6 Mei 2015

Rompin: PAS Dapat Apa Yang Dihajatkan, Bertanding Bukan Untuk Menang


BN menang Rompin dengan majoriti kurang hampir separuh

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Rompin apabila calon mereka, Datuk Hasan Arifin berjaya menewaskan calon daripada PAS Nazri Ahmad dengan majoriti 8,895 undi, lebih kecil berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Hasan berjaya memperoleh 23,796 undi, manakala Nazri hanya memperoleh 14,901 undi.

Pengumuman rasmi keputusan pilihan raya kecil (PRK) Rompin dilakukan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Rompin Datuk Haji Fadzilla Salleh pada jam 10.25 malam tadi, di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Kuala Rompin, sebentar tadi.

Calon PAS bagaimanapun tidak hadir ketika pengumuman itu dimaklumkan.

Proses pengundian bermula sekitar jam 8 pagi tadi dengan sejumlah 38 pusat mengundi dengan 115 saluran dibuka bagi membolehkan 52,744 pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka.

Peratusan keluar mengundi pada PRK Rompin hari ini juga lebih rendah apabila hanya sekitar 74% keluar mengundi berbanding 85.9% pada PRU13 lalu.

Turut hadir dalam pengumuman itu termasuklah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan serta beberapa kepimpinan tertinggi BN lain.

Kawasan Parlimen Rompin mempunyai seramai 53,294 pengundi berdaftar, menyaksikan majoriti 87% merupakan pengundi Melayu yang kebanyakannya menetap di 14 petempatan Felda di seluruh kawasan Parlimen tersebut.

Manakala kelompok kedua terbesar adalah pengundi lain-lain, yang majoritinya meliputi pengundi daripada komuniti masyarakat Orang Asli, dan kaum India, sekitar 9%, diikuti pengundi kaum Cina, hanya pada kadar 2%.

Ketika PRU13, sekitar 85.9% pengundi keluar mengundi daripada sejumlah 53,596 pengundi berdaftar.

Pengundian awal yang dilakukan pada 30 April lepas, menyaksikan sebanyak 85.1% atau 464 pengundi daripada 545 pengundi awal di 4 lokasi pusat pengundi.

PRK Parlimen Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya,Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang maut dalam nahas helikopter pada 4 April lalu.

Pada PRU Umum ke-13, Jamaluddin mengalahkan calon PAS, Nuridah Salleh dengan majoriti 15,114 undi. -TMI



ANALISIS ROMPIN: ANAK VS BN

PRK Rompin agak menarik untuk di analisis. Khususnya Parti PAS dan calonnya Nazri Ahmad. Hasil tinjauan 8 hari team kami di Rompin menampakkan seperti berikut.

1. PENANGAN KEMPEN TEAM ANAK iaitu NGO Anak Anak Peneroka FELDA yang mesra PAS pimpinan Mazlan Aliman sangat berkesan. Jika dilihat dari awal kempen, mereka menguasai isu, menguasai program impak tinggi, jentera tersusun dan berjaya membuat kejutan.

a) Isu - Jika dilihat sejak penamaan calon dilihat seolah oleh Isa Samad (BN) vs Mazlan Aliman@Sachu Sawal (X Bos KPF). Media-media menyiarkan isu-isu tersebut secara baik. Antara isunya FGV, rumah Gen 2, pengurusan ladang dll.

b) Beberapa program impak tinggi berjaya dibuat:

i- Himpunan selamatkan FELDA (Keratong 4)
ii- Karnival Rakyat (Keratong 7)
iii- Jamuan Rakyat- Bandar Tun Razak
iv- Program pengisytiharan masuk PAS/ANAK di hampir setiap rancangan FELDA (khabarnya hampir 1000 sertai PAS)
v- Program malam terakhir di FELDA Selendang.

c) Jentera tersusun- ANAK mempunyai Markaz sendiri di FELDA Keratong 4. Penerangan PRK setiap malam dikuasai oleh lebih 60 peratus penceramah daripada ANAK seperti Mazlan Aliman, Sachu Sawal, Said Jonid, Nasaie Ismail, Rahman Jempol, Noraza Muda, Aris Fezol dll. Dari permulaan hari berkempen. Pembawaan kempen mereka lebih dekat dihati pengundi berbanding lain.

d- Kejutan- Pengistiharan kemasukan Datok Sachu Sawal bekas CEO KPF dan Ghani Mamod bekas VP FGV mengejutkan BN. Dilihat Sachu lebih teruk diserang Cyber Trooper BN berbanding calon BN sendiri. Sachu dan Said Jonid (bekas CEO Felda Plantation) dilihat mempunyai jadual ceramah antara terbanyak mewakilan bekas kakitangan FELDA. Jika biasanya orang politik sahaja turun berkempen tetapi kali ini bekas kakitangan kerajaan.

2. ISU GST:
Setiap malam dan setiap penceramah dan risalah diedarkan berkait isu GST dan BN dilihat tidak mampu menjawab isu ini.

3. TIDAK MEMBAWA MASALAH DALAMAN KE ROMPIN

Walaupun pada awalnya disebut calon Rompin daripada kumpulan tertentu dalam persaingan muktamar PAS. Namun dilihat tiada boikot memboikot diantara team sepanjang muktamar. Dewan Ulama dengan aturan kuliah maghribnya setiap malam dan himpunan Hindar di Bandar Muadzam. Manakala team Erdogan turut hadir berceramah dan kebanyakannya hadir 2 pusingan. Nama nama seperti Khalid Samad, Mahfuz Omar, Suhaizan Kayat, Mohammad Sabu, Siti Zailah, Dr Dzulkefli Ahmad dan lain lain nama hadir memberi penerangan sepanjang kempen. Ini tindakan bijak. Ketepikan soal dalaman dan fokus lawan BN.Masalah dalaman PAS Rompin juga tidak kelihatan walaupun awalnya cybertrooper BN menyerang hal tersebut. Nuridah Saleh bekas calon juga turun kempen. Mazlan Yasin bekas YDP PAS yang dikalahkan Nazri Ahmad juga berkempen dan menjadi wakil calon kepada Nazri. Nama popular sebagai calon sebelum ini Lowyer Fadhli Ramli juga turut berkempen. Faktor beliau kuat mempengaruhi undi dun Tioman khususnya Bandar Rompin. Fadhli mengetuai kempen di dun tersebut.

Kesimpulan

Keputusan PRK Rompin sangat bergantung kepada isu FELDA kerana 55 peratus pengundinya adalah warga FELDA. Strategi ANAK dan kempen anti GST sangat berkesan. Calon muda dan anak FELDA juga satu kelebihan.
-Dr Taki (Penganalisis bebas)




ULASAN GB

BN menang di Rompin. Majoritinya menurun hampir 50%. Undi yang diperolehi PAS tidak banyak berkurang, ini menunjukkan bahawa tidak berlaku sabotaj dari rakan-rakan Pakatan Rakyat di Rompin seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Tahniah kepada semua petugas PR terutama ANAK yang dipimpin Sdra Mazlan Aliman yang bertungkus-lumus di kawasan FELDA yang menyaksikan undi PAS naik mendadak di kalangan peserta FELDA.

Isu paling menyengat menurunkan undi BN ialah GST.

Isu hudud tidak mendatang sebarang masalah di Rompin kerana pengundi bukan Islam cuma di sekitar 6% sahaja. Jadi hampir tiada tentangan.

Keadaan akan berbeza di Permatang Pauh nanti di mana pengundi bukan Islam adalah adalah lebih 30%.

Dan UMNO BN diPermatang Pauh kini memainkan isu hudud untuk menghasut rakyat tolak PKR, mmacamlah UMNO itu beriya sangat hendakkan hudud. Kalau benar apasal Private Bill tak lepas-lepas hendak dibentang di Parlimen? Si UMNO munafik itu pun ramai juga orang PAS yang percaya dan terpedaya. Siap mengajak ahli-ahli PAS percaya dann yakin dengan kata-kata orang yang terkenal dengan sikap munafik itu.



Seterusnya peranan yang di mainkan oleh Tuan Ibrahim selaku Pengarah Pilihanraya bolehlah mendapat sedikit pujian walaupun masih luas ruang untuk diperbaiki.

TITM memperolehi apa yang dihajatkan. Iaitu bertanding bukan untuk menang. Tapi untuk berceramah menyampaikan isu-isu semasa. Rasulullah bersabda - "Kullu kalam addua"... setiap ucapan (perkataan) adalah doa. Kerana TITM dah sebut ...bertanding bukan untuk menang... maka demikianlah kesudahannya, PAS tak menang, kerana begitulah "doa"nya.

"Kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan. -kenyataan Tuan Ibrahim di Sinar Harian (13 April 2015)

D dalam menghadapi dan berada di situsai "peperangan" kita sewajarnya berhati-hati mengeluarkan perkataan apatah lagi sebagai Jenderal perang. Allah akan beri apa yang kita "doakan". Sebarang kesilapan kecil akan membawa padah yang besar untuk seluruh pasukan.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seruplah Hidup bukan untuk PKR. Hidup untuk Allah.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah tak percaya dgn ustod penglipurlara ni. 3 mei lepas buat fitnah pada cikgu2 satu sekolah di kubu gajah

Malaysiabaru berkata...

Mohon Tuan Ibrahim Tuang Mang letak jawatan pesuruhjaya Pahang

Seorang bakal Timb Presideng yg Selalu Kalah

Tantawi Temerloh juga perlu berundur dari politik

P.s tidak cerdik ambik kesempatan di atas sengketa umno ... Dan gst... Sampai kiamat parti pas hadi ayoh Ping ni akn kalah!

mohd shahran berkata...

alhamdulillah kalah.. kalau menang allah tak makbulkan doa

KS berkata...


Ostad paklawak ni kuat temberang..ostad cari makan.

Tanpa Nama berkata...

umno/bn perintah perak. di perak ada sorang mufti yg lantang bersuara. ustaz kazim pun org perak yg menyokong hudud. jadi perak bila nak laksanakan hudud? tunggu apa lg. takut manusia ka takut Allah....

Unknown berkata...

Jgn ajak kami masuk ke dalam lubang biawak utk kali Ke-2. Kalau nak masuk juga, masuklah utk diri anda dan kumpulan anda shj.

Puak UG memang tak pandai taktikal berperanglah..kepakaran mereka mengajar di surau,masjid.elok mereka fokus kepada mendidik(tarbiyah) kerosakan muda mudi zaman kini.

Tadbir urus, strategi serahlah kepada geng profesional.

Tanpa Nama berkata...

Ni anon 8:19 diantara geng pewala yg sentiasa menimbulkan fitnah. Tak siapa yh hidup utk PKR. Kenapa kamu suka memfitnah?

Tanpa Nama berkata...

Ust.. tolong bawa pas keluar dari pkr.. dan jadi la sebuah ngo yg baik.. baik untuk agama, baik untuk manusia sejagat, baik untuk negara dan baik untuk seluruh nya.. dan jadilah kayu pengukur untuk kerajaan agar tidak berlebih lebihan.. jadi lah pembaris untuk meluruskan usaha mentadbir dan menegak syiar islam.. dan rotan bagi yg mengambil kesempatan.. pkr.. bangunlah untuk sebuah kerajaan yang lebih baik dari yg ada..

Unknown berkata...

Dan semestinya hidup bukan utk pas sebab pas menjadikan agama sebagai alat dlm politik kotor mereka.Lu ingat pas tu suci ke....?Perebutan jwtn dlm pas bukti jelas perangai dan akhlak burok seperti monyet adanya.

Tanpa Nama berkata...

mane ade Parti Politik dalam dunia ni yang bertanding pilihanraya takmau Menang...Bohong...habis tu..buat apa buang duit buat poster dan segala macam utk Pilihanraya...lebih baik guna duit tu bg terus kat rakyat yang memerlukan...

tambah pendapatan sampingan sambil layari Internet Copy paste LINK
http://WeeklyFixPay.com/?share=1497

Unknown berkata...

menang Satu bonus.perhjuangan ITU fardu

wakatawakata berkata...

Sah Anon 11.22 bukan orang yang pandai merancang strategi. Anon kena tau bahawa dalam stengah-setengah situasi, kemenangan merupakan bonus kerana ada matlamat lain yang difokuskan.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah PAS kalah dengan keredhaan Allah. Bulan depan puak UG pula akan kalah dengan keredhaan Allah. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

.

Susah lah PAS letak calun macam ini

Perhatikan calun UMNO termasuk di PPauh

Yang standard Husam Dr Hatta Riak muka je orang tahu calun PAS bersandar pada kopiah puteh Jauh mana boleh pergi Nak nya sekarang ini puak Abduh Tantawi dah kontrol

Kalau tak kerana gst jumlah undi PAS lagi kurang dari yang diperolehi

Prepepsi ini telah berjaya di ujudkan oleh Tuan Presiden sendiri

Kepada Allah kita kembalikan

Tanpa Nama berkata...

.

Letak Hj Hadi pun kalah

Imej penting jugak Bukan se kadar menunjukkan akhlak baik di mata pengundi tapi kelihatan orang nya boleh berfikir jauh

Tu sebab kalau muka muka macam pro UG lah yang memimpin PAS tak kemana pun PAS pergi

Ugama ya nak tunjuk imej baik
Politik kena lah tunjuk imej bijak dan cerdik

Apa yang PAS telah buat UMNO pun dah buat Penceramah Program Islam Dulu PAS boleh cakap bila mati kena panggil orang PAS yang uruskan Sekarang mesjid dah boleh uruskan

Yang kita nampak politik fitnah kempen memburukkan lawan berpuak puak yang di guna oleh UMNO dipakai semula oleh beberapa individu dalam PAS

Tanpa Nama berkata...

PAS kalah Ruang dan peluang untuk PAS setakat beberapa hari je

Cukup ke?


Tanpa Nama berkata...

Puak2 UG Ni memang bodoh la. Kalau Rasulullah hantar sahabat pergi perang untuk saja2 kalah, tak de la Rasualullah lantik Khalid Ibn Walid jadi panglima. Tak de la sahabat penat2 korek parit masa perang khandak. Ini pulak, belum apa2 dah kata , kita berperang tak pe kalah.
Nasihat pada puak2 PAS ni, bubar PAS Dan masuk tabligh aje. Tak payah buang tenaga Dan duit. Dah tentu kalah.

Tanpa Nama berkata...

Suruh geng ug p masuk tmpt tablik jgn susahkan org lain.. Jgn ambik tau hal politik.. Puii