Sep 19, 2015

[VIDEO] Edisi Terlampau: Ibu Paksa Seorang Pelajar Cium Kaki Anaknya...

Pelajar dedah cerita di sebalik video ‘cium kaki’

Seorang pelajar perempuan berumur 15 tahun di Terengganu tampil mendedahkan kisah sebenar di sebalik rakaman video ‘cium kaki’ seorang perempuan sebagai tanda meminta maaf yang telah menjadi viral.

Pelajar yang hanya mahu dikenali Mia itu mendakwa, dia dipaksa melakukan perkara itu oleh ibu kepada perempuan berkenaan. Menceritakan punca kejadian itu, Mia mengakui berlaku perselisihan faham antara dia dengan perempuan itu.

“Memang selama ini hubungan saya dan dia (pelajar yang memaksa mencium kaki) tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan padanya. Tetapi saya dah minta maaf,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Mia yang baru kehilangan bapanya pada bulan lalu menceritakan, dia dan perempuan itu pernah berjumpa pada 8 September untuk menyelesaikan masalah antara mereka tetapi dia mendakwa dipukul dan cuba ditanggalkan pakaian oleh perempuan berkenaan.

Mia berkata, dia mengalami trauma selepas kejadian itu.

Katanya, dia telah didesak bertemu di kedai makan milik keluarga perempuan itu di Teluk Ketapang untuk menyelesaikan masalah antara mereka pada 9 September.

“Awalnya pertemuan berlangsung baik sehinggalah ibu pelajar itu memaksa saya mencium kaki anaknya jika ingin memohon maaf,
” cerita Mia.

Katanya, walaupun sedih tetapi dia terpaksa melakukan perbuatan itu (cium kaki) kerana tiada pilihan selepas dikepung rakan-rakan perempuan itu.

Salah seorang saksi kejadian dipercayai telah merakam kejadian itu yang kemudian tersebar di media sosial.

Malu dengan rakaman video itu, Mia bersama ibunya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pihak yang merakam dan menyebarkan video itu.

Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan menerima laporan itu. -FMT











IKLAN BERBAYAR






12 comments:

Anonymous said...

zaman sekarang ni ada juga manusia sial yang sanggup suruh orang lain cium kaki.mungkin ini lah yang di sebut2 orang tua2 dulu babi berkulitkan manusia

PokAmid said...

Moga diberikan hidayat kpd mereka yg terlibat memaksa gadis yatim itu mencium kaki.

Tuan mufti, sila beri pendapat atau fatwa berkenaan kes cium kaki ni!

Anonymous said...

Minta tuan presiden selesaikan kes ni

Unknown said...

Tuan Presiden sibuk..tak ada masa nak layan masalah akhlak dan akidah di negeri beliau.

Malaysiabaru said...

kalau repot

ada polis nk ambik tindakan

belanja nasi dagang settle... tak guna negara ada undang undang

Anonymous said...

Tuan Presedeng sibuk.... asyik TUANG je... cakap banyok KECEK orang...

Anonymous said...



Lepas perhimpunan Baju Merah baru-baru ini, macam-macam. Lepas kena tembak kena cium kaki. Lepas cium kaki, imam pulak kena tampar.

cikmatgelap said...

sampai begitu dahsyat perangai org ganu ni,patut le tuan guru pun perangai mcm musibat juga

Unknown said...

Sedangkan Allah sentiasa menunggu taubat dari hambanya dan Nabi mengampunkan umatnya tanpa menyuruh mencium kakinya, semoga Allah membalas perbuatan yang tak bermoral kepada keluarga tersebut. menjatuhkan maruah seseorang dengan sengaja adalah berdosa, memalukam kerana berlaku dikalangan umat islam di Malaysia ini. apakah pandangan orang bukan islam terhadap masyarakat islam disini??? Biar apa pun alasan tapi bukan begini caranya.....

Unknown said...

Jahatnya.....kalu kena ko kaum kerabat aku mapoh aku katok mak budak celaka yg melampau ni.
Aku harap PDRM akan membuat siasatan dan mendakwa mak budak terlampau ni.

Anonymous said...

Tak lama lagi kaki tu akan dipotong. Sial punya manusia hati binatang !

Unknown said...

Moga Allah akan hinakan mereka yg berhati binatang..