2 Mac 2015

Ustaz Dihukum Gantung Sampai Mati


Alor Setar: Seorang ustaz yang juga warden asrama dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan menyebabkan kematian pelajar berusia 11 tahun, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di Arau, Perlis empat tahun lalu.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab terhadap tertuduh, Hanif Muhammad Ali, 31, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh yang berasal dari Teluk Intan, Perak bagaimanapun kelihatan tenang sebaik keputusan itu dibacakan.

Hanif sebelum ini dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh namun dipinda kepada Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan asal di akhir kes pendakwaan.

Bagaimanapun, keputusan di akhir pembelaan mendapati tertuduh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 KK dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Perlis Badius Zaman Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shakir Khairi.

Dalam kejadian pada 31 Mac 2011, Saiful Syazani yang ketika itu berusia 7 tahun koma selama tiga hari sebelum meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini, 5.40 pagi pada 3 April 2011 dipercayai akibat dipukul warden asrama terbabit ketika menyiasat satu kes kecurian di asrama Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis. -HM

ULASAN GB

Kes ini berlaku pada tahun 2011. Baca Kes Murid Mati Dipukul Guru: Hukuman Mati Jika Sabit Kesalahan. GB pernah mengulas. Petikan:

Pengajaran keras untuk sekalian guru/ustaz.

Jika tak sanggup pikul amanah,
jika tak mampu untuk mengawal nafsu ammarah,
jika nafsu mengatasi ilmu dan akal,
jika tak mampu untuk mendidik dan
jadi contoh teladan yang baik untuk murid
maka,
letak jawatan sebagai guru/ustaz dan cari kerja lain

Ada yang bekata "jangan hina kaum guru/uztaz"
sebab dengan mereka kamu boleh mengeja dan membaca

kepala hotak punya dogma!
semua hamba adalah sama di sisi Allah
yang membezakan hanyalah yang bertaqwa

seorang guru, seorang ulama, seorang petani, seorang menteri, seorang tukang sapu, seorang polis, seorang pekerja TNB, seorang PM, seorang peniaga kantin, seorang penarik beca, seorang wartawan, seorang blogger, seorang Presiden PAS, seorang bendahari persatuan kompang, seorang jurugambar, seorang Rosmah, seorang askar, seorang peon, seorang juruterbang, seorang anggota FRU, seorang nelayan, seorang CEO, seorang pereka fesyen, seorang imam di Masjid Negara, seorang jaga, seorang makmum berbangsa bangla, seorang tukang gunting rambut, seorang gurusilat, seorang pegawai kastam, seorang peniaga kaki lima, seorang hakim mahkamah atau sesiapa juga ...asalkan dia bernama manusia:

semua sama di sisi Allah.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mengenal" (QS. 49:13).

Taqwa itu bukan duduk di serban dan janggut, tapi taqwa itu di dalam hati.

Jari kelingking dengan jari hantu dengan jari telunjuk dengan jari manis dengan ibu jari, semua ada tugas dan kelebihan masing-masing. Tiada beza, mereka adalah jari-jari belaka.

Renungkan: Jika guru membuat aku pandai mengeja, petani itu lebih penting, membuat aku dapat memakan nasi untuk teruskan kehidupan. Jika guru itu penting kerana membuat aku pandai menulis dan mengeja, maka pekerja TNB itu juga penting dengannya lampu bernyala untuk menyuluhi rumahku dari gelap gelita.

Dan GB juga seorang guru / lecturer, tapi GB tak suka orang melebihkan GB dengan orang yang berprofesion bukan-guru. Tiada beza diantara sesama kita di sisi Allah. GB seperti orang-orang lain yang juga sebenarnya adalah guru setidak-tidaknya untuk diri sendiri yang wajar hidup berpesan-pesan dan menerima pesan dari yang lain berimbaukan firman Allah s.w.t.:

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Harap2 aku yg mula2 respong post ni, dgn kata2:

Betul , betul tu. Sokong sangat2.

Tanpa Nama berkata...

Kesian ustaz tu
tak boleh ke keluarga tu mengampunkan?

Mungkin dengan keinsafan ustaz akan
menjadikan dialebih bermanafaat kepada agama Allah

Tanpa Nama berkata...

Tahniah dan Terima kasih GB

Moga2 Ulamak Ulamak PAS dan Hadi dapat baca Ulasan GB dan berhenti menongkat langit menguna Kopuah Serban.

Nak menipu saja kerja nya.

Tanpa Nama berkata...

kesiannya ustaz ni, kesian kesian kesian sgt, mudah2an hukuman ini memberi pahala dan syurga buatnya jika dia tak bersalah, aminn ya rabbul alamin.

org yg tak tau cerita jgn dok pandai2 buruk sangka. Aku dengar cerita drp mulut org yg kenal ustaz ni (masa tu dia muda sgt lagi, pernah belajar di utm, tapi tak sempat grad), lepas tu dia bekerja secara sukarela sbg pemandu kpd ustaz2 pas di perlis. Seorang yg akhlak baik dan boleh diharap dan oleh kerana dia juga ada mengajar di sek tu, dia diberikan bilik habuan duduk (masih bujang pun).

ceritanya l/kurang mcm ni, 1 hri bdk tu (yg meninggal tu) didapati mencuri, ustaz menyiasat, sementara tgh siasat tu dia ikat bdk tu di biliknya, tiba bila dia balik didapati bdk tu pengsan/tak sedar diri. Mungkin jgak ustaz tu ada pukul sikit saja. Mungkin dah takdir bdk tu nak ada masalah kesihatan masa tu.

sebenarnya budak tu adalah anak angkat kpd 1 keluarga, ibu bapanya berasal dr langkawi dan telah bercerai. Cara bdk tu ditinggalkan kpd keluarga angkat pun mcm tak patut sbb kalau tak silap keluarga asal budak tu menghilangkan diri mcm tu aja..

mak angkat dan bapa angkat bdk ini pun katanya bersimpati dgn ustaz ni. cerita ni dah lama aku pun ingat2 lupa, secara kasar drp cerita guru2 MADI (Madrasah Diniah Islamiah di jawi perlis yg kebetulan dlm 1 kawasan dgn sek rendah al-furqon) mcm tu lah.

dulu aku ada cerita hal phahrol razi dgn ustaz azizan - cerita drp org dalam yg menghadapi sendiri, kesian kat phalrol razi yg dikutuk gilerr masa tu bukan main depa kutuk.. ni pun cerita dalaman yg byk org tak tau.

Tanpa Nama berkata...

SAYA sokong KENYATAAN GREENBOC, tak kira siapa ANDA, di sisi TUHAN kita adalah SAMA, yang memBEZAkan kita adalah amalan kita,sama sama kita mengambil IKTIBAR dan PENGAJARAN dari KISAH TAULADAN ini. Fikirlah sendiri budak 7 tahun...mengHUKUM yang bagaimana menurut ISLAM. Ini bukan menghukum menurut ISLAM tapi MENDERA beserta IMARAH, PANAS BARAN dan DENDAM....

Tanpa Nama berkata...

Dari tanpa niat jatuh hukuman sampai mati Apa motif@niat dia bunuh anak murid berumur 7 tahun? Melainkan dia memukul menguna senjata atau memukul nya berkali kali

Warga Pendidik mestilah berpegang pada apa yang GB katakan tetapi petani akan menjadi mulia jika mengajar orang lain cara menanam padi dengan betul Pekerja TNB akan dipandang mulia jika mengajar orang baru cara berkesan melaksanakan pemasangan dengan betul

Saya bukan saja kesian pada Hanif tetapi pada semua warga pendidik Pernah satu masa dulu Persatuan Guru mendedahkan yang ramai guru yang tertekan tapi sejak kebelakangan suara mereka dah tak kedengaran

Gelaran Cikgu adalah sangat istimewa dan sepatutnya hanya ada Hari Guru saja seperti mana Hari Ibu dan Hari Bapa tetapi sekarang kita meraikan macam macam hari Hari Setiausaha Hari Jururawat Hari Polis Hari Kekasih

Tanpa Nama berkata...

Sedih... krn nila setitik rosak susu sebelanga. Itu pun hy Allah yg tau samada nila tu dititik dgn sengaja ataupun tidak.

Unknown berkata...

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/04/kisah-sebenar-kematian-adik-saiful.html?m=1

Tanpa Nama berkata...

Inilah kisah pencuri masuk syurga