11 Jun 2015

Haron Din Bukan Mursyidul Am PAS Lagi, Mesyuarat MSU Tergantung!


Hala tuju PAS bergantung pada mesyuarat 'entah bila'

Kemelut dalaman Pakatan Rakyat dijangka terus berpanjangan memandangkan mesyuarat Majlis Syura PAS, yang ditunggu-tunggu, masih belum bersidang.

Sesi baru majlis itu juga baru sempurna dibentuk malam tadi, selepas jawatankuasa pusat bermesyuarat kali pertama malam tadi.

Semalam Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din sendiri berkata beliau secara teknikalnya bukan pemegang rasmi jawatan itu.

“Sekarang saya bukan lagi mursyidul am PAS. (Majlis) Syura telah habis tempohnya.

"Sehingga dibentuk semula oleh PAS pusat, mursyidul am akan dipilih semula, mungkin bukan saya,” katanya.

Haron juga berkata beliau juga setakat ini tidak dapat memastikan bila mesyuarat itu akan diadakan.

Dalam masa yang sama, Haron dijadual mengerjakan umrah selama dua minggu bermula Isnin (15 Jun) depan.

"Segala-galanya akan ditentukan dalam mesyuarat yang entah bila.


"Justeru saya akan pergi umrah pada 15 Jun selama dua minggu," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam ilmu Allah, kata SU

Mesyuarat Majlis Syura biasanya dipengerusikan oleh mursyidul am.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Datuk Nik Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi Malaysiakini tidak mengatakan dengan jelas bila badan itu akan bersidang.

"Dalam ilmu Allah,” jawab bekas anggota parlimen Pasir Puteh itu sambil ketawa kecil.

Kemelut antara PAS dan DAP dilihat bertambah buruk apabila muktamar PAS di Kuala Selangor minggu lalu meluluskan usul Dewan Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Perbalahan dua parti dalam Pakatan itu juga semakin meruncing apabila mereka saling ungkit-mengungkit kesalahan satu sama lain.

Terdapat juga beberapa ahli PAS yang telah keluar daripada parti berikutan kecewa dengan keputusan muktamar kali ke-61 itu.

Mesyuarat kepimpinan baru dalam jawatankuasa Pusat PAS yang pertama semalam tidak membincangkan usul penting iu.

Selain itu, ekoran keputusan pada muktamar itu juga menyebabkan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta supaya semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri meletak jawatan. -mk


Usul 'mengelirukan', Hatta gesa nyatakan pendirian

Bekas pemimpin pusat PAS, Dr Hatta Ramli berkata barisan kepimpinan baru parti itu harus menyatakan pendirian mereka mengenai hubungan dalam Pakatan Rakyat kerana timbul kekeliruan berhubung perkara itu.

Ia berikutan PAS menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam muktamar minggu lalu.

“Biarkan kepimpinan baru yang jawab persoalan itu (PAS dalam Pakatan atau tidak). Dalam muktamar keputusan untuk kekal dalam Pakatan dan berpisah dengan DAP pun adalah mengelirukan.

“Jadi pemimpin baru mesti memberikan jawapan yang tepat tentang apa yang perlu dilakukan sama ada dengan PAS atau Pakatan,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Impian Kelantan di ibu pejabat DAP hari ini.

Hatta yang juga MP Kuala Krai berkata, buat ketika ini hanya kepimpinan yang baru sahaja dapat menjawab perkara itu.

“Apa tindakan pun yang diambil perlu mengambil kira perasaan parti lain yang ada dalam Pakatan kita tidak boleh hanya keluarkan kenyataan tanpa memikirkan parti lain,” katanya.

Tambahnya lagi, kebanyakan ahli PAS tidak senang dengan keadaan terkini parti dan hubungan dalam Pakatan.

Justeru katanya, usaha memperkukuhkan Pakatan seharusnya diambil memandangkan rakyat telah memberi kepercayaan gabungan itu.

“Tidak kiralah ahli parti atau pemimpin yang berada di kepimpinan baru atau tidak lagi, kita perlu fokus kepada usaha untuk memperkukuhkan Pakatan.

“Macam mana sekalipun, Pakatan adalah isu utama,” katanya.


-mk


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan ekadilan berjalan terus... belumpun semingggu "para ulamak" memegang tampuk kepimpinan PAS, kesemuanyasudah huru-hara dan kelam-kabut. itulah yang GB katakan sebelum ini... kemenangan dengan "cai" bukan dengan istikharah, kemenangan dengan memboo pihak tertentu bukan dengan akhlak Islamiah, adalah kemenangan yang rapuh dan tiada keberkatan.

Semalam, Ustadz Idris Ahmad bersama beberapa pimpinan PAS yang menang menyuruh supaya bersabar sehingga Majlis Syura Ulamak membuat keputusan mengenai usul tanpa bahas Dewan Ulamak mengennai putus kerjasama PAS-DAP.

Sekarang Mursyidul Am sudah tidak ada lagi. Haron Din menyatakan beliau bukan Mursyidul Am lagi. Bererti tiada mesyuarat dalam tempoh yang terdekat untuk memutuskan perkara berkenaan sehinggalah Majlis Syura Ulama baru dibentuk.

"Tiada mesyuarat" juga bererti memberi peluang dan ruang kepada kontroversi menjadi lebih buruk. Mungkin penangguhan mesyuarat itu untuk memberi peluang dan ruang lebih lama kepada pemegang-pemegang jawatan dari kalangan ahli PAS di dalam kerajaan Pulau Pinang .

Patuhilah kuputusan muktamar dan usul Dewan Ulamak yang telah diterima tanpa bahas oleh muktamar.. Putuskan hubungan kerjasama dengan DAP, kerana itu yang geng ulamak sendiri yang mahu. Mahu pegang jawatan sampai mati. Betul-betul geng ulamak tak ada maruah diri!!

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kiranya ada asas, laporkan aje pada ros (bukan anak cikgu mansor). biar pas dibubarkan. bolehlah nanti geng ug buat parti pas (baru) dgn lambang bulan separuh atau keris berlatar belakangkan bulan.

Unknown berkata...

Geng ulamak ni yg merosakkan pas dan pakatan , aku pun dah tawar hati , ulamak gila kuasa

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah.baru dpt kuasa dlm muktamar,dah buat kesilapan besar dlm muktamar.org mcm ini dipanggil ulamak.Hadoi...ya mmg betul melayu bodo,tp xsemua melayu bodo.Ramai yg dh sedar mana ulamak mana yg Ularmak.Org mcm ni nk diangkat jd pemimpin.Buat malu org islam je..Mrk xtau ke selama ni siapa yg menaikkan nama pas,siapa yg lantang dlm parlimen.Golongan professional kan kan kan.nak harap kan ulamak,kes laung azan je la kes tutup aurat kes laki bini cerai dan pil kuda je mampu diketengah kan.alahai ularmak,sempitnya pemikiran.....goodbye ularmak pas.Aku sokong PASMA

Tanpa Nama berkata...

Apb FITNAH dah mnjdkan sbapakFITNAH & morshittol jdTOLOL stolol7nya

Hanya yg TOLOL-siku-LUTOT jerr..yg blagak bijak buat FITNAH songlap ddlm GELAP



GB,

Org yg IQ tak lulus SRP/LCE(era 70/80an) nih.. mrk belajor bab2 ugama..& yg lulus kan mrk pon geng2 Ugama yg TOLOL2 juga..syalibus mrk tak pernah brkembang..dok jenoh mgHAFAL kesah2 Arab-NAHU-SARAF-Tajwid yg dah lebih 1400tahun lalu..


......"evolusi PEMIKIRAN teknoloji dan komunikasi maklumat trlalu7JAUH brkembang"


Klu mrk bukan ngaji kat pondok & masuk sekolah BIASA..klu ada 7 klas A B C D E F G mrk nih akan dpt paling bagus pon klas C/D E & bawah?

Mrk LANGSUNG tak layak dr segi IQ utk masuk skolah2 sprt MCKK TKC STAR SEDAR ALAM SHAH MRSM dll, sbb tu mrk hampir pasti hancus LCE/SRP sbb IQ-Maths mrk ciput-tolol-COROT?



......."ukurlah baju pd BADAN sendiri"..



Bila depa dah boleh sikit hafal bab sjarah-bole cakap Arab sikit2 tambah pulok dpt ijazah-SAMPAH drp pak2 Arab yg lg teruk-korup nya tu?? depa nih dah mule naik TOCANG wehh & "PRASAN" pandai smua..huhu



..........."jgn lah jd sprti KADUK naik junjung"..



Depa jd lg TOLOL bila org2 dah panggil depa ostad apatah lg bila diNOBAT konon2nya sbg "ularrrMak" pd hal klu depa masuk skolah biasa SRP/LCE--Maths pon tak lulus!?


.........."jgn lah berangan2 mcm Mat Jenin"..




SEDANGkan..

Sebaliknya..

Org mcm Dr Dzul Dr Hatta Nizar Hanipa Khalid Samad Dr Mariah dll.. yg IQ depa memang ALLAH dah anugrahkan "HEBAT" depa nih boleh pulun apa yg Hadi Awang hafal/belajar berpuloh2 tahun tuu..hanya dlm masa 6bulan @ lebih2 setahun jerr!?

........."moga jd lah resmi PADI makin tunduk makin berisi"..



Sbb IQ depa ALLAH anugrahkan memang HEBAT sbb tu depa hebat dlm subjek2 Maths Sains Fizik Kimia Economic dll..dan mrk mudah mnguasai BAHASA2 Omputih, Manderin, Tamil & Arab skalipon..

Mrk juga sgt7Arif BASIC undang2, dan otak depa "laju" sbb itu mrk LANGSUNG tak takut wacana-DEBAT-hujjah skalipon dicabar kat dlm Gereja dan dimana2 shj..

...mrk snantiasa berdiri dgn sbnr7HAQ-UNVRSAL-value ygAZALI disuloh sbnr7CAHAYA yg maha7TERANG sbb itu suara mrk sgt2 lantang dan mnguasai lebih sparuh SESI parlimen dr pmbangkang dgn penoh smangat KBERANIAN!?


........"benih yg baik w.pon dibuang ketengah2 LAUTAN akan mnjd pulau"..




INGAT..

Ingat sejarah..

Nabi SAW pon dr kalangan IQ yg sgt7HEBAT w.pon nabi tak masuk sekolah & buta-HURUF tp dr sudut IQ nya sgt7HEBAT sbb itulah "IDEA"nya dihormati ddlm mncari pnyelesaian MASAALAH dikalangan msyarakat jahiliyah w.pon diusia mudanya lg..sblum diangkat mnjd rasul dan nabi...

Sbb itu nabi SAW bershbt dgn Abu Bakar AbdurRahman Auf Othman dll yg ahli/pakar ddlm perniagaan yg juga mmiliki IQ yg sgt7HEBAT krn latar blakang prniagaan-profesional antaraBANGSA diSyam Yaman dll yg trdiri/bercampur dengan brbagai2BANGSA dan
brbagai2Bahasa


......."hanya JAUHARI yg arif mngenal manikam"..

.......&......"Great minds THINK alike"...



SEBAB

Sebab itulah ularrrMak2/ahlulKitab Yahudi & Nasrani sgt7DENGKI trhdp nabi SAW seolah2 nabi yg baru seTAHUN jagung belajor mngHAFAL sejarah-WAHYU tiba2 berani mncabar mrk utk hadir berDEBAT & berHUJJAH...sdangkan mrk tlh pon mndpt NOBAT dan "Tauliah" berpuloh2 tahun sblum nabi!?


........"ingatlah hikayat berguna Hang Nadim dgn Spura dilanggar todak"..



...tetapi krn IQ nabi SAW yg dianugrahi'NYA itu memang bnar7HEBAT maka mrk pon terpaksalah mnggunakan kuasa kepala LUTOT-&-SIKU utk mmbuat-makar-FITNAH-onar-@ "CHAI" agar dpt mmbunuh/mnghapuskan sbnr7PEMBAWA sbnr7CAHAYA-erti-KBNARAN yg maha7TERANG itu..

Quran(59:21)
........."semua hujjah-HAKIKAT itu hanyalah utk yg bnar7brTAFAKKUR sdlm7nya"..


Cobalah renong2-visualisekan sinetron ini dgn mndlm..


Nota:

TAFAKKUR = IQ-Akal yg HEBAT berfikir dlm sdlm7nya!!!

huhuhu,,bukannya dgn LUTOT-&-siku?

antiasobiyah berkata...

AYAT SELAMAT..TUAN GB!AYAT SELAMAT.."DLM ILMU ALLAH"...KURAB DOG PUNYA CHAI...!!!BUZZZZZZZZZ...

Tanpa Nama berkata...

Minta mintalah termakbul doa pascai untuk berpisah dr pakatan....biar pascai mcm dulu balik....yg penting nik amar dah masuk tv3....din ayam dan zuhdi dah berjaya dlm tugasan mrk utk pecah belahkan pr?....sekadar persoalan...

Tanpa Nama berkata...




.
Setahu kita lah Mursyidul Am bukan boleh diganti oleh orang lain selagi masih hidup dan tidak uzur.

Orang yang di pilih sebagai Mursyidul Am ini kerana warak dan kehebatan amalan nya. Jika pilih orang lain sebagai ganti akan timbul persoalan kemungkinan penganti nya kurang alim dari yang menyandang. Jika kita bertanya atas sebab apa perwakilan pilih Hj Hadi, sekarang kita tertanya pulak atas dasar apa PAS pilih Haron Din?

Jika boleh di ganti pun, kekosongan tempat tersebut tidak boleh dibiarkan lama ini bukan jawatan politik seperti Presiden.. Kalau tidak lebih baik terus tidak ada Mursyidul Am. Dan jika susah sangat . kita caikan Ustad Ahmad Awang jadi Mursyidul Am.

Mengapa Mursyidul Am tidak putuskan kemudian baru lah bentuk semula Majlis yang baru? Bila dah macam ini tahu pulak nak lari ke Mekah. Harap niat pergi memang kerana Allah ta'ala bukan nak lambatkan mesyuarat MSU.

Lagi tak faham kalau ada ahli Majlis yang di keluarkan dari menganggotai majlis yang baru. Jila jawatan politik kita faham ada turun naik tapi ulama boleh ke bulan ini dia bagus, bulan depan dia tak bagus.

Rosak lah PAS kali ini kalau semua nya Ilmu Allah. Sah memang kepimpinan baru tak ada perancangan. Kalau lambat luar dari tempuh yang tak masuk akal, jangan salahkan mereka. Tak kan nak bagi alasan puasa. Lepas tu sebab raya. Guna kan lah akal. Jadi tak jadi tu Ilmu Allah.

Ini lah padah nya bila Haron Din masuk campur dengan berpihak kepada individu tertentu bukan ikut had-had yang telah ditetapkan demi menjaga kemulian majlis.

Yang serba-salah pemimpin PAS yang ada jawatan, nak ikut ulama yang macam ini atau nak jaga maruah sebagai orang Islam?

Tanpa Nama berkata...

Aku dah tak tahu nak kata apa dah....

Nak telan ker, tak telan ker, Sabu & Husam are both gone....

Huhuhuu....

Tanpa Nama berkata...

Mereka tu bukan ulamak....mereka ostad ostad ajer...ulamak tdk akan membiarkan dan memberi ruang kpd umno bn yg zalim meneruskan kezalimannya....ulamak menganbil kira semua aspek kehidupan sbg ibadah....termasuk memperkukuhkan pakatan menentang kezaliman umno bn....secara tak langsung ostad ostad ni memberi talian hayat kpd umno bn....mereka tak nampak keutamaan...

Malaysiabaru berkata...

Mcmni jawapan 'ghostbusters'... Alam jin dah panggil mesyuarat di mekah mintak kuasa untuk bergabung dgn umno

Beribu botol air mineral jampi prof datuk dr haram bin djin di beri minum perwakilan pas untuk mudah gabung dgn umno

Malangnya ahli pas tidak ada political moral langsung untuk letak jawatang setelah party memutuskan hubungan dgn dap.
Bila pas perintah Malaysia dgn umno, tidak ada lagi political conscience political convention lebih teruk tidak ada political moral !!! Just like umno..

Pakatan rakyat today is pakatan zina...
Oh my god!

Tanpa Nama berkata...

bijok!!! inilah dikatakan pemimpin bijok!!
sebutir supo Perdana Menteri kite

Kelantan masaloh banjir - cabut ke Pulau Hawai
Sabah masaloh gempa bumi - cabut ke Arab saudi
suruh jawap 1MDB - gi buat umrah

kenapa PM taknok kata "Sekarang saya bukan lagi Perdana Menteri Malaysia"

DinSikuLutut. berkata...

kah! kah! kah!
harun jin kata beliau bukan lagi mursyid am!... ini bermakna majlis syura tidak boleh adakan mesyuarat tanpa mursyid am. maka isu-isu yang melibatkan majlis syura tidak boleh diselesaikan pada masa ini.
aku jadi keliru mengenai majlis syura, bukankah mursyid am yang memimpin majlis syura adalah individu tertinggi dalam hiraki PAS. Jika PAS tiada mursyid am, bererti PAS ibarat organisasi tanpa kepala. Jika tubuh tanpa kepala ertinya bukan lagi manusia sempurna, dan orang melayu panggil makhluk ini jembalang atau hantu. Jika PAS sudah jadi jembalang atau hantu, ini merupakan kes berat yang mesti diselesaikan segera.
Mursyid am adalah jawatan istimewa dan beliau tidak dipilih oleh ahli PAS. Bahkan jawatan ini adalah jawatan yang dipilih oleh ahli majlis syura. Setelah jawatan ini kosong dengan kematian TGNA, mengapa jawatan ini dibiarkan kosong dengan jarak masa yang lama?
Kenapa ahli majlis syura tidak mengesahkan harun din sebagai mursyid am?
Mengapa harun din hanya diberi status "sementara" dalam jarak masa yang lama?
Sepatutnya ahli majlis syura dan setiausahanya berusaha supaya jawatan mursyid am diisi segera daripada sibuk bertanding dalam pemilihan parti, kerana majlis syura sepatutnya tiada kaitan dalam pemilihan parti.
setelah harun din mengakui beliau tidak tahu lagi siapa akan dilantik sebagai mursyid am PAS. maka nama ust Ahmad yakob tidak boleh diketepikan sebagai calon mursyid am, kerana jawatannya sekarang adalah Tim. mursyid am.
Namun ust Ahmad Yakob bukan calon terbaik untuk jawatan ini, kerana pengalaman politiknya dan tahad ilmu agama diperingkat masih tohor.
Calon yang paling terbaik bagi jawatan ini adalah TGHH, beliau seorang ulamak terkenal dan seorang yang mempunyai pengalaman politik PAS yang amat luas. Jawatan politiknya sebagai Presiden parti boleh diserah kepada calon-calon lain seperti Mustafa Ali atau cikgu wan rahim (kota bharu).

Tanpa Nama berkata...

hahahahhhah..kihhhhhhhh....Tergolak sakan dibeuknyo, dah beraaakk merato-rato, eeehhh tak ngaku pulak dio yg buek,....apo maso tongah bincang awak tongah nangkap JIN alfret ko!!!ni nak "buying time" la ni nak nolong geng2 ug mentekedarah elaun la tu!!!bilo agaknyo nak meeting ni....meeting ulamak pakai "chai"agaaknya.

ohhh mesiaku...napo ado ulamak yg "bongek" camni..eeehh.

Tanpa Nama berkata...

Haron din lepas tangan pulak.tgu mesyuarat yg ntah xtau bila.mcmne ni pemimpin xda visi dan misi.hadi yg punya arahan putuskan hubungan dgn DAP baru terbongkar baiknye DAP bg 1100 jawatan pada org pas walhal adun pas menang1 kerusi ke kat penang.malu nya pas....mana nk letak muka.....nik amar ckp besar tp hakikatnya cakap tak serupa bikin..

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi bijok weh! jangan duk fitnoh dia bodo.
Dia bui buoh, Stopa Ali suroh Majlis Syura tanggung

Hj Hadi cabut ke Jepun
Haron Din pon kena cabut jugok!

sizzly7761 berkata...

Repot sama ROS..biar mereka semak samada semasa muktamar berlangsung..adakah pemegang jawatan yang dilantik masih berkuatkuasa perlantikanya? Ini nampak macam PAS membakul sampahkan perlembagaan sendiri.. usul yang diterima oleh muktamar baru nak diendos oleh MSU? DUPP yang buat usul tak tahu hukum hakam ke? Nampak sangat kepimpinan baru ni menguruskan kerja parti ikut syok sendiri tanpa berpegang kepada peraturan dan perlembagaan Parti yang meletakkan muktamar tempat mengendos dasar dan keputusan MSU..

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi kata sokonglah Najib.
Sokong tu sokonglah, kenapa pulak Najib tembor ke Jepun Arab
Ulamak dua ekor nih gi jugok. Rasernya

1. Lubuk emas kat M'sia kena kepong. Najib pergi Jepun raser nak pinjam beberapa ketul. Pergi Arab Saudi pon raser nak pinjam gok mungkin Jepun beri tak cukup timbang.

2. Bijok gok Ulamak kita, sorang gi Jepun, sorang lagi gi Arab. Ingat wat balik banyok sket, banyok pitih nak pakai weh.

3. Kerajaan DAP P.Pinang dah banyak kali pesan.
kita sudah cerai, kita DAP Cina dah tak boleh tolong lagi nak tanggung anok mu, mok bapoklah tanggung, bukan anok hok kita beranok.

Kos tak banyak, kita bagi gaji minima wat makan minum jer,
tiap2 bulan campur GST campur Socso campur EPF cuma RM1200 sorang.
1000 anok tu cuma 1.2 juta jer.
Kita dah tanggung bertahun-tahun, 14 juta jer setahun
Haron Din Hj Hadi kan ada Najib 42billion, ambeklah anok mu
kita ada banyok lagi hok tadok peluang duk tunggu nok raya nih!

aku berkata...

Geng Ustaz ni memang aku akui mereka mempunyai ilmu yang banyak, banyak menghafal kisah sahabat nabi tetapi mereka tidak beramal dengan ilmu mereka, buat keputusan ikut emosi itulah jadinya, lepas tu keluarlah cerita Khalid Ibnu Walid yang dipecat oleh omar dsbnya, tetapi mereka lupa bagaimana omar ketika berperang dan hampir2 membunuh orang kafir tetapi tidak jadi membunuh kafir tersebut dan ini menyebabkan orang kafir tersebut terkejut kenapa omar tidak membunuhnya, lantas umar memberitahu kafir tersebut, dia tidak jadi membunuh kafir tersebut kerana kemarahan tengah menguasai diri jadi jika dia membunuh kafir pada ketika itu maka dia membunuh bukan kerana Allah tetapi disebabkan api amarahnya. Jadi jangan biarkan api amarah menguasai diri sehingga kita lupa tujuan kita menawarkan diri untuk memimpin perjuangan Islam adalah untuk Islam bukan untuk puak kita.

Tanpa Nama berkata...

'DALAM ILMU ALLAH' pakai CHAI pun boleh cakap begitu? MUNAFIKUN.....

Tanpa Nama berkata...

Apa yang terjadi pada Pas la ni amat menyedihkan.SEDIHNYA KERANA PUANCA KEJADIAN SEAKAN DISENGAJAKAN ATAU MEMANAG DISENGAJAKAN.Ada tangan2 ghaib dalam Pas yang lakukan semua ini.Naluri saya mengatakan tngan ghaib itu datangnya dari PRESIDEN DAN MURSYIDUL AM SENDIRI.Yang lain2 tu Wak yit wak yit hak ikut arahan saja.Mungkin masa rancang dulu . ingat bolih untung.Tapi rupa2 nya alas ko rugi.Apabila nampak rugi maka kele kabutlah puak2 dia.Habih bekucar wak yoh.Maka arun jin pun cari jale lepas tangan.Gi umrah minta tobat muga banyak wat dosa harap2 Allah terima tobat dia}.La ni kita pakat itai tengok lagumana kesudahannya.Rakyat meluat bedo oh dah dengan ahli politik GILA KHINZIR lagu ni.CIsssssssssssssssss

Unknown berkata...

InsyaAllah kalau dalam masa seminggu lagi tak selesai maka aku akan buat laporan kpd R.O.S atas kapasiti ahli biasa PAS...Lepas tu kita tengok siapa yang kena....tunggu.

Unknown berkata...

Aku tak peduli mari kita pakat main ikut kepala kita pulak....PAS bukan harta mak bapak hj hadi atau harun jin.

Anti Fitnah berkata...

Apa lagi nak dibincangkan? Demi maruah dan nama baik, teruskan saja apa yang dah diputuskan. Tapi, tapi, tapi ni apa? Tapi ni untuk orang yang bukan bertaraf ulama sahaja. Itu sebab aku minta TGHH melepaskan jawatan Presiden PAS, biarlah orang lain pulak memegang jawatan. AJK yang sedia ada pun bukan boleh dipercayai sangat termasuk Tuan Ibrahim. Walaupun sedemikian, depa bukan orang yang diboikot oleh DAP. Yang sedih ialah depa ni tak berapa cerdik sebab terpilih atas cai, bukan atas kebolehan dan kebolehpercayaan.
Lagi lambat PAS membenarkan keputusan muktamar, nama dan integriti PAS makin merudum malahan mungkin akan setaraf dengan UMNO assobiyah tu. Sejahat-jahat DAP, depa tak mungkir janji. Sebaik-baik PAS, pengkhianatan asyik dianjurkan. Nauzubillah.

Tanpa Nama berkata...

Hah! Elok la tu lepas mesyuarat Presideng ke Jepun, (bekas) Mursyidul Am ke Mekah, tinggal orang2 bawahan macam anak2 ayam kehilangan ibu...
Kah... kah... kah... Kalakau bin Untau.... PAS kan dah kuat...

Tanpa Nama berkata...

Parti Islam Semalaysia da x wujud..

saf kepimpinan baru ni da sah2 pijak perlembagaan sendiri..org mcm ni ke kita nk hrp bela rakyat..bt keptusan ptus dgn dap tapi masih pegang jawatan di penang..mana maruah mat serban mat jubah ni...

maaf ckp la..skg yg wujud Parti Siku lutut Semalaysia..

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS...

sizzly7761 berkata...

Inilah hukum kebenaran..gelaran munafik haraki yang diberikan kepada pemimpin profesional telah terkena atas batang hidung ustaz2 dan ulamak! DUPP kata jangan salahkan mereka..salahkan muktamar! Cakap macam munafik!

azhar rangkuti berkata...

bukan Umar ra tapi Sayyidina Ali kwh

Tanpa Nama berkata...




.

Baru sementara jadi mursyidul am dah macam-macam hal, Masa nak kaji keluar pr dan belasah dap macam mursyidul tu tak ada orang boleh lawan dia atau setaraf dia sebagai mursyidul am. Agak nya dah dah habis semua jin di tangkap, tu yang tak ada kerja.

Masa muktamar, tentu perwakilan yang terdiri dari murid darul tangkap jin bercerita pengalaman masing-masing dapat tangkap 2, tiga jin. Pasal parti kemudian.

Jatuh ranking ulamak.

bat8 berkata...

Sah buta perlembagaan PAS. Pi baca pasal 18 perlembagaan PAS supaya lgi jelas. Pastu baru komen.

bat8 berkata...

Sila rujuk pasal 18 perlembagaan PAS mengenai MSU.

Perlembagaan PAS kata kalau MA xde Timbalan boleh mempegerusikan mesyuarat MSU.Kalau Timbalan MA xde, hendaklah dipilih salah seorang ahli MSU yg hadir untuk mempegerusikan mesyuarat MSU.

Perlembagaan PAS xde sebut kalaj xde MA, mesyuarat MSU xleh buat. Syarat mesyuarat MSU disebut secara detail dalam perlembagaan PAS bagi mengelak sebarang manipulasi oleh mana2 pihak seperti jawapan SU MSU tu.

Tanpa Nama berkata...

Nnti ada orang overruled keputusan yg telah dibuat...kahkahkah...siamang betul la....

Tanpa Nama berkata...

sibuk2 siu PAS ni...

dah lama tk dgr berita UST ISMAIL KAMUS la

rindu pulak kat org tua tu.

fikrah dia lebih baik lembut dan berhemah, tidak ego sombong bongkak

semuga beliau sihat dan dilindungi sentiasa

Tanpa Nama berkata...

Dalam kelam kabut begini orang yang berkuasa dan bertanggungjawab habis lari. Apahal ni? Nampak sangat tak berkarisma. Terserlah sangat perangai huduh. Selesaikan masaalah dulu. Selamatkan parti. Jangan hampakan rakyat biasa yang telah berkorban harta, masa dan nyawa untuk parti. Kalau dah tak larat letak jawatan. Jangan jadi nyanyuk. Saya rasa lagi elok settlekan semua isu sebelum terlambat (dah terlambat pun)kemudian tu letak jawatan. Duduk rumah layan bini-bini, cucu-cucu dan nikmati hari-hari tua dengan hobi sendiri seperti menulis buku, mengajar kitab, bertadarus, memancing, berkebun, memburu dan juga main golf!!

Tanpa Nama berkata...

Lembab betul puak-puak PAS ni. Parti sudah koyak rabak. Yang digelar ulama pula entah apa kebolehan mereka. Dengar berita ada yang sibuk dengan membuat air jampi. Bila sakit ke hospital kerajaan/swasta. Jadi apa kuasa air jampi depa ni?

Rosak PAS kerana Ulama.
PAS sekarang sudah berpindaj ke zaman batu.

Tanpa Nama berkata...

ASSALAM. NIKMAT MERDEKA...malaysiaku tercinta..anugerah allah utk kita semua...pelihara lah ia dgn menzahirkn sokongan anda tanpa illat lg kpd golongn ahlu sunah wal jamaah pimipinan Najib tun Razak....lebih stabil, lebih global, lebih sepadu, lebih aman, lebih selesa, lebih berkembang islam, lebih baik dr yg terbaik, lebih menonjol tauladannya pd dunia, lebih dirujuk akhlak rakyatnya, lebih disiplin tata susilanya d tempat org, lebih berjasa pd umat, lebih bantuannya kpd umat, lebih ke depan dlm bantuannya ke palestin,rohingya, acheh, selatan Thailand, selatan Filipina, bantuan ke timor leste, orang kemboja, orang islam bosnia, org islam Albania, org islam Rusia, org Mekah dll....uuuupps x larat dah...sapa2 pun adA kelemahan...jgn toleh belakang lg... terus berjuang bersama golongn ahlus sunah utk menentang puak2 taghut komunis, syiah, kritianisasi dll...semaikan iman didadamu, tenangkn emosimu dgn akal yg waras di pandu dgn petunjuk ilahi... BUANG YG KERUH AMBIL YG JERNIH.....STOP TALKNIG, START DOING TO GAIN THE POWER OF AHLUS SUNAH...TAKBIR! ALLAHU AKBAR!