2 Mei 2015

Anti-GST: Ambiga, Dr.Hatta, Anthony Loke & Arulchelvan Bebas, 29 Yang Lain Direman


Ambiga dibebaskan, 29 lagi direman

Polis gagal untuk mendapatkan perintah reman terhadap bekas Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan yang ekoran protes anti-GST semalam, tetapi 29 orang lagi yang ditahan, tidak bernasib baik.

Menurut peguam Michelle Yesudas, 23 orang direman selama tiga hari manakala enam lagi yang di bawah umur, direman selama sehari.

Selain Ambiga, yang lain dibebaskan ialah setiausaha penganjur kebangsaan DAP Anthony Loke, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Hatta Ramli dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan. -mk


23 direman tiga hari, 6 remaja direman sehari

Seramai 23 pemuda yang ditahan berikutan himpunan Hari Pekerja semalam akan direman tiga hari sementara tujuh tahanan di bawah umur akan direman sehari lagi, kata peguam Michelle Yesudas.

Polis mendapat arahan itu daripada majistret Mohd Rehan Mohd Aris hari ini.

Polis pada mulanya meminta reman empat hari, kata Yesudas di Twitter.

Pemuda berkenaan ditahan semalam selepas satu himpunan membantah cukai barangan dan perkhidmatan. Kira-kira 10,000 peserta menyertai himpunan semalam dengan dibantu pihak polis.

Sebanyak 29 yang ditahan itu diwakili sepasukan tujuh peguam termasuk Eric Paulsen, Lim Chee Wee, Maha Ramakrishnan dan Chan Yen Hui.

Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur semalam selepas ditahan.

Tahanan berusia antara 16 dan 17 tahun pada mulanya digari, tetapi kemudiannya dibuka gari mereka selepas diberitahu peguam mereka pada 1 pagi tadi, kata Michelle.

Bagaimanapun, permintaan agar pegawai kebajikan dipanggil tidak ditunaikan, dan juga tidak kelihatan ketika permohonan reman membabitkan tahanan remaja itu.

Michelle berkata ibu bapa remaja terbabit dimaklumkan hanya selepas peguam mengingatkan pihak polis pada 1 pagi.

Michelle berkata 23 yang lain terdiri daripada ahli Pemuda PKR serta orang awam lain. –
-TMI


7 ulasan:

Unknown berkata...

Haiya..mana pergi geng,pemimpin UG? Duduk dalam rumah ber aircon ka?

Yg selalu bela rakyat , kena tangkap pemimpin yang sama shj..mereka memang pemimpin yang berkerja untuk rakyat! Saya salute kepada anda!

Kepada PAS,puak UG lalaikan diri anda menikmati kesenangan duniawi..dgn menjaja Ayat suci Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.


Tanpa Nama berkata...

UG = UMNO GENG mana mau sokong pakatan...mereka ini ialah agen UMNO utk hancurkan PAKATAN..... hal ini masih tidak jelas...kah kah kah hairan...

Tanpa Nama berkata...

Ini berita dari another menteri bodoh di dalam BN.

"Putrajaya bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Shabery berkata, sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing.

“Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

“Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Putrajaya juga, katanya, bercadang mengenakan caj tambahan atau mengurangkan nilai panggilan pada kad prabayar.

Ahli Parlimen Kemaman itu bagaimanapun berkata, keputusan akhir hanya dilaksanakan selepas tinjauan dilakukan terhadap pengguna.

“Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, ia mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.

“Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” katanya.

Najib sebelum ini berkata hanya Shabery layak mengeluarkan kenyataan berhubung isu GST kad prabayar.

"Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya.

Di Twitter, Najib turut mengetag akaun Shabery di @shaberyc lalu dijawab olehnya: “@NajibRazak Yes Sir, saya akan jumpa dgn semua pihak utk dapatkan yg terbaik bagi rakyat dan negara.”

Beberapa pengguna media sosial mempersendakan pertukaran mesej di Twitter antara perdana menteri dan menteri komunikasi itu.

"Benda kecil pun lambat nak selesaikan," tweet seorang pengguna di akaun @_hafiz.

Seorang lagi menggunakan akaun @MieBird menulis komen: "Baru nak mesyuarat? hmmm."

Sebelum ini, pihak Kastam mengarahkan syarikat telekomunikasi menetapkan semula harga kad prabayar telefon kepada harga asal, iaitu seperti sebelum pelaksanaan GST pada 1 April.

Bagaimanapun, arahan yang sepatutnya berkuat kuasa semalam ditangguhkan selepas Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata Rabu lepas isian semula telefon prabayar akan terus dijual dengan dikenakan GST.

Menurut Halim, penyelarasan harga kepada kadar pra GST itu agak mustahil dilaksanakan bermula 1 Mei seperti yang diminta, kerana kerumitan membuat konfigurasi semula terhadap sistem. – tmi


Dah tahu warga asing guna pra bayar, WAJIBKAN WARGA ASING MENGGUNAKAN TALIAN PASCA BAYAR... TAK MAMPU JANGAN PAKAI... YANG BOLEH PAKAI PRABAYAR HANYA RAKYAT MALAYSIA... JADI RAKYAT PENDAPATAN RENDAH BOLEH DIKECUALIKAN GST... macam nipun nak kena ajar ke menteri?

Tanpa Nama berkata...

Apalah bengap pasal orang asing guna prabayar.. naikkanlah caj panggilan ke sana

Tanpa Nama berkata...

Yang pakai topeng Polis tak arah tanggal kan Yang bakar suar Polis buat tak tahu

Tanpa Nama berkata...

Ambiga Anthony Loke Dr Hatta Ramli dan S Arutchelvan sengaja di bebaskan dan rakyat sengaja di tahan untuk melemahkan rakyat

Di masa hadapan pemimpin dan penganjur jangan mohon di lepaskan selagi peserta dan rakyat tak di lepaskan

Pelik penganjur dan pemimpin yang berpengaruh boleh dibebaskan tapi rakyat di tahan

air gunung berkata...

Bro.ini acara lalai.liberal dll.mana boley joint.x dpt pahala.x boley msok syurga.dipimpin pulak oleh jebon2 munafiq,syiah,lgbt dan segala sifat mazmumah.sudah x suci.boleh mengotorkan kemenangan.hanya yg suci shj baru x kotor.kih kih kih.Hanya yg faqeh lg firman n sabda shj yg layak.yg lain kena sami'na wa Atho'na.kalo tidak no wala'hihihi