu agama yg Allah pinjam sekadar untuk meraih sejemput habuan dunia.

Kalau kepada manusia pun tiada rasa malu...apa tah lagi kepada Tuhan!!

Unknown berkata...

Nak jadi ketua, tapi perangai mcm budak-budak!
Kena pukul sikit..merajuk lebih2..manja.

Alahai para2 pemimpin Pas...sudah2lah tu..
Zaman berlalu..kita perlukan parti politik yang matang pemikirannya.

Tanpa Nama berkata...

pas nk demo bela palestin?

tkpayah

anwar dizalimi kali kedua pun pas dh redho dgn kezaliman umnu

hnya kerana pertahan ego seorg presiden yg tkde sapa nk calonkn pun sebagai pm

klu bela najib mungkin pas blh himpun ramai....tp pakaila baju merah....segan kt org klu pakai hijau bela najib

Tanpa Nama berkata...

Mulut ckp utk dpt keredhaan Allah tapi dlm hati ada niat lain utk dpt nama dan glamor..sahlah dlm hati ada hati2 yahudi...lama2 rakyat akan tahu hati2 busuk dlm pas tidak dpat ditutup lagi...semuanya temberang ,berpolitik semata utk perut dan anak beranak saja..tak sampai sepenggal jadi Adun /MP dah oskai velfire, landrover,bmw dan sbgnya..rakyat yg tak mkn,tinggal dlm khemah, mangsa banjir dah tak peduli..buruk sungguh permainan politik puak puak ni...

Tanpa Nama berkata...

5. Siang malam pagi petang sebut Islam...tapi tindakan lebih teruk dari yahudi.

Tanpa Nama berkata...

Org perut buncit jalan terkedek2 sbb tu lambat sampai ..pintu gate tutup bergaduh dgn security guard..lawan laga perut.

Tanpa Nama berkata...

Setuju 1000 %...tambah sikit...tuan ibrahim dan ketua pemuda pun dah tak relevan lagi.lembik sgt mcm pondan siam.

Unknown berkata...

Salam:

Dunia oh dunia, PAS betul-betul ka buat lawak ni!!!Disebabkan nak jadi ketua terus merajuk!! pergi buat tempat lain,Oooops tunggu Sat, tapi kat selangor dan Penang siapa yg jadi ketua!!! kenapa ahli2 dan exco2 PAS boleh ikut pula..hahhhahhhaa kita dah tahu jawapannya pasai PERUT..kena isi,ISLAM ka mana??,hudud pun ka mana??.

rosak islam, islam yg dibawa nabi Muhammad s.a.w dibuatnya.Nabi mengajar sahabat-sahabatnya ikat PERUT demi ISLAM untuk ditegakkan.Nabi ajar sahabat2 pegang prinsip2 islam dgn teguh,walaupun kebenaran itu pahit.

wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Tuan, 2 Oktober 2015 1:21 PG

Apa pun umat Islam laku kan seperti tidak menjadi dan tidak kena dengan cara nya.

Siapakah pada masa ini di antara Tok Guru atau Ulama yang doa nya mustajab ?

Jika penuh sehingga jemaah melimpah pun kalau yang memimpin nya sekadar baca doa seperti baca doa talkin yang di buat-buat suara menahan sebaknya sama jugalah berkumpul beratus ribu dan menulis 44 kajang surat.

Sebelum saya meneruskan komen saya, pendapat saya buat lah apa jua yang termampu dengan kedua-dua cara tersebut.

Umat Islam di Malaysia terkeliru. Umat Islam kita sudah tidak menentu.

Orang Agamawan hanya 'bercakap' seperti saya yang sedang bercakap sekarang. Dari memberi ceramah sehingga khutbah tidak ada pengisian nya. Mufti entah ke mana. Yang ada berat sebelah dan yang tidak berat sebelah di tekan dan suara nya terhad. Harap kat Pak Imam, mereka hanya tersipu-sipu bila di persoalkan Islam macam ini tapi yang terjadi macam ini?

Ucapan Najib di PBB sangat jauh bezanya dengan apa yang dia zahirkan di dalam negara. Pemimpin Tinggi parti berkelakuan yang sangat menjijik kan. Sedang kan dalam mufakatan pun di mungkiri, apa lagi nak bincang secara sulit. Tidak senang dengan mereka yang tidak setuju dengan pandangan nya terus menanggap orang tidak hormat pada kedudukan dan ilmunya. Bila pemimpin di persoalkan tindakan nya, terus di pecat.

Doa kita ibadat kita dan amalan kita setakat untuk diri dan keluarga kita masing-masing bukan untuk umat Islam. Kalau nak berdoa untuk umat Islam, ketua dalam agama dan pemimpin pemerintah perlu berubah. Menegakkan yang Benar! Buang sifat munafik !

Ini satu tugas yang berat dan memerlukan pengorbanan yang besar bagi seorang ulamak dan buat masa sekarang tidak ada satu pun yang berani memikulnya.

Jika semua ini okey dalam kedudukan Islam nya, cukup lah ada seorang alim ulama yang memimpin solat dan membaca qunut nazilah, Insya-allah jika di aminkan oleh beratus jemaah.

Di sinilah harapan saya sangat tinggi dengan perjuangan Amanah yang membawa Islam progresif. Mudah-mudahan lahir lah seorang pemimpin Islam yang amanah dan ketua agama yang di segani bukan sahaja kerana ilmunya tetapi budi perkerti nya dan kebijaksanaan nya yang petah bila bercakap.


Kepada Allah kita kembalikan.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

"Matlamat perjuangan bukan Putrajaya, tetapi mencari keredaan Allah", adalah slogan Pas dalam berpolitik. Hebat tetapi aneh. Menjadi satu keanehan sebuah parti siasah tidak meletakkan kemenangan pilihan raya sebagai matlamat perjuangan parti. Banyak alternatif lain boleh dilakukan untuk mencari reda Allah. Politik hanya satu daripada pilihan untuk mencari keredaan Allah. Seandainya matlamat bukan kemenangan pilihan raya, lebih baik parti ini bertukar kepada badan dakwah seperti Tabligh, ABIM atau IKRAM.

Cakap tak serupa bikin. Mencari reda Allah hanya retorik. Pas pada realitinya mahukan nombor wahid dalam semua perkara. Semasa dalam Pakatan Rakyat, Pas sering membuat pusingan U kerana pimpinan mereka tidak dapat jawatan nombor satu. Membantah pencalonan Wan Azizah, sebaliknya mencalonkan adunnya memnajdi MB Selangor dalam agenda "langkah Kajang" dahulu. Dalam menamakan bakal calon PM menjelang PRU 13, Pas sanggup menolak DS Anwar sebaliknya menamakan Ku Li, ahli tegar Umno / BN. Dalam program Himpunan Hari Kemarahan Selamatkan Al-Aqsa yang dijadualkan petang ini, PAS mengarahkan ahli-ahlinya berhimpun di Masjid Jamek, walaupun persetujuan awal semua demonstran berhimpun di Masjid Tabung Haji. Nampaknya Pas bukan mencari keredaan Allah, tetapi sebaliknya; gila nama dan glamour. Slogan "Pas For All" sudah bertukar kepada "All For Pas". Jangan mare!

Tanpa Nama berkata...

Kalau begitu hujah tuan, mari kita buat ke dua2nya, demo dan solat subuh melimpah2. Kita hanya perlukan seorang sahaja doanya dimakbulkan Allah. Yakinlah apa saja rancangan sulit puak yahudi akan digagalkan. Ramainya perhimpunan itu sebenar pra syarat atau asbab doa itu dimakbulkan. Boleh berdoa sorang2 tapi Allah nak tengok penyatuan ummah yang ramai. Tanda kita bersatu hati dan tidak berpecah belah.

Orang yahudi berani buat macam2 kezaliman kerana mereka tahu ummat islam ini umpama buih sahaja. Bergaduh dan berpecah belah itu dah jadi fardu ain dah di mana2 pun. Siang dan malam yahudi ni dok tengok masjid sahaja. Tuan2 jangan buat tidak tahu hal ini.

Unknown berkata...

Teruk benor doh puok2 lebai malang nih..gila nak jadi ketua..

Unknown berkata...

Sudah kering air liur ahli2 pas berdoa dan wirid setiap kali pru supaya mata hanya nampak bulan dikertas undi namun hingga SEKARANG keredhaan yg dicari tak muncul2 malah pas semakin lemah dan berbondong ahli keluar parti mengikut wadah baru.Tetapi pimpinan Pas masih PERASAN keredhaan Allah kpd mereka.Cukuplah wahai ahli2 Pas,biarkan pimpinan Pas dimasukkan kedalam neraka jgn kita yg dibawah ini menjadi dungu macam Wan Rosli dan seangkatan dgnnya yg masih percaya jaminan syurga oleh presiden Pas.

Tanpa Nama berkata...

bg aku wan rosli tu umpama macai pas.. berbahas tanpa fakta yg jelas. kami pengundi atas pagar sedang memerhatikan golongan penyokong dan pemimpin yg selalu memesong fakta. undi kami bukan utk golongan pemimpin mcm tu.

Unknown berkata...

Ketawa aku..bila baca kau punya komen...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Azmi pengerusi kongres rakyat pon berada di Tabung Haji.. NGO yang bersama PAS pula tadi ialah NGO yang dipimpin oleh pemimpin Pas juga..

Tanpa Nama berkata...

Berapa keratlah golongan ulama PAS versus golongan profesional.

SKG MR. NAJIB NAK HANCUR EKONOMI NEGARA DENGAN SIGN TPPA WHICH ORANG MELAYU LAH JADI MANGSA TERBESAR. IS OK IF MALAY BERFIKIRAN TERBUKA SERTA ADA USAHA UTK COMPETE NENJADI SEORG AHLI PERNIAGAAN YG HEBAT DI DUNIA SBB WITH SIGN TPPA WE HAVE TO COMPETE WITH THE WORLD IN TERM OF BUSSINESS. DENGAN PERANGAI BANGSA MELAYU YG SKG IBARAT KATAK DIBAWA TEMPURUNG SERTA HARI-HARI NAK HARAP SUBSIDI PLUS HANYA TAHU MEMBURU 1/10 TAK IKUT SUNNAH RASULLULAH SAW YG DAH BERBUIH DIA PESAN IKUT CARA DIA MEMBURU 9/10. DO YOUR THING, THIS BEHAVIOUR CAN GUARANTEE MOVE FORWARD UTK COMPETE SYARIKAT GERGASI DI LUAR SANA? SELAGI MASIH CARRY GELARAN UMAT MELAYU NOT SEBAGAI UMAT ISLAM maka, HARI - HARI TUNDUK SUJUD DGN YAHUDI LAKNATULLAH DUE TU MASIH LAGI HUNT 1/10. WHAT IS 1/10 AND 9/10? U ALL CARI MAKSSUDNYA FOR THOSE YG NAK BERJAYA SBB HARI-HARI NAK SUAP TIADA GUNANYA.PEOPLE HANYA MENGHARGAI SESUATU JIKA DICARI DGN SUSAH PAYAH.