Relevankah Kepimpinan Ulama Oleh Shuhaib R-Rumi, iium.academia.edu
Bismillahirrahmanirrahiim.
Persoalan yang dilontarkan adalah relevankah kepimpinan ulama’? Pertamanya, perlu didefinisikan dahulu apakah ma’na ulama’ yang dipakai. Dalam mazhab Sunni, definisi ulama’ adalah tidak tetap bukan seperti mazhab Syi’ah yang menetapkan ulama adalah faqeh.
Definisi yang saya pegang adalah ulama’ merupakan orang yang berilmu dan khasyah (takut) pada Allah. ‘Ilmu tersebut bermaksud apa sahaja pengetahuan yang memberi ma’na dan pengiktirafan yang tepat akan hakikat makhluk dan khaliq. Tak kiralah ‘ilmu itu sains, pengurusan atau agama; asalkan ianya membawa kepada pengiktirafan dan parletakan Tuhan pada tempatnya yang sebenar maka ianya diiktiraf sebagai ‘ilmu.
Definisi yang digunapakai oleh massa dan mungkin difahami oleh orang kebanyakan adalah ulama’ merupakan golongan yang berilmu dan lebih dikaitkan dengan ilmu-ilmu turath dan pengajian Islam secara formal. Jadi pada diskusi kali ini kita akan menggunapakai definisi ini.
Kembali kepada persoalan kepimpinan ulama’, disini saya membahagikan soal kepimpinan itu kepada dua lapangan: Kepimpinan masyarakat madani atau lebih mudah disebut Ummah dankepimpinan politik dan kekuasaan.
Kepimpinan Ummah
Saya mulakan dengan menyatakan bahawa saya amat bersetuju bahawa ulama’ perlu dijadikan kepimpinan dalam lapangan ummah. Ulama’ secara tidak langsung merupakan warga pendidik yang mencetuskan islah massa. Di sinilah peranan ulama’ dalam melahirkan generasi rabbani dan memandu masharakat dengan budaya ‘ilmu. Lihat sahaja contoh-contoh silam bagaimana Muhammad Al-Fateh dididik oleh tokoh ulama’ di zamannya, Syeikh Aaq Syamsuddin.
Contoh lain yang menarik untuk dikaji pada zaman sekarang adalah institusi Al-Azhar, Mesiryang mengumpulkan ribuan ulama’ dalam sebuah institusi pengajian. Di sana ulama’ memacu masyakarat melalui ‘ilmu, malahan mereka mempunyai autoriti yang kuat walaupun tanpa kuasa politik.
Juga boleh dikaji model kepimpinan masyarakat seperti pertubuhan Gulen di Turki, Muhammadiyah dan Nadhlatul ‘Ulama di Indonesia yang mengumpulkan pelbagai jenis pakar didalamnya termasuklah ulama’. Organisasi masyarakat madani yang seperti yang disebutkan merupakan entiti bebas yang punyai autoriti dan keunikannya yang tersendiri dalam memperkasakan ummah mengikut tempat masing-masing. Dalam konteks Malaysia, gagasan Manhaj Maliziy yang diutarakan oleh ABIM sangat menarik untuk diteliti.
Kepimpinan Politik
Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan menyatakan ciri-ciri kepimpinan Islam. Dalam soal pemilihan kepimpinan Syeikh Yusuf Al-Qaradawy menggunakan panduan surah Al- Qasas ayat 26 yang menekankan soal pemilihan pekerja melalui dua ciri iaitu qawiyy dan amin.
Qawiyy bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya. Di dalam bahasa semasa, kalimah qawiyy ini boleh difahami sebagai nilai kompetensi. Amin pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlaq seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai integriti.
Juga termasuk dalam ciri seorang pemimpin adalah hafizul ‘aleem melalui surah Yusuf ayat 55. Hafeez itu adalah soal integriti manakala ‘Aleem pula merujuk kepada ilmu serta kemahiran sebagai nilai kompetensi baginda. Disini menunjukkan pentingnya soal ilmu, integriti dan kompetensi dalam kepimpinan Islam.
Melalui argumen-argumen tadi, boleh saya simpulkan bahawa ulama’ (seperti yang difahami aliran mainstream) bukanlah syarat utama dalam kepimpinan politik. Islam menolak konsep rijaluddin (kepimpinan agamawan) seperti yang berlaku pada zaman gelap Eropah. Dalam Islam, kepimpinan haruslah dipilih dan direstui oleh rakyat. Maka lebih murni jika terma Kepimpinan ulama’ ini diganti dengan kepimpinan Islam atau Kepimpinan berilmu atau apa-apanama yang lebih universal sifatnya.
Jika kita meneliti sejarah, kita akan menemui beberapa contoh bagaimana sikap ulama’ terhadap kepimpinan politik. Majoriti ulama’ bersikap menjauhkan diri dari soal kekuasaan, kita boleh lihat contoh Imam Abu Hanifah dan lain-lain. Juga tidak dapat dinafikan bahawa ulama’ silam adalah penggerak hisbah, ya’ni menjadi wakil “check and balance” terhadap pemerintah zaman mereka. Bagi memperolehi hal yang sedemikian, ulama’ perlulah mempunyai autonomi dan autoriti yang tersendiri yang terhasil melalui kewibawaan ‘ilmunya bukan hasil paksaan.
Model Kepimpinan Ulama’ Pas
Apabila bercakap tentang Kepimpinan Ulama’ dalam realiti Malaysia, kita tidak dapat lari dari memperkataan soal model Kepimpinan Ulama’ PAS. Justeru disini saya akan cuba menyingkap beberapa salah tanggapan tentang Kepimpinan Ulama’ PAS yang sering disalah ertikan oleh massa dan juga oleh sesetengah ahli PAS sendiri.
Pertamanya, kepimpinan Ulama’ PAS adalah merupakan slogan yeng menunjukkan bahawa PAS dipandu arah tujunya oleh Majlis Syura Ulama’. Kepimpinan ulama’ yang disebutkan disini adalah merujuk kepada ulama’ dari sudut institusi, bukannya dari sudut individu.
Sesetengah pihak beranggapan bahawa kepimpinan ulama’ adalah apabila kepimpinan esekutif (Presiden etc) mestilah diisi oleh individu yang bergelar ulama’. Ini adalah salah tanggapan yang paling mengelirukan sekali.
Tiada masalah jika mahu meletakkan ulama’ pada kerusi kepimpinan esekutif, akan tetapi ulama’ tersebut perlulah cukup syaratnya (qawiyy, amin, hafeez, ‘aleem). Tren perletakan ulama’ pada kerusi esekutif setelah lebih dua dekad dalam PAS menujukkan bahawa PAS masih gagal dalam mentarbiyah dan membentuk ahlinya memenuhi syarat kefahaman Islam yang jelas. Lihat sahaja gerakan Islam lain di seluruh dunia, kebanyakan ketua bukanlah terdiri dari golongan ulama’ (yang mengikut definisi ulama’ PAS adalah mereka yang menerima pendidikan agama secara formal). Sepatutnya setiap orang dalam PAS adalah ulama’ kerana mereka ditarbiyah dengan jalur pemikiran dan manhaj yang sama, yang sepatutnya tahap kefahaman Islam mereka sama-sama jelas.
Jika dilihat dari sudut Majlis Syura Ulama’ PAS, saya kira ianya relevan dan kena pada amalan tradisi ulama’ silam dan fungsi ulama’ yang sepatutnya dimainkan iaitu sebagai majlis hisbah dan penasihat/penjaga hal ehwal dasar parti. Di sini ada relevannya Kepimpinan Ulama’, namun kretiria pemilihan ahli-ahli majlis syura tersebut perlu diperhalusi dan lebih inklusif sifatnya.
Buka kepada diskusi
Poin-poin yang boleh disentuh:
*Surah Faathir ttg Sunnatullah vs Syariatullah
*Tapak Islam: ‘Ilmu & Akhlak
*’Ilmu yang holistic vs compartmentalization of knowledge
*Hadith fantaziru sa’ah & Innallah la yaqbidul ‘ilm…ru’usan juhalan.
ULASAN GB
GB pernah menulis sebelum ini mengenai asal-usul kempimpinan ulama yang dijadikan slogan PAS. petikan:
Sebenarnya gagasan KEPIMPINAN MELALUI ULAMA adalah satu doktrin SYIAH yang kini tiba-tiba menjadi semacam satu dasar untuk memilih pemimpin di dalam PAS sekalipun tidak ada hitam putih di dalam Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa pemimpin termasuk jawatan Presiden perlu dipilih dari kalangan ulamak.
Sekalipun ulamak-ulamak PAS rata-ratanya penentang Syiah tetapi mereka semacam menerima konsep "IMAMAH" di dalam Syiah yang meletakkan ulamak sebagai golongan maksum (terjaga) dari berbuat salah dan dosa, baik yang kecil maupun yang besar, baik sengaja maupun tidak sengaja. Mereka juga dikatakan terjaga dari kelengahan, kekeliruan dan lupa.
Malah di dalam Syiah, para ulamak dan imam mereka lebih utama dari ulul azmi dari kalangan nabi. Malah di satu aspek yang lebih ekstrem, mereka yang ingkar dengan ulama sama dengan mengingkari kenabian, artinya telah kafir dan sesat serta masuk dalam neraka selama-lamanya. Dengan alasan seperti ini mereka mengkafirkan seluruh sahabat kecuali tiga orang yaitu Miqdad, Salman dan Abu Dzar, bahkan mereka mengkafirkan seluruh kaum muslimin bukan-syiah, malah menghalalkan darah mereka.
Bagusnya kewujudan kontroversi gagasan "kepimpinan melalui ulamak" yang didokong oleh PAS kini ialah kita dapat menyemak semula gagasan tersebut berhubungkait dengan aqidah ahli sunnah wal-jamaah yang kita ahli-ahli PAS pegang selama ini. Penilaian terhadap gagasan tersebut adalah perlu agar kita tidak terjebak dengan aqidah Syiah yang sesat dan menyesatkan itu.
Sebenarnya di dalam Islam, tidak ada konsep Kepimpinan Melalui Ulama itu. Malah Hadith Rasulullah menunjukkan sesiapa pun yang dilantik sebagai Ketua, ia perlu ditaati tanpa mengira dia ulama atau bukan.
“Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan patuh serta taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang hamba Habsyi.” (Hadis Riwayat Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)
Meneliti sejarah Islam kita melihat sejarah perlantikan khalifah Islam selepas kewafatan Rasulullah, tiada ulama-ulama seperti Abu Hurairah, Ibnu Muslim, Ibnu Abbas dan sebagainya yang dipilih atau dilantik sebagai khalifah walaupun mereka itu adalah fuqaha dan faqih. Sebaliknya yang dipilih ialah Abu bakar, Umar, Uthman dan Ali dan keempat-empat sahabat Rasulullah itu adalah bekas ahli-perniagaan dan mereka adalah diantara yang dijamin oleh Rasulullah masuk syurga.
Meninjau pada senario semasa, kita melihat, Ketua Ulamak Seduna sekalipun, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti atau di dalam pemerintahan kerajaan Mesir walaupun di zaman Dr.Mursi sebagai Presiden.
Di Palestin, sayap politik HAMAS dipimpin oleh seorang yang bukan ulama, Khalid Meeshal. Beliau adalah seorang guru fizik. Beliau juga bukan ahli Majlis Syura HAMAS. Tetapi di bawah kepimpinannya Hamas telah keluar sebagai pemenang kerana Israel sepakat untuk melakukan gencatan senjata di Palestine. Malah Khalid Meeshal menduduki tangga ke-18 dalam "50 lelaki paling berpengaruhi di dunia" yang dipaparkan dalam majalah Britain, New Statesman.
Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah menyatakan dasar kepimpinan ulama di dalam PAS bukan bermakna yang presiden PAS semestinya ulama, dan orang yang bukan ulama tidak boleh sama sekali menjadi Presiden PAS walaupun dia layak dan mendapat kepercayaan ahli-ahli.
Jelas Ustaz Fadzil lagi: PAS sudah menetapkan dasar-dasarnya dan PAS mempunyai Majlis Syura Ulama yang menjadi pengawal kepada dasar-dasar kepimpinan ulama di dalam PAS. Siapa sahaja yang menjadi presiden mesti patuhi dasar-dasar tersebut dan mesti tunaikan amanah ahli-ahli PAS kepadanya agar melaksanakan dasar-dasar Islam yang telah termaktub; manakala yang memerlukan ijtihad pula akan dilakukan oleh Majlis Syura.
Oleh itu gagasan Kepimpinan Melalui Ulamak perlu penyemakan semula. Jika mahu juga diteruskan dengan definisi ulama yang konservatif itu maka Muktamar perlu menggantikannya dengan "Kepimpinan Melalui Ulama & Profesyenal" bagi memperseimbangkan peranan dan untuk mengembalikan PAS sebagai wadah politik yang relevan dengan arus semasa.
Jika tidak maka berlakulah lagi apa yang dibimbangkan seperti yang disuarakan oleh bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jafaar "kumpulan ulama dalam PAS kini bersikap tidak boleh ditegur walaupun pada masa sama mereka bebas menegur kumpulan lain dengan mengeluarkan pelbagai istilah termasuk perkataan “babi” dan “syaitan”.
Wallahu'alam.
Ulamak otak bahalol dengan gaya hidup bahalol nak tunjuk teladan apa kebende.
BalasPadamBuat malu Arwah Nik Aziz saja.
Nak ikut teladan Nik Bodoh , baik ketok kepala pada kelapa.
Mu Bodoh Doh.... kata orang orang Cina kota bharu.
Sebenarnya Kata semua cina Malaysia. Tapi cara nik bodoh lawan balik bukan marah cina bodoh, tapi "Hina agama"...
PadamTuan
BalasPadamPada saya kepimpinan ulamak yang sedia ada masih intact. Yang perlu adalah membuat penilaian atau restrospektif melihat pe4kembangan yang dilalui dari dulu hingga kini. Segala kekuatan dan kelemahan diteliti dan dikenalpasti. Kekuatan dibawa kehadapan bersesuaian dengan tuntutan masa, manakala, kelemahan diperbaiki, rangka plan bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang ada terutama sistem tarbiah dan ukhuhuwah dirangka serta dilaksanakan dengan sebaik m7ngkin.
Sebenarnya apa yang berlaku didalam PAS hari ini adslah kel3mahan kepimpinan TGHH sebagai Presiden. B3liau gagal untuk preside over pelbagai aliran p3mikiran dan menjalinkan kesemuanya m3njadi satu kekuatan yang ampuh. Almarhum Dato Fadhil Nor berjaya menjalinkan pelbagai aliran pemikiran yang menjadi satu kekuatan yang sangat ampuh sehingga berjaya menerobos tembok dwn bent3ng phobia yang dibina oleh UMNO/UMNO Baru sejak merdeka.
S3cara spesifiknya kelemahan TGHH adalah kelemahannya untuk provide a visionary and pot3nt leadership dimana kesemua aliran pemikiran yang ada didalam PAS bernaung dibawah kepimpinannya dengan melihatnya sebagai pemimpin yang charismatik, visionary dan hebat!.
Kelemahan TGHH memberi satu gaya kepimpinan yang mantap ini tidak ada kena mengena dengan kedudukannya sebagai seorang ulamak muktamar. Kedudukannya sebagai ulamak muktabar tetap tidak tergugat. Ini gagal difahami ol3h ahli2 PAS bahawa k3dudukan beliau sebagai ulamak dan pemimpin organasasi bernama PAS adalah 2 perkara berbeza.
Kepimpinan adalah kebolehan dan bakat. Hebat atau teroknya kepimpinan organasasi bergantung sejauh kemana kebolehan dan bakat yang ada kepada pemimpin itu. Ada yang mempunyai kebolehan yang tinggi s3hingga diiktiraf dunia. Ada hanya peringkat nasional. Ada yang hanya layak peringkat cawangan sahaja. Malah yang ramai hanya layak menjadi ahli biasa sahaja.
D8sebabkan kelemahan ini maka ada puak tertentu didalam PAS mengambil kesempatan untuk menggunakan PAS untuk mencapai agenda peribadi kumpulan mereka. Ini yang kita lihat kerja-kerja yang dibuat oleh puak UG. Dengan kelemahan TGHH, mereka begitu bebas menggunakan jawatan2 rasmi parti untuk memporakperandakan PAS.
Ulamak bagi Pas belajar agama walaupun tidak bijak, dan mudah kena tipu dengan UMNO
BalasPadamBetul Sangat. Semua Tak pandai benda lain, marah "barua" tu tahu
PadamUlamak Pas semua peringkat gila dan berebut jawatan, dulu Ulamak Pas mengajar agama menolak jawatan
BalasPadamTerbaik
PadamPresiden Pas perlu ditukar, walaupun Ulama, tidak cerdik, hanya menjadi ulam makanan menyihatkan UMNO
BalasPadamSedih
BalasPadamUlamak MSU tak termasuk dalam kedua dua kategori Baik kepimpinan ummah apalagi kepimpinan politik lagi mengeciwakan
Dah serupa macam Nasir Bilal Khan
Dari dulu kita faham yang fungsi ulama’ sebagai majlis hisbah dan penasihat/penjaga hal ehwal dasar parti tiba tiba jadi pemutus siapa yang jadi PM dan MB Siap kata tidak wala pada Ulamak kepada mereka yang tak sependapat dengan keputusan Presiden
So dari ulasan Shuhaib R-Rumi dan ulasan GB yang kena keluar PAS dan buat parti sendiri ialah MSU
UMNO menyokong hudud di Kelantan tetapi menolak hudud di Persekutuan, untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat
BalasPadamBila UMNO, ulamak Pas kata ikhlas, bukan Ulamak dalam Pas dianggap musuh ketat yang perlu dijatuhkan?????
BalasPadamPuak2 UG ni sebenarnya boneka Umporno.. Puak2 ni ditugaskan untuk memastikan Pas/PR x boleh maju dan menewaskan Umno-Bn..
BalasPadam