1 Mac 2015

Apa Agenda Najib Mahu Saman Harakahdaily?


Saman saya dulu sebelum ugut orang lain, Rafizi cabar Najib

Susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakahdaily berhubung laporan yang mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan keluarganya, Rafizi Ramli hari ini mencabar perdana menteri menyaman beliau terlebih dulu.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau terkejut membaca laporan media yang Najib sekali lagi mengugut memfailkan saman, kali ini terhadap lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

"Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.

"Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain.

"Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB melalui satu artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)'.

Semalam, Najib menyifatkan artikel tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub itu, yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

Rafizi berkata, memandangkan masih tiada tindakan undang-undang dikenakan Najib terhadapnya yang mengkritik keborosan kerajaan sehingga katanya memaksa pentadbirannya memotong subsidi, ia bermakna kenyataannya itu adalah betul.

Naib presiden PKR itu berkata, beliau pernah menerima surat undang-undang dari peguam Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada 4 Disember tahun lepas berhubung satu ceramah dibuatnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Ceramah saya itu mengkritik keputusan menghapuskan subsidi minyak dalam keadaan perbelanjaan kerajaan terus boros dan skandal 1MDB yang menelan dana rakyat.

"Saya menjawab surat undang-undang itu pada 9 Disember, 2014 dengan menegaskan isu subsidi dan keborosan perbelanjaan negara adalah isu berkepentingan awam," katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini, Setiausaha Agung PKR itu berkata, beliau masih belum mendapat maklumbalas dari Najib berhubung perkara itu.

"Saya agak kecewa kerana sebelum itu teruja agar peguam saya boleh menyoal balas Najib dan Rosmah di kandang saksi," katanya. –TMI

ULASAN GB

Akhbar Utusan Malaysia semenjak dua menjak ini memberikan liputan yang meluas kepada PAS - terutama kepada golongan pro-Ulama. Multaqa Ulama yang baru lalu misalnya diberikan liputan yang cukup hebat. Tokoh-tokoh pro-ulama turut mendapat "sanjungan dan pembelaan" sementara golongan profesyenal dihentam oleh media massa UMNO berkenaan.


Tiba-tiba semalam Utusan mengeluarkan laporan bahawa Najib bakal menyaman portal Harakahdaily, sebuah organ PAS kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB.

Apa agenda sebenar UMNO disebalik semuanya itu?

Di satu masa memuji melambung kumpulan pro-ulama sementara di satu masa yang lain mengeluarkan kenyataan Najib mahu saman harakahdaily?

Ia tidak lain tidak tidak bukan untuk "memaksa dan menekan PAS" untuk bekerjasama dengan UMNO. UMNO kini sedang tenat sehingga keluar kenyataan dari tokoh-tokoh tertentu menyatakan UMNO dan PAS perlu bersatu untuk "masadepan Melayu".


Tidaklah mungkin di saat dan ketika UMNO mengajak untuk PAS bersatu, tiba-tiba Najib hendak menyaman Harakdahdaily kecuali ada maksud yang tersirar dari yang tersurat.

Yang nyata UMNO sangat memerlukan PAS untuk terus berkuasa. Harakahdaily ditekan supaya beri kerjasama usaha "kerajaan perpaduan" yang sedang diusahakan, tidak menjadi media yang mempromosi dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu grand design dalam usaha mewujudkan Kerajaan Perpaduan dan mengenepikan golongan profesyenal yang kuat hendak perkukuhkan Pakatan Rakyat didedahkan oleh Mujahid Yusof Rawa:



'Tangan tersembunyi mahu guling progresif dalam PAS'

Kempen bagi pemilihan barisan kepimpinan PAS Jun ini mungkin dilihat persaingan antara golongan konservatif dan pro-reformis dalam parti itu, tetapi seorang pemimpin tertingginya kini mendakwa ia turut membabitkan "kuasa ketiga".

Perwakilan PAS berhimpun setiap dua tahun untuk mengundi memilih barisan kepimpinan baru, dan kempen untuk jawatan biasanya mulai hangat enam bulan lebih awal daripada tarikh muktamar berlangsung.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Mujahid Yusof Rawa mendakwa kempen yang panas menjelang muktamar itu nampaknya didorong oleh apa yang disifatkannya sebagai "struktur yang lebih besar".

Beliau tidak menolak terdapat “tangan tersembunyi” musuh politik PAS, iaitu Umno, di sebalik kempen untuk mencemarkan pemimpin yang dipanggil progresif dalam PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan ahli jawatankuasa pusat, Dr Hatta Ramli.

Mujahid mendakwa kempen tersebut menjadi tidak bersih kerana ia bukan lagi di antara golongan ulama dan progresif dalam PAS.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis sambutan Tahun Baru Cina oleh biro perpaduan nasional PAS Pulau Pinang di Bayan Lepas malam tadi.
-mk




8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak kan berani punya, sedangkan dalam kes Anwar pun tak nak beri keterangan dalam makhamah sama seperti maha det. Orang takkan berani nak kritik jika tak buat salah. Ini menunjukkan ALLAH telah nak nampakkan kuasa dia atas kesalah bersumpah kamu yang ternyata dusta belaka. ALLAH belum lagi nak turunkan bala yang besar kepada kamu wahai najib. Bertaubat dan mengaku yang kamu banyak berpura pura dalam mengurus negara hanya nak cari kekayaan semata-mata.

Tanpa Nama berkata...

baru saya nampak kini peranan pro-ulamak... rupanya jadi barua dan broker umno utk wujudkan kerajaan perpaduan... di atas sentimen Melayu & islam...

Tanpa Nama berkata...

UMNO BN menyingkir peniaga Melayu yang maju kekawasan perniagaan mundur, memang Umno anti Melayu

Tanpa Nama berkata...

Ulamak Muda UMNO yang tidak menjadi ahli UMNO bergerak memecahbelahkan PAS dari dalam...

Tanpa Nama berkata...

Pro ulamak ini agen umno dlm pas ? Mereka lbh suka pas jd parti mcm dulu yg hanya berlawan dgn umno. Pas harus berubah menjadi parti yg profesional dan mampu satukan semua ras yg ada dimalaysia. Ini hanya blh dicapai jika pas diyakini kemampuan utk bekerja secara profesional berwibawa boleh bekerja dgn efisien n efektif.

Anti Fitnah berkata...

Kelemahan Melayu dalam berfikir ialah ...
Bila graduan Asia Barat atau Mesir ... di beri gelaran ulamak
Bila graduan kelulusan agama ... diberi gelaran ustaz atau ulamak
Begitu mudah mendapat title ulamak. Ulamak begitu murah nilainya di mata Melayu.
Ulamak muda ... mai mana ya?
Lepas ni tentu ada pertandingan memilih ulamak muda di TV Malaysia.
Bila lagi melayu nak sedar ya.

Tanpa Nama berkata...

sungguh bernas ulasan gb. tahniah.

Tanpa Nama berkata...

sungguh bernas ulasan gb. tahniah.