21 Feb 2015

Pil "WALA" Dijaja Semula Sempena Pemilihan...


Ketika konflik dalaman PAS kelihatan meruncing dengan wujudnya puak di kalangan ahli, dan menjelang Multaqa Ulama Se-Malaysia II yang akan berlangsung esok, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli parti supaya terus berpegang kepada bai'ah dan wala' dan tidak mengkhianati perjuangan mereka.

Dalam satu rakaman video berjudul 'Hukum bai'ah dalam perjuangan' yang dimuatnaik di laman Facebooknya awal pagi semalam, Hadi menjelaskan tentang perkara itu dan menyarankan agar ahli parti itu tidak melakukan perkara-perkara yang bakal merugikan PAS.

"Apabila kita menyebut tentang bai'ah, ia berkaitan dengan janji kepada perjuangan Islam yang pernah dilakukan Rasul bagi mengukuhkan seseorang ahli jemaah dengan jemaahnya dan kesetiaannya.

"Apa yang terpenting di dalam bai'ah itu ialah memelihara yang tersirat dalam hati kita, keimanan dan keikhlasan kita kepada Allah dan perjuangan untuk menegakkan Islam," katanya dalam video yang berdurasi 3.04 minit itu.

Mengenai wala', ahli Parlimen Marang itu yang dilihat tegas berpegang kepada prinsipnya dan kadangkala mengambil pendirian yang membelakangi keputusan bersama pemimpin Pakatan Rakyat berkata, ia tentang kesetiaan kepada perjuangan Islam dan jemaah dengan cara yang tidak berbelah bahagi.

"Kesetiaan tidak memesongkan kita daripada menjalankan kerja-kerja jemaah yang menguntungkan jemaah.

"Kesetiaan ialah menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang merugikan jemaah, berkhidmat kepada pihak yang lain lebih daripada jemaah, atau pun khianat kepada jemaah.

"Ini merupakan hal-hal yang sangat penting apabila kita melakukan bai'ah kepada kumpulan Islam," katanya sambil menjelaskan yang dimaksudkan dengan jemaah itu ialah satu kumpulan Islam, dan dalam konteks Malaysia, ia merujuk kepada PAS.

Hadi berkata, salah satu rukun bai'ah ialah menzahirkan ketaatan yang dikategorikannya terbahagi kepada dua jenis iaitu yang mutlak dan yang bersyarat.

Katanya, ketaatan yang mutlak ialah kepada perintah Allah dan Rasul, manakala yang bersyarat ialah terhadap kepimpinan dan jemaah dalam perkara yang tidak maksiat atau bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul. -petikan TMI

ULASAN GB

Untuk kesekian kalinya, isitilah WALA digemakan semula di ketika muktamar PAS 2015 yang akan menyaksikan wujudnya pemilihan jawatankuasa parti pada tahun ini.

Bagi sesetengah pihak, mereka menuduh orang yang mengkritik dan hendak menukarkan Presiden parti sebagai TIDAK WALA.

Tak tahu ilmu mana yang mereka pelajari dan mereka perolehi.

Sedangkan WALA (ketaatan) YANG MUTLAK itu hanyalah kepada perintah Allah dan Rasul, manakala WALA YANG BERSYARAT ialah terhadap kepimpinan dan jemaah dalam perkara yang tidak maksiat atau bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.

Jika demikian pembahagian WALA maka jelas WALA yang dimaksudkan untuk pemimpin PAS termasuk Presiden adalah WALA YANG BERSYARAT. Syaratnya tidak bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya.

Jika Presiden PAS sendiri membuat kenyataan-kenyataan dusta, fitnah dan mengaibkan orang, apakah itu tidak bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya? Jika Presiden PAS tidak hadir mensyarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat sepertimana yang diamanahkan oleh para ahli di dalam Muktamar supaya PR diperkukuhkan, jika Presiden tidak hadir sidang Parlimen sepertimana diamanahkan oleh rakyat yang memilihnya sebagai Ahli Parlimen, apakah itu tidak bercanggah dengan perintah Allah dan RasulNya?

Apabila Presiden membuat sesuatu yang bercanggah dengan perintah Allah dan Rasulnya, WALA sudah tidak boleh dituntut lagi dan sebarang sokongan terhadapnya bukan lagi WALA namanya tetapi TAKSUB.

Apabila Presiden PAS satu ketika membuat tuduhan terhadap ahli PKR mengenai pil kuda, ramai yang masih menyokongnya... maka itu bukan wala tetapi taksub!


Apabila Presiden PAS satu ketika merendah-rendahkan kewibawaan ahli parlimen lain seperti mengaibkan Dr. Wan Azizah Wan Ismail kononnya Dr Wan Azizah tidak berkemampuan sebagai seorang pemimpin, ada yang menyokong Haji Hadi ... maka itu bukan wala tetapi taksub!


Apabila presiden PAS menyatakan dengan angkuh dan sombong "atas sayalah untuk hadir atau tidak mesyuarat Majlis Presiden", sebarang sokongan terhadapnya bukan lagi wala namanya tetapi taksub.


GB tidak menentang Presiden PAS membuta tuli. Tetapi yang GB tentang ialah ketaksuban kepada pemimpin. Apabila TG Haji Abd Hadi membuat kesilapan, kita perlu menegurnya. Misalnya di dalam cadangan terhadap Kerajaan Perpaduan dahulu. GB terpaksa menentang habis-habisan kerana bagi GB ia adalah satu pengkhianatan terhadap parti dan Pakatan Rakyat.

Di dalam isu Selangor dulu. Apabila Haji Hadi membuat kenyataan yang premature menyokong Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB Selangor, dan kemudian diikuti oleh sokongan dari Pemangku Ketua Ulama PAS sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan yang sama, maka GB terpaksa "menentang"nya.

Ramai ketika itu menuding GB tidak wala!

Hal ini pernah GB jelaskan di dalam tulisan GB:

Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti?.....

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu.

Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya!


Amat memalukan apabila ramai mempertikaikan seorang anggota Majlis Syura Ulamak sebenarnya menantu Tuan presiden sendiri yang entah berapa hari berada di dalam PAS, tetiba boleh menjadi seorang anggota Majlis Syura Ulamak. Dan perangai serta cara bhidupnya tak melambangkan sebagai seorang ahli MSU yang berwibawa.


Juga amat memalukan apabila seorang anggota MSU, menggunakan gelaran "DATUK" yang tidak diketahui dari mana diperolehi pingat itu. Ia satu penipuan malah menyalahi undang-undang negara. Sehingga kini beliau belum tampil untuk menafikan laporan berikut:

c) Nik Zawawi bin Salleh menggunakan gelaran pangkat Datuk yang tidak diperolehi secara rasmi didalam Negara atau mana Gabenor / Sultan atau mana-mana yang diPertuan Negeri dan mana-mana negeri dalam Malaysia. Telah secara berleluasa digunakan semasa di media cetak, media elektronik dan Dokumen Rasmi Kerajaan. Perlakuan ini menyalahi Akta Pemakaian Nama dan Gelaran 1963.

Ini semua menyebabkan kredibiliti Majlis Syura Ulamak tercalar dan keputusan-keputusannya tidak dapat dihormati oleh para ahli. Lantaran itu GB meminta supaya institusi Majlis Syura Ulamak disemak segera untuk memperkasakannya supaya ianya menjadi badan yang dihormati di dalam sesebuah harakah Islamiah.

Dulu lagi di dalam satu tulisan GB pada 7 Ogos 2008 bersempena maal hijrah GB telah menyatakan bahawa parameter adab berjemaah (wala) itu perlu dinilai dan didefinisikan semula.

Persoalan "adab jemaah" yang ditimbulkan oleh beberapa rakan di lingkaran usrah-usrah kini perlu ditafsirkan dengan parameter baru. "Adab jemaah" bukan lagi dengan mengakui keperluan untuk mengkritik secara berbisik atau apa yang dikatakan "mengikut saluran parti". Cara itu sudah terlalu semalam, sudah ketinggalan zaman.

Kini sudah ada istilah-istilah baru yang mengambil tempat yang diterima sebagai "adab jemaah", seperti "wistle-blowing" - satu kaedah di mana ahli organisasi mendedahkan kepincangan yang dikesannya secara terbuka, "pengurusan strategik" di mana penetapan visi, misi dan objektif organisasi dibuat secara telus dan dipacu bersama oleh pemimpin dan ahli serta "etika professional" dimana nilai-nilai sejagat diakui diterima pakai oleh segenap lapisan petugas dan pekerja organisasi. Mereka yang berdiam diri terhadap kepincangan dan berrahsia untuk menutup kelemahan dilihat sebagai "tidak beradab" malah dikira bersubahabat dengan kegagalan organisasi di zaman kontemporari ini.


Definisi tradisional mengenai wala' lebih sangat menghampiri taksub dimana pemimpin atau ulamak tidak boleh dikritik. Mereka kononnya sebagai kumpulan makhluk suci yang tidak boleh disalahi. Ini amat pertentangan dengan ajaran Islam dimana Rasulullah sendiri berlapang dada apabila dikritik. Baca kisah ini:

Dalam sejarah perkembangan Islam, tradisi kritik bukanlah sesuatu yang asing. Suatu hari, saat bergerak menuju medan perang Badar, Rasulullah memutuskan kepada pasukannya untuk berkemah di kawasan sumur pertama yang mereka temui. Tak ada satupun dari para sahabat yang “berani” menolak perintah dari Rasulullah tersebut. Hingga seorang sahabat yang dikenal sebagai pakar strategi perang bernama Khabab bin Mundzir berdiri seraya berkata:

"Wahai Rasulullah, apakah penentuan posisi tersebut adalah wahyu dari Allah? Atau hanya berdasarkan strategi perang yang merupakan pendapat anda?”

"Oh bukan sama sekali ya Khabab. Tempat ini kupilih berdasarkan pendapatku semata,”jawab Rasulullah.

"Wahai Rasulullah, jika aku boleh memiliki pendapat, menurutku tempat ini tidak strategis. Sebaiknya kita pindah ke tempat air yang paling dekat dengan musuh. Kita membuat markas di sana dan menutup sumur-sumur yang ada di belakangnya. Kita buat lubang-lubang dekat perkemahan dan kita isi dengan air hingga penuh. Dengan demikian kita akan berperang dan mempunyai persediaan air yang cukup. Sedangkan musuh tidak mempunyai persediaan air minum,'' jelas Khabab.

Marahkah Rasulullah pendapatnya dibantah oleh salah seorang sahabatnya? Alih-alih murka dan memerintahkan “sahabat lancang” itu untuk menuruti perintahnya, setelah berpikir sejenak, seraya tersenyum senang Rasulullah malah berkata:

"Pendapatmu sungguh lebih baik dari pendapatku." Dan kemudian sejarah mencatat, strategi tersebut sangat ampuh dan menjadikan kaum Muslimin bisa memenangkan pertempuran atas orang-orang Quraisy Mekah.


Sedangkan Rasulullah saw sendiri berlapang dada untuk menerima pandangan "orang bawahan"...

Sepertimana Ibnu Qayyim apabila dikritik kerana menyalahi pendapat gurunya Imam Ibnu Taimiyah, beliau berkata: Aku menyayangi Ibnu Taimiyah, tetapi kebenaran itu lebih aku sayangi daripada Ibnu Taimiyah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan.... yang bersalah akan tetap TERHUKUM oleh Allah s.w.t. tak kira betapa tinggi pun jawatan di atas dunia ini. GB yakin denganNya.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah rasa tergugat jawatan Presiden tu.. terpaksa la memekik wala..wala..wala..! Penyokong yg bodoh tuli pun menyambutnya. Udah rupa parti keris telanjang dh PAS ni.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah GB .. Menulis kerana benar ..

Tanpa Nama berkata...

singkir Hadi dari Presiden Pas tindakan yang wajar

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf cakaplah.bukan kata nak baca tentang si dia nak tenguk wajahnya aku tak berkenan,bukan menyampah.dan gerombolannyaaaaaaa.

Tanpa Nama berkata...

Wala atasi segala terutama kebolehan? Ini parti politik ker atau club/NGO agama?

Tanpa Nama berkata...

Abdullah bin Umar ra berkata: Nabi saw bersabda: mendengar dan taat itu wajib bagi seorang dalam apa yang ia suka atau benci, selama ia tidak diperintah berbuat maksiat, maka jika diperintah maksiat maka tidak wajib mendengar dan tidak wajib taat (Bukhari, Muslim)

Bersekongkol dengan umno adalah maksiat. Jadi munafik pun maksiat. Jadi tidak wala untuk pemimpin UG PAS sekarang adalah wajib.

Tanpa Nama berkata...

Kita tidak perlukan presiden yg berpandangan singkat, pemarah, pemfitnah dan ckp bolak-balik..Cukuplah tak perlu diangkat2 lagi utk memimpin jemaah letaklah dia sebagai mursyidul am sudahlah..

I'm with you KGB..!

Tanpa Nama berkata...

Munafik tidak layak jadi pemimpin.

Orang Munafik itu Dajjal.

Orang orang PAS sudah jadi bodoh taksub dengan pemimpin ke ????

Melayu Melayu PAS otak benggap ke ???

Bubar saja PAS sudah.

Tanpa Nama berkata...

Jgn terkejut kalau profesional yg ingin berjuang dalam politik menjauhi pas.. Mungkin juga profesional yg hanya ingin berada dlm jemaah juga berfikir dua tiga kali.. Pas ni bawak nama islam, jgn nanti org sangka islam ni tak progresif dan ketinggalan sudah la.. Sape nak menanggung.. Tak pun wujud pandangan yg pas ni layak jd menteri nikah kahwin je la.. Kalu join umno, konpem tu je la yg dpt..

Tanpa Nama berkata...

Apb diri ddlm "GELAP"
Apatah lg klu "GELAP" gelita
Alangkah mudahnya utk MENIPU
Tentulah mudah skali buat KELIRU

Ddlm "GELAP" senang nak songlap
Ddlm "GELAP" smua org akan IKUT cakap
klu disebut ULAMAK,mrk ta'asub bendol
disuruh WALAQ..mrk terus meNYONDOL

Smua ISTILAH..diGELAPkan sibahallol
Hatta pmFITNAH pon,jd SUCI pd sitolol
Krn ddlm GELAP wajib makan SONGLAP
Krn ddlm GELAP wajib kena SUAP

Apb dtg CAHAYA
CAHAYA tepat kemuka mrk
Mrk TIADA kbolehan selain adu-domba
GABRA brmain FITNAH diGELAP gelita

Kalimat2 Arab mnjd TOPENG didada
Makin tserlah FITNAH putar sgl AUTA
Makin mnjelma halau-HAMUN sbg barua
Cuma ddlm GELAP,siPUTAR auta dpuja2

Hanya ddlm GELAP shj SORBAN jubah & "istilah2-Arab" tinggi HARGAnya..

Sbnr2 sbnr2 sbnr7 sulohan CAHAYA dr yg maha7ESA..sdang menyuloh kemuka serta kdlm isi dada niat-HATI mrk..

GB..
Kita dambakan sbnr7CAHAYA-azali, bukan utk diri/PARTI..ttpi demi sbnr7 KBNARAN-"TUHAN" yg hakiki..

..demi RAHMATAN-lil-alamin..bagaikan "CAHAYA" mentari kseluruh alam2..

Tanpa Nama berkata...

Ganas sungguh puak UG merogol bergilir-gilir Perlembagaan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Tiada pilihan. Itulah gambaran sebenar ahli PAS dalam mendepani masa depan politik bersama Pakatan Rakyat. Golongan ulamak jadian dlm PAS merasakan hanya mereka saja yang bisa memimpin PR dan hanya golongan mereka saja yg diredhai tuhan. Inilah golongan yg tidak tahu menilai kedudukan diri, golongan yg taksub tanpa mengetahui pandangan org lain terhadap mereka dan tahap kecerdikan mereka dlm menyelesaikan masalah. Dengan kata mudahnya golongan perasan dalam mengases sokongan rakyat Malaysia secara keseluruhan terhadap mereka.

Unknown berkata...

Kita tegakkan dan sokong PASMA didaftarkan sekiranya geng2 UG berjaya dalam muktamar yang akan datang.

Tanpa Nama berkata...

walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..walawwey..

5sal berkata...

'FOBIA'puak2 UG/GU ni bila sebut ja PASMA dan2 jadi 'TIKUIH' sebab puak ni nampak PASMA umpama SINGA. hinggakan ada sorang pj tu tak PKR dan DAP duduk semeja ngan PASMA ni.hingga keluar statemant tak bagi akar umbi sertai PASMA.apa masalah parti pas sekarang ni?mujur la 'ANAK' ditubuhkan untuk menegur pentadbiran dalam felda,andaikata 'ANAK'juga menegur pemimpin pas(UG/GU)mazlan aliman pun sama kena tiuu ngan puak2 ni.pinjam kata2 dari pak samad'ada 1 telinga dan 2 lidah'katalah macam mana pun kat puak2 UG/GU ni tetap wala' tak memasal!

PokAmid berkata...

Puak GU takder modal n terserlah yg mereka kurang keyakinan diri. Bila tersepit, jalan paling ampuh ialah menggunakan agama utk kepentingan diri dan kumpulan, maka wala' pun dijaja

Maaf cakap, GU ni layak memberi ceramah n kuliah agama jer!!

Tanpa Nama berkata...

Ahli PAS yang sebenarnya tak wala ialah Hj Hadi dan MSU kerana mereka tidak wala pada TGNA yang tidak bersetuju PAS UMNO bergabung

Paling tak boleh diterima mereka mengusahakan UG tanpa pengetahuan TGNA

Ahli PAS perlu tumpukan pada matlamat parti dan jangan terpengaruh dengan seruan wala dari orang yang tak wala

Tanpa Nama berkata...

Wala.wala.wala.wala.wala.wala.lawa.lawa.lawa.lawa....ehh tersasul plak...haramjadah barua..pinjam sat kata2 tu

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin UMNO yang takut di tolak oleh orang melayu mengunakan 'Hidup Melayu'

Ketika itu kita pun mempersoalkam semua perbuatan dan sikap pemimpin UMNO samada mereka benar benar membela nasib orang melayu atau tidak seperti NFC Liwat Salahguna kuasa Kita ternanti nanti UMNO berubah dan UMNO pun berubah dengan cara yang sama yang dipakai bertahun tahun Kata pemimpin PAS UMNO seperti di solek dan dihiasa dengan make up lipstick rambut palsu mata yang di warnakan ..

Ulamak PAS yang pro UG pun guna cara yang mudah seperti UMNO dengan menjaja Wala Wala Kalau kita pegang makna Wala pro UG lagi teruk dari Hidup Melayu Sebab Wala pro UG ni bermakna kena terima apajua yang pro UG buat atau apa saja yang terkeluar dari mulut mereka tidak boleh dipersoalkan

Tindakan kita percakapan kita penampilan kita akan mencerminkan hati kita keimanan dan keikhlasan kita Kita tak pecaya dan yakin pada UMNO sampai sekarang kerana menipu PAS satu masa dulu

Apakah UMNO BN percaya dengan PAS bila PAS mempermainkan kepercayaan PKR DAP Atau kita terima ini lah perjuangan Islam

Tanpa Nama berkata...

Tumpang komen.. Susah nak cakap tp. Mesti nak cakap.. Pegi simpan ko punya wala' la hadi n the geng! My respect for u is gone! Pas needs a revolution!

Tanpa Nama berkata...

Mereka Tak layak apa apa pun. Munafik besar kaki bohong. Tengok muka hellfire, dengan Cakapan dia, kalau bukan munafik ap dia?