11 Jun 2015

Haji Hadi Yang Arah Lulus Usul Bahas Putus Hubungan Dengan DAP


Lulus usul tanpa bahas arahan Hadi

Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.

Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja,"
katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.

"Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.

"Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan,"
katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.

"Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan. Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya. -SH

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan terus. Kini terdedah sudah bahawa keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas sendiri, Haji Abdul Hadi Awang.

Ini bererti keputusan muktamar itu adalah SAH, kerana Haji Hadi sendiri mengarahkan. Bukankah Haji Hadi sebelum ini (iaitu di dalam kes Langkah Kajang) dikatakan mempunyai kuasa veto?

Kedua, kedudukan Haji Hadi sendiri sebagai Presiden PAS dan Naib Ketua Ulama Sedunia telah mengarahkan usul itu diterima tanpa bahas, mengapa pula perlu dibincangkan lagi dalam Majlis Syura Ulama tentang soal hukumnya sepertimana di dakwa oleh Ketua Dewan Ulama Dr. Mahfodz Mohamed?

Masakan Haji Hadi tak tahu hukum sehingga ianya perlu dimesyuaratkan semula oleh majlis Syura Ulama?


GB sudah ulas sebelum ini:

Sepertimana yang disebut oleh Mahfudz Omar di atas, jika MSU tidak bersetuju dan mahu usul itu dibahaskan, sepatutnya mereka buat begitu di dalam muktamar kerana kuasa muktamar kuat.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan.

Dan jika MSU dan AJK PAS Pusat membuat U-Turn menterbalikkan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU dan AJK PAS Pusat boleh diheret di mahkamah kerana ia ultra vires. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. Peranan mereka ialah melaksanakan usul yang telah diluluskan oleh Muktamar. Jika MSU berpendapat ia melibatkan soal pentafsiran hukum yang memberi kuasa MSU melakukannnya, maka ia hanyalah untuk makluman "pembawa usul" berkenaan. Dan jika hendak di terbalikkan usul itu, dari sudut pertubuhan dan perundangan, muktamar perlu diadakan semula.

GB bersetuju dengan Hanipa Maidin yang sebelum ini menyatakan:

“PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.

Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip.”

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Prinsip ulamak pas ialah duit.....Serban kopiah putih hudud hanya alat mengaburi mata rakyat...rakyat tidaklagh sebodoh ulamak pas...skrg nampak sgt takut nk letak jawatan,sudah bercerai talak 3 tp masih mau duduk sebumbung.mana nak letak muka skrg Ulamak pass????Dah jd umpama pengemis drp krjn LGE pp.kahkahkah....Passikutut xreleven.PASMA sbg ganti.Ulamak yg Professional

Tanpa Nama berkata...

Dasar putar alam punya tuang presideng.

Tanpa Nama berkata...

Pas nk tawarkan jwtn pd yg kalah muktamar.Ahli professional jgnlah terima atau pun menjadi kuda tunggangan Ulamak.Bak kata nik aziz,jangan masuk lubang 2 kali

Anti Fitnah berkata...

Bila ulamak dah diulamkan ...
Dendam ni sangat merbahaya dan jika dibiarkan, kain yang dililit atas kepala pun boleh terlepas tanpa disedari.
Kalaulah ini BENAR, maka TGHH bukan sahaja harus malahan wajib mengundurkan diri dengan melepaskan jawatan PRESIDEN. Beliau sudah hilang kredibiliti untuk memimpin PAS. Dengan dendam yang ada pada DAP atas sebab DAP tidak mahu berkawan dengan dia, maka diajaknya satu jemaah (PAS) memutuskan hubungan dengan DAP sedangkan bukan semua ahli PAS setuju dengan tindakan ini. Kerana lembu seekor masuk lumpur, maka terpalitlah sekawan.
Dengan adanya sifat sebegini, maka adalah dinasihatkan TGHH berundur secara terhormat walaupun ramai yang menangisi pemergian ini. TGHH seharusnya mengajak DAP berdamai dengan beliau tanpa melibatkan PAS. Ini hal peribadi antara beliau dengan DAP.
Walaubagaimanapun, yang paling TIDAK CERDIK di sini ialah PERWAKILAN yang dilantik oleh bahagian/cawangan dan AHLI PAS yang melantik PERWAKILAN. Dalam Islam, memilih pemimpin bukan berdasarkan CHAI tetapi kemampuan dan kebolehan seorang pemimpin itu. Jadi sekarang, PAS sudah dikuasai oleh pemimpin yang dipilih bukan atas kemampuan dan kebolehan TETAPI atas senarai CHAI.
Teringat aku akan pesanan, Jangan kamu meletakkan orang yang tidak layak pada kedudukan (memimpin) ini kerana BURUK PADAHnya. Maafkan aku sebab dah lupa sepenuh tapi maksudnya memang begitulah. Lihat kehancuran yang akan berlaku di Malaysia dengan menteri-menteri yang kuat menipu, bercakap tanpa fakta yang jelas, ..... HARAMJADAH, HARAMJADAH, HARAMJADAH ... kata PM kita, Tok Jib.

Tanpa Nama berkata...

Janganla marah-marah at mereka. Mereka terlior juga tengok orang duduk di banglo,memeleh hingus jugak tengok orang lain beli lexus, porsche dan bmw, angin juga tengok orang bercuti ke Europe dan US, lagi angin satu badan kalau orang lain boleh berbini muda 2 atau tiga orang. Jubah dan serban hanya prop di pentas je. Jangan mudah terpedaya. Lagi elok orang yang tidak belajar ugama tetapi bila sudah dewasa berusaha mendapatkan ilmu ugama, berusaha mendekati Allah swt kerana mereka sudah tahu apa abikatnya kalau jauh dai Allah swt. Tak heran la bro sekarang ada yang demand sampai beribu untuk muncul dipentas. Kirim salam!!

Unknown berkata...

Dan Hadi pula menjadi barua,menerima arahan dari Umno Najib.

Keluarlah keputusan yang telah di rancang ini..

Tolol!

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Dari penjelasan Mahfudz Omar membuktikan bahawa sekarang ini Pas berpresidenkan seorang diktator yang akan menggunakan kuasa veto demi kepentingan peribadi dan kroni-kroni beliau. Dalam kepimpinan ulama, Pas kini dalam era kepimpinan "Theology Dictatorship" (kediktatoran agama). Demi jawatan, barisan kepimpinan yang baru terpilih tidak akan berani mempertikaikan apa sahaja yang direncanakan oleh Hadi Awang. Ahli-ahli Pas yang membantah agenda Hadi Awang pasti akan dilebel dengan tagline yang lebih buruk dari "barua", "broker" dan "tolol".

Hadi Awang telah berjaya mendoktrin ahli-ahli Pas dengan konsep "walaq" kepada pemimpin. Dengan doktrin ini Pas akan mengalami fenomena baharu bahawa pemimpin adalah "maksum". Segala impian pemimpin akan dijelmakan dalam konsep "kewahyuan" dan tidak boleh dibantah oleh ahli-ahli parti. Akhirnya ahli-ahli Pas yang berjaya didoktrin dengan konsep kewalaqan tidak akan mampu membezakan antara kehendak pemimpin dengan tuntutan agama. Pada hikikatnya, Pas hanyalah wadah perjuangan. Pas bukan satu-satunya wadah untuk memperjuangkan agama. Terlalu banyak NGO dan parti yang memperjuangkan agama Islam, dan bukannya Pas sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dalam Pas sekarang ni..banyak ulamak murtabak..bukannya ulamak MUKTABAR.

Tanpa Nama berkata...

Kesian pada pengundi2 pas.mrk mengharapkan pas mnjadi parti politik islam yg boleh dibanggakan.akhirnya kembali ke zaman gelap....

Unknown berkata...


Salam semua:

Sebenarnya PAS sekarang is GONE CASE, dah jadi sejarah:
Apa yg kita katakan dulu memang "CLEAR CUT"
TGHH :Adalah Bapak konpirator, Dialah mengatur rancangan, melalui Grand Design Mursydul AM , Peringkat Operasi di ketui oleh TITM.(Ini berlaku apabila TGNA (MA) Meninggal dunia, Dan DSAI Dipenjarakan)


AKIBATNYA PAS DAH TERJADI SEPERTI SEKARANG:

VISION/VISI: Hantam sajalah Labu,Asalkan Cakap pasal Islam.
MISSION/MISI: Medaulatkan Hudud ,Melalui Matlamat Menghalakan Cara.
1. Boleh bersama DAP:Pasal laba jawatan/kuasa.
2.Boleh bekerjasama dgn UMNO,Untuk memertabatkan bangsa meLAYU.
3.Gunakan Theory Macheovilli, Apa yg untung bagi aku, aku bedal,apa yg rugi bagi aku aku buang, TIADA SETIAKAWAN.
4.Hari ini Presding kata boleh kawan dgn Najib, Esok pula Timbalan presdeng kata kita lawan Najib.

Jabatan DUPP:Dewan ulama membentang kan Usul
Jabatan MSU:Majlis SYURUU ulumak akan memastikan Usul
yg diputuskan, AKU dapat habuan tak!!!kalau habuan utk aku takada, boleh buat u-turn.

Gerak -Kerjak: Sekarang ni DI SUB-CONkan Pada:

MEDIA: Disub-conkan pada Utusan,BH,TV1,2,3,ASTRO
Aktiviti Mesjid :Akan di subcon kan pada ustaz-ustaz "sampul"
Aktiviti Undang-undang: Akan di subcon pada sape2 yg pandai auta.
Activiti Rakyat : psssttttt..psstttttt..tak boleh bising kena bersangka baik dgn kerajaan melayu yg ada.
Activity Felda: akan di subconkan: sedang interviev calan2.
Activity wanita activies: akan di subconkan: Aishah dah reject,sedang iklankan jawatan kosong.
Activity anak muda: Nik abduh sedang sibuk dgn Presisdeng kesana kesini, sedang mebontoti orng2 tinggi UMNO:

SLOGAN PAS FOR ALL, DAH JADI ALL FOR PAS.
So nasihat saya pada pejuang-pejuang rakyat, Jika masih lagi nak bersama PAS,"Forget about it" ANDA akan hanya MEMBUANG masa yg amat berharga sahaja, anda jadi "orang bebas" kumpulkan ahli-ahli dgn bijaksana,groupkan group2 pro, IT,cendiakawan,gerakkan2 Islam,ahli-ahli yg cenderung pro-rakyat "Brainstorming, crack kepala sekejap" set-up satu sistem yg Match ciri-ciri murni islam dan perjuangan rakyat.Jangan jadi macam APU,Angkatan Perpaduan umah dulu awal 90'an, TIADA Preparation, perjuangan berdasarkan "EMOSI"DENDAM" dan "GERAM" Ianya tak mebawa kita kemana-mana. Jika perjuangan kita IKHLAS INSYALLAH ALLAH AKAN TUNJUKKAN KITA kejalan yg benar.

WALLAHUALAM.

Tanpa Nama berkata...

Cuba anda lihat kecerdikan berpolitik DAP... kenapa mereka buat keputusan cuma putus hubungan dengan PRESIDEN PAS sahaja bukannya PAS.....

Dan lihat pula kecerdikan berpolitik PAS... dimana mereka memutuskan hubungan dengan DAP bukannya dengan Guan Eng atau Kit Siang..

Inilah dinamakan kecerdikan berpolitik dimana presiden PAS dan Ulamak PAS di jual sekupang dua sahaja oleh DAP dengan perkara ini.. dan sekarang lihatlah PAS sudah terperangkap dengan kenyataan mereka.

Inilah pentingnya jika hendak pilih pemimpin dimana pilihlah yang otak dan akal ada di KEPALA bukannya di SIKU & LUTUT

Tanpa Nama berkata...

SUDAH lah Din, Letak lah jawatan dari GLC Selangor tu. Patuhi Muktamar dan Usul Dewan Ulama. Hubungan dah putus tak kan terjerit-jerit kata belum muktamat. Kalau U-Turn mana dewan ulama nak letak telor dan air muka.
Keluar le dan letak la jawatan dan buktikan kamu pilih Ulama lebih dari pilih Ringgit

Malu la dok berpaut lagi pada hal dah cerai. Maruah mana

Tanpa Nama berkata...

Pas penang sudah jadi spt hidung tak mancung pipi tersorong2.kahkahkahkah.terperangkap dgn kebodohan diri sendiri

Hazri berkata...

Orang tua saya pernah berkata satu masa dulu...orang terengganu kalau dia bergaduh dia akan dendam....tapi bodohnya pun tiada tolokganti...inilah bukti nyata kata2 orang Tua saya apa yang berlaku di hadapan mata hari ni tentang tuang president yang angkoh, sombong serta dendam....tanpa melihat kepada kesalahannya sendiri sehingga tergamak membuat satu keputusan besar yang merugikan jemaah sekelian.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Hadi tu ditendang keluar dari pas baru aman dunia politik Malaysia ni!

Tanpa Nama berkata...

Betulkah org terengganu bersifat demikian...org cina pun begitu juga...percaya hanya sekali shj...lu tipu gua lain kali gua tak percaya sama lu lagi...betul ke org terengganu begitu..takutnya....alamak bakal walimatul urus ni pun org marang jugak nnt...

sizzly7761 berkata...

Ulamak pun bersikap macam munafik? Lempar batu sembunyi tangan? Buat keputusan bodoh tapi minta Mahfuz yang tanggung? Ulamak penting nama baik diri sendiri...anak buah dapat nama bodoh takpa? Yang si Mahfuz nipun bangang nak mengampu jugak..kalau dah tahu presideng tolol..mengapa ngko pun ikut tolol?

Tanpa Nama berkata...

Umat islam di pijak2 di iraq,rohinghya,yaman, afghanistan,palestin,benua afrika,libya,mesir...

umat islam di panndang hina..dituduh teroris..dibunuh..dirogol..dirampas hak..dihalau..

Di malaysia..geng ularmak jual agama utk kepentingan peribadi...fulus punya pasal...jawatan punya pasal...kuasa punya pasal..perlembagaan sendiri dipijak2..mcm ni ke jemaah yg dikataan membawa gelaran Parti Islam Semalaysia..x malu kee??

aku da x hrp apa2 lagi dgn geng mat serban ni..serius..bagi aku Parti Islam Semalaysia da x wujud...

yg wujud skg..

Parti Siku lutut Semalaysia..

ASALKAN BUKAN UMNO DAN PAS..

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak bincang pasal parti agama, saya rasa bukan pasal agama islam kalau rakyat malaysia nak hidup maju dan makmur.apa kurangnya islam umngok.takan pas nak persoalkan keislaman pemimpin umnngok.seharusnya pas tahu dengan mengamalkan kehidupan seperti dituntut al-quran kehidupan akan menjadi lebih baik.agama bukan untuk mengawal kehidupan orang lain tapi mengawal kehidupan diri sendiri supaya diri sendiri tidak dengan sewenang-wenangnya melabel orang lain sebagai barua broker jebon ataupun haramjadah berapa banyak kluk klek...mana mesyuarat syura mana lagi mesyuarat ajk pusat mana lagi muktamar yang tertinggi.akhirnya kuasa veto presideng perpaduwang jadi taruhan.

Tanpa Nama berkata...

Sedara..kalo sedare kate putus hbngan dgn presiden shj di kire cerdik,nmpk gaya sedare sama jgk x cerdik nye..pkir dlm2.jgn ikut emosi mcm sedar admin kita..overall berkenaan blog ini brsifat dengki n dendam..lngsung xde yg mmbina & ingin mlihat kelemahan diri sndiri.poor u all

Tanpa Nama berkata...

PAS dah jadi Putar Alam Semua/sokmo atau PA Syestem yang boleh diejust-edjust atau Plaza Alam Sentral kakakakakakakakakaaaaaaaaaa cakap macam burung tiong mengajuk orang tapi ape pon tarakkk paham